Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
*
KE PANTAI
Lawatan akhir pada HARI KETIGA….
Setelah menikmati hidangan di Restoran Singapore Chicken Rice dan berjalan-jalan di dalam Boulevard Shopping Mall sekadar melepaskan lelah dan membeli barangan kegemaran anak-anak, kami meneruskan perjalanan menuju ke Pantai Teluk Luak (Luak Bay Beach) pada jam 5.29 petang.
Saya fikir selepas mengakhiri lawatan ke Bukit Kanada, kami akan kembali ke Hotel Mega setelah makan untuk berehat. Badan saya sudah sangat penat dan perlukan istirehat. Hari juga sudah semakin petang dan tidak lama lagi akan masuk waktu Maghrib.
Tetapi SPH memberi kejutan untuk membawa kami ke Luak Bay Beach. Anak-anak sangat gembira kerana mereka suka melihat pantai dan bermain air. Maklum sahaja, di Sarikei tidak ada pantai dan sudah tentu peluang ke Luak Bay Beach ini tidak mahu dilepaskan.
*
LUAK BAY BEACH
Lokasi Luak Bay Beach terletak kira-kira 11 kilometer di selatan Bandaraya Miri. Mempunyai pantai pasir putih yang menarik dan menjadikannya tempat yang popular untuk berkelah dan barbeku,
Lokasi pantai ini menurut saya boleh menjadi tempat terbaik di Miri untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.
Selain Pantai Teluk Luak ini terdapat beberapa pantai lain dari arah Bekenu iaitu Pantai Bungai, Pantai Sibuti dan Pantai Peliau yang juga sesuai untuk perkelahan.
Kami berada di Luak Bay Beach lebih kurang 40 minit untuk menunggu malam menutup tirai siangnya dengan memerhati matahari terbenam di ufuk timur.
Sebenarnya ini pengalaman kedua saya melihat mataharai terbenam. Yang pertama kami sekeluarga melihatnya di sebuah pantai di Bandar Bintulu.
*
INDAHNYA MATAHARI TERBENAM
Sungguh menarik pemandangan di Pantai Teluk Luak, ketika kami sampai orang ramai sudah lama bermain-main di pantai dan mandi manda di celah ombak yang beralun pantas.
Angin deras mendinginkan badan dan terasa sejuk. Saya menhirup udara laut dalam-dalam. Rasa kesegarannya hingga menusuk hati. Sungguh tidak mampu untuk berwajah serius apabila memandang laut dalam yang kian kelam warna langitnya.
Bila dilihat arah kanan, cuaca masih cerah tetapi saat menoleh arah kiri, terlihat matahari mulai menurun dan hampir memadam putih siang yang kalut ditelan ambang malam.
*
BIARKAN MATA BERBICARA
Tidak mahu berbicara panjang tentang keindahan Pantai Teluk Luak ini, silakan teman pembaca LMGS G2 menilainya sendiri kerana lukisan alam dari sentuhan Allah SWT tidak ada yang mampu menafikan kecantikan abadinya. SILAKAN…
*
Pemandangan sebelah kiri saya, matahari mulai terbenam
*
Pemandangan sebelah kanan saya, cuaca masih cerah
*
Izzah, Ieesyah dan Muhammad mula ke gigi air untuk bermain
*
*
*
*
Muhammad menakluk matahari
*
Matahari mulai terbenam
*
Matahari sudah menghilang di tabir malam
*
Waktu Maghrib sudah masuk dengan warna jingga di langit
*
Di sana…. erti kebesaran Allah yang tidak mampu ku sangkal. Allahu Akbar.
*
Muhammad dan Ieesyah masih ingin bermain air. Diberi masa beberapa minit lagi sebelum pulang
*
Selaut kasih sepantai sayang
*
Pantai kian sepi
*
Tabir malam yang menutup tirai siang… indah menyentuh hati
*
Anak-anak bersedia untuk pulang ke hotel
*
Foto terakhir saya di Pantai Teluk Luak, kelihatan dua buah kapal sedang belayar di laut dengan kerlipan api yang putih memecah malam yang kian kelam.
SELAMAT TINGGAL LUAK BAY BEACH
*
SEMUANYA DIMUDAHKAN
Sesuatu yang menarik dan tentunya menjadi perhatian dan kepekaan saya sepanjang Kembara Miri yang dilalui. Walau pun bukan sesuatu yang aneh tetapi tetap rasa aneh…hehehe. Alhamdulillah, Allah memudahkan semuanya dengan lancar.
Apakah yang bukan aneh tetapi tetap aneh itu ? Begini…. Saya dapati banyak lokasi di mana HANYA KAMI SEKELUARGA yang berada di dalamnya. Kami jarang bertemu pengunjung lain kecuali di Pantai Teluk Luak dan Taman Awam Miri.
