Archive | June 2012

CT112. WAKTU LARANGAN SOLAT

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Banyak perkara yang kita pelajari dalam hidup ini, hasil dari pengalaman yang dilalui untuk menambah baik kehidupan kita. Saya sangat bersyukur kerana Allah memberi peluang menjadi tetamuNYA yang kemudian menghadapi  pelbagai ujian bersifat jasmani, emosi, rohani dan intelektual dalam perjalanan menuju Makkah bagi proses melaksanakan kewajipan haji. Continue reading

CT111. ILMU SAYA vs ILMU AWAK

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Subuh hari ke-3 (12 Oktober 2011 -Rabu) di Masjid Nabawi. Saya, Kak Kasma dan Kak Senah berjaya menempatkan diri di saf kedua dalam solat. Memang sukar untuk berada di barisan paling hadapan jika terlewat beberapa minit dari masa yang ditetapkan. Continue reading

CT110. CABARAN HAJI (2): CUACA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Cuaca merupakan satu daripada banyak ujian yang memungkinkan semua Duyufur Rahmaan menghadapinya tanpa kecuali. Penelitian dan pemahaman tentang cuaca di Tanah Suci adalah sangat penting bagi bakal haji kerana cuaca bumi Haramain – Madinah dan Makkah – sangat berbeza dengan tanah air kita. Maka persediaan secara material, fizikal, mental dan spritual hendaklah disiapkan untuk menempuh segala cabaran di sana. Continue reading

CT109. CABARAN HAJI (1): BATUK

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

BATUK adalah penyakit yang sinonim dengan musim haji. Sesiapa yang pernah menjejak kaki ke bumi Haramain, rata-rata akan berpesan dan mengingati tentang “persediaan” dilanda batuk. Fenomena cuaca yang bertukar, tidak sama dengan keadaan di tanah air, memberi impak kepada pelbagai penyakit yang muncul dan mudah menjangkiti. Continue reading

CT108. MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI (3): KELEBIHAN SAF PERTAMA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Ramai bertanya kenapa harus berebut-rebut untuk mendapat saf pertama, barisan hadapan atau saf paling awal di masjid atau surau atau dalam mana-mana solat berjemaah. Ada yang berpendapat, menyusahkan diri sahaja berlumba-lumba dengan orang lain. Ada ruang untuk solat, duduk sahaja dalam saf yang ada dan bersolatlah. Yang utama adalah berjemaah. Continue reading