Archive | January 26, 2012

CT84. PERGI HAJI ATAU PERGI UMRAH DAHULU ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Dua minggu selepas balik dari menunaikan fardhu haji, saya dan suami ke gerai makan kecil Kak Peah (nama samaran) di bandar Bintangor untuk melepas rindu kepada nasi lemak specialnya yang lazat itu. Ketika sedang mencari tempat duduk, saya ditegur oleh Kak Peah. “Baru balik dari umrahkah ?” tanya beliau. “Tidak kak, saya baru balik dari menunaikan haji,” jawab saya membetulkan pertanyaannya. “Masya Allah, awak pergi haji rupanya, patutlah lama tidak datang ke kedai akak,” kata beliau seperti terperanjat. Continue reading

Advertisements