Archive | December 2010

CT33. HULURAN MESRA TAHUN 2011

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


2010 TELAH BERLALU, 2011 TAHUN BAHARU. Syukur kepada Allah swt, tahun 2010 memberi makna yang amat berharga buat kita yang telah meraih kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang. Kenaikan gaji, kenaikan pangkat, cemerlang dalam pekerjaan dan pelajaran juga segala macam kejayaan yang dilalui, telah dan akan menjadikan kita manusia yang bernilai tinggi, berharga budi, bermaruah mulia, dicontohi dan istimewa di hati sendiri. Continue reading

Advertisements

CT32. MENULIS TANPA BUKU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Mengimbas kembali pertanyaan seorang pembaca blog Meneroka Minda Sukses (kini: KuasaSukses.com) kepada saya. “ Bila nak keluar buku ? “ Soalan yang begitu menyentuh hati saya. Saya membuat interpretasi mengapa pembaca tersebut bertanya demikian. Mungkin dia pernah membaca komentar-komentar yang pernah saya tulis di blog saudara Ahmad Fadzli Yusof di atas. Continue reading

CT31. 22 DISEMBER 2010: SELAMAT HARI IBU UNTUK SAHABATKU… IBU-IBU DI INDONESIA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KHAS BUAT semua ibu-ibu  dan bapa-bapa yang menatapi blog LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI  G2  di Indonesia. Juga buat anak-anak yang masih ada ibu mahupun anak-anak yang diduga Allah atas pemergian ibunya. Keredhaan diperlukan menuruti langkahnya. Maka… Continue reading

CT30. DARI BLOG KE BUKU : KRONOLOGI KEGIATAN MENULISKU (2)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Hari ini jam 14.27 petang, Ahad… Apa khabar sekalian sahabat ? Didoakan semuanya sehat dan bahagia. Aku kembali menyapa sahabat sekalian setelah sekian lama menyepi dari bercuti menulis di maya. Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog Laman Menulis Gaya Sendiri dan menitipkan pesan di posting CT29. DARI BLOG KE BUKU: KRONOLOGI KEGIATAN MENULISKU (1). Insya Allah, sambungan dari intipati kegiatan menulisku akan bersambung hari ini. Silakan membaca sahabat dan semoga beroleh manfaatnya. Continue reading

CT29. DARI BLOG KE BUKU : KRONOLOGI KEGIATAN MENULISKU (1)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

MENULIS SANGAT MUDAH. KENAPA AKU BERKATA DEMIKIAN ? KERANA…. Aku menulis sudah lama. Berpuluh tahun. Malah minat menulis terus dipupuk setiap hari.  Begitu juga dengan membaca. Dua aktiviti yang menjadi kegilaan dan kemestian bagiku dalam kehidupan ini. Kemana-mana, buku adalah kawan karibku. Continue reading

CT28. KEMALANGAN PALING NGERI SEBELUM SAYA MATI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Continue reading

CT27. “LAUNCHING” BANNER BARU – LMGS GEN2 DI TAHUN BARU HIJRAH 1432

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1432

Sahabatku pembaca LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2…..

HARI INI 7 DISEMBER 2010 bersamaan 1 MUHARRAM 1432 H, hari yang sungguh bersejarah untukku kongsikan bersama kalian di dunia maya. Tanpa kita rasai bahawa sentuhan masa dengan sayap keaktifannya yang tidak mengenal lelah dan payah telah membawa kita menyelusuri kehidupan yang menyusup pelbagai rona bau kepedihan, kedukaan, kebahagiaan, kegembiraan, kejayaan, kegagalan dan sebagainya. Continue reading

CT26. AKU TIDAK MAMPU JADI SEPERTIMU…

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Sahabat…. Aku ingin sekali menurut segala sifatmu yang angkuh dan sombong itu. Tahukah kamu bahawa aku berusaha menuruti jejakmu.

Tika aku melihat dirimu mencerca orang lain. Aku sungguh kagum sekali. Lidahmu begitu mudah menutur kata nista, seolah kau tidak merasakan apa yang dirasa oleh orang yang kau cerca. Hatimu bagai batu, sejuk dan dingin bak salju tanpa deria. Tahukah kau sahabat.. Bagaimanakah rasanya, kalau kau berada di tempat mereka ? Continue reading