CT52. FASIH MENULIS

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Setelah menulis artikel CT46. FASIH BICARA, saya tertarik untuk membincangkan tentang FASIH MENULIS.  Seperti halnya fasih bicara, fasih menulis juga merupakan satu potensi dan bukan lahir semula jadi. Potensi yang perlu diasah dengan baik dan minat yang menyeluruh. Bukan  hangat-hangat tahi ayam – melakukan sesuatu perkara dengan semangat di awalnya, kemudian rebah diseparuh jalan. Tetapi dengan semangat yang menyemarak keinginan untuk meneroka kehebatan dan menguasai kemahirannya.

Fasih menulis memerlukan bicara dalam bentuk kata-kata. Bermula dari memilih benih 26 abjad.  Lalu  disemai dengan tunas perkataan atau kalimah dari beberapa suku kata yang menerbitkan makna pada setiap huruf. Kemudian disirami idea-idea kreatif dan kritis  sehingga menumbuhkan batas-batas karangan yang mekar di sebuah taman tulisan. Keenakan buah bahasa dan wanginya bunga bicara dari hasil yang ditanam itu dapat menambat hati sesiapa yang menyantap sajiannya. Malah mampu mengubah gaya hidup dan cara fikir seseorang melalui khasiat dari kata-kata itu.

MENULIS SANGAT MUDAH. Sesiapa sahaja boleh menulis. Tidak ada larangan atau halangan. Menulislah. Jangan ditahan-tahan. Walau apapun cabaran yang mendepani tulisan anda. Ia satu risiko yang harus diterima dengan hati terbuka. Menulislah untuk berkongsi idea-idea hebat. Terokailah dunia tulis dengan menghirup segala sup ramuannya.  TETAPI… untuk fasih menulis, tidak semudah yang disangka. Tidak semua orang mampu menulis dengan baik. Fasih menulis memerlukan latihan menulis dan terus menulis. Disuntik pula dengan minat yang mendalam. Kemudian disaluti oleh perasaan cintakan ilmu. Ilmu itu diperolehi dengan banyak membaca.

Selain dari latihan menulis, faktor utama mengikat keindahan dalam sebuah penulisan adalah idea-idea yang dilahirkan. Bagaimana idea-idea itu mempengaruhi sebuah tulisan tentulah berasal dari membaca. Menurut  Bapak HAMKA, seorang penulis lebih banyak membaca daripada menulis. Hasil pembacaan yang banyak, menjadikan penulisan bertambah berkualiti dan menyegarkan. Membaca memberi impak yang besar kepada perlahiran ilmu di jiwa. Menumbuhkan keinginan untuk mengetahui apa yang berlaku di sekitar. Membaca menjadikan dunia dalam genggaman. Dunia menjadi dekat dan kitalah penguasa dalam dunia pembacaan.


Dunia baca menjadi landasan untuk anda berkenalan dengan ramai penulis. Pilihlah buku-buku berkualiti yang dihasilkan oleh penulis yang terkenal dengan kefasihan dalam mengarang karya yang hebat. Hasil-hasil karya mereka mampu menggegar hati manusia dan dunia sejagat. Pengaruh pemikiran mereka dihasilkan dalam bentuk kata bicara yang bisu tetapi hidup subur dalam jiwa pembacanya.

Berikut adalah beberapa penulis tersohor dan buku-buku mereka adalah pilihan terbaik saya. Penulis ini dari pelbagai bidang disiplin ilmu, antaranya, Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni, Dr. Fazlur Rahman, Dr. Danial Zainal Abidin, Dr. Muhammad Iqbal,  Ahmad Hussein Deedat, Dr. Syed Muhammad  Naquib Al-Attas, Dr. Zakir Abdul Karim Naik, Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Malik bin Nabi, Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Harun Yahya, Dr.Mahathir Mohammad, Dr. David J. Schwartz, Dale Carnegie, Robert Ringer dan banyak lagi.

Manakala untuk buku-buku novel, sastera dan puisi, saya memiliki karya  hebat dari HAMKA, Shahnon Ahmad, A. Samad Said, Abdullah Hussein, Khadijah Hashim, Usman Awang, Mana Sikana, Andrea Hirata, Habiburrahman El-Shirazy (Kang Abik), A.Fuadi, Abdul Latip Talib, Maskiah Masrom, Zaid Akhtar, Siti Rosmiza dan banyak lagi. Bahan bacaan jenis ini saya pilih untuk memantapkan perbendaharaan kata dan bahasa dalam penulisan sastera. Mereka mampu memberi keindahan dalam pengolahan bahasa sastera yang berkesan kerana sebahagian besar dari mereka  adalah penerima Anugerah Sasterawan Negara dan lain-lain anugerah mengikut kategori masing-masing.

Oleh itu, pemilihan bahan bacaan yang menggunakan bahasa yang baik, indah olahannya dan mudah difahami mampu mengubah hidup dan pemikiran anda. Apabila anda memilih bahan bacaan dari apa bentuk buku pun, anda harus mempunyai tujuan  dan keazaman untuk mendapatkan sesuatu yang boleh dimanfaatkan dari buku tersebut. Manfaat itulah yang dijadikan bahan untuk anda menulis kemudiannya. Inspirasi penulisan anda lahir melaluinya.

Pelbagaikan bahan  bacaan agar ilmu dan pengetahuan anda bertambah luas. Kayakan diri dengan perbendaharaan kata supaya penulisan anda  lebih menarik dan berpengaruh. Jangan hanya tertakluk di bawah lembayung satu jenis bacaan sahaja.  Jika banyak yang dibaca, semakin banyak idea-idea yang dicurahkan. Jika banyak melakukan latihan menulis, semakin anda fasih menulis dan bertambah baik bahasa tulisan anda. Seperti juga Fasih Bicara, fasih menulis berawal dengan keyakinan, keberanian dan percaya diri.

“Apabila anda tidak mencari sesuatu, maka anda tidak akan menemui sesuatu itu walau ia berada di depan mata sekalipun.”



SalamFatima3SalamFatima

26 Mac 2011 (Sabtu)/ 21 Rabiu’ul Akhir 1432H/ 10.21 malam- SARIKEI, SARAWAK


Aku… menyakini bahawa dunia ini dicipta sebagai medan kehidupan untuk meraih kehebatan sebagai manusia. Setelah ilmu dan akal menjadi bekal, kenapa masih sanggup mengecewakan diri sendiri ? Orang yang mudah kecewa sebelum melakukan sesuatu adalah pahlawan yang kalah sebelum perang bermula. Perjuangannya tidak akan pernah menemui kemenangan. Malas adalah musuh kejayaan.

