Archive | January 2012

CT84. PERGI HAJI ATAU PERGI UMRAH DAHULU ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Dua minggu selepas balik dari menunaikan fardhu haji, saya dan suami ke gerai makan kecil Kak Peah (nama samaran) di bandar Bintangor untuk melepas rindu kepada nasi lemak specialnya yang lazat itu. Ketika sedang mencari tempat duduk, saya ditegur oleh Kak Peah. “Baru balik dari umrahkah ?” tanya beliau. “Tidak kak, saya baru balik dari menunaikan haji,” jawab saya membetulkan pertanyaannya. “Masya Allah, awak pergi haji rupanya, patutlah lama tidak datang ke kedai akak,” kata beliau seperti terperanjat. Continue reading

CT83. MUAZZIN MUDA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

8 BULAN LALU (Mei 2011) – PERSEDIAAN MUAZZIN MUDA

Sebaik kata putus diambil untuk menunaikan fardhu haji tahun ini (2011), saya bertekad dan berhasrat bahawa satu-satunya anak lelaki kami, Muhd. Nor Akram (9 tahun) akan menjadi muazzin pada hari keberangkatan saya dan suami ke tanah suci pada bulan Oktober nanti. Keinginan itu saya suarakan kepada suami. Beliau bersetuju dengan apa yang saya rancang. Kemudian saya maklumkan kepada Akram (panggilan seharian saya adalah Muhammad dan Akram pula membahasakan dirinya abang). Continue reading

CT82. PENGISIAN TRAVELOG HAJJAH (2): MENGINTIP JALAN KE SYURGA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Minggu pertama yang sibuk setelah kuliah bermula dan banyak tugas pejabat harus dilakukan sehingga penulisan ini ditangguh beberapa waktu kerana penat dan tumpuan kian surut untuk menulis. Malah, aktiviti ngeblog juga kian terbatas dan silaturahmi terasa sangat kurang. Maaf kalau belum berkesempatan membalas kunjungan sahabat sekalian. Mudahan kebaikan selalu bersama kita dalam usaha menambah ilmu dan meningkatkan pengetahuan di samping saling bantu membantu dengan pesan dan nasihat. Continue reading

CT81. PENGISIAN TRAVELOG HAJJAH (1): KEMBARA JIWA DAN MINDA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Pengisian yang akan dibincangkan dalam Travelog Hajjah (1): KEMBARA JIWA DAN MINDA akan meliputi pelbagai peristiwa yang mungkin ditulis secara tidak tersusun. Hal ini berlaku kerana idea-idea yang dicapai melalui kilang memori tidak seragam mengikut masanya. Ada sesetengah keadaan tidak ditulis di atas buku “Small Oblong” berwarna hijau, berukuran 168mm x 108mm sebanyak 300 muka surat. Buku itu dibeli oleh suami setiap sebuah seorang. Maka saya tidak membawa buku nota lain yang nantinya membuat saya kesal di kemudian hari. Continue reading

CT80. TRAVELOG HAJJAH DI BUMI HARAMAIN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Posting ini merupakan sebuah azam dalam menghasilkan sejumlah penulisan bermakna dari “BUMI HARAMAIN” untuk direalisasikan dengan sesungguhnya. Sebagai PENULIS TANPA BUKU, tentu blog menjadi pelabuhan untuk mencernakan minda bagi manfaat perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah ditempoh dalam detik masa berlalu.  Tulisan dari “BUMI HARAMAIN” ini di bawah kategori (tunas ilmu) yang dinamakan TRAVELOG HAJJAH (TH). Continue reading

CT79. SELAMAT TAHUN BARU 2012: MAKNAI SEJARAH KRONOLOGI KEHIDUPAN KITA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SELAMAT TAHUN BARU DUA RIBU DUA BELAS (2012). SELAMAT BERTEMU SEMULA. Alhamdulillah, saya kembali menyatu diri bersama sahabat pembaca Laman Menulis Gaya Sendiri Generasi Dua (G2) dalam kesihatan yang diredhai Allah swt. Semuanya atas izin Allah. Subhanallah. Akhirnya, pertemuan itu masih menjadi milik kita. Apa khabar sahabat sekalian ? Saya doakan semuanya bahagia, sihat dan diberkati Allah swt. Continue reading