Archive | January 2014

CT225. KEHILANGAN BESAN DI MASJID NABAWI

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuuh

BesanFatima1HilangDiMasjidNabawi

*

BERKENALAN

Saya mengenali dua besan ini ketika duduk satu saf untuk menunaikan solat Asar, Maghrib dan Isyak di Masjid Nabawi.  Mak Cik Ani (Johor – 55 tahun) dan Nenek Rokiah (Terengganu – 70 tahun) menunaikan haji bersama anak-anak mereka. Mak Cik Ani sangat ramah dan mesra berbanding Nenek Rokiah yang pendiam dan suka tersenyum. Continue reading

Advertisements

CT224. APABILA…. KASUTKU BERBICARA

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuuh

KasutFatima1ApabilaBerbicara

Aku duduk berehat sebentar di tangga Masjid Sultan Omar Ali Saiffudin setelah menunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid dan sunat Dhuha. Dari kejauhan aku melihat anak-anakku Iffah, Izzah dan Ieesyah sibuk mengambil kasut dari rak kasut yang terletak di sisi bangunan masjid. Kasutku juga diambil dan diletakkan di lantai untuk ku sarung kemudiannya. Continue reading

CT223. PERMATA HATI (2): BERTIKAM LIDAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuuh

LidahFatima1TikamLidah

*

SKETSA HIDUP

Minggu lepas, aku telah meleraikan pergaduhan antara anak lelaki dan perempuan di hadapan rumahku. Umur keduanya dalam lingkungan 10 dan 11 tahun. Tidak pula aku ketahui mereka ini adik beradik atau kawan. Kebetulan aku baru sampai ke rumah dan kereta masih berhenti di depan pagar menunggu untuk dibuka. Tidak tahu apakah punca pergaduhan tersebut. Continue reading

CT222. MAAFKAN AKU…

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuuh

MaafFatima1MaafkanAku

MAAFKAN AKU….

Jika aku tidak sempurna. Hanya ada hati dan rasa yang dipenuhi CINTA.

Tidak ku berjanji untuk memberi segala dunia. Tetapi hanya BAHAGIA yang mengiringi setia dijiwa.

Di setiap detik waktu, ada AKU yang selalu tersenyum mengenang ketulusan hatimu. Continue reading

CT221. KEAJAIBAN AIR ZAMZAM (2): MERAWAT SAKIT KEPALA (MIGRAIN)

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuuh

*ZamZam2Fatima1SakitKepalaMigrain

Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “AIR ZAMZAM IALAH UNTUK APA IA DIMINUM. Sesiapa yang meminumnya untuk penawar penyakit, maka Allah SWT akan menyembuhkannya. Atau untuk menghilangkan lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Atau untuk memperolehi sesuatu hajat, maka Allah akan menunaikannya.” – HR al-Mustaghfiri.

*

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Apa sahaja permintaan para hamba akan dimakbul. Nikmat apa lagi yang hendak didustakan, semuanya sudah terbukti perkenan Allah SWT ke atas doa-doa saya. Alhamdulillah wa Syukrulillah. Continue reading

CT220. KEAJAIBAN AIR ZAMZAM (1): MERAWAT SAKIT LUTUT (OSTEOARTHRITIS)

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuuh

ZamZam1Fatima1SakitLutut

*

Daripada Jabir bin Abdullah, Rasulullah SAW telah bersabda: “AIR ZAMZAM IALAH UNTUK APA IA DIMINUM” – HR Ibnu Majah dan Ahmad.

ALLAHU AKBAR ! Antara percaya dengan tidak percaya, saya mengalami apa yang disebut oleh Rasulullah SAW di atas. Malah saya yakin sesiapa sahaja yang pernah berpengalaman meminum air Zamzam dan sembuh dari penyakitnya akan mengakui air yang dilimpahi Allah SWT dengan kelebihannya. Continue reading

CT219. AZAM 2014: SELESAIKAN PERKARA YANG BELUM SELESAI

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuuh

2014Fatima1SelesaikanBelumSelesai

*

 2013

….ditinggalkan dengan seribu kenangan. Seperti hadirnya Tahun Hijriyyah 1435 yang lalu, kemunculan tahun 2014 tetap sama. Tahun baru bersilih ganti dan bertukar nombor, tetapi kita tetap manusia yang sama, nama yang sama dan jantina yang sama. Continue reading

CT218. 2013 in review – LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuuh

AnnualReportFatima1LMGSG22013

*

BACK TO SCHOOL

2 JANUARI 2014 (HARI KHAMIS).  Hari Pertama masuk pejabat (ofis) di tahun baharu 2014 amat mengujakan hati. Banyak perancangan kuliah dan ofis yang perlu dikemaskini dan dilaksanakan. Continue reading