– SITI FATIMAH AHMAD –


Apabila sudah memulai sesuatu, janganlah menghentikannya sebelum merasai hasilnya.

– Shakespeare –


73 thoughts on “CT52. FASIH MENULIS

  1. Assalamu alaikum bunda.

    Saya setujuh sekali, menulis itu gampang-gampang susah. Gampang bagi yang sudah terbiasa dan susah bagi yang belum mencoba..

    Menulis itu memang perlu banyak membaca, merasa, menghayati kehidupan sekitar, kalau tidak tulisan kita hanya angan-angan atau omong kosong belaka.. 😀

    Saya suka poster 12 1/2 writing rules di atas.. 😀

    Salam hangat bunda,, 😆

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Masyhury…

      Kalau selalu menulis dan menulis, akan menjadikan menulis itu mudah. Susahnya kerana kita selalu menyatakan susah. maka susahlah yang kita rasai. Pusing ya. 😀

      Silakan nikmati pesan poster itu untuk giat menulis. Ayuh… Semangat menulis. Terima kasih untuk kongsian ilmu.

      Salam hangat kembali.

    • Benar Bchree, saya setuju dengan kenyataan di atas. 😀

      Tulisan kitalah yang mampu menjadi khazanah masa depan yang masih jauh. Tulisan akan tetap hidup melakar sejarahnya di dunia ini walau jasad kita sudah bergalang tanah. Itulah bukti bahawa kita pernah wujud di muka bumi ini.

      Terima kasih juga untuk makluman tentang Fika. Semoga Fika bisa menghirup kebahagiaan masa kanak-kanaknya. Amiin.

  2. Assalamu’alaikummembaca
    Aaahh…bunda…betapa tersentuh hatiku membaca tulisan ini…seakan-akan akulah yang menjadi tersangka dalam kasus anget-anget tahi ayam. Dulu aku suka menulis cerpen, dan tentu saja suka membaca cerpen. tapi kelemahanku, cenderung suka membaca karya-karya penulis yang kugemari saja. tidak adil ya, bunda? hehe…
    Ya Allah, maafkan aku…
    Bagaimana ya bunda, solusi untuk penyakit kronisku ini..?

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Aryna…

      Amiin… Ya Rabbal’alamiin. Ampunilah Aryna atas keresahannya itu. Semoga dimudahkan Allah nanti. 😀

      Ayuh Aryna… semarakkan semangat menulis cerpenmu itu. Tidak semua orang punya potensi bisa menulis cerpen kerana ia memerlukan perhatian khusus dan fantasi yang tinggi. Teruslah menulis.

      Tidak mengapa Aryna, membaca karya penulis yang kita gemari sahaja. Yang penting adalah mengambil apa yang disuratkan dalam karyanya untuk dimanfaatkan.

      Hehehe… apa bunda ini doktor ya. Mahu diapa-apakan penyakit kronismu itu. ? 😀
      Saran bunda, makan buku dan minum ilmunya. hahaha…

      Salam sayang dari bunda.

  3. Saya benar-benar mendapat pelajaran berharga dari bunda. trimakasih.. saya juga pernah mendengar, yang penting adalah action. menulis, menulis, dan menulis.. latihan, latihan, dan latihan..

    salam kenal bunda..

    • Salam kenal juga Hendragalus…

      Alhamdulillah, semoga beroleh manfaat dari apa yang disaji di blog ini.

      Latihan menulis dan terus menulis memberi kemahiran dan penguasaan kepada kita untuk fasih menulis. Semoga sukses dalam penulisan.

      Terima kasih sudah berkunjung.
      Salam ceria selalu.

  4. Assalamu ‘alaikum Bunda Siti Fatimah Ahmad.

    Mohon maaf baru sempat berkunjung dikarenakan sibuk dengan aktifitas di dunia nyata, mencari sesuap nasi tuk bekal saya dalam beribadah.

    Untuk komentarnya, sayapun jujur belum bisa membuat postingan diblog ataupun komentar dengan bahasa yang fasih dan indah. Saya hanya menulis sebisa dan setahu saya dengan kosa kata keseharian.
    Sudah dulu ya Bund,
    salam mesra dan persahabatan dari Bekasi-Indonesia.
    Wassalamu ‘alaikum salam Wr. Wb.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Opick…

      Tidak mengapa mas. Hadirlah saat kesibukan sudah surut. Semoga dilimpahkan rezeki yang banyak dari Allah SWT untuk usaha yang dijalankan bagi membahagiakan keluarga dan amal ibadahnya. Amiiin.

      Fasih menulis itu berawal dengan belum bisa menulis dengan baik, Opick. Maka jangan harus mengalah. Berlatihlah menulis setiap hari walau hanya beberapa perenggan ayat. Yang penting ada kesinambungannya. Harus ada praktiknya. Insya Allah, akan fasih kemudian hari.

      Jangan lupa membaca buku agar perbendaharaan kata jadi banyak dan menulisnya bisa enak dibaca.

      Terima kasih untuk kunjungan Opick.
      Salam mesra kembali dari saya. 😀

  5. Asm…
    Kadang2 terasa sukar utk menulis bg meluahkan perasaan dan kata hati ini. Anyway sampai kapan pun kita mesti niat utk terus belajar dan belajar hingga akhir hayat.

    Amin… semoga kita sekluarga dpt bercuti ke sitok bulan Jun ini. Mungkin kita sik dpt nemu sebab kamek sekuarga pun nak bercuti ke srawak cuti sek. bulan 5 & 6. Anyaway jgn lupa padah bila kita nak dtg. Mun ada rezeki boleh ke rumah kamek.

    Jazakallah…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Faisal…

      Susah ya disebabkan oleh rasa malas yang bersarang di hati kita. Cuba kalau kita rajin, mesti ada keinginan untuk menulis. Bukan kitak ajak kenak penyakit ya. hampir semua orang bila dah rasa malas datang, nang sik maok nulis apa-apapun. hanya termenung ajak. Betul sik… hehehe.

      Menulis juga merupakan satu pembelajaran yang banyak emmberi kebaikan dan manfaat kepada kemenjadian kita sebagai manusia yang berpendidikan. Menulis akan mengembangkan potensi kita untuk mencurahkan apa yang bersarang di hati dan terbendung di minda. Salah satu kebaikan menulis adalah melepaskan segala resah di jiwa.

