CT197. TASMIK AL-QURAN DENGAN ORANG ARAB (1): HAFIZAH DARI MADINAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

HafizahFatima1TasmikAlQuran

Pernahkah kita terfikir bahawa jauh di masa depan, sesuatu akan berlaku di dalam kehidupan kita. Bahagia atau derita, gembira atau sedih, manis atau pahit, berjaya atau gagal dan sebagainya.

Banyak peristiwa bakal mendepani kita. Tidak diketahui apakah peristiwa itu ? Bagamanakah ia berlaku ? dan apakah sebab yang membawa kepadanya ? Semua masih samar dan penuh misteri.

Tidak perlu terlalu jauh, perkara yang berlaku esok hari, tidak dapat kita ramal.  Namun, Allah telah menentukan sesuatu untuk kita, Maha Mengetahui setiap yang perlu kita tempuh sesuai dengan kemampuan bersama qadak dan qadar yang mengiringi kehidupan.

“Tiadalah kamu berkehendak (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan kehendak Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” – al-Insan:30

*

LIDAH ARAB

Aku merenung sejenak dua pertemuan yang tidak disangka akan dilalui dalam perjalanan rohani menuju redha Ilahi. Ia berlaku di Bumi Haramain, jauh dari Malaysia. Ia berlaku tanpa diduga dan membuat aku terpinga-pinga akan kejadiannya.

Aku tidak pernah merancang, tetapi Tuhan Yang Maha Berkuasa mempunyai rencana buat hamba yang pernah terlintas di hatinya keinginan tersebut di masa lalu dan baru kini diperkenankan Allah SWT. Allahu Akbar. Aku hanya menyedari setelah lama berfikir tentang pengajaran disebalik peristiwa tersebut.

Peristiwa itu merujuk kisah aku mengadakan tasmik al-Quran dengan dua orang wanita Arab di dua tempat mulia yang berbeza. Pertama di Masjid Nabawi, Madinah dan kedua di Masjidil Haram, Makkah. Ia benar-benar mengesankan jiwaku dan menginsafi bahawa Allah SWT akan mengurniakan apa yang kita hajati pada waktu yang DIA kehendaki. Subhanallah.

Aku mengerah otak untuk mengaitkan dua peristiwa tersebut dengan niat dan azamku selama ini yang suka membaca al-Quran dengan lahjah Arab (slang Arab). Saat aku membaca al-Quran, aku sentiasa memastikan bacaan makhraj huruf betul-betul mengikut lahjah Arab. Aku menyukainya dan merasakan aku seperti lisan (lidah) Arab bukan lidah Melayu ketika membaca al-Quran.

Namun tiada siapa yang dapat membuktikan bacaanku itu benar-benar bacaan lahjah Arab. Ia hanya dapat dibuktikan dengan orang Arab sendiri mendengarnya. Di mana hendakku cari orang Arab ni ? Mustahil dan tidak ada. Aku hanya memendam dalam hati dan berharap suatu hari nanti, muncullah orang Arab yang dapat mendengar bacaanku dan memberi komentarnya.

Allahu Akbar, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan memberi apa yang selama ini aku inginkan. Mungkin pada tanggapan orang lain ia adalah perkara biasa tetapi bagiku sangat besar maknanya. Walaupun niat itu tidak terucap sebagai satu doa, namun apa yang tersembunyi di hati tetap diketahui oleh Allah SWT.

HafizahFatima2FatimaNisak

*

NISAK

Sabtu, 15 Oktober 2011 (Masjid Nabawi, Madinah). Aku, Kak Kasma dan Kak Senah tidak bersolat di saf yang biasa kami duduki. Keadaan ini disebabkan kami lewat sedikit, jemaah hajjah sudah banyak memenuhi saf-saf sedia ada di dalam Masjid Nabawi. Waktu Zohor sudah semakin dekat. Alhamdulilah, kami masih dapat ruang untuk saf di hadapan.

Kami terpaksa berpecah arah untuk mencari ruang kosong yang masih bersisa setelah jemaah yang degil,  “dijerit” oleh suara polis wanita berpurdah kerana tidak mahu berkompromi. Aku menyabarkan diri dengan kekalutan suasana yang bingit sambil hati tidak putus berdoa agar ada yang mahu memberi ruang kepadaku. Alhamduliah. Aku duduk di antara jemaah hajjah Indonesia.

