CT73. JANGAN PAKSA TUHAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SETIAP KESULITAN YANG DIHADAPI PASTI ADA JALAN KEMUDAHAN SEBAGAI PENYELESAIANNYA. Oleh itu, BERDOALAH kepada Yang Berhak Mendengar doa itu. DOA ADALAH OTAK IBADAH. Ia disertai dengan daya fikir setelah menimbang tara setiap permintaan yang ingin diluahkan kepada Allah terhadap setiap kejadian yang menimpa diri.

Doa juga adalah senjata ampuh bagi orang mukmin sebagai pendinding diri melalui permohonan kepada Yang Maha Penerima segala permintaan hamba-hamba-Nya. Firman Allah swt dalam surah ar-Rahman, ayat 29 yang bermaksud:

“Semua yang ada di langit dan di bumi selalu memohon kepada-Nya. Setiap waktu Dia berada dalam aktiviti-Nya.”

Sering kita berdoa dengan menyertai dan menyebut nama-nama Allah sebagai tanda tumpuan dan niat yang ditujukan hanya semata-mata kerana Yang Berhak Menerima doa tersebut. Tika kita ditimpa musibah dan merasai seperti ada beban berat di hati, kita mulai menyeru – YA ALLAH, YA TUHANKU, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.

Andai  dilanda kecewa kerana perkara yang diharapkan tidak kesampaian, lalu kita merintih hiba seraya mengingati – YA ALLAH, kenapa aku diberi ujian sebegini hebat oleh-Mu. Saat menghadapi kegagalan setelah pelbagai usaha dilakukan dalam melaksana sesuatu perancangan, kita mulai mengeluh seraya menyebut – YA ALLAH, ada apa lagi yang salah dalam usaha ini. Kenapa masih belum menemui kejayaannya.. YA ALLAH, YA ALLAH.

Demikianlah seruan-seruan kita kepada Allah Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Kalau kita ditimpa kemalangan sama ada di darat, laut, udara atau dalam keadaan apapun, pasti mulut kita segera memohon dan menyeru dengan ucapan – YA ALLAH, dan banyak lagi keadaan yang memungkin kita kembali menghadap diri kepada Allah dengan tujuan doa kita dimakbulkan dengan sebab mahu selamat, mahu berjaya, mahu bahagia, mahu ketenangan dan sebagainya.

APAKAH KITA PERNAH MEMERHATIKAN BAGAIMANA CARA KITA MEMINTA DOA TERSEBUT ?

Selalunya kita mahu doa kita dimakbulkan sesegera mungkin. Tidak mahu tangguh-tangguh. Tidak mahu tunggu lama-lama. Kalau boleh, selepas berdoa itu…tup..tup..tup, ia sudah berada di depan mata, dikecapi segera, lunas tertunai. ASTAGFIRULLAHAL ADHZIM, tanpa disedari kita melakukan paksaan kepada Allah swt untuk memenuhi doa, keinginan dan harapan kita. Sedarkah kita bahawa… KITA SEDANG MEMAKSA TUHAN. Maka… siapakah kita yang berhak berbuat demikian kepada TUHAN ?

Lalu, bagaimana kalau doa itu ditangguh sebentar oleh Allah sebagai menguji kesabaran kita atau doa itu tidak ditunaikan ? Apakah penerimaan kita ? Maka, ada di antara kita yang mulai berburuk sangka dengan Allah. Ironisnya, ada di antara kita yang mengambil jalan singkat dengan menyalahi, memarahi Allah kembali dan menuduh Allah tidak berlaku adil kepada dirinya.

– “Ya Allah, mengapa mesti aku yang Engkau pilih, mengapa tidak orang lain ?.”  atau “Ya Allah, mengapa Engkau timpakan semua ini ke atas diriku, aku tidak sanggup.” –

Demikianlah pelbagai rintihan mulai kedengaran seolah menyalah Tuhan atas apa yang sedang dialaminya. Yang lebih dahsyat lagi, ada yang tidak percayakan Allah lalu murtad. Wal’iyazubillah.

