Archive | January 2015

CT312. “SEGALA” MEE UDANG SIMPANG KAMPUNG NYABOR

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

MeeFatima1MeeUdangNyabor

*

TERINGIN

Saya sedang mengemas suratkhabar di bilik bacaan sambil-sambil membaca kandungan yang disisipkan di dalamnya. Ketika membelek-belek akhbar Utusan Sarawak hingga ke halaman 8, ruangan STAIL MAKAN-MAKAN bertajuk “PENANGAN MI UDANG FAMILY CAFE”, membuat kecur air liur ini menatap menu Mi Sup Udang Galah, Mi Ketam dan Ais Kacang. Continue reading

Advertisements

CT311. KEBUN FATIMA (1): SEMANGAT BERKEBUN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Kebun1Fatima1SemangatBerkebun2015

*

AZAM BARU

Semangat berkebun bunga, kembali berbunga. Siapa yang tidak suka dengan bunga-bungaan. Halaman rumah akan berseri dengan pelbagai jenis pokok bunga. Suasana terlihat berwarna warni dengan seri bunga yang mekar dan berkembang di sana sini.

Malah, hati tuan bunga juga berbunga-bunga kerana hasil tanaman yang menjadi. Paling kita suka apabila, tetamu yang datang ke rumah turut mengkagumi bunga-bunga indah yang memikat hati. Hal ini boleh menjadi salah satu topik panas untuk dibicarakan.
Continue reading

CT310. ZIARAH MAKKAH (6): KEMBALI KE JANTUNG KOTA MAKKAH (AKHIR)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

ZMakkah6Fatima1JantungMakkahAkhir

*

JANTUNG KOTA MAKKAH

Bas kami mula memasuki jantung Kota Makkah pada jam 11.25 pagi. Satu jam lagi akan masuk waktu Zohor. SPH akan bersolat Zohor di Masjidil Haram untuk menyempurnakan Rukun Umrah.

Suara talbiah yang berkumandang kuat diketuai oleh Pak Den sebaik keluar dari lapangan Masjid Ji’ranah kini sudah mulai senyap dan dibaca sendiri. Masing-masing sedang menghayati penorama jantung Kota Makkah yang semakin sibuk.
Continue reading

CT309. ZIARAH MAKKAH (5): MASJID JI’RANAH DAN JABAL NUR

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

ZMakkah5Fatima1JiranahJabalNur

*

MENUJU MIQAT MAKANI

Walaupun perjalanan bas hanya melintasi CT308. ZIARAH MAKKAH (4): MINA, BANDAR KALIS API, dalam beberapa minit, cukup memberi kepuasan kepada saya dengan melihat dari jauh. Insya Allah, saya dan SPH akan menjadi penghuni khemah-khemah tersebut beberapa minggu lagi. Continue reading

CT308. ZIARAH MAKKAH (4): MINA BANDAR KALIS API

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

ZMakkah4Fatima1MinaBandarKalisApi

*

MINA STARTS HERE

Setelah melintasi papan tanda MUZDALIFAH ENDS HERE, hanya beberapa detik saya melihat satu lagi papan tanda yang sama bentuk dan tulisannya tertera MINA STARTS HERE.

Tidak perlu jauh untuk mengenali kawasan Mina kerana kita dapat melihat khemah-khemah putih di hadapan mata sebaik bas melalui bawah jambatan.  Tidak ada pemandangan menarik dapat dilihat dari bawah jambatan ini melainkan susunan khemah putih segi empat dengan bumbung menajam ke langit. Continue reading