Archive | September 2012

CT129. ZIARAH MADINAH (2): JAUHNYA PERJALANAN KE RAUDHAH (1)

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Kali kedua saya berusaha mencapai Raudhah adalah bersama Kak Senah dan Kak Bedah (rakan sekerja Kak Senah). Usaha ini dilakukan pada hari kedua kehidupan kami di Madinah. Tetapi usaha itu telah gagal di stesen pertama lagi kerana tidak betah bertahan lama menunggu giliran. Ketika itu, serasa jauhnya perjalanan ke raudhah. Masya Allah, yang mengatur rencana (Allah swt) belum mengizinkan kehadiran kami ke sana pada hari itu. Continue reading

Advertisements

CT128. INGIN KU NYATAKAN CINTA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Setiap kali aku merenungmu di jendela hatiku, getarannya bagai biola yang digesek lembut oleh jemari yang melentik tali temalinya. Mengalun tasbih rindu yang bernada sendu, berirama pilu  dan bernoktah syahdu. Lalu terdengar gemersik suara hatiku melantun ayat-ayat cinta disambut sang buana melata, mengkagumi kebesarannya. Continue reading

CT127. KEBERKATAN HILANG BILA DUNIA DIJULANG

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Maha Suci Allah yang menciptakan alam dengan kecukupan bagi manusia yang menghuninya. Maka, berusahalah untuk hidup di bumi ini dengan penuh ketaqwaan dan rasa kehambaan kepada Allah swt. Bumi, dunia dan alam. Nama yang berlainan, namun pengertian yang sama. Tumpah darah manusia sejak lahir hingga saat kepergiaannya. Continue reading

CT126. MANUSIA ATAU ……. ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Mengingati jalur kehidupan hari Jumaat di bumi Madinah, sejak dini hari dalam CT123. Solat Jumaat Di Masjid Nabawi,  menghimpun diri di pagi Jumaat bersama jemaah Afrika di CT124. Afrika Oh Afrika hingga ke waktu solat Jumaat berlangsung dengan CT125. Aku Diuji Lagi  dan terakhirnya setelah Isyak menemani penghujung malam. Continue reading

CT125. AKU DIUJI LAGI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Kami sudah merasa selesa duduk di saf bersama jemaah haji Afrika dan menganggap matahari tidak akan beralih di tempatnya. Rupanya, sangkaan kami meleset. Secara Sunnatullah, perjalanan matahari sudah diatur dalam orbitnya menuju ke angka 12 tengahari dengan kedudukan tegak di atas kepala. Continue reading

CT124. AFRIKA OH AFRIKA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Sebaik masuk ke bilik 0909, Hotel Moltaqa al-Alam, saya dengan senyum manis memaklumkan kepada Kak Senah dan Kak Kasma tentang keputusan solat Jumaat yang baru sahaja saya dan SPH perolehi daripada petugas Tabung Haji Travels dalam perjalanan balik ke hotel. “Alhamdulillah,” ucap Kak Senah dan Kak Kasma serentak. Jawaban itu membunga mesra hati kami dan menyegerakan diri untuk ke Masjid Nabawi kerana jam sudah merekodkan angka 11.05 pagi. Continue reading