DOA YANG TERLUPAKAN – UNGU, dedikasiku untukmu

Percaya dan yakinlah bahawa setiap doa yang dipanjatkan ke sisi Allah, pasti didengar dan diterima-Nya. Jaminan itu Allah tuangkan melalui surah al-Mukminun, ayat 60 yang bermaksud:

“Berdoalah kamu kepada-KU, nescaya akan KU perkenankan bagimu…”

Rasulullah SAW bersabda bahawa “Allah SWT turun ke langit dunia ketika sepertiga malam masih tersisa. Allah menyeru: “Adakah antara hamba-KU yang berdoa kepada-KU supaya AKU mengabulkan permintaannya ? Adakah antara hamab-KU yang meminta ampun kepada-KU supaya AKU mengampunkannya ? Adakah antara hamab-KU yang meminta kepada-KU supaya AKU memenuhinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Nah… jelaskan janji Allah itu ! Maka, hendaklah kita bersabar dalam berdoa, merendah diri dalam memohon, selalu positif dan optimis dengan doa yang diminta. Mesti bersangka baik dengan Allah dan setiap ujian yang ditimpakan kepada kita dalam hidup ini. Sifat syukur nikmat dan qanaah dengan apa yang dikurniakan, pasti memberi ketenangan dan kedamaian di hati kita.

Cuma yang membezakan cepat atau lambatnya sesuatu doa adalah dalam pengetahuan Tuhan itu sendiri mengikut kehendak-Nya dan situasi yang sesuai dengan doa tersebut. Bila ? Di mana ? atau apa sahaja persoalan yang mungkin timbul dibenak kita, sebaiknya jangan dipersoalkan. Tidak malunya kita jika berbuat demikian. Itu dinamakan KUFUR NIKMAT dan tidak beradab.  Oleh itu, bersabarlah. Bertawakallah sesudah berusaha. Firman Allah swt dalam surah al-A’raf, ayat 144 yang bermaksud:

“Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.”

Berdoalah sahabatku, untuk maslahah kita di dunia dan di akhirat. Allah selalu mendengar apa yang kita minta. Allah menyukai hamba-hamba yang suka berdoa kerana Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang atas segala limpah kurnia-Nya. Sesiapa yang tidak berdoa maka dia telah merugikan salah satu dari rahmat yang diturunkan Allah atas dirinya.

****************

4 September  2011 (Ahad)/ 6 Syawal 1432H/ 22.51 malam – Sarikei, Sarawak


Aku… dan keyakinanku kepada janji Tuhanku, tidak pernah berpaling. Setiap doa yang ku lafaz pada setiap harapan yang dicurah, semuanya adalah daunan kasih, buahan sayang dan bungaan cinta yang selalu berkembang mekar tanpa layu dari tangkainya. Tuhanku selalu bersamaku, di saat serpihan duka cuba memecah tenang dinding hatiku, di kala kuntuman rindu cuba membakar jiwa lara yang membunuh tangkai riaku, di waktu badai sedih bergelora cuba meroboh kekuatan pantai sukmaku. DIA tidak pernah meninggalku sendirian walau semua manusia membenci dan berpaling dariku. Aku masih ada Yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa untuk terus memberiku kekuatan dalam menempuh hidup di muka bumi ini. TERIMA KASIH WAHAI TUHANKU. AKU RINDU DAN INGIN BERTEMU DENGAN-MU.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************


BERDOALAH UNTUK MENDAPAT KEKUATAN DALAM HIDUPMU

****************

61 thoughts on “CT73. JANGAN PAKSA TUHAN

    • Hai Puteri Amirillis…

      Kemaafan jua dari saya kepada Puteri. Semoga Syawal ini membawa seribu erti dan bahagia dalam kehidupan Puteri di masa depan. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan bathin.

      Semoga ingatan kita kepada Allah selalu ada walau di mana kita berada, dalam situasi apa kita lalui. Yang penting, jangan melupakan-Nya. Senang dan payah, Dia selalu ada bersama kita dan menghulurkan “tangan-Nya” untuk membantu jika diseru.

      Terima kasih Puteri kerana memaklumkan saya tentang quiz di atas. Mudahan jika ada luang waktu saya bisa bersama menjayakannya. Salut ya atas usaha mantap dalam penganjuran kontes tersebut. Semoga sukses dan diberkati Allah swt.

