CT314. KEBUN FATIMA (2): BUNGA KEMBANG PUKUL 8 PAGI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KembangFatima1Pukul8Pagi

*

8 PAGI ATAU 10 PAGI ?

Selain menyukai bunga Matahari, saya juga banyak meminati bunga-bunga lain. Lebih mudah lagi semua bunga yang mengeluarkan bunga dan berwarna warni. Antara bunga yang sangat saya sukai dan mudah ditanam adalah BUNGA KEMBANG PUKUL 8 PAGI.

Bagaimana bunga ini mendapat nama BUNGA KEMBANG PUKUL 8 PAGI ? tidak saya ketahui sejarah asalnya. Saya cuba mencari melalui carian googles tetapi kurang maklumat tentangnya. Yang banyak saya perolehi adalah maklumat berkaitan dengan BUNGA KEMBANG PUKUL 10 PAGI atau nama lainnya BUNGA ROS JEPUN.

Saya jadi keliru, yang mana satu nama betul bagi bunga ini. Pukul 8 pagi atau pukul 10 pagi ?

*

Apa yang saya pasti kebanyakan penduduk di Sarawak sejak dahulu lagi hingga sekarang menyebut spesis bunga yang saya postingkan hari ini dengan nama BUNGA KEMBANG PUKUL 8 PAGI. Kedekatan nama bunga ini dengan jam pukul 8 pagi adalah disebabkan bunga ini akan mulai mengeluarkan kembang bunganya pada pukul 8 pagi.

*

HASIL PEMERHATIAN

Saya membuat pemerhatian ke atas bunga kembang pukul 8 pagi. Adakah benar ia kembang pada pukul 8 pagi atau sebaliknya ? Saya mendapat TIGA hasil jawaban. PERTAMA, kembangnya benar-benar berlaku dalam sekitar pukul 8 pagi kala cahaya matahari muncul awal di pagi hari.

KEDUA, sebalinya berlaku apabila matahari masih “tidur” di peraduannya dan belum berhajat untuk menghangatkan bumi Sarikei. Maka, kembang bunga juga turut malas membuang selimutnya sehingga masuk tengah hari barulah ia mengeluarkan senyum pagi yang terlewat… Saya yang menunggu jadi kelat wajah. Resah. :D.

dan hasil pemerhatian KETIGA. Jangan harap hendak melihat bunga kembang pukul 8 pagi akan mengembangkan kelopaknya dari pagi hingga petang apabila hujan menyusun jutaan titisannya membasahi bumi. Tunggulah harapan yang tidak muncul hingga keesokan hari.

 *

MUDAH DITANAM

Bunga kembang pukul 8 pagi ini merupakan bunga yang sangat mudah ditanam. Anda hanya memerlukan keratan batang bunga baru. Lebih elok yang masih belum mengeluarkan bunga kerana  nanti akan berkembang mengeluarkan bunga segar.

Sebenarnya ada risiko yang sedang saya tempuhi tanpa saya sedari sedang menunggu di depan sana sehingga meruntun hati. Nanti akan saya tulis di dalam posting yang lain.

Di dalam posting ini saya lampirkan 31 foto terpilih dari koleksi BUNGA KEMBANG PUKUL 8 PAGI yang saya tanam sejak awal memulai minat menanam bunga ini. Mudahan ia dapat menyemarakkan semangat di hati anda yang turut minat dalam hobi menanam bunga terutama spesis bunga KEMBANG PAGI.

*

KembangFatima31Keratanbunga

*

Kerana saya tidak mempunyai benih pokok bunga kembang Pukul 8 Pagi maka saya terpaksa membeli dari penjual bunga yang sangat banyak di Pasar Sentral Sarikei terutama pada hari minggu.

Untuk foto di atas keratan bunga ini saya beli dengan harga RM2.50. Walaupun mahal namun harus diterima juga kerana itulah modal bunga yang bakal ditanam. Setakat ini saya sudah berbelanja hampir RM50.00 untuk membeli keratan bunga tersebut.

*

CARA MENANAM BUNGA KEMBANG PAGI

KembangFatima2MulaTanam

Keratan bunga kembang pukul 8 pagi yang telah dicucuk tanam di dalam pasu

*

KembangFatima3MulaBunga*

Tidak perlu masa lama untuk dicucuk tanam, keesokan harinya jika pucuknya sudah ada kuncup bunga yang muncul, pasti anda akan tersenyum melihat seri bunga yang berkembang.

*

Untuk anda yang belum tahu cara menanam bunga ini. Hanya perlu potongkan sedikit di hujung batang biar keluar getah dan calitkan pada serbuk penumbuh akar. Akarnya akan cepat muncul. Jika tidak ada serbuk tersebut. Tidak mengapa, bunga masih tetap berkembang.

