Archive | July 2012

CT119.CABARAN HAJI (6): HAID

ssalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

HAID adalah PERMASALAHAN WANITA yang menjadi topik perbincangan PENTING dalam Kursus Haji Bersiri dan Kursus Haji Intensif anjuran pihak Tabung Haji Malaysia kepada semua bakal jemaah haji (lelaki dan perempuan). Satu slot khusus diperuntuk bagi membincangkan tentang HAID dan PERMASALAHAN WANITA kerana ramai bakal hajjah merasa gelisah apabila memikirkan kedatangan haid semasa di Tanah Suci terutama dalam keadaan sedang berihram. Continue reading

Advertisements

CT118.CABARAN HAJI (5): KHATAM AL-QURAN DI MASJIDIL HARAM, MAKKAH

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Ibnu Mas’ud r.a mengatakan, “perbanyakkanlah oleh kamu menziarahi Baitullah sebelum ia diangkat dan sebelum manusia lupa akan tempatnya (Baitullah), dan perbanyakkanlah membaca al-Quran sebelum ia di angkat.” – Al-Fakihy

Mengkhatam al-Quran di Masjidil Haram, Makkah merupakan azam yang banyak terpahat di hati para muslimin di seluruh dunia. Saya meyakini hasrat itu wujud di hati sesiapa sahaja yang mencintai al-Quran. Malah, banyak kisah-kisah tentang para hujjaj yang khatam al-Quran dirakam dan di tulis di media-media massa atau di blog-blog peribadi sebagai satu kenangan indah yang sukar dilupakan sedangkan jika dilihat secara mata kasar, perbuatan mengkhatam al-Quran di mana-mana pun adalah perkara biasa. Continue reading

CT117. CABARAN HAJI (4): KHATAM AL-QURAN DI MASJID NABAWI, MADINAH

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Alhamdulillah, kurnia Ramadhan tahun ini merupakan rahmat Allah swt ke atas umur kita yang dilanjutkan untuk bertemu semula setelah setahun yang lalu.  Oleh itu, tingkatkan keluasan amal ibadah lebih dari hari-hari biasa kerana gandaan pahalanya yang mesti direbutkan selain memenuhi tuntutan yang diperintahkan Allah sebagai kewajiban seorang Muslim. Continue reading

CT116. KURNIA RAMADHAN – AHLAN WA SAHLAN YA AL-MUBARAK

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Hari bersilih minggu, minggu berpindah bulan, bulan berganti tahun…. semua itu peraturan waktu yang penuh setia memegang janji pada Tuhannya dalam lingkaran masa yang diperintahkan. Tidak ada saat yang terlambat atau waktu yang tercepat bahkan tidak ada detik yang terlepas dari peredaran Sunnatullah. Akhirnya, kita kembali diizinkan mengisi ruang usia yang semakin dekat jaraknya untuk menuju ke lembah ghaib yang menunggu sejuta cerita dari kita untuk dikisahkan di hadapan Yang Maha Esa.  Continue reading

CT115. CABARAN HAJI (3): MULUT

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

MULUT adalah makhluk Allah yang sifatnya mencabar manusia itu sendiri. Selain itu kehebatan mulut didukungi oleh sejenis alat bantu untuk memperlihatkan sifatnya iaitu LIDAH. Tujuan lidah adalah untuk bertikam. Jika dua manusia sudah terlibat dalam acara BERTIKAM LIDAH, suasana akan menjadi huru hara dan boleh membawa kebinasaan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. 😀 Continue reading

CT114. KASUT “TAWAF” KU

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Pertama kali saya melihat “kasut” stokin kaki buatan China ini apabila emak menghadiahkan kepada saya pada tahun 2008, sepulangnya emak dari Tanah Suci untuk kali yang kedua. Emak kata, kasut stokin ini sangat bagus untuk dipakai ketika bertawaf dan solat. Saya tidak dapat membayangkan apa yang emak maksudkan ketika itu. Sayangnya, walaupun bersaiz “fleksibel” kaki saya yang bersaiz 7 tidak dapat menyarungnya dengan selesa. Makna lain yang lebih mudah adalah sendat.  Continue reading

CT113. SOLAT YANG DIBOLEHKAN DALAM WAKTU LARANGAN

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Setelah memahami penjelasan yang dibincangkan secara ringkas dalam posting CT112. WAKTU LARANGAN SOLAT, saya akan menfokuskan lanjutan tentangnya berhubung dengan solat-solat sunat yang dibolehkan untuk kita melakukannya dalam waktu larangan. Solat-solat yang dibolehkan ini HANYA dilakukan ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU yang telah ditetapkan dalam syariat.

Namun begitu, terdapat perselisihan ulama Mazhab (Syafi’e, Hanbali, Maliki dan Hanafi) berhubung dengannya bersandarkan kepada hujah dan dalil hukum masing-masing. Untuk makluman, semua perbahasan berkaitan masalah Fekah di dalam tulisan-tulisan saya, keseluruhannya adalah merujuk kepada hujah yang dibahaskan dalam Mazhab Imam Syafi’e rhm. Inilah Mazhab yang dipegang oleh kebanyakan umat Islam di Asia Tenggara. Continue reading