Archive | March 2013

CT160. CABARAN HAJI (11): HAJI TUA

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

HajiTuaFatima1Haramain

TAHUN 1977

Pertama kali saya menghantar orang pergi haji ketika Pak Nek, Haji Massatem bin Chie, ayah kepada emak akan berangkat ke Kuching dengan menaiki bas  berwarna hijau dan krim, Sarawak Transport Company.  Ketika itu usia saya 10 tahun. Tahun 1977 menjadi saksi riuh rendahnya stesen bas Simanggang (nama lama Bandar Sri Aman) dikerumuni kaum keluarga dan sanak saudara bagi mengiringi keberangkatan ahli keluarga ke Kuching. Continue reading

Advertisements

CT159. IEESYAH CANTIK MA ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

Ieesyahku2IbtisamFatima

Tahun 2009 (Ieesyah Ibtisamku berusia 4 tahun)

*

Pagi ini, badan rasa kurang sihat. Awal pagi sudah salah waktu masuk kuliah. Masa selepas rehat pula, kuliah yang sepatut dua jam, saya selesaikan dalam satu jam. Entah apa yang mengganggu fikiran. Terasa mamai pula kerana apa yang dilakukan semuanya tidak kena. Saya menyentuh dahi dan leher, untuk memastikan saya sihat atau tidak. Hmmm… rupanya ada panas sedikit. Mungkin tanda hendak demam kerana cuaca yang tidak menentu. Ieesyah baru sahaja sembuh dari demam. Continue reading

CT158. GUA DAGANG, NIAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

GuaFatima1GuaDagang

Pemandangan kawasan rata di dalam Gua Dagang. Sesuai untuk pengunjung berhenti rehat bagi melepaskan lelah setelah berjalan sejauh 3.5 kilometer dari batas Sungai Niah.

*

TAMAN NEGARA NIAH SARAWAK

Taman Negara Niah Sarawak terletak di Bahagian Miri mempunyai daya tarikan tersendiri untuk dijadikan tempat rekreasi yang menarik untuk dikunjungi pada waktu cuti sekolah. Terletak lebih kurang 110 kilometer dengan perjalanan menaiki kereta mengambil masa 1 jam 45 minit dari pusat bandar raya Miri. Ia menjanjikan pemandangan yang memukau dan menakjubkan. Continue reading

CT157. CINTA SEDETIK LEBIH

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

CintaFatima1SedetikLebih

Bacakan dengan nama Tuhanmu…

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG 

…. bicarakan dalam nada iman, menyelimuti dinding malam tanpa noktah. Bisikan dalam nada zikir, menyelubungi tabir subuh tanpa lelah. Aku bangun dengan seluruh kudratku, menyatakan rahsia hatiku kepada Yang Maha Mencipta Cinta bahawa cinta yang bersemadi di hatiku adalah SETULUS HATI bagi mencapai keredhaan Ilahi. Continue reading

CT156. MERAIKAN AWARD

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

AwardFatima1Raikan

Saya merasa sungguh bersalah apabila menyimpan sahaja award-award yang pernah diberikan kepada saya di tahun 2010, 2011 dan 2012 dalam almari AWARD DARIMU.  Almari itu baru saja diwujudkan di pentas maya setelah lama berada dalam draf dan masih dalam proses kemas kini. Maaf kepada sahabat yang telah memberi award dalam tempoh tersebut. Semoga tidak ada yang “berkecil hati”. 😀 Continue reading

CT155. ZIARAH MADINAH (9): BUKIT UHUD

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

UhudBFatima1BukitUhud

Cuaca sangat panas. Haba hangat mulai menggigit seluruh jasad. Mata semakin silau dengan dahi yang berkerut seribu. Tanpa menghirau kegelisahan manusia yang berkunjung ke Bukit Uhud, matahari dengan taatnya menekuni amanah Yang Maha Esa. Dalam terik mentari, Abdul Salam, mutawif yang setia menemani rombongan kami mengambil tempat dan secepat mungkin memberi taklimat. Dia terdedah banyak di bawah matahari sedangkan kami cuba menyorok diri dibayangan bas. Continue reading