Tag Archive | Haji Tua

CT164. CABARAN HAJI (13): HAJI MUDA

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

HajiMudaFatima1HajiMuda

Foto di Dataran Masjidil Haram – bahagian belakang. Ini adalah bangunan untuk BERSAIE, di dalamnya terdapat Bukit Safa (berhampiran) dan Bukit Marwah (jauh ke hadapan). Di bawah bangunan ini terdapat BABUS SALAAM di mana Imam Haramain akan masuk melalui salah satu pintu yang terus menuju ke Kiblat Kaabah (Pintu Kaabah).

*

Dalam posting CT161. CABARAN HAJI (11): HAJI TUA saya telah menjelaskan beberapa cabaran yang akan dihadapi oleh Haji Tua jika tidak mempunyai persediaan yang rapi. Di sini saya mengingatkan, cabaran yang sama  akan berlaku kepada Haji Muda jika mengambil ringan usaha perjalanan rohani yang hebat ini. Saya juga menjelaskan definisi Haji Muda adalah dirujuk kepada mereka yang berumur 55 tahun dan ke bawah (awal umur baligh). Continue reading

CT160. CABARAN HAJI (11): HAJI TUA

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

HajiTuaFatima1Haramain

TAHUN 1977

Pertama kali saya menghantar orang pergi haji ketika Pak Nek, Haji Massatem bin Chie, ayah kepada emak akan berangkat ke Kuching dengan menaiki bas  berwarna hijau dan krim, Sarawak Transport Company.  Ketika itu usia saya 10 tahun. Tahun 1977 menjadi saksi riuh rendahnya stesen bas Simanggang (nama lama Bandar Sri Aman) dikerumuni kaum keluarga dan sanak saudara bagi mengiringi keberangkatan ahli keluarga ke Kuching. Continue reading