Archive | February 2012

CT91. 9 TIPS 9 JAM

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

“Masya Allah… penatnya 9 jam dalam kapal terbang. Saya tidak pernah terbang sejauh ini. Paling lama 2 jam sahaja,” kedengaran suara seorang lelaki yang berdiri di belakang saya berbicara dengan temannya. Ketika itu kami sedang berada dalam bas shuttle yang membawa lebihan jemaah haji KT33 yang terakhir turun dari kapal terbang. “Iyalah… saya tak dapat tidur kerana tempat duduk yang sempit dan tak tahu nak buat apa-apa. Badan rasa jadi macam kayu sebab kurang bergerak.” sampuk teman yang berada di sebelahnya sambil ketawa. Continue reading

CT90. SERBA BARU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Sudah lama saya memendam perasaan ini. Ia sebuah keinginan yang mesti dilakukan agar tenteram jiwa. Ia sebuah impian yang mahu dijadikan kenyataan. Sejak mengetahui saya akan ke Makkah, harapan itu semakin menggunung tinggi. Dada bagai berombak menahan gementar jiwa. Tidak tahu di mana harus dicari. Hati selalu rasa hampa tidak terperi. Menangislah mata ini di sejadah duka sambil berdoa dalam sujud yang lama ingin merealisasikan cita-cita yang sepertinya “tidak akan terlaksana.” Continue reading

CT89. TOMYAM SEAFOOD “AKIN”

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Berbicara dengan mbak Akin, empunya blog Try 2B Cool’ n Smart yang saya kenali awal sebagai Kaka Akin sangat menyenangkan. Beliau teman yang baik dan mesra. Beliau memanggil saya dengan nama BUNDA. Bukan tidak suka dipanggil bunda, mbak, tetapi terasa diri ini “tua” dengan panggilan demikian. :D. Hal ini kerana menyakini kami sebaya atau hanya berbeza beberapa tahun sahaja. Walau bagaimanapun, saya tetap senang dipanggil BUNDA. 😀 kerana panggilan itu satu penghormatan buat saya. Terima kasih, mbak Akin. Continue reading

CT88. MUHAMMAD, THE WORLD’S MOST INFLUENTIAL PERSON

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Hari ini (14 Febuari 2012 – Selasa), hatiku melonjak bahagia tidak terkira. Sebenarnya perasaan itu berlaku sejak semalam (13 Febuari 2012 – Isnin) apabila melihat kain rentang (banner) putih terlentang megah di dada pagar Masjid Besar Al-Muttaqin, Sarikei. Banner itu memaparkan Ceramah Maulid Rasul oleh Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz. Beliau adalah mantan Imam Masjid Negara dan mantan Pegawai Agama Istana Negara, juga seorang tokoh pendakwah terkenal di Malaysia. Beliau akan berbicara tentang manusia paling agung iaitu, Continue reading

CT86. FORMULA “JERI’S”

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Untuk menempuh seribu kilometer perjalanan, hendaklah bermula dari langkah pertama. Demikianlah kebersamaan mutiara kata dari Khalil Gibran dan Kong Fu Tse. Garis permulaan inilah yang selalu menguja dan membuat kita menjadi bingung bagaimana mahu memulainya. Memulai suatu pengalaman baru, “mengerah” kita untuk membuat persediaan rapi, menulis senarai semak dan urus diri yang siaga sebelum pengalaman praktik itu ditempuh. Continue reading

CT85. BUNGA GUBAHANKU (1)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Foto 1. Bunga  ini  menghiasi atas televisyen pada awalnya. Tetapi telah dipindah ke atas almari buku di ruang tamu, setelah gubahan baru yang lebih eksklusif.

****************

Maaf, berlaku masalah teknikal ketika sedang mengedit posting ini. Posting ini telah diterbitkan semalam. Maka dengan sabar dan hati yang kesal atas kecuaian,  saya mengedit semula dengan memendekkan foto-foto gubahan bunga ini untuk disisipkan sebagai masa “ISTIREHAH” sebelum tulisan Travelog Hajjah (1) bertajuk “FORMULA JERI’S” diterbitkan. Continue reading