CT105. 16 MEI 2012 : SELAMAT HARI GURU – “SURAT TERBUKA BUATMU PELAJAR”

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

“SELAMAT HARI GURU”  BUAT SEMUA SAHABAT GURUKU WALAU DI MANA SAHAJA BERADA.

Surat terbuka ini, ku tujukan khas buat semua anak didik di Malaysia yang mengikuti pelbagai peringkat pendidikan dalam negara, sempena Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei 2012. Surat yang ku tulis ini adalah berasaskan kepada luahan secara tidak rasmi pelajar-pelajar yang pernah aku temui sepanjang hampir 18 tahun mengeluti diri dalam dunia pendidikan yang serba mencabar. Ia berlaku di mana-mana zaman dan tempat.

Sebagai hukum alam, luahan ini menjadi kitaran dalam kehidupan manusia yang dulunya bergelar pelajar dan kini, ada yang telah menyandang gelaran tersebut. Akhirnya setelah menyelami sendiri dunia keguruan yang “menyayat hati” ini, barulah mereka sedar bahawa guru mereka TIDAK SEPERTI YANG MEREKA SANGKAKAN ketika mereka berada di bangku sekolah dahulu. Surat ini merupakan rentetan dari surat terbuka yang pernah ku siarkan dalam CT59. 16 MEI 2011: SELAMAT HARI GURU – “SURAT TERBUKA BUATMU GURU”.

Tema “GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”, memperlihatkan upaya guru dalam memperkasakan pendidikan di Malaysia melalui bidang penyelidikan dan kajian untuk meningkat mutu pengajaran dan pembelajaran sedia ada.

Guru inovatif  mampu berdaya saing dalam menggerakkan transformasi pendidikan semasa dan mencabar minda dengan kreativiti tersendiri bagi membangun modal insan yang berjiwa merdeka dengan meletakkan negara Malaysia di persada dunia antarabangsa.

Sesi foto yang ceria dan kenangan yang tentunya sangat indah untuk dikenang di kemudian hari bersama guru tercinta. 😀

GURU SEBENAR GURU: KE SEKOLAH TIDAK JEMU, MENGAJAR TIDAK LESU

****************

SURAT TERBUKA BUATMU…

DULU…. dia (guru) pegang ROTAN dan pukul engkau. Lalu, kau kata dia GARANG macam singa, macam harimau, macam beruang. Semua macam-macam bermain di minda kamu. Kau TIDAK TAHU…. rotan itu rotan apa ? Itulah rotan hikmat, rotan berkat, rotan keramat, rotan penyengat. Kerana rotan itu, kau ingati dia, di mana-mana kau berada, selama-lamanya.

****************

DULU…. bila dia masuk LAMBAT, kau kata dia MALAS tentu lewat tidur : tengok tv – cerita bola, cerita drama, cerita bla-bla-bla. Kau TIDAK TAHU, dia bukan sengaja lewat. Tulis buku, baca buku, tanda buku, cari idea, cipta formula agar kau pandai dan berjaya. Dia sanggup berkorban mata dan istirehatnya.

KAU TIDAK TAHU… dia masuk lambat sebab apa ?  Ada halangan di jalan raya, maklum pagi-pagi sibuk sentiasa. Lori, bas, kereta, motosikal, basikal dan pastinya ada manusia. Semuanya lalu di jalan yang sama. Kasihan dia, dihukum tanpa bicara.

******************

DULU…. bila dia marah, kau kata dia melampau : marah macam harimau, menjerit macam orang kena santau, merengus macam kerbau, mata merah macam saga, begis macam naga, berkata bagai halilintar, satu kelas rasa gegak gempita.  Kau meluat melihat dia. KAU TIDAK TAHU…. marah dia ada alamat, ada sebab, ada rahmat.