Setelah solat Zohor, aku duduk bersendirian untuk menyambung bacaan al-Quran selama 1 jam. Tiba-tiba aku dikejutkan oleh sapaan Khahanisah yang muncul di sisi sambil menepuk bahuku. Kisah pertemuan awal dengan Nisak pernah ku tulis dalam – CT185. KHAHANISAH – MASJID NABAWI SAKSI PERTEMUAN. – Aku sangat terperanjat dan hanya sempat menjawab salamnya tanpa Nisak memberi peluang kepadaku untuk berkata-kata. Nisak seperti dalam keadaan tergesa-gesa.

“Akak, mahu tak bacaan akak didengar oleh hafizah Madinah ? Dia asal Madinah dan hafaz al-Quran.” tanya Nisak. Aku tidak sempat berfikir untuk menjawab, terus Nisak menyambung bicaranya. “Nisak selalu minta hafizah itu mendengar bacaan Nisak. Kalau akak mahu, Nisak bawa akak jumpa dia.” pelawa Nisak.

*

PUCUK DICITA

Allahu Akbar. Ajakan Nisak itu umpama pucuk dicita, ulam mendatang. Satu impian yang selama ini dipendam dalam hati dan sukar untuk direalisasikan. Kenapa tiba-tiba Nisak begitu bersemangat mengajakku untuk bertemu dengan hafizah Madinah itu ? Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Bagiku, Allah SWT telah memperkenan dan membuka ruang untukku mencapai hasrat terpendam selama ini. Tidak pernah terfikir ia akan berlaku di Masjid Nabawi, Madinah. Aku dapat merasakan bahawa Allah SWT sedang meraikan diriku sebagai “tetamu-NYA yang paling istimewa”. Alhamdulillah.

“Betul ke Nisak. Selama ini akak mencari orang Arab untuk mendengar bacaan al-Quran akak. Akak hendak tahu bacaan akak ni bunyi orang Arab atau bunyi orang Melayu. Mahukah hafizah tu dengar akak baca ?” jawabku ragu namun tetap teruja. “Insya Allah, kak. Dia baik. Percayalah cakap Nisak. Mari saya bawa akak berjumpa dengan hafizah itu,” kata Nisak dengan ceria.

“Tapi, nak cakap apa dengan dia, akak bukannya pandai cakap Arab” jelasku. “Akak tak perlu bimbang, biar Nisak cakap.” jawab Nisak menenangkan perasaanku. “Nisak pandai ke cakap Arab.” tanyaku lagi. “Hehehe…. bolehlaaaah, tapi macam ayam dengan itik.” sahut Nisak sambil ketawa sedangkan aku menahan debaran hati.

HafizahFatima3MasjidNabawiMadinah

*

PERTEMUAN

Nisak membawaku ke arah kanan, tidak jauh dari tempat aku duduk membaca al-Quran. Kami berjalan menuju sekumpulan wanita yang berjubah dan berjilbab panjang. Semuanya warna hitam. Mereka memakai purdah tetapi penutup wajah masih terbuka.

Aku dapat melihat wajah mereka dengan jelas. Tidak terlalu putih seperti wajah wanita Arab yang biasaku lihat. Sawo matang. Tubuh mereka tinggi dan tidak gempal. Suara mereka terdengar halus gemersik berbicara dalam bahasa Arab yang tidak aku fahami. Ada nada “kasar” dan tajam. Mereka seperti hendak berangkat pulang dan bersiap-siap untuk beredar dari Masjid Nabawi.

Nisak menghampiri seorang wanita tinggi lampai dan hitam manis. Nisak memberi salam dan menyalaminya dengan ramah. Aku menuruti perlakuan Nisak dengan debar di dada. Telahanku usia beliau dalam lima puluhan. Aku dengar Nisak bercakap sepatah-sepatah dalam bahasa Arab yang aku boleh fahami tentang maksud kedatangan kami sambil menunjuk ke arahku.

“Umi, Ini kawan saya, dia hendak Umi tasmik bacaan al-Qurannya. Boleh Umi ? tanya Nisak. Aku membisu seribu bahasa. Tidak tahu apa yang harus aku tuturkan. Penguasaan bahasa Arab yang sedikit itu jadi hilang terus. Aku terbata-bata mencari ayat untuk menyapa. Namun mulutku terus terkunci bagai kena gam. Hanya senyuman sahaja yang mampu aku hadiahkan sambil berharap persetujuan dari wanita yang suaranya serak parau dipendengaranku.

Hafizah (baca: UMI) itu mengangguk, sekilas memandangku bersama senyuman terukir. Matanya bercelak hitam kelihatan seperti mata burung helang, tajam. Entah apakah yang bergelora di jiwa Umi. Aku dapat merasakan Umi serba salah dengan permintaan Nisak. Sebentar tadi, Umi sudah bersedia untuk beredar keluar dari masjid bersama kumpulannya. Hampir aku membatalkan niatku. 