SAYA NASIHATKAN… jika boleh untuk keratan bunga yang sedia ada jangan lagi dipotong dua. Terus sahaja tanam. Jika dipotong dua akan melambatkan proses perkembangan untuk menghasilkan daun dan bunga baru.

JANGAN IKUT SEPERTI SAYA. Kerana tamak hendak menanam banyak bunga, saya memotong dua keratan bunga sehingga memerlukan masa yang lama bagi bunga tersebut melalui proses pertumbuhan.

Lihat contoh bunga-bunga yang sudah saya kerat dua. kelihatan pendek dan kurang ceria walaupun ia tetap mengeluarkan bunga. Saya tidak akan mengulangi kesilapan seperti ini lagi.

*

KembangFatima30CantikFatima3

Keratan bunga yang saya potong dua tetap mengeluarkan bunga kerana pucuk asalnya sudah berkembang. tetapi mengambil masa lama untuk proses meninggi dan tumbuh subur.

*

KembangFatima6MulaKembang

Bunga sudah mulai merimbun daun

*

KembangFatima4Mulakembang

Keratan yang kian tumbuh subur dan meninggi

*

KembangFatima5KembangBunga1

Alhamdulillah, bunga Kembang Pukul 8 Pagi saya, sudah memperlihatkan warna warni kehidupan yang malar segar dan cantik mekar

*

CARA MEMBAJA

Jika anda ingin melihat bunga kembang Pukul 8 pagi ini semarak mekar dan tahan lama. Beberapa perkara berikut perlu di ambil perhatian.

1. Oleh kerana batang pokok bunga ini jenis lembut, maka jangan diberi baja bunga (warna merah jambu) atau daun (warna hijau) yang mengandungi bahan kimia. Cukup dengan baja “tahi ayam” yang berbentuk tablet. Baja bahan kimia sangat panas dan boleh merosak sistem kesuburan  bunga tersebut.

2. Siram pokok bunga ini dua kali sehari. Sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang. Sambil menyiram itu, maniskan wajah dan bertanya khabarnya. Hahaha… anak saya kata, saya macam orang tidak siuman berbual dan menyanyi di hadapan pokok bunga. Sabaaaar sahajalah. 😀

3. Lebih elok siram dengan air basuhan beras kerana petua turun temurun dari datuk moyang kita sudah membuktikan kesuburan yang lebih menyerlah dalam pertumbuhan daun dan bunganya.

4. LAGI PENTING DAN DAHSYAT HASILNYA… sebelum menyiram BACA DULU BASMALAH dan jangan lupa BERBUAL-BUALLAH dengan pokok-pokok bunga sambil menumpahkan kasih sayang dengannya. 

5. JANGAN LUPA…. semua tanaman juga adalah makhluk Allah yang holeh hidup dan mati. Ia “bernyawa”. Boleh mendengar dan memerlukan kasih sayang. Besarkan jiwanya, insya Allah anda akan dapati bunga anda segar bugar dan cantik berseri sehingga membuat sesiapa melihat akan kagum dan tersenyum senang.

*

Silakan menikmati keindahan yang menyerlahkan keanggunan….

BUNGA KEMBANG HATIKU

KembangFatima7KembangCantik1

*

KembangFatima8KembangCantik2

*

*KembangFatima9KembangCantik3

*

KembangFatima10KembangCantik4

*

KembangFatima11KembangCantik5

*

BILA TIBA MASANYA… AKAN MEKAR JUA

KembangFatima12KembangCantik6

*

KembangFatima13KembangCantik7

Dua foto di atas menjelaskan awal penanaman dan hasil yang didambakan. Semekar hatiku, sang pemiliknya. 😀

*

KembangFatima14KembangCantik8

*

KembangFatima15KembangCantik9

*

KembangFatima16KembangCantik10

*

KembangFatima17KembangCantik11

*

POTRET INDAH DARI KEBUN FATIMA

Semua 31 keping foto di atas menggunakan kamera DSLR Canon EOS 650D. Hampir semua foto-foto ini saya menggunakan teknik “CLOSE UP” secara makro.  Satu teknik pengambilan foto yang paling saya sukai kerana dapat memuaskan hati saya apabila melihat hasilnya.