Sedarkah engkau ! Kau jadi pandai kerana marahnya. Kau jadi faham kerana jelingannya. Kau jadi pintar kerana hukumannya. Kau jadi terhormat kerana tegurannya. Kau jadi manusia kerana ilmunya. Kau menjadi apa yang engkau jadi sekarang kerana pengajaran yang disematkannya agar kau menjadi MANUSIA BERGUNA. Masa berlalu pantas dan kini…

ENGKAU ADALAH DIA

Kau pegang rotan macam dia. Tapi rotannya berbeza rupa : pembaris, penyapu, kayu dan sebagainya. Semuanya kerana kau mahu anak muridmu juga jadi pandai macam engkau. Macam dia.

Kau masuk lambat ke kelas macam dia. Serupa macam dia kerana kau juga ada alasan seperti dia. Tidur lewat untuk menyiapkan formula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran untuk pelajaran esoknya. Juga lambat kerana kesesakan jalanraya yang sama dilalui oleh dia suatu zaman dahulu. Tetapi mungkin berbeza kenyataannya.

Baru kini kau tahu kenapa dia begitu. Itupun setelah kau melalui jalan perjuangan yang sama dengannya. Jika tidak, kau tidak akan tahu sampai bila-bilapun dan selalu menyalahinya. Yang membezakan kau dengan dia hanyalah zaman. Zaman engkau sangat berubah dan ditenggelami oleh teknologi globalisasi. Lebih mencabar dari zaman dia. Penuh dengan krisis akhlak yang memeningkan kepala.

Peraturan berbagai rupa tapi disiplin dipandang dengan sebelah mata oleh kebanyakan pelajar yang sudah hilang hormat pada gurunya. Hilang deria kecintaan pada gurunya. Benci pada sekolah. Benci pada pelajaran. Benci pada segala yang menempatkan kebijakan masa depannya. Apakah kerana kau menjadi salah satu dari penyebabnya. Mudahan tidak. Kerana engkau adalah guru yang dedikasi dan berhemah tinggi.

Kebalikan dari zaman dia, ramai anak muridnya  kini jadi MANUSIA YANG BENAR-BENAR BERJASA termasuk engkau, walau tidak semuanya berjaya dalam kerjaya. Pendidikan dia meresap ke jiwa raga. tegas dan garangnya menjadi jalan menuju bahagia.

WAHAI PELAJAR YANG DIKASIHI, CINTAILAH GURUMU YANG TELAH BERJASA. SIAPALAH KAMU HARI INI ?

Sekian, salam hormat penuh takzim.

SITI FATIMAH AHMAD. Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang. Bintangor, Sarawak

TERIMA KASIH CIKGU

JADILAH GURU YANG DIBANGGAKAN OLEH PELAJAR

****************

15 Mei 2012 (Selasa)/ 24 Jamadil Akhir 1433H/ 5.37 petang – Hotel City Villa, Kuala Lumpur

AKU…. mengerti bahawa manusia tidak diselamatkan oleh pendidikannya. Tetapi oleh ketrampilannya.  Manusia yang tidak sedar akan potensi yang diberi oleh Yang Maha Pemberi, merupakan manusia yang mati sebelum masanyaCintailah pekerjaan yang kita lakukan sekarang. Jangan mengeluh. Mudahan kita mendapat ganjaran yang bermanfaat dari hasil kerja kita. Cintaku pada dunia keguruan akan teguh abadi hingga ke liang lahad. ALHAMDULILLAH YA ALLAH menjadikan aku sebagai SEORANG GURU. Aku redha tugas ini sebagai pekerjaanku.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Alhamdulillah, masuk pejabat (office) hari ini – 17 Mei 2012 (Khamis), saya melihat hadiah-hadiah coklat yang cantik dan lazat di atas rak buku belakang kerusi saya (asalnya atas meja). Hadiah dari Prescilla Renai (DPLI- Bahasa Inggeris), Siti Zuraida Ibrahim (PISMP-Pendidikan Seni Visual) dan siswa PISMP-Bahasa Melayu Semester 5. Terharu dan rasa sayang untuk dimakan. Jika boleh disimpan, saya akan simpan. Selepas mengambil foto ini, terus saja saya makan. Hmmm… lazatnya sehingga menjilat jari.. 😀 Terima kasih buat semuanya. Saya sangat gembira menerima dan memakannya.

