Tag Archive | Antara Mihrabku dan Rumahku ada Raudhah

CT95. HADIAH DARI LANGIT … 30 MINIT DI RAUDHAH

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Tempat yang paling utama untuk diziarahi di Madinah adalah Masjid Nabawi atau Masjid Nabi. Kelebihan menziarahi Masjid Nabawi dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam dua sabda :

“Tidaklah digalakkan (disunatkan) bermusafir (untuk tujuan ibadah) melainkan ketiga buah masjid iaitu, Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan masjidku ini.” – Sahih Bukhari dan Muslim

“Pahala solat di masjidku ini adalah 1000 kali lebih baik daripada solat di lain-lain masjid selain Masjidil Haram.”  – Sahih Bukhari dan Muslim

Bertitik tolak dari hadis di atas yang sudah saya faham melalui informasi siri kursus haji dan pembacaan buku, membuat saya semakin rindu untuk menjejak kaki di Masjid Nabawi sebagai ziarah awal di malam pertama berada di bumi Madinah. Continue reading