Tiba-tiba terdengar salah seorang teman Umi memaklumkan mereka keluar dahulu dan menunggu Umi di luar masjid. Mungkin itu yang aku faham berdasarkan ucapan bersama isyarat yang ditunjukkan. Umi membalas dengan mengangkat tangan dan menggangguk kepala. Kemudian berpaling pada Nisak dan bercakap sesuatu yang pendek. Nisak mengangguk sahaja.

KhatamFatimaMakkah3GanjaranAllah

*

SESI TASMIK

Setelah merasakan misinya berjaya, Nisak meraih tubuhku mendekati Umi. “Ok, kak. Nisak keluar dulu. Selamat bertakmik.” ucap Nisak dengan tergesa-gesa dan terus berlalu pergi tanpa sempat aku mengucapkan terima kasih dan memberi salam.  Hanya “OK” sahaja yang keluar dari mulutku. Jujurnya, aku lebih suka kalau Nisak bersamaku. Kini, hanya aku dan Umi. Seketika aku terpana, tidak tahu apa yang hendak dibuat. Rasa malu hadir dalam diri. Umi memandangku dan mengajak aku mendekatinya.

Tanpa bicara aku terus membuka al-Quran dan menunjukkan bacaanku. Umi mengangguk kepala. “Tafadhali” (Silakan). Itu aku faham. 😀  Aku menyambung bacaan yang tersangkut oleh sapaan Nisak yang muncul entah dari mana. Saat ini, hatiku gembira bukan kepalang kerana aku sedang di”tasmik” oleh seorang wanita Arab dan hafizah a-Quran.

Aku membaca dengan penuh semangat, secara hadar (bacaan cepat tetapi masih memelihara hukum-hukum tajwid.) Bacaan secara hadar itu seperti bacaan para Imam Haramain. Umi menundukkan kepala sepanjang bacaanku berkumandang tanpa memandang langsung kepadaku. Aku rasa selesa kerana tidak diperhatikan. 😀

Aku membaca dua muka surat tanpa teguran dari Umi walau satu ayat. Sekali sekala aku tersekat-sekat dalam nafas tidak teratur. Sampai ke ayat terakhir bacaanku, Umi membaca “sadaqallah al-adzhim”.Ini bermaksud Umi mahu bacaan ku tamat. Aku faham dan menamatkan bacaan.

Aku memandang Umi yang sedang tersenyum sambil menggoncang kuat kedua-dua ibu jarinya di hadapanku. Serentak itu juga, Umi mengucapkan “quwes, quwes” sebanyak dua kali. Beliau segera bangun untuk beredar. Aku jadi kelam kabut dengan tindakan Umi dan cepat-cepat menyalami dan mencium tangannya, bimbang Umi berlalu begitu sahaja seperti Nisak.

“Sukran ya Umi, jazakumullahu khairan jazaak.” ucapku. “Haji Mabrur”, balas Umi dengan mengangguk kepalanya. Umi beredar pantas dari tempat aku berdiri. Aku termangu-mangu. Kejadian itu sangat cepat dan tidak sempat untuk bertanya tentang bacaanku seperti apa ? Seperti lahjah Arab atau Melayu ?

Aku ketawa sendiri, lucu dengan apa yang aku fikirkan. Bagaimana hendak bercakap kalau aku dan Umi tidak faham apa yang bakal kami bicarakan. Allahu Akbar. Ternyata, hasratku belum kesampaian kerana tiada jawaban kepada bacaanku. Rasa kecewa hadir menjalar diri. Apakah makna semua ini ? Astaghfirulah al-Azdhim. Aku menginsafi rasa kecewa yang muncul. Seakan tidak bersyukur pula.

HafizahFatima4QuwesBagus

QUWES

Aku memikirkan perkataanQuwes-Quwes” yang diucapkan Umi. Ertinya pun aku tidak faham. Itulah pertama kali aku mendengar perkataan itu. Tetapi merujuk kepada dua ibu jari yang Umi tunjukkan dengan penuh semangat, tanpa teguran walau satu ayat – Apakah semuanya bermaksud “sangat baik” ?  atau Umi  sudah gelisah hendak cepat pulang lalu mengambil jalan mudah tidak mahu memberi komen apa-apa.

Aku muhasabah diri. Allah telah memberi peluang kepadaku, tetapi masih belum ada jawaban.  Akhirnya, aku redha dan berharap akan menemui jawabannya di kemudian hari. Tanpa aku sedari, Allah SWT telah merencana satu lagi pertemuanku dengan seorang wanita Arab dari Dubai dan hafizah al-Quran. Pertemuan kali ini berlaku di Masjidil Haram, Makkah.