**************

UNTUK MENYEBUT NAMAMU… TERASA GETAR ITU MENGETUK PINTU HATIKU. DI SITU… RINDUKU BERTAMU

****************

26 thoughts on “CT105. 16 MEI 2012 : SELAMAT HARI GURU – “SURAT TERBUKA BUATMU PELAJAR”

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb

    MUALLIM dari Sami Yusuf, ku tuju khas untuk semua guru-guru yang telah banyak jasanya kepada dunia pendidikan.
    Semoga kita menjadikan Rasulullah saw sebagai teladan terunggul dalam hidup kita.

    juga DEDIKASIKU UNTUKMU yang selalu diingati

    Wasaalaam. 😀

  2. assalaamua’ilaikum wr.wb Bunda
    pagi-pagi baca postingan Bunda tentang Guru itu mengenang masa sekolah 😀
    belum pernah sih kena pukul pake rotan, paling juga di bentak dan di cubit atau di suruh berdiri didepan kelas gara-garanya menjaili Guru 🙂
    Namun saya bersyukur pernah sekolah dan belajar bersama mereka.

    Selamat Hari Guru Bunda, dan saya baru tahu Bunda itu Guru , Maaf 🙂
    dan Gurupun Salah Satu orang yang berjasa dalam Hidup saya walaupun jaman SMK saya jarang belajar di kelas.

    semoga mereka yang menjadi murid Bunda bisa menjadi apa yang Bunda harapkan ya Aamiin
    salam Sukses untuk BUnda dan semua Muridnya 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ardian…

      Bunda yakin, Ardian juga terbilang antara pelajar yang harus didisiplinkan oleh gurunya… hehehe. Pasti kenangan silam amat mengasyikkan dan baru kini mengerti akan sikap guru berbuat demikian.

      Bunda juga nakal semasa sekolah dan selalu kena hukum atas kelalain bunda. tetapi tidak pernah ,mendendami gurunya.

      Terima kasih Ardian untuk kongsian yang bisa dimanfaatkan. Juga apresiasi dan doanya. Aaamin.

      Semoga mereka yang bergelar pelajar memahami beratnya beban tugas guru selain berperanan besar dalam mendidik dan mengajar mereka menjadi manusia yang berguna untuk keluarga, nusa bangsa dan negara.

      Salam sukses juga buat Ardian. 😀

        • Manusia adalah makhluk dinamik. Kehidupan yang dilalui menambah dinamikanya sebuah perjalanan hidup manusia. Maka, jika ilmu dan akal menjadi bekal di dunia ini, gunakan sebaik mungkin untuk menabung amal bekal ke akhirat.

          Aamiin.. Ya Rabb.
          Jadilah anak yang baik dan berakal budi. Insya Allah pasti Allah akan menolong apa yang kita hajati. Jadikan Allah sebagai pembantu untuk melayari kehidupan ini.

          Salam sejahtera. 😀

  3. SALAM. SELAMAT HARI GURU BUAT KAKANDAKU SITI FATIMAH BINTI HAJI AHMAD YANG BERJIWA GURU. SEMOGA SENTIASA BEROLEH LIMPAH RAHMAT ALLAH SWT DI DUNIA DAN AKHIRAT BUAT KAKANDA SEKELUARGA.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb,…

      Terima kasih adiiku Ros yang disayangi,

      Lamak sik menulis komentar di blog akak tok. Terima kasih atas ucapan hari guru dan semangat yang ditiupkan. Semoga kita menjadi guru yang dedikasi dan mencintai bidang keguruan tok.

