Archive | March 2011

CT52. FASIH MENULIS

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Setelah menulis artikel CT46. FASIH BICARA, saya tertarik untuk membincangkan tentang FASIH MENULIS.  Seperti halnya fasih bicara, fasih menulis juga merupakan satu potensi dan bukan lahir semula jadi. Potensi yang perlu diasah dengan baik dan minat yang menyeluruh. Bukan  hangat-hangat tahi ayam – melakukan sesuatu perkara dengan semangat di awalnya, kemudian rebah diseparuh jalan. Tetapi dengan semangat yang menyemarak keinginan untuk meneroka kehebatan dan menguasai kemahirannya. Continue reading

Advertisements

CT51. POKOK BELACAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Setiap hari aku harus melalui pokok ini untuk ke sekolah. Atau bermain di bawahnya bersama teman dan adik tika menunggu kolam renang milik Majlis Daerah Simanggang dibuka pada jam 3.00 petang. Pokoknya sangat tinggi menjulang langit. Usianya sudah tua tapi masih berdiri gagah. Bila aku bertanya dengan Pak Nek  apakah nama pokok tersebut. Pak Nek, Haji Massatem bin Mas Sabang @ Chi adalah ayah kepada ibuku (datuk). Pak Nek memaklumkan nama pokok itu adalah Pokok Belacan. Ia sudah wujud di situ sejak  Pak Nek usia remaja lagi. Sungguh kagum aku menatapnya. Seingatku, inilah pokok paling besar dan paling tinggi pernah ku lihat di kampungku. Lilitan badannya ku anggarkan sepuluh kali ganda atau lebih dari depangan tangan  anak seusia 10 tahun sepertiku. Continue reading

CT50. AKU CINTA PADAMU… MAKA AKU CEMBURU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Believe me, that is it. From amongst all people, i have loved you and have chosen you for myself. In your eyes, i found the most beautiful words. You have  filled my world. This is the love nobody has ever tasted. And it’s like you were created just for me.

Sadakny Khalas – Amr Diab Continue reading

CT48. SUBHANALLAH… ENGKAUKAH MUAAZIN ITU ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

HADIS, SERUAN AZAN DAN DOA SETELAH AZAN

Hatiku bergetar setiap kali tibanya kebesaran-Mu dikumandangkan ke ruang angkasa lepas. Getarannya seperti memenuhi seluruh pembuluh darahku, menggelegak dan menghangatkan. Mataku pejam dalam penghayatan segala makna yang membenam ke pelusuk fikiranku. Bulu romaku merinding tegak seakan sendi-sendi tubuhku menggigil saat nama-Mu diseru  memenuhi segenap penjuru alam. Continue reading

CT47. HADIAH DARI LANGIT (4): 4 IN 1 – PENGHARGAAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

APA KHABAR SAHABAT PEMBACA LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 ? Hmmmm…. rasa bersalah menokok di hati apabila sejak kebelakangan ini aktiviti anjung sana-anjung sini (blog walking) jarang sekali saya lakukan. Pertama; tugas di pejabat yang semakin membukit  tentu sekali menjadi alasan terbesar boleh diberikan. Kedua; kesihatan yang kurang berkesan membantu menguatkan alasan pertama… hehehe. 😀 Continue reading

CT46. FASIH BICARA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Salah satu perkara yang selalu membuat saya terpegun ketika mendengar seseorang berbicara ialah kefasihan lidahnya dalam mengungkapkan kata-kata. Lisan yang fasih mampu membuka mata semua yang hadir untuk memandang ke arahnya sepanjang dia melontarkan perbahasan. Mampu melebar telinga para pendengar untuk meneliti setiap buah fikir yang dibincangkan. Malah mampu menghenti segala tugas yang sedang dijalankan semata-mata untuk menghayati apa yang dipesan. Continue reading