Archive | March 2, 2012

CT92. REBUT LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Harus diakui bahawa manusia mempunyai banyak  kelemahan yang mengakibatkan kelalaian dan selalu tersasar dari landasan syariat dan ajaran yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Oleh kerana itu, manusia sangat memerlukan bimbingan dan peringatan untuk mencari kebenaran melalui perutusan Nabi dan Rasul sebagai penyampai berita gembira dan berita amaran bertujuan membantu mengatasi kelemahan sifat manusia. Kelekaan terhadap kehidupan yang dilalui menjadikan manusia, makhluk yang mudah dikalahkan oleh waktu, nafsu dan syaitan. Continue reading