      Selamat menulis. Menulis komentar yang panjang sedikitpun satu kebaikan bagi perlatihan menulis. Bukankah udah nulis namanya. Betul ndak. 😀

      Selamat datang ke Sarawak cuti tok kelak. Insya Allah, mun jadi kelak kamek madah.

      Terima kasih kerana selalu nyampei khabar dengan kamek di blog tok. Kirim salam sayang dengan Ani dan anak2 kelak. Semoga sihat dan bahagia selalu. Amiin.

      Salam mesra selalu. Barakallahulakum bilkhair. 😀

  6. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Benar sekali, Bunda Fatimah, jika hanya menulis memang mudah sekali, siapa saja dapat menulis tentang apa saja. Akan tetapi, jika fasih menulis, sudah tentu hal ini memerlukan latihan dan penuh perhatian. Hmm…, membaca tulisan Bunda ini saya semakin semangat dalam belajar menulis.

    Hingga kini, saya sendiri juga masih tertatih-tatih dalam belajar untuk bisa fasih menulis. Untuk itu, ada satu hal yang mesti kita lakukan, yakni senang membaca. Menurut saya, seseorang akan sulit untuk bisa fasih menulis jika tak senang membaca. Di samping membaca tulisan sendiri sebagai langkah koreksi dan perbaikan, juga penting untuk senang membaca tulisan orang lain.

    Dalam membaca tulisan orang lain ada yang berpendapat bahwa sebaiknya membaca hasil karya dari penulis yang hebat, hal ini penting untuk belajar. Saya sepakat dengan pendapat ini. Akan tetapi, membaca tulisan para penulis pemula juga sangat penting agar kita juga tak henti belajar.

    Demikianlah, Bunda, semoga kita semakin fasih menulis. Salam hangat selalu dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Alhamdulillah, semoga beroleh manfaat bersama. Saya rasa malu pula kerana seorang penulis yang telah menulis banyak buku malah merendah diri. Ternyata benar kata orang bijaksana bahawa orang yang bijaksana selalu merendah diri tentang kehebatannya dan selalu menonjolkan sifat sederhana. 😀

      Walau bagaimanamun saya sangat menghargai setiap kalimah yang menghargai tulisan saya sebagai satu usaha untuk memantapkan kefasihan dalam menulis. Mudahan dapat membantu dan menyemarakkan semangat kita semua dalam menghasilkan karya yang baik untuk disebarkan.

      Untuk belajar dan melatih diri dalam fasih menulis haruslah punya keyakinan dan percaya diri kerana kedua faktor tersebut merupakan intisari cara berfikir yang positif dan optimis. Apabila sudah mempunyai cara fikir demikian separuh dari dunia penulisan sudah kita takluki walau belum memulakan langkah menulisnya.

      Selain membaca karya penulis hebat, kita juga jangan menyisih dari membaca karya penulis pemula kerana semua penulis yang hebat bermula dari penulis pemula… hehehe, kok pusing membaca ini ya. Saya setuju mas, terkadang penulis pemula mempunyai idea2 hebat yang belum diterokai oleh penulis yang sudah lama menulis. idea2 baru dari mereka bisa menjadi satu inovasi terkini dalam penulisan.

      Yang penting bukan dalam menggali segala khazanah buku yang dibaca adalah menggorek kahsiat ilmu yang dikandungnya. Apa jenis buku bisa memberi manfaat, kebijakan kitalah untuk memilih yang bisa menjadikan kita juga sehebat penulisnya. Semoga berjaya kerana Amazzet juga seorang penulis hebat. Salut dari saya.

      Terima kasih ya sudah berbagi hikmah di sini. Saya senang membaca dan mengambil iktibar darinya.Mudahan kita semakin fasih menulis dengan terus menulis di mana- mana dan apa jenis penulisannya.

      Salam hangat kembali. 😀

  7. Assalaamu’alaikum bunda yg cantik… 🙂
    bagi saya justru masih lebih fasih tulisan bunda (walau pun tidak sepenuhnya saya mengerti), dari pada ucapan bunda (orang malaysia) apabila langsung terdengar di telinga saya pasti membuat saya terlihat semakin bego, ga ngerti bgt :p hehehe….

    tapi, walau pun demikian saya tetap menyukai bunda melebihi orang malaysia lainnya 🙂

    salam kangen dari preman bandung,

  8. Swlamat pagi mbak Siti, salam sejahtera,

    Saya pernah menulis komentar di blog ini, bahwa saya menilai figur seperti Siti Fatimah itu seorang wanita yang mahir bersilat pena dan silat lidah. Kalau konsisten bahasa dunia silatnya: lihay jurus silat pena dan jurus silat lidah!!

    Istilah silat lidah sudah banyak digunakan dengan konotasi negatif. Sedang silat pena saya membikin ungkapan sendiri. Maka ungkapan “mahir silat pena dan silat lidah” saya maksudkan konotasi positif untuk keduanya!! Kalau itu saya terapkan untuk mbak Siti,tentu ada maknanya. Saya kurang jelas mbak Siti memaknainya ungkapan tersebut bagaimana??? Tetapi karena saya tidak suka berbasa-basi saya sering gunakan ungkapan-ungkapan, baik yang sudah ada ataupun membuat ungkapan baru. Saya sendiri berpendapat memuji seseorang itu dengan terus terang bahkan lebih efektif dan berkesan memuji secara terselubung atau halus. Memuji secara vulgar rasanya berhadapan dengan yang belum dewasa.

    Dengan suami atau isteripun lebih efektif memuji dengan halus. Beda kalau memuji anak-anak kita memang masih perlu vulgar.
    Lalu apa hubungannya dengan FASIH MENULIS ??

    Saya blogger yang baru kemarin sore bisa menarik satu kesimpulan: bahwa kegiatan blogging ini memiliki manfaat menambah ilmu pengetahuan, mencari sahabat, belajar menulis dan sebagian kecil berbisnis.

    Belajar menulis supaya menjadi fasih memulis, dengan bloggimg ini memang cara yang praktis dan ekonomis. Kita sudah banyak membuat tulisan/artikel tidak perlu repot dikirim ke penerbit yang belum tentu dipublish. Tetapi dengan kita post diblog kita sendiri langsung bisa dibaca banyak orang. Yang diharapkan penulis atau pemilik blog adalah komentar pembaca yang ini bermanfaat untuk meningkatkan kualitas tulisan pemilik blog itu, jadi merupakan feedback. Merupakan ulasan artikel yang dipost.