      Salam manis selalu buat Puteri. 😀

    • Hai Kang KC…

      Manusia asalnya memang NASIYA/LUPA. Maka banyak hal dalam hidup ini sering dilupakan manusia termasuk berdoa. Sedangkan berdoa itu sangat mudah.

      Ada sarjana memaklumkan bahawa jika mahu belajar berdoa, hendaklah pergi di tengah samudera. Di sana, tiada harapan yang diperlukan kecuali Tuhan.

      Semoga kita sadar tentang kelemahan kita yang tentunya memerlukan kekuatan Allah untuk mengerakkan kehidupan kita.

      Terima kasih kang, salam mesra selalu. 😀

  1. Salam alaikum wr wb, Mbak Fatimah yang bertauhid..
    Subhanallah wal hamdulillah…

    Postingan tauhidi yang luar biasa, Mbak.. benar sekali.. banyak orang berdoa hingga berurai air mata, tetapi tanpa sadar telah memaksa Tuhan..

    Setiap doa pasti dikabulkan. Hanya, kapan, di mana, dan bagaimana cara doa dikabulkan, itu terserah Allah, bukan terserah orang yang berdoa.

    Prinsip doa adalah meminta yang baik-baik. Jika ada doa yang hingga kini belum dikabukan, bisa jadi doa itu sengaja Allah tahan pengabulannya. Di sini, mungkin doa kita mengandung hal2 yang tidak baik bagi sang pendoa sendiri.

    Kalau sudah begitu, penolakan Allah berarti juga pemberian, ya?! Allahua’lam. 🙂

    Btw, Mbak Fatimah, I need Your e-mail address.. di sini tak ada tab contact ya?? 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, akhi Muxlimo…

      Alhamdulillah, mudahan kongsian ini bisa memberi manfaat buat saya dan semua yang mahu mengambil kebaikan darinya.

      Posting ini sebagai pesan buat diri saya yang juga tidak terlepas dari berdoa secara memaksa Tuhan untuk mengabulkan doa yang dipanjatkan. Setelah memikirkan betapa kurang sopannya diri ini berkehendakkan Allah mengabul doa setiap hari, menjadikan diri ini malu saat doa itu dikabulkan Allah dan menangis semahu-mahunya. Betapa Allah sangat sayangkan saya dan tidak membiarkan saya menunggu2 dalam harapan yang berpanjangan.

      Terkadang hati bersoal jawab sendirian kenapa Allah belum memperkenankan doa sehingga hari yang dijadualkan. Ternyata keberkatan doa itu bukan kita terima secara terus tetapi ditetapkan pada hari yang Allah sendiri tentukan, pada masa yang sesuai dan hanya DIA Yang Maha Tahu mengapa DIA perkenankan pada masa tersebut. Indahnya saat doa dimakbulkan, seperti rona kebahagiaan yang hangat dingin menyelubungi keseluruhan jasad ini dan merasai pelukan kasih sayang Allah. Subhanallah walhamdulillah.

      Iya mas, tidak semua doa dikecapi segera kecuali doa orang2 yang teraniaya. Maka kita harus bersabar dalam berdoa, merendah diri dan bersangka baik jika doa kita belum dikabulkan Allah. Mudahan kita selalu belajar bersabar dengan “perbuatan” Allah kepada kita sebagai peneguh iman dan pengujian cinta kepada-Nya.

      Terima kasih mas Muxlimo untuk pesan dan ingatan yang baik bagi kongsian bersama. Tentang email itu sudah dimaklumkan. Silakan dirujuk.

      Salam hormat. 😀

  2. Astagfirullah…
    Tanpa sadar sering kali kita ber-suudzon kepada Allah Ta’ala…
    Padahal Allah Ta’ala sangat mencintai kita…
    Semoga kita bisa menhadi hamba yang selalu berbaik sangka kepada-Nya

    • Hai mbak Aakin…

      Aamiin… Ya Rabbal’alamiin.
      Mudahan kita selalu bersifat hamba di hadapan Allah, mbak dan menjaga adab ketika berhadapan dengan-Nya baik di dalam solat mahupun di luar solat.

