Archive | April 2011

CT57. AWAN NANO

Assalaamu’alaikum Warahamatullahi Wabarakaatuh


SUBHANALLAH. Maha Sucimu Ya Allah, memperjalankan aku di ruang udara dengan berselimutkan gumpalan-gumpalan awan nan putih, bersih, suci bak salju dan lembut bak marsmallow….hmmm, sedapnya  :D. Raut kecantikan wajah lukisan alam lebih menyerlah dengan beratapkan langit biru nan indah menghampar sejuk mata memandang dari kejauhan. Continue reading

CT56. AKU DAN MELATI SARAWAK

Assalaamu’alaikum Warahamatullahi Wabarakaatuh


SITI FATIMAH AHMAD adalah anak jati kelahiran Simanggang (sekarang Bandar Sri Aman). Ketika zaman kanak-kanak,  aku sering bermain di rumah “MELATI SARAWAK”. MELATI SARAWAK adalah nama gelaran bagi seorang lelaki yang amat aku hormati. Tiada alasan lain kalau ke rumahnya, sama ada bermain-main dengan cucunya atau sekadar menziarahi dia dan isterinya, Hajjah Dayang Ukah. Hubungan kami masih dalam lingkungan keluarga yang sangat rapat. Continue reading

CT55. SUMPAH MASA

Assalaamu’alaikum Warahamatullahi Wabarakaatuh


DEMI MASA. Satu ingatan yang cukup hebat dari Allah SWT buat makhluk yang bernama MANUSIA. Hanya manusia sahaja yang faham makna MASA dan kepentingan MASA kepada mereka. Mengapa Allah swt bersumpah dengan MASA ? MASA dibicarakan secara serius oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah al-Ashr yang HANYA mengandungi  3 ayat. Continue reading

CT54. AYAM PENYET

Assalaamu’alaikum Warahamatullahi Wabarakaatuh

RESTORAN AYAM PENYET: SIMPLY THE BEST. Begitulah nama yang tertera pada papan tanda di atas bangunan sebuah restoran makanan di Sekyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor. Restoran yang dimiliki oleh Ibu Nur ini  menyajikan makanan Tradisional Indonesia. Sepengetahuanku, inilah satu-satunya restoran Indonesia di Seksyen  15 kerana aku sering kali menjamu selera di restoran makanan di sekitarnya terutama Nuin’s Cyber Cafe. NCC adalah sebuah restoran berhawa dingin dengan kemudahan internet. Manakala ruang makannya diubahsuai seperti ruang tamu di rumah. Café ini menyajikan masakan tradisional negeri Perak. Continue reading

CT53. I’M A PRESCHOOL TEACHER

Assalaamu’alaikum Warahamatullahi Wabarakaatuh

AKU SEORANG GURU PRASEKOLAH. SEMUANYA BERMULA 7 TAHUN YANG LALU, Tahun 2004. Berdasarkan arahan yang terkandung di dalam AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550) di bawah Bab 10. Pengajaran Agama Di Institusi Pendidikan dalam fasal 50. Pengajaran Agama Islam yang mengandungi 4 perkara berikut:

(1) Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Continue reading