    Maka menulis komentar/reply komentar itu juga perlu diperhatikan dan ini juga sudah merupakan belajar menulis yang baik juga. Dengan demikian membaca komentar-2 pengunjung sebelumnya dan reply komentar pemilik blog juga perlu dibaca setelah tentu saja membaca artikelnya. Seperti sudah ditulis mbak Siti penulis yang baik adalah HARUS BANYAK MEMBACA.

    Tetapi saya amati dari sekian banyak blog yang saya baca 95% lebih komentarnya hanya bersifat basa-basi. Komentar yang pendek model SMS. Mau tidak mau replynya juga sangat pendek. Celakanya lagi sudah komentar pendek sifatnya basa-basi pujian. Bagus, Nice, Menarik dll sejenisnya. Andaikan: Wah, postingnya bagus karena adanya ungkapan2 yang menyentuh tentang ini, itu dst……. Ini masih lumayan. Dibanding Artikel ini sangat menarik Terima kasih. Ini komentar basa-basi.Karena pemilik blog tidak akan tahu mana yang dimaksudkan.

    Terus terang saya belum jelas apakah komentar model SMS itu memang sudah menjadi etika atau satu kesepakatan? Karena komentar yang panjang memboroskan kapasitas??
    Yang saya amati semacam etika kalau sudah ada pengunjung meninggalkan komentar sebaiknya memang ada reply pemilik blog, sekalipun hanya pendek saja.

    Mungkin teman2 blogger kalau membaca komen/reply komen mbak Siti dan Eyangkung ini sama2 panjangnya. Ini karena kita mempunyai pandangan yang sama karena menulis komentarpun sebagai pembelajaran. Dan untuk menjadi penulis yang baik kita harus fasih ()=(membaca

    Ada suatu komen saya di blognya teman cukup panjang dari artikelnya sendiri. Maka ada pengunjung lain komentar: Wah, komentar Eyangkung itu jadi satu artikel sendiri!! Saya hanya tertawa. Karena komentar saya itu suatu ulasan. Kalau ulasan tentu tidak cukup hanya satu dua bait. Saya sendiri juga tidak jelas apakah para pemilik blog itu sebenarnya yang diharapkan komentar SMS yang basa-basi tadi? Itulah sebabnya setiap saya masuk kesebuah blog, saya memperkenalkan diri dan minta ijin ikut menulis komentar dengan “komentar gaya Eyangkung”. Kalau pemilik blog tidak menanggapi/tidak ada ijin tentu saya tidak perlu menulis komentar disitu

    Saya sampai menyarankan komentar saya yang panjang ini bila sudah dibaca

    • Selamat malam dan salam hormat Eyangkung…

      Subhanallah, setiap kali Eyang hadir, pasti saya senang membaca komentar Eyang yang panjang berbobot ini. Banyak ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi dan menjadi inspirasi buat saya untuk meneladani sesuatu yang boleh diambil iktibar.

      Alhamdulillah, saya menghargai penghargaan Eyang terhadap potensi yang ada pada saya. Secara jujurnya saya belum sampai punya jurus2 yang lihay itu… Hehehe… Eyang bisa aja. Pujiannya dihargai. 😳

      Saya baru aja membuat editing terkini terhadap posting lama saya berjudul Tulislah: Komentar Dengan Panjang. Insya Allah akan diterbitkan dalam beberapa waktu mendatang. Tulisan ini pernah saya posting lama dulu sebelum blog kedua saya dihilangkan oleh perampok maya.

      Ia berhubung dengan saranan dan motivasi kepada para blogger untuk menulis komentar dengan panjang berdasarkan kemampuan. sesuai dengan kefahaman kepada bacaan di blog yang dikunjungi.

      Tulisan itu juga memberi saranan kepada empunya blog untuk membalas komentar dengan panjang. Saya setuju dengan Eyang bahawa menulis komentar dan membalasnya pula merupakan satu usaha awal untuk perlatihan menulis yang fasih.

      Menulis komentar memberi peluang untuk para blogger mengasah bakat menulis, berfikir dan kreatif juga kritis dalam perbahasan tajuk yang dibaca. Jika hanya menulis secara basa basi, amat merugikan untuk melatih menulis dan berfikir. fasih menulis harus diasah dengan menulis dan menulis. Sambil menulis kita membaca, sebelum menulis kita telah membaca terlebih dahulu.

      Saya menghargai semua komentar yang telah Eyang tulis dengan panjang dan banyak manfaat yang diperolehi dari ulasan dan pengalaman yang dicurahkan. Tidak ramai yang mahu dan mampu menulis komentar dengan panjang. malah tidak ramai empunya blog yang mahu membalas balik komentar blogger yang hadir di blognya.

      Bagi saya membalas komentar para blogger yang bertandang sebagai satu penghargaan dan terima kasih kerana kesuydian untuk “membuang masa” sedia ada di blog kita. tambahan lagi yang berkomentar panjang, tentu bahasan mereka menyangkut tulisan yang dibacanya pada posting kita.

      Silakan Eyang untuk berkomentar panjang di laman saya, saya mengalu-alukannya dengan senang hati. Sesuatu yang harus dikongsikan sama ada berbentuk pujian, kritikan, bahasan, ulasan atau seumpamanya sangat diharap untuk penambahbaikan mutu penulisan dan idea kita akan semakin berkembang. Kesalahan dapat dibetulkan dengan jalan perbincangan yang sihat secara terus. Alhamdulillah.

      Terima kasih sekali lagi, Eyang.
      Salam mesra selalu. 😀

    • Salam alaikuuuum..:)
      Ya,setuju dengan Eyangkung dan Mbak Fatimah. Meskipun tidak ada hukum yang menetapkan bahwa berkomentar di blog itu wajib panjang, alangkah lebih baiknya menulis komentar dengan sepenuh hati. Artinya, kita benar-benar membaca apa yang ditulis di postingan.
      (Saya pribadi jika sedang letih atau mood berkomentar kurang, saya akan tunda dulu berkomentar dan kembali lagi setelah siap berkomentar :D)

      Bukankah ini juga menjadi ajang pelatihan bagi kita untuk meraih predikat FASIH MENULIS? 😀

      Memang benar, Mbak Fatimah, menjadi penulis unggul itu bukan pekerjaan main-main. Musti sabar berlatih dan terus membaca dan membaca segala sumber ilmu sebisanya. Jadi bukan hanya memperdalam ilmu menulis, melainkan juga memperluas wawasan kita dalam berbagai bidang ilmu dan berbagai bidang kehidupan.