      Benar mbak, kita banyak ber-suudzon dengan Allah jika doa kita belum dimakbulkan. Saya sendiri selalu merasai demikian. Astaghfirullah. Sungguh kita banyak kufur nikmat sedangkan sekian banyak nikmat yang telah kita nikmati selama hidup ini. Semoga Allah mengampuni kita.

      Terima kasih untuk kongsiannya, mbak Akin.
      Salam mesra selalu. 😀

  3. Berdoa menjadi satu pertanda bahwa kita manusia adalah makhluk yang lemah dan butuh pertolonganNya. Tapi terkadang manusia menjadi tidak sabar ketika doa belum terjawab oleh Allah sedangkan Allah lebih mengetahui mana yang terbaik bagi manusia.

    • Saya setuju dengan mas Muhammad. Ternyata manusia sering tidak sabar dalam menghadapi ujian Allah dan mahunya bahagia menguliti diri sepanjang masa.

      Pada hal kalau kita kembali kepada sifat para sahabat Rasulullah saw terdahulu, jika 40 hari berlalu tanpa ujian mereka menjadi resah. Bukankah ujian itu sebagai menambah iman dan menghapus dosa jika kita bersabar menekuninya.

      Mudahan kita selalu sabar dan belajar bersabar, ya. 😀
      Terima kasih dan salam hormat.

  4. Subhanallah… share yang bagus Bunda 😉
    tanpa kita sadari manusia memang banyak meminta… kadang lupa setelah permintaan itu terkabul… kadang ketika sakit manusia baru ingat untuk berdoa… tapi setelah sembuh lupaaa… 😦

    • Hai mbak Yunie…

      Terima kasih mbak kembali menyapa. saya senang sekali. 😀
      Iya, demikianlah sifat manusia, suka meminta dengan banyak. Malah Allah suka kalau kita meminta banyak, mbak.

      Cuma harus sabar untuk menerima perkenan dari permintaan itu. Kapan ? Terserah dengan Allah yang menentukannya.

      Marilah kita menjadi hamba yang selalu bersyukur dengan setiap pemberian-Nya baik di saat senang mahupun di kala susah. Semuanya ada hikmah yang tersirat. Hanya kita sahaja yang selalu bersangka buruk atas setiap kejadian yang menimpa. marilah kita muhasabah diri dalam hal ini.

      Salam mesra selalu.

  5. Assalamualaikum bunda

    terkadang di saat sedih, sudah kita merintih memohon segera dikeluarkan dari peramasalahan yang kita hadapi. seakan tuhan terasa dekat dengan kita untuk selalu menyampaikan permohonan kepada-Nya, namun terkadang kita lupa bahwa banyak anugerah yang terlewatkan untuk selalu kita syukuri

    ingat untuk berdoa dikala susah, tidak dikabulkan dengan cepat sudah memiliki buruk sangka dengan tuhan kita. namun dikala kita bahagia lupa untuk selalu bersyukur kehadirat-Nya

    salam dari pamekasan madura

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang CM,,,

      Bila hati dilanda masalah yang berat, kita merasakan hidup ini sangat sukar sekali untuk ditempuh. Ingin sekali keluar darinya secepat mungkin dan tidak sabar untuk menghadapinya. Kondisi ini selalu membuat manusia putus asa untuk meneruskan hidup sehingga ada yang membunuh diri untuk jalan penyelesaiannya.

      Alhamdulillah, bagi yang masih punya iman dan sadar diri, tetap akan menadah tangan memohon pengharapan dari Yang Memberi Ujian sebagai tanda insaf dan mahu kembali dari kesilapan yang lalu. Senoga kita bisa mengambil hikmah dari setiap yang berlaku dalam hidup kita dan jangan sekali2 berpaling setelah Allah membantu kita sebagai tanda syukur.

      Terima kasih Kang. Saya doakan klebahagiaan akan selalu menyelimuti Kang CM dan keluarga atas kelahiran Zahratul Nisa Ramadhani yang sangat comel dan cantik. Semoga akan jadi anak solehah yang membanggakan orang tuanya. Aaamiin. 😀

      Salam Syawal yang menggembirakan.

