Archive | July 2013

CT183. RAMADHANKU DI MASJIDIL HARAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

RamadhanMakkahFatima1MasjidilHaram

Pintu No.1, al-Malik Abdul Aziz – pintu pertama (utama) memasuki Masjidil Haram (bangunan baru) dari arah Menara Jam Makkah.

*.

DATARAN KAABAH

Degup jantungku berdetak dengan debaran yang tidak selari. Aku memegang dadaku dan terasa geraknya yang pantas. Tanganku hangat. Aku meraba wajah dan mencubitnya untuk merasai kebenaran tentang kewujudanku di sini. Walau sudah seminggu, aku seperti tidak percaya bahawa aku telah menjejak kaki lagi ke Bumi Makkah al-Mukarramah. Continue reading

CT182. BATALKAH PUASA DENGAN KOREK HIDUNG DAN TELINGA ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

BatalPuasaFatima1KorekTelingaHidung

Ketika saya melayari internet untuk menambah ilmu dalam bab fikah berkenaan perkara yang membatalkan puasa,  ada satu tajuk yang amat menarik perhatian sehingga membuat saya tersenyum iaitu “batalkah korek hidung atau telinga ketika berpuasa ?” Continue reading

CT181. CAHAYA ANAK RAMADHAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

CRamadhanFatima1CahayakuAnakRamadhan*

17 Ramadhan 1434H tahun ini merupakan tahun ke 17 hijriyyah, aku dan SPH menyambut kedatangan CAHAYA di dalam hidup kami. CAHAYA itu hadir bersamaan dengan sambutan NUZUL AL-QURAN yang menjadi satu syiar agung di bulan Ramadhan al-mubarak. Continue reading

CT180. TAHAJJUD CINTA

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

CintaFatimaku11Hanyapadamu

*

TELAH KU BACA…. seruan dari firman Tuhanku :

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah (solat tahajjud) di malam hari kecuali sedikit (daripadanya) iaitu seperduanya (separuh) atau kurangilah dari seperdua itu sedikit atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah al-Quran dengan perlahan-lahan.” – surah al-Muzammil: 1-4

*

TELAH KU MENGERTI… titah penuh bermakna ini, sudah lama terpahat dalam wadah indah, termetri tanpa gundah menyeru haknya di peraduan Ilahi. Continue reading

CT179. MENYAMBUT HARI LAHIR DI BULAN RAMADHAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

IntanFatima1HariLahir15tahun

Tarikh 18 Julai 2013 (Khamis) kelmarin, mengisi keindahan Ramadhan kami sekeluarga dengan menyambut ulang tahun kelahiran anak kedua ku, Izzah @Intan yang ke 15 tahun. Tarikh lahir  dalam kalendar Islamnya adalah pada 23 Rabiul Awwal 1419H. Continue reading

CT178. SATU RINGGIT SATU HARI PUASA

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

SatuRinggitFatima1SatuHariPuasa

Bentuk wang kertas SATU RINGGIT MALAYSIA keluaran tahun 1967 yang Emak hadiahkan kepada kami apabila berpuasa penuh satu hari. Wang ringgit Malaysia sudah banyak kali berubah sehingga yang terkini.

*

SEMANGAT EMAK

KEMBALI KE ZAMAN KANAK-KANAK. Saya yakin ramai yang mempunyai kenangan tentang peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan ketika zaman kanak-kanak. Begitu juga saya. Apa pun peristiwanya akan dikenang hingga akhir nyawa untuk dijadikan contoh teladan dan sempadan kepada anak cucu di kemudian hari. Continue reading

CT176. BUNGA KEMBANG PAGI MASJID NABAWI (1): TERPEGUN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KembangFatima1PayungMasjid Nabawi

HARAPAN

Mengimbau kembali kenangan di Kota Madinah, membuat hati ini sangat rindu untuk ke sana lagi.  Rindu untuk bertemu dengan Rasulullah SAW sukar untuk diperkatakan walau hanya sebuah makam di sebalik pagar tertutup rapat. Memang benar, apabila sekali kita menjejakkan kaki ke bumi Haramain, berkali-kali keinginan untuk mengunjunginya semula. Bagai menerima lambaian indah yang tidak pernah bosan untuk disambut.  Continue reading