      Buktinya bisa kita lihat pada profil para penulis besar yang sudah Mbak sebutkan di atas. Dr. Aidh Al Qarny, HAMKA, M. Iqbal, dll. dalam kehidupan sehari2nya menguasai beberapa ilmu di luar ilmu menulis.

      Pernah ada penelitian, bahwa dari sekian puluh ribu diksi atau kosakata di dalam kamus, yang kita gunakan sehari-hari paing banyak hanya sejumlah 500 kosakata.

      Artinya, banyak membaca itu melatih wawasan kita dalam pemilihan kata. Kapan kita memakai diksi menikam, kapan memakai tusuk. Bahkan kemudian kita bisa menggunakan persamaan kondisi pada kata “rona” dan “bara”.

      Wah, menulis itu memang mudah, tapi benar-benar menulis tidak semudah yang dikira. Tapi juga bukan mustahil kita capai. ^_^

      Salam persaudaraan selalu dari Pria Tanah Pasundan di Pontianak, Kalimantan Barat. ^_^

      *btw, saya tadi coba klik RSS untuk berlangganan artikel di blog ini, tapi tak berhasil… yang muncul hanya kode-kode HTML-nya.. ;_(

      fasilitas notify di bawah postingan juga tidak pernah berfungsi pada saya. Tidak pernah ada pesan di email saya.. mungkin sistemnya agak lain ya??

      • Untuk mbak Siti dan mas Muxlimo,

        Sekali lagi saya menulis komentar pada artikel yang sama karena saya sangat tertarik komentar mbak Siti dan mas Mux, dan sekaligus untuk menggenapi komentar saya pertama yang ternyata terpotong tidak saya sengaja. Seutuhnya komentar saya yang terdahulu pada alinea terakhir berbunyi: “Saya sampai menyarankan komentar saya yang panjang ini bila sudah dibaca sebaiknya dihapus hanya disisakan salam pembukaan dan salam penutupnya saja!!”

        Itu menunjukkan saya masih ragu-ragu mana kebiasaan cara komentar yang sudah terbentuk menjadi etika? Panjang atau semacam SMS? Sebelum mendapat fakta sementara berpikir blogger yang tidak senang komentar panjang karena ia hanya membutuhkan jumlah komentator yang banyak. Opsi yang saya tawarkan tadi jalan tengahnya: nama dan alamat komentator lengkap,ucapan salam pembukaan dan penutupan lengkap, isinya yang panjang sudah dibaca dan dimengerti dihapus yang punya blog atas kesepakatan dengan yang menulis komentar. Ini menurut saya masih memenuhi etika!!

        Dalam kegiatan ber-blogging-ria ini karena lebih hati-hati saya tentu minta ijin untuk menulis komentar di blognya. Sebelum ia memberi ijin tentu saya tidak berani menulis komentar kecuali yang pertama sebagai perkenalan dan pengajuan ijin. Ternyata itu ada 20% yang tidak menanggapi artinya saya simpulkan tidak ada ijin!! Saya kalau tertarik blog itu ya hanya baca2 saja. Saya pikir MEMBACA BLOG ORANG TIDAK PERLU IJIN!

        Saya sependapat mas Mux, bahwa menulis komentar itu SEPENUH HATI Artinya, kita benar-benar membaca apa yang ditulis di postingan. Mengenai panjang atau pendek komentar itu perlu ada perumusan pendek berapa charackter, panjang maksimum berapa charakter dst….

        Saya juga kalau tidak mood lebih baik menunda tidak komentar dulu. Seperti kemarin salah baca komentar seorang komentator yang saya reply bahwa istilah senyum hangat mempesona itu hati2 karena istilah “hangat” sangat dekat dengan senyum menggoda alias bibir mesum!! Untuntg mbak Uchi yang nulis komentar itu mengingatkan saya. Katanya : “Lho, eyang saya tidak mengatakan “hangat mempesona” tetapi “sangat mempesona”. Ha, ha, haaaa Memang betul saya cek kembali komentarnya saya yang salah baca. Saya minta maaf.

        Itu juga menunjukkan mbak Uchi setelah menulis komentar juga ingin membaca reply-nya . Inilah pentingnya komentar dan reply yang akhirnya sebagai kristalisasi makna dan pesan dalam artikel itu sesungguhnya.

        Dari komentar diblog saya artikel SENYUM bag-1, 2 saya mohon pose senyum mas Mux yang maskulin dan pose senyum mbak Siti yang ngujiwat, tapi belum ada jawaban dari keduanya.

        Untuk artikel tentang komentar di blog mbak Siti saya tunggu2. itu pasti thema yang sebenarnya perlu perumusan yang jelas sehingga selanjutnya pikiran tua seperti eyangkung ini tidak banyak terombang-ambing. Wah, wuih. Nanti kalau sudah mbak Siti posting tolong saya diberi tahu lewat email. Terima kasih.

        Salam persaudaraan blogger

        • Salam hormat Eyangkung…

          Maaf, belum lagi berkomentar di blog Eyang walau sudah ke sana untuk membaca tulisan senyum bahagian 2 yang ditulis. Hanya bisa membalas komentar di blog sendiri dulu. Masa untuk BW belum sesuai lagi.

          Terima kasih menulis komentar yang terpotong. ternyata keinginan untuk mengetahui sambungannya sudah tertunai.

          Iya, selalu juga pernah beberapa kali membaca pemakluman Eyang tentang ijin komentar gaya Eyang di beberapa blog. Satu usaha yang sepatutnya difahami oleh para blogger akan kehadiran yang bakal berlangsung di masa depan. Mudahan banyak kebaikan yang diperolehi apabila ada blogger yang berkomentar panjang.

          Menulis komentar yang panjang atau pendek terserah kepada para komentatror sendiri. Jika ingin belajar menulis, maka menulis komentar satu dari jalan terbaik dalam usaha tersebut. Malah jika latihan menulis komentar kerap dilakukan, saya yakin para blogger akan fasih menulis dan petah berbicara. Sikap ini memerlukan minat dan komitmen yang tinggi.

          Benar Eyang, saya selalu kembali ke blog yang saya kunjungi semata-mata untuk membaca semula balasan komentar. Jika ada pertanyaan akan dijawab semula. Ini memaklumkan bahawa tuan blog sangat menghargai tetamunya yang hadir. Cuma lambat atau cepat balasan komentar itu tertakluk kepada kesibukan dan ruang masa tuan blog. Contohnya saya ini.. 😀

          Hehehe… tidak perlu senyuman saya sebagai contoh Eyang, cukuplah apa yang sudah sedia ada di blog Eyang. Terima kasih menghargai sebuah senyuman dari jauh yang hanya dilihat di maya aja.