  6. Setiap doa perlu dijelang dengan ikhtiar untuk mewujudkannya.
    Doa meminta rezekiNya tidak pernah kejadian setelah selesai bermohon rezeki tiba-tiba jatuh dari langit jatuh terhampar di atas sajadah.
    Setelah selesai dari berdoa, rezeki itu perlu kita jelang menjemputnya di keluasan samudra penghidupanNya.
    Demikian juga berdoa memohon hidayah kebenaran dan kedamaianNya, seperti juga meminta rezeki, selesai dari bermunajat, kita perlu mencari dan temukan kebenaran itu dalam prosesNya, terkadang tahu yang benar setelah melalui kesalahan dan ujian.dulu.

    • Ide pencerahan yang mengesankan. Saya jadi tafakur sejenak ketika meneliti kupasa ringkas tentang usaha setelah berdoa. Terima kasih mas Rahman membuka minda ini dan menambah seri pesan ilmu yang bisa dimanfaatkan bersama.

      tentu yang patut dilakukan oleh kita setelah berdoa adalah tindak balas kepada do tersebut iaitu USAHA untuk doa itu dikabulkan. Jika hanya berdoa tanpa usaha dan seterusnya duduk diam bertawakal, pasti tidak mendatangkan kesan mantap kepada proses kejayaannya.

      Kita malah selalu mendengar ungkapan ini, berusaha, berdoa dan bertawakal. titik. Ini bermakna setelah bertawakal tidak perlu lagi kita berusaha. tanggapan saya demikian. Yang lebih bijaknya, setelah bertawakal kita jangan berhenti berdoa dan masih tetap berusaha untuk proses kejayaan doa tersebut. Mudahan benar apa yang saya kreditkan ini, mas.

      Hasil dari doa tentu tidak akan semudah yang kita sangkakan jika tidak disusuli dengan maklum balas. Kerana itu saya setuju, jika mahu menjadi baik atau mencari kebenaran, bukan setakat berdoa dan bertawakal tetapi mesti melangkah ke arah kebaikan atau mencari kebenaran tersebut. Semoga Allah memudahkan urusan ilmu dalam mencari kebaikannya.

      Senang mendapat tambahan ide berbobot dari mas Rahman.
      Salam mesra dan hormat selalu. 😀

  7. Assalamualaikum wr wb

    Setuju sekali dengan tulisan ini Bunda…
    Seringkali kita berdoa dengan “memaksa”, bukan “memohon”
    Dan kadang kita menjadi membenci Tuhan karena secara zahir doa tersebut belum dikabulkan.
    Kita juga sering lupa saat mendapat niikmat, lalu kembali ingat Tuhan saat mendapat musibah. nauzubillah…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Zian…

      Semoga kita bisa menghargai setiap momen bersama Allah dalam berdoa. Berdoalah yang baik-baik dengan pengharapan tinggi, setulus hati dan penuh keinsafan. Kembalilah kepada-NYA walau dalam apa pun situasi yang telah menimpa kita.

      Semoga Allah mengampuni segala kelalaian kita selama berpaling dari-NYA. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

      Terima kasih Zian, atas masukan ide yang mencerahkan ini. 😀

  8. berdoa dengan takzim dan tidak nyeleneh atau tidak masuk akal.. seperti yang di lakukan petinju yang berdoa agar selama 12 ronde tuk sama sekali tidak terkena pukulan.. 😦

    Minal aidin wal faidzin
    mohon maaf lahir dan batin ya 🙂

    • Hehehe… apakah para peninju atau mereka yang seumpamanya berfikir dengan berdoa dalam keadaan demikian akan dimakbulkan Allah dengan segeranya.

      Bimbangnya, kalau tidak dikabulkan mereka lalu menyalahkan Allah atas kecederaan yang dialami. Sangat pelik permintaan manusia yang sebenarnya lebih banyak memaksa dari memohon. Mudahan kita bisa mengambil iktibar dari contoh2 doa tersebut.

      Selamat hari raya, mohon maaf zahir dan bathin juga untuk silaturahmi selama ini.

