Archive | March 2012

CT96. KETIKA RINDUKU BERLABUH

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Ketika rinduku berlabuh…….

Senyap…. hanya terdengar detakan jantungku yang berdegup kencang berbisik sayu meredah dingin subuh.
Sepi…. hanya deruan gemuruh darahku menyelimuti seluruh getaran kolam hati.

Hening… hanya germesik halus degus nafasku lembut menenang gelora jiwa di bawah lembayung Masjid Nabawi yang barakah. Continue reading

CT95. HADIAH DARI LANGIT … 30 MINIT DI RAUDHAH

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Tempat yang paling utama untuk diziarahi di Madinah adalah Masjid Nabawi atau Masjid Nabi. Kelebihan menziarahi Masjid Nabawi dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam dua sabda :

“Tidaklah digalakkan (disunatkan) bermusafir (untuk tujuan ibadah) melainkan ketiga buah masjid iaitu, Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan masjidku ini.” – Sahih Bukhari dan Muslim

“Pahala solat di masjidku ini adalah 1000 kali lebih baik daripada solat di lain-lain masjid selain Masjidil Haram.”  – Sahih Bukhari dan Muslim

Bertitik tolak dari hadis di atas yang sudah saya faham melalui informasi siri kursus haji dan pembacaan buku, membuat saya semakin rindu untuk menjejak kaki di Masjid Nabawi sebagai ziarah awal di malam pertama berada di bumi Madinah. Continue reading

CT94. KERANA RINDU ITU….

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Pergerakan sepanjang 13 jam lalu membuat mata saya semakin mengantuk akibat keletihan. Kepala saya mulai berdenyut, pening. Kaki dan lutut sakitnya semakin terasa perit.  Batuk mulai berdendang lagi. Saya menarik nafas panjang dan berdoa agar kembali segar setelah bangun tidur nanti. “Ya Allah, aku redha dengan apa yang ku alami ini. Semoga aku cepat sembuh,” doa saya dengan harapan tinggi. Tanpa sebarang masalah, saya terus lena di atas katil kedua sebelah tingkap dalam kedinginan “aircond” di bilik 0909, tingkat 09, Hotel Moltaqa al-Alam, Madinah. Continue reading

CT93. B 0909 T 09 H 09 HB 09

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Setelah melalui barisan panjang untuk pemeriksaan paspot, saya dan suami (baca: SPH) bergegas mencari bas yang akan membawa kami ke hotel penginapan, Moltaqa Al-Alam. Waktu Madinah menunjukkan jam 8.26 malam. Parkir bas hanya 30 meter dari pintu keluar bangunan imigresen. Walaupun tidak jauh, tetapi saya merasa beban berat ditanggung dalam keadaan kurang sihat kerana sakit lutut, lenguh kaki dan batuk. Dalam fikiran saya, mahu segera duduk di dalam bas untuk berehat dan tidur setelah lama berdiri dan berbaris. Penatnya mulai terasa kini. Continue reading

CT92. REBUT LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Harus diakui bahawa manusia mempunyai banyak  kelemahan yang mengakibatkan kelalaian dan selalu tersasar dari landasan syariat dan ajaran yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Oleh kerana itu, manusia sangat memerlukan bimbingan dan peringatan untuk mencari kebenaran melalui perutusan Nabi dan Rasul sebagai penyampai berita gembira dan berita amaran bertujuan membantu mengatasi kelemahan sifat manusia. Kelekaan terhadap kehidupan yang dilalui menjadikan manusia, makhluk yang mudah dikalahkan oleh waktu, nafsu dan syaitan. Continue reading