          Semoga sehat dan selamat berlibur di penghujung pekan. 😀

      • Wa’alaikum salaam akhi Muxlimo…

        Alhamdulillah, seperti juga mas Muxlimo dan Eyangkung, membaca tulisan harus dengan sepenh hati agar bisa difahami apa yang disampaikan oleh penulisnya. Apabila sudah faham, mudah untuk kita berkomentar untuk membincangkan pro dan kontra bahasan yang disampaikan.

        Setinggi terima kasih saya ucapkan kepada mas dan Eyang kerana selalu hadir dengan komentar panjang dan berbobot. Saya senang membaca dan menanggapi baik setiap butir kata yang dibicarakan.

        Benar sekali mas, menulis komentar panjang memberi satu latihan untuk fasih menulis. Setelah membaca artikel kita berkomentar. Aktiviti baca dan tulis sedang kita lakukan di samping kita mengukir ide2 di minda. Semuanya hidup dan bergerak serentak.

        Membaca menambah banyak kosa kata dan memberi kekayaan dalam kita mengarang sebuah tulisan. Apa yang diperhatikan, kebanyakan blogger kurang memberi tumpuan kepada membaca tulisan dan jarang kelihatan mereka menulis komentar dengan panjang. Aktivitas 3 in 1 tidak dipraktikkan dengan baik sedangkan peluang itu ada di depan mata.

        Maaf mas, untuk RSS itu saya kurang memberi perhatian dan tidak tahu menggunakannya. Kalau bisa diajar mungkin bermakna untuk yang mahu memanfaatkannya seperti Muxlimo. Selama ini saya tidak tahu kebaikannya. 😀

        Terima kasih untuk kunjungan yang selalu dialu-alukan. Semoga dirahmati Allah.

        Salam mesra selalu.

    • Hai BundaMahes…

      Maka, carilah sesuatu itu agar kita bisa mendapatkannya walau dengan susah payah. Semua itu berkait rapat dengan usaha. Jika tidak berusaha, manakan berjaya.

      Terima kasih mbak. Semoga beroleh sesuatu di rumah nanti.
      Salam manis selalu. 😀

  9. Bunda…
    Assalaamu’alaikum, Terus terang saya sangat terkesan dengan posting ini. Seolah mengingatkan kembali agar selalu “think before posting”
    Apalagi dengan kutipan terakhirnya, sungguh bunda luar biasa.
    Salam dari East Borneo

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Sempulur…

      Alhamdulillah, mudahan posting singkat ini bisa menambah semangat untuk terus menulis dan menulis dengan fasih.

      Saya sangat setuju dengan Sempulur tentang ayat “think before posting”. Penulis yang dapat mempengaruhi pembaca melalui tulisannya telah banyak berfikir sebelum bertindak meluahkan isi fikirannya untuk dilontarkan ke hati pembaca.

      Penulisan sebegini memberi impak yang besar kerana tidak menulis secara melulu dan sesuka hati. Maka hasil penulisannya bisa menggugah dan mengesankan.

      Terima kasih Sempulur untuk apresiasinya. Ayuuh menulis untuk memancarkan potensi sedia ada pada diri.

      Salam mesra selalu.

  10. iya bener sekali, membaca akan memberikan 2 efek sekaligus yaitu kemudahan dalam menulis dan berbicara. Tapi, nonton berita juga dapat dijadikan sarana untuk memaksimalkan potensi keduanya bun.

    salam 🙂

    • Hai Wits comel…

      Apa sahaja punca yang membawa kepada ide penulisan bisa dimanfaatkan semaksimal mungkin. Asal sahaja tahu kebenaran yang dibawa oleh penulis atau beritanya.

      Penulisan Wits juga mantap dech. Bunda suka membacanya. Banyak pengetahuan yang bunda perolehi dari setiap posting Wits di sana. Potensi sudah terserlah. Harus tekun dan bersemangat. Terus menulis yan sebagai satu pelatihan.

      Salam sayang dari bunda. 😀

  11. “Menulis semudah ngomong”. Tidak semua orang bisa seperti itu. Akan tetapi, tampaknya bunda termasuk dalam kategori itu. Pandai bicara, lancar menulis selancar bicara. Salut untuk bunda yang selalu memotivasi, belajar, dan terus belajar…meski sudah amat lancar…

    • Hai Mas Wajidi…

      Alhamdulillah, terima kasih untuk apresiasinya mas. Namun saya tidak sedemikian yang difikirkan. Masih terlalu jauh dan masih mahu belajar untuk menjadi fasih bicara dan fasih menulis.

      Mudahan dengan semangat dan keinginan yang kuat kita bisa menguasai kemahiran dalam kedua-duanya mas. Yang penting mahu mencari sesuatu yang ingin kita cari dalam hidup ini untuk mencapai impian kita selama ini. 😀

      Terima kasih sudah berbagi rasa di sini, mas Wajidi. Semoga sukses selalu.

      Salam mesra dari saya.

  12. assalamu’alaikum Bunda…
    setelah membaca tulisan diatas semangatku yg hampir pudar bangkit kembali.. trims bunda postingan ini membuatku tetap berusaha tuk terus mengeluarkan uneg-uneg dalam diri walau pelan.. namun pasti tentunya
    mohon izin copas tuk sekedar baca dikala tidak OL

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, KangMartho…

      Alhamdulillah, mudahan apa yang dikongsikan bisa menyemarak semangat KangMartho dalam menulis. Silakan dicopas untuk manfaatnya.

      Keinginan yang kuat untuk menakluk bahtera impian menjadikan manusia bisa terubang ambing di lautan penuh gelombang untuk sampai ke pantai harapan.

      Semoga sukses dan berhasil dalam penulisan.
      Terima kasih untuk kongsian rasa di atas.

      Salam harmoni.

  13. sekedar mampir sebentar untuk mencicipi teh hangat seduhan bunda, semoda teh hanggatnya membuat kami semakin semangat untuk terus eksis dalam menulis, membaca, membaca, membaca, dan menulis …..
    yuk terus menulis hingga hayat tak lagi bersama raga 😥
    salam

    • Hai Ayomendidik…

      Alhamdulillah, mudahan teh hangat yang dihidang bisa menambah aroma kelazatan dalam rasanya.

      Silakan dengan semangat yang membentang seluruh alam untuk menguasai dunia penulisan dan bacaan. Semuanya mudah diraih jika berani bermimpi dan yakin mengapainya.:D

      Terima kasih sudah bersama menitip azimat kata di sini. Semoga sukses selalu.