      Terima kasih untuk kunjungannya.
      Salam ukhuwwah yang diberkati. 😀

  9. Asm….

    Pertama kali kmk memanjatkan kesyukuran ke Hadart Ilahi kmk sekeluarga telah selamat tiba di rumah di Teluk Intan jam 5.30 pg tok. Sungguh terharu sekali mengenangkan pemergian bapak mentua kmk. Insyallah ani akan teruskan jua molah rumah baru nya bg menunaikan amanah dan wasiat bapaknya.

    Terima kasih jua sik terhingga kpd kaum keluarga di Sri Aman dan ktk sekluarga yg telah menguruskan segala-galanya. Terutama buat Mak Non di Kg. Hilir.

    Doa dan Al-Fatihah buat Allahyarham Mas Abdul Karim b. Hj. Mas Atem….

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Faisal…

      Alhamdulillah, senang dah taok kitak orang semua selamat sampei ke rumah. Semoga dimudahkan Allah segala urusan semuanya.

      Iyalah, kamek pun turut sedih sama, kamek sik sempat bertemu dengan Usu raya tadik. Allah sik sempat mempertemukan sehingga kamek sekeluarga pulang ke Sarikei. Kamek sehari ajak beraya di Sri Aman. Esoknya terkejut dengar Usu dah meninggal. Innalillahi wa inna ilahi raaji’un. Semoga Allah menempatkan Usu di sisi-Nya. Bersabarlah kitak semua atas apa yang telah ditentukan Allah atas almarhum Usu Karim. Aamiin.

      Mudahan apa yang berlaku di atas kepergian Usu akan menjadi iktibar buat kita bahawa ajal maut itu tidak pernah kita duga hadirnya walau kita kelihatan sihat, namun bila Allah telah menetapkan jadual panggilannya, tiada siapa yang mampu menghalang ketibaan kepada-Nya.

      Alhamdulillah, apa yang dirancang semasa almarhum masih hidup, teruskanlah. Mudahan banyak kebaikan yang akan diperolehi darinya. Semoga dimudahkan segala urusan kitak sekeluarga kelak.

      Alfatihah buat Allahyarham Usu Karim.
      Salam mesra dan salam ketabahan untuk Ani. 😀

  10. Assalamu`alaikum kakakku,
    di kesempatan ini izinkan saya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri kepada seisi keluarga kakak di sana. Minta maaf kalau selama ini ada di antara tulisan saya yang menyinggung perasaan kakak di sana. Saya ini hanya insan biasa yang lemah sifatnya.

    Kakakku, minta maaf kalau selama ini jarang menyapa di laman puitis ini. Saya terlalu sibuk sehinggakan mengabaikan tali silaturahim yang selama ini tersimpul rapi. Sejujurnya saya mengakui bahawa saya telah melupakan hubungan maya ini dan hampir memutuskannya! Minta maaf kak, ruang waktu yang terhad telah mengehadkan saya daripada mengunjungi blog rakan-rakan maya terutama akak sendiri.

    Syukur, Alhamdulillah akak tidak pernah melupakan saya. Minta maaf sekali lagi kak.

    Membaca hasil nukilan akak di atas mengingatkan saya kepada doa saya selama ini. Memikirkan betapa jahilnya diri ini kerana setiap kali berdoa, meminta sesuatu atas tiket kepentingan sendiri. Minta dimurahkan rezeki, minta umur yang panjang tetapi malangnya tidak pernah berdoa untuk hidup yang penuh keberkatan. Ya ampun!! Betapa malunya diri ini.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, dik mama…

      Alhamdulillah, rasa bahagia dan gembira sekali menerima kunjungan mama yang telah lama tidak bermain di blog akak. Maafkan juga akak kerana lama tidak dapat berkunjung ke blog mama kerana masalah teknikal di mana capaian internet akak sangat menyedihkan.

      Kini, akak juga jarang BW lantaran sibuk dengan kerja2 di pejabat yang kian hari kian menumpuk banyak. Samalah kita dik. 😀

      Tidak mengapa dik, jika di dunia offline ada tugasan yang lebih utama, maka dahulukanlah demi kebaikan kehidupan di dunia dan akhirat.

