Archive | March 23, 2011

CT51. POKOK BELACAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Setiap hari aku harus melalui pokok ini untuk ke sekolah. Atau bermain di bawahnya bersama teman dan adik tika menunggu kolam renang milik Majlis Daerah Simanggang dibuka pada jam 3.00 petang. Pokoknya sangat tinggi menjulang langit. Usianya sudah tua tapi masih berdiri gagah. Bila aku bertanya dengan Pak Nek  apakah nama pokok tersebut. Pak Nek, Haji Massatem bin Mas Sabang @ Chi adalah ayah kepada ibuku (datuk). Pak Nek memaklumkan nama pokok itu adalah Pokok Belacan. Ia sudah wujud di situ sejak  Pak Nek usia remaja lagi. Sungguh kagum aku menatapnya. Seingatku, inilah pokok paling besar dan paling tinggi pernah ku lihat di kampungku. Lilitan badannya ku anggarkan sepuluh kali ganda atau lebih dari depangan tangan  anak seusia 10 tahun sepertiku. Continue reading

Advertisements