      Salam mesra.

  14. bunda.. kalau hanya sekedar menulis siapa saja juga bisa, contohnya blog saya yang bahasanya cukup berantakan. :mrgreen:
    sedangkan untuk fasih tentu saja lebih sulit, butuh latihan ekstra. saya update blog saja hangat-hangat tahi ayam seperti yang dikatakan bunda. kadang ada banyak ide untuk ditulis sayangnya terkadang cukup malas untuk menuangkan ke dalam tulisan. tapi dengan membaca postingan ini membuat saya jadi semangat lagi untuk update blog 😀

    • Hai Tri…

      Menurut saya, tulisan di blog Tri sangat bagus dan saya suka membacanya. Hehehe… masa kan mahu bilang tulisan sendiri hebatkan. Salut ya. Saya akui bagus dan menarik.

      Menulis itu milik sesiapa yang mahu menulis. Ramai yang memandang remeh latihan menulis terutama menulis komentar dengan panjang. Menulis komentar satu proses pelatihan dalam menulis.

      Semoga semangatnya terus menjulang ke langit lepas agar keinginan sentiasa subur di hati dan cintakan membaca untuk menulis dengan faih.

      Terima kasih Tri kerana sudah berkongsi ide.
      Salam ceria selalu. 😀

  15. “Apabila anda tidak mencari sesuatu, maka anda tidak akan menemui sesuatu itu walau ia berada di depan mata sekalipun.”

    Hatur tararengkyu bunda atas pencerahannya… menumpahkan ide, gagasan dalam pikiran kepada tulisan memang butuh terus menerus latihan .. dan Bunda adalah inspirasinyah

    Wassalamu’alaikum wr.wb

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang KC…

      Mudahan perkongsian bersama di dunia maya ini bisa menjadikan kita semua semakin mahu melakukan perubahan dalam hidup kita.

      Terima kasih Kang KC untuk inspirainya. Penulisan sejarah Kang KC juga sangat hebat dan saya suka membacanya. Tidak semua orang mampu menulis tentang sejarah. Hanya beberapa orang yang kenal sahaja berkebolehan dalam penulisan fakta ini. Salut ya mas.

      Salam mesra selalu. 😀

  16. assalamu alaikum bunda,
    terima kasih untuk setiap nasehatnya selama ini bunda,
    nasehatnya dalam mendukung neni untuk selalu menulis dan menulis,,..

    neni sayang bunda selalu

  17. memang sulit untuk fasih menulis, apalagi menulis tentang artikel2, sampai saat ini pun saya masih banyak belajar ini semua demi blog tercinta.

    Sukses terus buat bunda 😀

    • Hai Saipuddin…

      Kesulitan timbul apabila usaha untuk merongkainya tidak dipraktikkan. Oleh itu, menulislah untuk fasih menulis. membaca dengan banyak bisa menambah kefasihan dalam membentuk kata-kata.

      Ayuuh semangat Saipuddin menulis di blog. Blog adalah tempat terbaik untuk melatih menulis. Semoga berhasil. 😀

      Terima kasih untuk kongsiannya.
      Salam mesra.

  18. Bund,, aku membaca yang sesuai dengan hatiku saja, yang tidak sesuai aku enggan membacanya, apa gara2 itu ilmu ku tidak tambah-tambah ya bund, sepertinya aku harus belajar membaca semua bacaan ya bund..

    trims dah berbagi..

    salam sayang selalu dari Jakarta.

    • Hai Fit…

      Tidak mengapa kok membaca mengikut kesukaan kita. Yang penting, inti dari bacaan yang kita pilih itu memberi impak besar dalam penguasaan bahasa dan menambah banyak perbendaharaan katanya.

      Bunda juga selalu memilih bacaan yang bunda sukai. 😀
      Terima kasih kembali.

      Salam sayang juga buat Fit.

  19. Senang bisa lagi berkomentar di sini. Tulisan-tulisan Encik Guru Siti sangat bernas dan bermanfaat untuk dipetik. Pantaslah banyak yang hinggap dan bertengger dengan bicaranya di sini, karena mbak sangat santun menanggapinya.
    Suatu kebahagiaan bisa mengenali blog ini dan belajar banyak dari sini. Saya saja yang masih terus mencari jati diri. Sekarang ini belum selesai-selesai membajak lapak saya, biar subur dipakai nimrung oleh siapa saja, terutama oleh saya sendiri yang belum jadi-jadi menulisnya yang fasih. Biar ada manfaat untuk dibagi ke sesama.
    Salam berbahagia. Tulisan-tulisan Sahabat Guru Siti semakin fasih saja. Seperti hal bicaranya yang fasih dan suka saya simak.

    • Salam hormat mas Rahman Wahyu

      Alhamdulillah. Mudahan mendapat banyak manfaat dari apa yang disajikan di sini. Terima kasih atas apresiasi mas Rahman terhadap karya tulisan saya. Yang benarnya, masih belum fasih lagi dan terus ingin berusaha ke arah tersebut.

      Insya Allah, sebagai blogger pemula, cabaran untuk membanyakkan teman pembaca ke blog kita sangat mengujakan. Salah satu caranya adalah dengan mengunjungi banyak blog. Nanti akan ada kunjungan balas. Demikianlah resmi kehidupan.

      Semoga akan berjaya dalam mencari jati diri sebagai blogger di maya. Tulisan mas Rahman juga bagus lho. Saya suka membacanya. Banyak manfaat yang boleh diambil.

      Maafkan saya kalau sudah lama tidak singgah. Sedang menjalani kesibukan tugas. Insya Allah akan berusaha membalas semua kunjungan teman2 yang telah hadir. 😀

      Diharap sukses hendaknya dalam penulisan.
      Salam mesra dari saya.

  20. saya jujur bingung. bagaimana sih mereka dapat ide untuk mendapatkan tulisan yang hebat.
    hasil kerja keras kh?
    atau bakat menulis yang luar biasa?

    • Hai MaklukLemah…

      Semuanya hasil dari usaha keras. Tanpa usaha tidak ada apa yang mampu dibanggakan. Usaha adalah tangga kejayaan. Jangan bingung. Banyakkan membaca dan latihan menulis. Insya Allah fasihnya akan datang dengan sendiri. Jadikan menulis satu rutinitas.

      Bakat hadir setelah berani mengasahnya. Bakat adalah satu potensi yang diusahakan. Bakat dan potensi bukan lahir semulajadi.