 

KembangFatima18CantikPagi1

*

KembangFatima19CantikPagi2

*

KembangFatima20CantikPagi3

*

KembangFatima21CantikPagi4

*

KembangFatima22CantikPagi5

*

KembangFatima23CantikPagi6

*

KembangFatima24CantikPagi7

*

KembangFatima25CantikPagi8

*

KembangFatima26CantikPagi9

*

KembangFatima27CantikPagi10

*

KembangFatima28BungaFatima1

*

KembangFatima29BungaFatima2

Marilah menyerikan halaman rumah kita dengan tanaman pokok dan bunga yang mekar indah agar kita dapat melestarikan alam sekitar yang kian tercemar. Selain itu jiwa kita turut damai dan sentosa saat memandangnya. INGATLAH, bahawa tumbuhan juga berzikir menyebut nama Allah SWT.

*

BUNGA-BUNGA TAMAN HATIKU… SERILAH IA DENGAN SENYUMAN MILIKMU

 

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima10 Febuari 2015 (Rabu)/ 20 Rabi’ul  Akhir 1436H/ 10.55 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. menulis rasa di hati tentang sebuah rindu yang masih terbuku. Lama nian saat bertemu untuk menatap seri wajah pada senyuman yang menguntum tenang jiwa. Bilakah kita kan berbicara untuk mengisahkan bahagia yang sekian lama terpendam di jiwa. Wahai kekasih yang menyentuh hati… di kau sungguh terpuji dalam warna hidupmu sendiri. Ku sebut namamu, namun ada rindu yang lebih dari ini.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… bacalah dengan nama Tuhanmu yang melingkari kehidupan ini dalam kesejahteraan. Berbicaralah melalui Kalam Suci-NYA agar segala perjalanan musafir ini diredhai dan dirahmati. Doaku selalu mengiringi kehidupanmu.  Aamiin. Wassalam. 🙂

*
RinduFatima1Padamu
*

PELANGI ITU WARNA HATIKU YANG SELALU INDAH

*

43 thoughts on “CT314. KEBUN FATIMA (2): BUNGA KEMBANG PUKUL 8 PAGI

  1. assalamualaikum, Bu Siti. Bu Siti punya blog lama yang tidak terpakai tidak? saya pingin punya blog dengan tema lama seperti andrea04, benevolence dan kubrick tapi blog terbitan 2012 ke atas tidak bisa pakai. yang bisa pakai blog buatan sebelum tahun 2012. kalau Bu Siti punya saya bisa kasih banyak blog punya saya buat Bu Siti.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Wahyu…

      Alhamdulillah, cukuplah saya dengan satu blog ini sahaja. Walau bagaimana pun terima kasih atas tawaran Wahyu. Kenapa Wahyu membina blog yang begitu banyak ? Pasti memerlukan banyak masa untuk menguruskannya, ya. Apakah tidak cukup dengan satu atau dua blog sahaja ? Saya yakin tentu Wahyu ada sebabnya.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sukses. 🙂

      • saya sebenarnya satu blog saja cukup, Bu Siti. pakai winterwing saja saya sudah senang. cuma kadang saya suka tampilan wordpress lama. jadi perlu blog lama. untuk isian sudah ada, Bu.

          • Salam bu Siti,

            Seronok melihat kembangan bunga2 ibu.

            Disini sy nak Tanya, kenapa bunga2 SY tidak berbunga walaupun sudah diletak baja? Hanya daunan yg Naik meninggi atau berjurai hijau segatlr tapi tiada bunganya.

            • Salam kembali Nasya…

              Memang risau kalau bunga tidak menjadi. Petua saya, selalu bagi salam dan berbual dengannya agar cantik berbunga dan segar. Baja bunga dan daun harus diselang seli selama 2 minggu sekali.

              Cubalah tabur MSG setengah sudu kecil bagi pasu kecil , kemudian siram dengan air biasa. Ini dilakukan dua minggu sekali. Selang seli dengan baja bunga seminggu, kemudian baja daun minggu berikutnya dan seminggu kemudian lagi MSG.

              Insya Allah Nasya akan lihat bunganya cantik dan berseri-seri.
              Selamat mencuba.

              Salam berbunga selalu. 🙂

  2. Assalamualaikum … bu SFA … alangkah indah taman bunga dihalaman rumah ibu … sayang saya tidak hobby bunga …jadi tidak tahu nama ‘bunga jam 8 / 10 pagi itu di Jakarta Timur … tapi saya penggemar indahnya bunga warna-warni … 🙂
    Salam sejahtera selalu …

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya…

      Biasanya yang tahu nama-nama bunga ini adalah kaum wanita. malah tidak apa-apa kalau Soeman tidak tahu. Sekurang menyukai dan menghargai keindahan bunga itu sudah cukup bagi kaum lelaki.

      Terima kasih dan salam sejahtera kembali. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya….