Subhanallah, jika diperhati dengan mata hati, ternyata semua itu rancangan Allah SWT buat hamba-NYA yang sudah ditakdirkan dalam suratan untuk melaluinya . Terima kasih Ya Allah.
Keesokan harinya…. HARI KEEMPAT, seawal jam 7.30 pagi kami sekeluarga sudah “check-out” meninggalkan Hotel Mega untuk pulang ke Sarikei. Perjalanan hampir 8 jam tersebut dimudahkan Allah SWT tanpa sebarang masalah yang berlaku.
Alhamdulillah wa syukrulillah atas segala nikmat yang tidak dapat didustai ini. Aamiin Ya Raab atas nikmat-MU.
*
SELAMAT TINGGAL BANDARAYA MIRI
Insya Allah, kami akan kembali lagi untuk jelajah KEMBARA BRUNEI DARUSSALAM
*
*
***************
17 Mac 2016 (Khamis)/ 8 Jamadilakhir 1437H/ 8.48 malam, Sarikei, Sarawak
AKU…. menukil pada indahnya sebuah nada yang bersulam bicara. Di dalamnya ada lagu sendu yang berzikir kasih mengharap sayang untuk berpulang ke tasik jiwa. Jika tinta bertari kata pastikan rindu tertumpah lara. Padamu… tidak pernah ku berpaling cinta.
– SITI FATIMAH AHMAD –
***************
*
DEDIKASIKU UNTUKMU…. Masa berlalu pantas meninggalkan kita dengan umur yang sudah dipenjarakan jumlahnya. Berbekallah dengan ilmu dan amal bakti yang mampu menjaga kita di alam sana untuk bertemu Tuhan Yang Esa. Ku berdoa agar kita kan bertemu sua di firsdausi dengan senyum bahagia. Aamiin. Wassalaam. 🙂
*
*
*
Assalamualaikum Mbak Fatimah.
Indah nian sunset di Luak Bay. Dengan foto-foto ini saya serasa ikut hadir bersama keluarga Mbak Fatimah 🙂
Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….
Pemandangan waktu senja memang indah mbak. Apa lagi melihat matahari terbenam di pantai..
Terima kasih mbak sudah berkunjung dan salam manis selalu. 🙂
Assalamualaikum wr wb, Kak Siti,
Pantainya cantik. Pemandangan matahari terbenam itu bagus sekali.
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris…
Alhamdulillah, lukisan alam ciptaan Allah SWT memang sangat indah. Terima kasih dan salam sejahtera.
Assalamu’alaikum wr.wb. mba Fatimah…
Indah sekali pantai Luak Bay ini, seakan tak ingin segera ditinggalkan ya mba Fatimah. Tapi waktu jua yang menentukan yah hehee.
Salam dari saya di Dompu
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas AR Syamsuddin….
Apabila Allah sudah mengurniakan manusia dengan keindahan pantai yang disaluti dengan hiasan lain, sudah pasti kita akan takjub dan terpesona memandangnya. Begitulah, alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk kami sekeluarga menikmatinya.
Terima kasih dan salam takzim.
assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh puan fatimah
menikmati matahari terbenam di pantai memang sangat indah dan menyenangkan …. dari dulu saya berharap melihat matahari terbenam di pantai tapi belum pernah kesampaian … sekalinya pernah menanti matahari di pantai .. ehhh malah hujan … hehehe
Wa’alaikum salaam warahmatullahi wabarakaatuh…
Iya, kalau hari hujan memang susah hendak melihat matahari terbenam. Kami beruntung kerana sudah dua kali melihat matahari terbenam dari pantai. Ciptaan Allah yang selalu membuat manusia teruja untuk memerhati bangunnya di kala fajar dan jatuhnya ketika senja.
Insya Allah, jika niat itu baik, pasti Allah SWT akan mengabulnya di kemudian hari. Aamiin.
Salam sejahtera dan terima kasih.
Assalamualaikum Wr. Wb kak Fatimah,
indah sekali warna langit dan mataharinya.
entah kenapa saya suka sekali matahari terbenam atau terbit, membuat kita semakin sadar betap kecilnya manusia dihadapan yang maha kuasa
Wa’alaikum salaam wr.wb,…. saudara BukanRastaman (namanya aneh ya)… hehehe
Begitulah Allah mencipta makhluknya yang hebat. Walaupun panas dan memancar terik, matahari tetap menjadi kejaran manusia untuk melihat keindahannya di senjakala yang dingin dan mengasyikkan.
Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera.
hehehehe iya kak Fatimah, nama saya Wahyu. Kalo cerita bukanrastaman itu ada disini.
http://bukanrastaman.com/2015/07/07/give-away-tas-consina-20l-daypackseries/
makasih kak Fatimah, sukses selalu
oh begitu, terima kasih mas Wahyu kerana sudah memaklumi. Lebih senang kalau tahu nama sebenarnya.
Baiklah, saya terus ke TKP tersebut.