      Selamat berhasil menemu jalan kehebatan dalam menulis.
      Terima kasih untuk kunjungannya.
      Salam ceria.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Abu Huzaifah…

      Alhamdulillah, senang dikunjungi kembali oleh sahabat soleh dari seorang sahabat yang soleh juga.

      Mudahan terus bersemangat menulis dan berkarya untuk maslahat ummah. Semoga selalu berjaya.

      Salam mesra dari saya. 😀

  21. Assalaamu’alaikum, Wr.Wb
    salam dari saya yang telah lama tak berkunjung untuk sekadar menyapa Bunda Siti yang terhormat,
    Allhamdullilahirrobbil’alamin pada kesempatan ini saya dapat ber kunjung dan membaca postingan ini “FASIH MENULIS” sunguh luar biasa dan menginspirasi dari bahan reverensi buku dari para penulis sekian banyaknya tentulah membuat bunda sangatlah fasih berbahasa dan menulis, dan saya terkesan dengan itu terutama pada kata “Apabila anda tidak mencari sesuatu, maka anda tidak akan menemui sesuatu itu walau ia berada di depan mata sekalipun.” baiklah saya mencoba mempejari kata-kata itu,
    Bunda Siti saya ingin mengucapkan sesuatu kepada anda bahwa saya mencoba membuat award persahabatan yang nota bene untuk siapa saja bagi teman Blogger yang ingin bersahabat dengan Yudasta pemuda tanggung yang mencari motivasi dirinya, ini adalah suatu kehormatan bagi saya apabila Bunda berkenan untuk menerimanya dan merupakan balasan dari apa yang pernah Bunda Siti berikan kepada saya,
    Terimakasih Bunda Siti Fatimah Ahmad
    Wassalamualaikum Wr.Wb

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Yudasta…

      Subhanallah walhamdulillah, dengan senang hatinya saya sudah menitip award persahabatan dari Yudasta. Insya Allah akan dipaparkan pada masa sesuai.

      Mudahan apa yang menjadi motivasi dalam tulisan kita bisa menjadi sandaran untuk lebih bersemangat mencari sesuatu yang kita idami dalam hidup. Semoga dirahmati Allah dan sukses selalu.

      Terima kasih ya atas ingatan dan sapaannya. Mudahan silaturahmi akan tetap terjalin baik.

      Salam mesra. 😀

  22. assalaamu’alaikum wr.wb.
    salam kenal.

    virus menulis berusaha saya tularkan kepada para anak didik. alhamdulillah ada perkembangan berarti. cara sederhana saya terapkan dengan menulis jurnal pelajaran. jadi anak akan menulis dari apa yang didapatkan dari pelajaran itu selama tatap muka di kelas.

    anak didik saya harapkan menulis minimal satu halaman. bila tatap muka dilakukan sebanyak 14 pertemuan berarti minimal ada 14 halaman bahkan lebih yang akan dihasilkan. ini ikhtiar awal dan sederhana saebagai usaha untuk menghambat kemampuan menuils.

    memang sangat disadari bahwa menulis dianggap sebagai momok dalam belajar. sangat rumit karena dianggap harus memenuhi kaidah bahasa, bahasa baku, cara penulisan huruf dan sebagainya. disamping gairah untuk menuils masih rendah.

    ini dialami hampir oleh semua kalangan termasuk guru sekalipun. harapan dengan memulai satu hari satu halaman ada karya di akhir semester minimal untuk kepuasan diri pribadi akhirnya akan menjadi kebiasaan yang baik untuk kebaikan masa depan.

    bagi mahasiswa juga saya harapkan begitu. membuat jurnal perkuliahan. jadi satu mata kuliah yang sudah dibahas di kelas ditulis hasilnya. dituangkan juga dalam tulisan. lalu diposting di blog masing-masing. mahasiswa yang sebelumnya belum tahu apa yang namanya blog menjadi tahu dan mempunyai. ini juga sebagai upaya untuk membiasakan menulis.

    Sayyidina Ali bin Abi Thalib menyampaikan bahwa ilmu adalah laksana hewan liar yang akan cepat hilang. agar tidak hilang caranya dengan ditulis. kita berhari-hari bahkan setiap waktu diharuskan mencari ilmu. baik di sekolah, kampus, masjid, kelompok pengajian akan hilang ilmu itu karena hanya mengandalkan pendengaran.

    sedangkan daya ingat terbatas. karena persoalan lain yang lebih berat dan membutuhkan pemikiran sering menghinggapi maka hasil pencarian ilmu tersisa sedikit dalam memori. maka sangat kasihan bila ilmu yang didapat hilang begitu saja.

    wallahu a’lam bi al shawab.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Solichul Hadi…

      Sungguh menyenangkan hati dan merasa terkesan apabila meneliti ketekunan saudara dalam membimbing anak didik dalam menghasilkan suatu penulisan.

      Memang tidak mudah untuk menghadirkan kemahiran menulis dalam diri insan lain jika kita sendiri tidak bersungguh-sungguh dan berminat dengan penulisan.

      Merujuk kepada usaha yang dilakukan, saya berpendapat saudara mampu melahirkan ramai penulis-penulis berbakat yang akan menyerlah potensi mereka jika diasah dengan disiplin yang kental.

      Semoga usaha yang ditanam oleh saudara kepada anak didik, akan membuah hasil yang berdampak besar kepada bidang kesusasteraan dan budaya di Indonesia.

      Menulis sangat mudah dan lebih mudah jika menulis dengan hati.

      Salam kenal dan terima kasih sudah sudi berkunjung perdana ke blog ini. Semoga betah kemari lagi untuk perkongsian ilmu dan hikmahnya.

      Sukses selalu. 😀

  23. menulis bukanlah bawaan lahir, tetapi keterampilan yang terus diasah. oleh karena itu, sebanyak dan sebagus apapun teori menulis yang dibaca tidak akan ada artinya tanpa berlatih…berlatih…dan berlatih…

    • Menulis hendaklah dilatih dan jangan berputus asa. Namun sebelum menulis, hendaklah rajin membaca agar setiap yang dibaca dapat menjadi inspirasi dalam menulis.

      Membaca pula bukan hanya membaca buku. tetapi sangat luas maksudnya seperti membaca dengan mata, telinga dan segala deria yang ada.

      Salam kenal mbak Bekti.
      Terima kasih sudah berkunjung dan berkomentar perdana di sini. 😀

Leave a reply to Komodo Island is the NEW 7 Wonders of The World Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.