      Aaaminn… Ya Ghaffar Ya Aziiz. Didoakan dirik dan keluarga jugak sihat dan sukses di Kuching.

      SELAMAT HARI GURU juak.

      Salam sayang dan rindu selalu dari akak. 😀

  4. Assalamualaikum Pn. Hjh Siti Fatimah , selamat hari guru 2012- semoga berbahagia dunia & akhirat….drp cikgu negeri di bawah bayu Kak Yun @ ZHL SMKTTF, kota kinabalu

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Yun…

      Selamat Hari Guru juga buat Kak Yun.
      Alhamdulillah, senang dapat mengenali sahabat guru dari Sabah.

      Aamiin, Ya Rahmaan Ya Rahiim. Mudahan kita semuanya diredhai dan diberkahi Allah atas usaha murni mendidik pelajar menjadi manusia berguna dan bermanfaat untuk orang lain melalui bidang yang diceburi.

      Terima kasih Kak Yun atas kesudian membalas permohonan saya. 😀 Walau masih belum cukup lengkap, itupun sudah memberi maklumat.

      Salam manis selalu. 😀

  5. Assalamualaiku Mb Fatimah.turut Selamat hari guru bagi saudara2 guru di Malaysia. Walau jasamu jarang dikenang, tp pasti takam terlupakan. Karena jasamu itu yang membuat orang bertambah pandai

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….

      Terima kasih mbak atas ucapan yang membuat hati setiap guru berbangga kerana punya hari ucapan..hehehe.

      Selalu terlihat lucu apabila tiba hari guru, semua guru kelihatan suka sendiri. Ucapan sesama sendiri, nyanyi lagu guru yang dicipta sendiri. buat majlis untuk guru sendiri.Ini hanya dilakukan para guru sahaja.

      Hebat ya, kalau guru-gurunya ada hari sambutan sendiri. Meriah dengan aktivitas ilmu dan menyibukkan pelajar untuk meraikan mereka. 😀

      Seperti saya, dapat coklat istimewa dari pelajar siswa saya. Lihat foto di atas.

      Salam manis mbak. 😀

  6. Assalamualaikum Bunda,
    Selamat hari Guru di Malaysia,
    semoga para guru mencetak pelajar sebagai calon pemimpin dan khalifah terbaik di Bumi Allah ini.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Aamiin… Ya Rahmaan Ya Rahiim.
      Mudahan para guru istiqomah dalam perjuangan mereka untuk melahirkan modal insan yang berjaya di dunia dan adi akhirat.

      Terima kasih mbak untuk kunjungannya.
      Sama manis selalu. 😀

    • Aamiin… Allahumma Aamiin.
      Mudahan segala doa yang dilampirkan kepada para guru akan menyemangati mereka untuk lebih berjasa dan berbakti untuk nusa dan bangsa.

      Terima kasih mbak Mintarsih. Senang menerima kunjungan dari mbak. Salam keguruan yang abadi. 😀

  7. Assalamu’alaikum Wr. Wb…
    Ikut silaturahmi nih, terus terang saya sering mengikuti tulisan-tulisan Mbak meski baru kali ini meninggalkan jejak. Tulisan-tulisan Mbak penuh inspirasi juga menebarkan motivasi bagi kehidupan ini, dan saya sadari bahwa saya ikut pula menyerapnya. Terima kasih, selamat hari guru bagi saudaraku di Malaysia…
    Wassalamu’alaikum Wr. Wb…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ruangimaji…

      Alhamdulillah, sangat senang mengetahui karya-karya saya dan blog ini ikut mendapat perhatian dari saudara.

      Terima kasih atas penghargaan yang diberi. Semoga saudara bisa memperolehi manfaat dari perkongsian ilmu yang tertera. Semoga sudi hadir mengisi ruang komentar di sini, pada masa mendatang.