      Terkadang akak pun terfikir juga untuk menyepi diri dari dunia maya ini. Tapi masih juga dapat bertahan dalam kesibukan sedia ada. tengoklah nanti jika tidak mampu untuk menguruskan banyak hal, maka akak mungkin akan berundur juga bila tiba masa yang sesuai.

      Semoga kita akan selalu merendah diri ketika memohon doa kepada Allah dan merasakan betapa kita ini lemah untuk meneruskan hidup jika tidak mendapat redha Allah swt. Semoga berjaya dalam bisnesnya ya. Senang mengetahui perkembangan mama sekarang.

      Jika ada luang waktu, silakan hadir dengan tenangnya kemari. Akak selalu mengalu-alukan kunjungan dik mama.
      Salam sayang dari akak selalu. 😀

  11. hmm.. iya bunda. seringkali kita memaksa Tuhan dalam doa kita tanpa sadar. atau dalam ucapan2 kita dalam mengomentari suatu urusan. semisal ada urusan dimana hasilnya tidak seperti yang kita inginkan, kita pun berkata: YA ALLAH YA TUHAN, KENAPA BEGINI??

    secara tak langsung kita telah memaksa Tuhan bukan? kita telah menganggapnya tak mampu. padahal Dia-lah Sang MAHA.

    terima kasih bunda ct atas tulisannya..

    dan alhamdulillah saya bisa silaturrahim lagi kemari.. mohon maaf lahir bathin dari dhila13 yaa bundaa… 🙂

    • Hai Dhila…

      Senang menerima kunjungan Dhila dan membaca pesan yang mencerahkan. Doa adalah senjata bagi orang mukmin sebagai sebuah pertahanan kukuh untuk menyelamatkan dirinya dari musibah. Mudahan kita memahami konsep beroa yang dituntut oleh agama supaya terjaga segala adab susila di hadapan Allah ketika mahu memohon kepada-NYA/.

      Iya Dhila, manusia selalu bersangka buruk dengan kudrat dan iradat Allah. Semoga kita dijauhi dari sifat mazmumah itu. Marilah menuju kebenaran dan menjadi hamab-NYA yang soleh dan solehah. Aamiin.

      Selamat Hari Raya buat Dhila.
      Maaf zahir dan bathin juga dari bunda.

      Salam manis selalu. 😀

    • Hai Adam…

      Iya benar, setuju banget. 😀
      Terima kasih atas kunjungan ini. Lama sekali tidak bersapa ya. Maaf kalau saya juga demikian sama. Mudahan kebaikan akan menyusul dalam silaturahmi mendatang.

      Salam mesra.

  12. Assalamualaikum Bunda Fatimah,
    Salam Syawal untuk Bunda dan keluarga juga, Mohon Maaf Lahir dan Bathin,
    Berdoa adalah kebutuhan setiap makhluk ciptaan-Nya.
    Hanya makhluk sombong aja yang tidak memerlukan sebuah do’a.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Semoga Syawal ini memberi kebaikan yang banyak buat mbak dan keluarga sebagai tanda kemenangan dalam perjuangan di Ramadhan yang lalu. Salam Iedul Fitri mbak. Maaf juga ya. 😀

      Semoga kita tidak menjadi hamba yang sombong dalam berdoa dan memohon dengan setulus hatinya sebagai seorang hamba yang sadar diri.

      Salam ceria di penghujung pekan. 😀

  13. Assalamu’alaikum cikgu Ct…

    Allah Maha Mendengar. Sewajarnya kepadaNyalah kita menghulur tangan… berdoa (tentunya minta yang baik2)… InsyaAllah doa kita akan dimakbulkan… cepat atau lambat terserah kepada Allah kerana semua dalam kekuasaanNya dan atas kehendakNya jua…

    Salam mesra…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Tiara…

      Marilah kita menjadi hamba yang selalu bersabar dalam apa jua nikmat hidup yang kita jalani di dunia ini. Berdoa juga perlukan kesabaran dan meyakini bahawa doa akan dikabulkan Allah pada suatu masa yang dijanjikan-Nya. Semoga banyak ibrah yang kita dapat dari cepat atau lambatnya sesebuah doa yang dipanjatkan.