Di sinilah aku mendapat jawaban yang jelas dari persoalanku. Dan tidak menyangka, perkataan ‘QUWES” itu muncul lagi dari mulut hafizah Dubai ini. Aku makin teruja untuk mengetahui makna QUWES. Tidak pernah terfikir untuk bertanya kepada sesiapa semasa di Bumi Harmain. Makna QUWES hanya aku tahu setelah beberapa bulan pulang ke Tanah Air.

Alhamdulillah wa syukrulillah atas segala kurnia yang dilimpahkan Allah sepanjang di Tanah Suci. Aku meninsafi diri bahawa Allah SWT sentiasa mahu mengabulkan permintaan setiap hamba-NYA tetapi hamba itu harus bersabar menunggu dengan harapan doanya akan dikabulkan suatu hari nanti. Allahu Akbar. Nikmat mana lagi yang hendak aku dustai ?

SEDETIK WAKTU… ADA CERITA TENTANG SEBUAH DOA DARI TUHAN-NYA

*

****************

6 Oktober 2013 (Ahad)/ 1 Zulhijjah 1434H/ 10.38  malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. berharap selagi dapat memandang keindahan lukisan alam, aku mesti bersyukur atas segala nikmat penglihatan yang dikurniakan-NYA. Selagi dapat mendengar kicauan unggas, deru semilir dan nafas berombak, akui mesti sedar atas segala nikmat pendengaran yang dikurniakan-NYA. Selagi dapat mengejar ilmu dengan akal dan iman agar menjadi hamba yang tahu membalas budi atas segala kurniaan-NYA, aku mesti mengajar hatiku untuk tunduk sujud merendah diri kerana sedar bahawa diriku adalah MILIK-NYA abadi. Redhailah aku, Ya Allah. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

RinduFatima3padaNamamu

*

DEDIKASIKU UNTUKMU….  sedarlah kehidupan ini mempunyai tuannya sendiri dengan mengatur susun rencana yang sengaja dihidang untuk sajian iman dan nafsu kita. Sabarkan hati setiap kali menempuh puing-puing beliung yang menyebarkan hirisan sembilunya untuk dijahit dengan benang ketabahan. Aku tetap di sini… tidak pernah menjauh untuk meniti kebersamaan itu. Selalu ada doa buatmu. Wassalaam. 😀

*

DALAM SERU NAMAMU…. ADA PENAWAR YANG MENGUBAT DUKA HATIKU

*

20 thoughts on “CT197. TASMIK AL-QURAN DENGAN ORANG ARAB (1): HAFIZAH DARI MADINAH

      • Assalamu ‘alaikum wr. wb. umiku syng
        afwan, koment ditas itu hanya tes-tes aja, ingin jadi yng pertama, pagi tadi naira mengusik ketenangan ananda tuk membaca tulisan ummi, jadinya kacau githu deh, ngk nyambung ma tajuk2 ummi, afwan yah ummi, neni syng ummi 🙂

        neni kadang merasakan apa yng ummi rasakan, semua keinginan atau niat yng hanya terukir dihati, dan dikemudian hari Allah mengabulkan semua keinginan hamba_Nya, masyaallah, ada begitu banyak keingnan yang Allah kabulkan buat aku, atas dasar itu semua, aku semakin cinta dan sayang pada Allah,.

        pertemuan aku dengan ummi, yng tak pernah disangka, keakraban aku dngn ummi yng tak pernah ada dalam daftr rancangn hidup, hanya berhujjah, kelak ananda mendapati seorang yng mampu memahami apa yng aku rasakan, lalu Allah mengirim ummi buatk, alhamdulillah wa syukurillah… cayang ummi… (baby jiwa ) 😉

        dan masih bnyk lagi yng tak bisa aku tuturkan satu persatu, sungguh Allah itu Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Dia selalu tepat waktu, Allah is the best.

        dan ada lagi, beberapa hal yang menanti jawaban dari Allah, semoga termakbulkan, amin ya Allah, (ummi tahu apakah hal itu ? ) 😉

        sayang ummi, rindu ummi
        peluk dan cium, salam semanis madu 😉

        • Wa’alaikum salaam wr.wb, anakku Neni yang solehah…

          Semoga Allah SWT menganjari Neni dengan kebaikan, rahmat dan kejayaan atas penghargaan buat Umi. Rasa terharu dan bahagia di hati. Mudahan ukhuwwah yang telah Allah titipkan kepada kita sepanjang hampir 5 tahun ini akan berkekalan di dunia dan di akhirat kelak. Aamiin.