      Selamat Hari Guru kembali.
      Salam kenal dan takzim dari saya. 😀

  8. Salam…
    apa khabar semua? Lamak kmk sik mnulis du blog ktk. Al-maklumlah gago ja…..dunia
    Alhamdullilah rasanya sempat agik utk ucap hari guru buat semua guru di mana jua berada.

    Insyallah esok kmk n ani akan keluar jemaah 3H di Bagan Datoh. Dekat ja. Alhamdullilah Hanzalah dah hafaz hampir 5 Juz. Insyallah next week baru nya cuti seminggu je. Anak2 ktk semua sihat ke?

    • Wa’alaikum salam wr.wb, Tuan Haji Faizal…

      Alhamdulillah, kamek semua sihat dan baik-baik aja. Didoakan kitak, Ani dan anak-anak juak sihat di sinun.

      Lamak na kitak sik berkomentar di sitok, nunggu juak kamek lamak tok. Harap lepas tok, kitak sudi agik nulis khabar dari Teluk Intan untuk pengetahuan kamek di Sarawak.

      Alhamdulillah, kamek doakan kita dan Ani selalu dilindungi Allah dalam usaha dakwah di mana-mana sahaja bumi dipijak. Hanya mereka yang berhati teguh mampu melakukan apa yang tidak dilakukan orang lain di tengah masyarakat yang memerlukan. Mudahan kita berduak dan sahabat2 kitak diganjari Allah dengan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

      Senang mendengar khabar Hanzalah. Semoga menjadi anak soleh yang membawa kebahagian untuk kitak dan Ani di akhirat kelak. Kamek harap Akram akan menyusul kebijakan hanzlah dalam menghafaz al-Quran. Aamiin.

      Terima kasih sudah berkunjung. Menunggu kunjungan akan datang.
      Salam ukhuwwah dari kamek di Sarikei, Sarawak. 😀

  9. Awww..ahahaha.. gambar-gambar komiknya comel, Mbak! Tapi benar-benar sesuai dengan beberapa kenyataannya (tidak semua seperti itu tentu 😀 )

    Makasih banyak atas masukan di postingan ini. Kebetulan saya juga pengajar, Mbak. Adapun saya di kampus terapkan prinsip sederhana:
    tidak pernah mempermudah maupun mempersulit mahasiswa

    Kadang-kadang sulit juga menerapkannya karena kalau mengajar, saya sering lontarkan humor-humor agar mahasiswa tak mengantuk. tapi ada efek buruknya, mahasiswa saya jadi pada manja.. karena dikiranya saya ini pengajar yang selalu bisa diajak kompromi.. duh! >.< hehehe 😀

    • Hai Mas Muxlimo…

      Penulisan surat terbuka ini, hanya menyatakan luhanan yang dianggap “negatif” kepada segelintir guru menurut pandangan pelajar dan tentu sekali tidak mewakili semua guru yang kebanyakan mempunyai sifat dedikasi yang tinggi dan bersemangat juang dalam dunia pendidikan ini. 😀

      Oh, rupanya mas Muxlimo juga seorang pengajar ilmu. Alhamdulillah, demikianlah guru yang sangat rapat dengan pelajarnya akan mudah mendekati pelajar dan pelajar tidak segan berdamping dengannya dalam konteks perbahasan ilmu.

      hehehe… saya yakin sifat mas yang punya sense of humors menyakinkan pelajar merasa damai dan senang menerima cara pengajaran yang disampaikan.

      Iya… kadang kala kita tidak menjangka kebaikan dari cara penyampaian kita, bisa diambil peluang oleh segelintir pelajar terhadap kita. Tapi saya yakin, mas Muxlimo bukan seorang yang mudah menerima “kemanjaan” pelajar atau mas Muxlimo yang manja dengan mereka… hehehe.

      Terima kasih mas, Selamat Hari Guru.
      Salam hormat selalu. 😀

Leave a reply to MUXLIMO Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.