      Hehehe… pasti kurang hadam bacaan dan pemerhatiannya ya, mbak. Bunga Matahari dan Bunga Kembang Pukul 8 pagi adalah dua bunga yang berlainan dan berbeza, mbak.

      Salam manis selalu. 🙂

  3. Assalamualaikum mbak sifa… ikut meramaikan aja boleh ya.. jujur saya tidak paham dengan bunga-bungaan seperti ini. tapi di tempat saya ada bunga yang seperti ini ni. tapi kembangnya cuma sampai pukul 7 pagi. mungkin karena mataharinya selalu kepagian kali ya. hhaa… tapi ini beneran ada… 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Andika…

      Iya tidak apa-apa. Biar ramai yang mengkagumi bunga tentu alam akan berseri-seri dan terjaga rapi.

      Demikianlah Allah mengatur takdir sang bunga yang dapat hidup dalam masa yang ditentukan. Malah bunga juga mempunyai masa kehidupannya. Maha Suci Allah atas semua kejadiannya yang mengasyikkan.

      Terima kasih Andika dan salam sejahtera. 🙂

  4. Pingback: CT320. KEBUN FATIMA (3): BUNGA KEMBANG 10 PAGI @ ROS JEPUN | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  5. Salam, sy berminat dgn bunga kembang 8 pagi n 10 pagi. Adakah puan menjual benihnya, jika ya bagaimana boleh sy membeli benihnya?

    • Salam Rohaida….

      Biasanya pokok bunga ini bertahan sehingga 3 bulan. Jika sudah layu (tidak sihat), bolehlah ditanam semula batang pokok yang masih segar untuk pertumbuhan yang baru. Selamat mencuba.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera.

  6. Asslamualaikum. Cantik bunga-bunga tu bila berkembang. Warna -warni . Betul tu Puan Fatima bunga harus dibelai . Saya juga pengemar bunga-bunga ini. Suka tengok bila ianya kembang . Rasa tenang mengusahai jiwa.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb… Siti,

      Alhamdulillah, menanam bunga memang baik untuk terapi minda. Melihatnya berkembang membuat kita tersenyum dan ceria. Mudahan cara itu akan menghilangkan tekanan setelah seharian sibuk dengan tugas yang disandang kita.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera.

  7. Cantik2 bunga tu semua. Bg saya kembang jam 8 atau jam 10 sama saja. Dia tetap rose jepun. Waktu di area borneo kan awal berbanding semenanjung n maybe sebabtu nama waktu tu tak sama. Alhdulillah saya dah ada lebih 50 jenis rose jepun sejak baca blog ni…

    • Alhamdulillah, Eiwan ternyata peminat rose jepun ini juga. Sangat banyak sekali jenis rose jepunnya sehingga 50 jenis. Apakah Eiwan ada blog juga kah, boleh juga saya kunjungi dan melihat paparan rose jepunnya.

      Kalau diberi “booster” aji no moto, bunga dan daunnya lagi semarak indah dan lebat.

      Terima kasih Eiwan sudah berkongsi maklumat dan selalu berkunjung ke LMGS G2 ini. Semoga bermanfaat.

      Salam kenal dan didoakan sihat sejahtera. Aamiin.

  8. Subhanallah, cntiknye bunga kak ct…………Kak ct kalau bunga dh terlalu tinggi dn tampk serabut sbb kluar dr tempatnye mcm mne nk jdikn die kmbali kmbng dlm keadaan baik(tersusun)

    • Alhamdulillah wa syukrulillah… Senang sahaja. Potongkan batang bunga yang tidak dikehendaki dan biarkan bahagian daun-daun baru muncul itu kembang kembali.

      Kalau bunga tu dah memang nak hampir mati tetapi ada pucuk batang yang masih hidup, potong dan tanam semula. Satu batang pun boleh tanam dan menjadi sejambak bunga besar. Saya sudah membuktikan dengan menanam satu batang sahaja, kembangnya sangat besar sekali. Sungguh menakjubkan.

      Selamat mencuba Abadi Rahsia. Mudahan bermanfaat.
      Terima kasih sudah berkunjung dan salam kenal. 🙂

  9. Pingback: CT450. KEBUN FATIMA (16): BUNGA PETUNIA MEKAR SEPANJANG TAHUN | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

    • SALAM MUHAMMAD AMIRUL…

      MINTA MAAF, SEMUA BUNGA TU DAH TAK HIDUP LAGI SEKARANG.
      BUNGA INI BIASANYA ADA DIJUAL DI PASAR MALAM ATAU PASAR MINGGU. TEMPAT PENJUAL BUNGA.

      TERIMA KASIH SUDAH HADIR KEMARI. 🙂

Leave a reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.