          Demikianlah Allah SWT ingin menguji hamba-NYA dengan sabar, ikhlas dan redha. Oleh itu, jangan pernah berburuk sangka dengan Allah SWT jika apa yang kita minta belum tertunai. Allah SWT menetapkan waktu untuk kesesuaian masa bagi memakbulkan permintaan kita. Mungkin ketika kita minta itu, ia sangat baik buat kita tetapi tidak menurut Allah SWT.

          Iya, Umi faham hal itu, sekilas ikan di air, Umi sudah tahu jantan betinanya (hehehe… iya kah itu, rasanya Umi tak pernah lihat jantina ikan walau ada memelihara beberapa ekor ikan puyu di rumah.) Umi tahu maksu Neni itu, tidak perlu sembunyi dari Umi. 😉

          Terima kasih Neni sudah berkomentar dalam kesibukan dengan Naira. Semoga sukses dengan tesisnya.

          Salam semanis “ice cream”, Salam sayang dan rindu kembali dari Umi. 😀

  1. Assalamualaikum Wr Wb……

    Seru ceeritanya bunda. Pengalaman quwes yang menyenangkan, ada rasa penasaran, ada rasa bingung, dan ada rasa keingintahuan. Di mana semua menjadi satu. Harus lebih terliti dan dicerna berulang kali ya bun. Hm…… masa yang indah.

    Salam wisata

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra…

      Semua perasaan itu berbaur satu kerana keinginan yang tinggi untuk merealisasikan hasrat di hati. Apabila peluang sudah dibuka di depan mata, tentu keterujaan itu mengambil tempat dan inginkan jawaban yang pasti.

      Subhanallah, memang tidak pernah difikir apabila Allah SWT mengiringi hati sesiapa untuk mengabulkan doa kita di waktu yang hebat buat kita sebagai tanda untuk kita berfikir kemenjadiannya di kemudian hari.

      Terima kasih atas kunjungan mas Indra.
      Salam sejahtera dan salam hoirmat. 😀

  2. Alhamdulillah, ikut deg-degan bacanya … sukses! Kalau saya hanya bisa baca saja … itupun kadang disalahkan bacaannya oleh anak saya yang sudah beberapa kali katam!Tapi saya tetap berusaha membacanya sebaik mungkin!

    • Alhamdulillah, mudahan kongsian ini akan menguatkan azam Mas Aura Ide untuk membaca al-Quran dengan baik. Berusahalah selalu membaca al-Quran setiap hari, pasti bacaannya semakin bagus dan lancar.

      Tidak mengapa kalau anak berusaha membetulkan bacaan kita. Sungguh beruntung mempunyai anak yang membantu orang tuanya kepada kebaikan seperti mana anak Khalifah Umar Abdul Aziz yang selalu menegur beliau jika tersilap dan khilaf.

      Terima kasih atas kunjungan.
      Salam hormat takzim. 😀

  3. Assalamu’alaikum warohmatullohi wabarokatuh
    Satu kata, subhanalloh
    Betapa sangat berartinya pertemuan itu ya Bu, karena di tempat yang sangat mulia dan penuh barokah untuk ‘mentasmik’ bacaan Al Qur’an. Ini akan menjadi suntikan semangat untuk lebih mencintai Al Qur’an

    • Wa’alaikum salaam wr.wb wa ridhwaanuh, Pakies….

      Alhamdulillah, pertemuan yang tidak disangka dan tidak pernah terdetik di hati untuk meminta dari Allah SWT agar bertemu dengan orang Arab yang boleh mendengar bacaan al-Quran saya seperti yang diingini semasa di Tanah Air. Demikianlah, jika Allah SWT menghendaki sesuatu itu berlaku dengan iradah-NYA.

      Terima kasih Pakies atas kunjungan.
      Salam hormat. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Achoey…

      Alhamdulillah, Umi masih ingat dan tidak pernah lupa. Terima kasih mengingati Umi dengan berkunjung semula untuk memaklumkan kehadiran Achoey di maya.

      Sudah lama sekali tidak aktif ya.
      Semoga silaturahmi ini akan kembali terjalin untuk mengetahui cerita Acoey yang sangat berjaya dengan kedai Mie Jandanya. Salut dari Umi. 😀

      Salam mesra selalu. 😀

  4. Pingback: CT198. TASMIK AL-QURAN DENGAN ORANG ARAB (2): HAFIZAH DARI DUBAI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.