Archive | May 2011

CT61. KENYATAAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

BUATMU YANG MENGERTI….

Andai kata pertemuan menjadi suatu pemberian walaupun bukan milikku, tak akan ku sia-siakan. Continue reading

Advertisements

CT60. MUFTI SARAWAK DAN ‘SENIOR DIRECTOR’ YANG KALAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh



Setiap manusia mempunyai impian untuk mencapai cita-cita dan keinginan. Siapa yang berani menghadapi segala rintangan, dia pasti maju ke depan. Jika takut dirempuh badai, jangan belayar di lautan bergelora. Tidak ada jalan mudah untuk memperolehi sesuatu yang menjadi idaman. Kejayaan hanya dimiliki oleh mereka yang berhati teguh dan berdaya usaha. Continue reading

CT59. 16 MEI 2011: SELAMAT HARI GURU – “SURAT TERBUKA BUATMU GURU”

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


SELAMAT HARI GURU”  BUAT SEMUA SAHABAT GURUKU WALAU DI MANA SAHAJA BERADA.

Surat terbuka ini, ku tujukan khas buat semua sahabat guruku di Malaysia, sempena Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei 2011. Tema “GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”, menjulang aspirasi tinggi tentang harapan yang disandang ke bahumu oleh warga Malaysia untuk meletakkan martabat keguruanmu di persada pentas dunia dalam membangunkan negara bangsa. Continue reading

CT58. TUHAN… JANGAN AMBIL NYAWAKU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Begitulah kita merancang, tetapi Allah menentukan. Niatku untuk menerbitkan posting ini pada pagi tadi, sesuai dengan sambutan Hari Ibu di Malaysia ternyata tidak kesampaian, apabila talian internet melalui Celcom Broadband (di rumah) sungguh mengecewakan sejak sebulan yang lalu. Selalu putus dan lambat capaiannya. Walau bagaimanapun, bersyukurlah jam 5.15 petang akhirnya diizinkan Allah jua penerbitannya di maya. Alhamdulillah.

HARI IBU kembali disambut dengan meriah untuk kesekian kali. Hari Ibu di Malaysia biasanya disambut setiap tahun pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Maka, sahlah tahun 2011, ia jatuh pada 8 Mei . Hari minggu ini tentu indah bagi anak-anak yang meraikan ibu mereka. Begitu aku juga tidak terlepas dirai dan meraikannya bersama keluarga. 😀 Continue reading