Archive | May 2012

CT107. MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI (2): MENGATUR STRATEGI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Foto 3. Pemandangan yang amat mengejutkan saya ketika pertama kali memasuki halaman terbuka kawasan solat wanita, Masjid Nabawi. Lapangan solat sudah penuh dengan jemaah haji wanita. Ini bermakna dalam masjid juga sudah penuh. Saya, Kak Kasma dan Kak Senah tidak dapat memasuki masjid. Kami menghampar sejadah dan merasa hampa kerana solat Subuh pertama kali di luar Masjid.

****************

Dalam episod CT106.  MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI (1),  kami ditakdirkan Allah untuk menekuni solat Subuh pertama secara berjamaah di luar halaman terbuka, kawasan solat wanita, Masjid Nabawi. Segala rencana yang diatur tidak kesampaian. Continue reading

Advertisements

CT106. MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI (1): NIAT DAN AZAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Foto 1. Foto pertama yang saya ambil dengan menggunakan kamera kompak, Olympus FE-280 di halaman terbuka kawasan solat wanita, Masjid Nabawi. Sementara menunggu azan kedua berkumandang, saya memetik 4 foto yang dilampirkan di dua posting ini. 4 foto ini (bertanda merah) , amat bersejarah  dan bermakna sebagai Subuh pertama di bumi Madinah.

****************

MENGUKIR AZAM

Alhamdulillah, kembali bertamu untuk menyingkap tabir pengalaman Travelog Hajjah (1) dan Travelog Hajjah (2) yang masih di permulaan jalan.  Perjalanan yang masih panjang menuju Makkah al-Mukarramah. Ziarah Madinah merupakan tuntutan yang disunatkan ke atas para jemaah Haji/Umrah sebelum atau selepas melaksanakan ibadah Haji/Umrah di Makkah pada bila-bila masa.  Continue reading

CT105. 16 MEI 2012 : SELAMAT HARI GURU – “SURAT TERBUKA BUATMU PELAJAR”

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

“SELAMAT HARI GURU”  BUAT SEMUA SAHABAT GURUKU WALAU DI MANA SAHAJA BERADA.

Surat terbuka ini, ku tujukan khas buat semua anak didik di Malaysia yang mengikuti pelbagai peringkat pendidikan dalam negara, sempena Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei 2012. Surat yang ku tulis ini adalah berasaskan kepada luahan secara tidak rasmi pelajar-pelajar yang pernah aku temui sepanjang hampir 18 tahun mengeluti diri dalam dunia pendidikan yang serba mencabar. Ia berlaku di mana-mana zaman dan tempat. Continue reading

CT104. IBU YANG PALING BAIK DI DUNIA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

13 MEI 2012 –  SAMBUTAN HARI IBU DI MALAYSIA

Walaupun ada perayaan Hari IBU yang khusus diraikan di seluruh dunia, aku tetap berpendapat Hari IBU adalah SETIAP HARI.  Apa yang harus diketahui dan difahami oleh umat Islam, bahawa TIADA HARI IBU khusus dalam ajaran ISLAM. Semoga Allah mengampuni kita atas khilaf selama ini.

Agama Islam meraikan penghormatan kepada IBU setiap hari dan wajib bagi anak-anak mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untuk orang tuanya. Jika tidak dianggap berdosa. Insan bernama IBU tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. IBU adalah segala-gala bagi anak-anaknya.  IBU ADALAH RATU HATI. Continue reading

CT103. BUNGA GUBAHANKU (2)

Assalaamu’alaikum Wrahmatullahi Wabarakaatuh

Foto 4. Gubahan bunga yang paling simple dengan mencacah-cacah sahaja tanpa memikirkan bentuknya. Alhamdulillah, terhasil indah juga. Ia menjadi hiasan di atas almari kasut bersamaan foto-foto Konvokesyen saya.

****************

Kembali menyapa dengan senyuman bunga yang indah di hati setelah sapaan pertama di CT85. GUBAHAN BUNGAKU (1).  Minat pada bunga tidak dapat dilepaskan dari wanita. Wanita dan bunga sangat sinonim. Tetapi tidak ramai wanita yang meminati seni gubahan bunga. Kenapa ? Mengubah bunga bukan mudah. Ia memerlukan suatu sentuhan halus di jiwa.  Continue reading