      Terima kasih Tiara untuk kunjungan yang selalu diraikan.
      Selamat bergembira di penghujung minggu bersama keluarga tercinta.

      Salam mesra selalu. 😀

  14. Janji Tuhanmu adalah benar, berusahalah….
    Janji TUhanmu adalah benar, bersabarlah….
    Janji Tuhanmu adalah benar, bertawakkallah…

    Apa kabar, bunda? Lama tak bersua 😀

    • Hai Fjr…

      Alhamdulillah, saya sihat dan baik. Didoakan Fjr juga demikian sama. Semoga ke depan nanti, bisa selalu bersua dengan Fjr di sini. 😀

      JANJI TUHANMU ADALAH BENAR, MAKA JANGAN BERPALING DARIPADA JANJI-NYA.

      Terima kasih Fjr hadir berkunjung.
      Selamat berlibur di penghujung pekan.
      Salam ceria.

  15. Assalamu’alaikum Bund..

    Mohon maaf lahir bathin..

    terkadang aku lupa Bund kalau Allah SWT itu menjawab setiap Do’a kita dengan cara yang tak pernah kita bayangkan, memang sifat manusia tidak sabaran ya Bund..

    sekarang aku berusaha untuk selalu bersyukur dan menerima apapun yg diberikan , karena kalau melihat ke atas tidak akan ada batasnya.

    terkadang Do’a juga tidak dijawab sekarang ya Bund, mungkin kelak di akhirat,, heheh seperti dulu aku selalu berdoa memohon anak, tapi sampai saat ini belum dikabulkan.. namun aku tidak putus asa Bund, aku percaya Allah punya sesuatu yang indah untuk umat-Nya..

    salam sayang selalu buat Bunda, dari Jakarta ,, 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitr4y…

      Saling bermaafan kita bersama untuk kebaikan dalam silaturahmi yang diberkati Allah. Aamiin. Bunda juga ya, Fit. 😀 Maaf zahir dan bathin.

      Alhamdulillah, banyakkan berdoa untuk sesuatu yang difikirkan kita mustahil untuk memperolehinya sehingga saat ini. Pasti ada hikmah di sebalik kelambatan doa tersebut. Walaupun begitu, jangan berputus asa dengan janji Allah. Jika tidak mendapat di dunia, pasti kelak di akhirat akan mendapat yang lebih baik, Fit.

      Bunda akan selalu mendoakan kebahagiaan Fit untuk memperolehi anugerah amanah yang besar ini. Yang pentingnya, usaha dan terus usaha untuk mendapatkan kekabulan doa itu.

      Bersyukurlah dengan apa yang dinikmati sekarang ini dan tebarkan kasih sayangmu sebanyak mungkin kepada anak-anak lain kerana dengan doa yang mereka miliki, insya Allah, Fitray akan memperolehi anak pula. Mana kita tahu, kan. 😀

      Salam sayang kembali buat Fitray.

  16. assalamu alaikum wr. wb.

    umiku sayang, neni kangen, lama tak berkunjung dirumah umi, hampir 2 pekan neni tak menyapa umi disini, apa umi juga sedang rindu tidak yach…. 🙂

    setelah balik dari kampung halaman, barulah hari ini, neni dapat menyapa umiku yang tercinta, maklum, Allah sedang menyiapkan pekerjaan yang sedang menanti 🙂

    jangan paksa Allah, neni adalah salah satu orang yang kadang melakukann hal ini umi,
    meminta kepada Allah, padahal Allah mengetahui yang terbaik buat kita, apapun yang sedang di berikan maka itulah yang terbaik buat hambanya,

    Alhamdulllah, setelah beberapa ujian dan cobaan melanda,neni dapat mengerti kehendak Allah kepada neni,

    setelah mengenal beberapa hamba Allah lainnya yang senang memberi masukan,sehingga menambah wawasan dan pengetahun saya tentang takdir Allah, terutama ummiku sayang, yang senantiasa setia menemaniku…..

    makasih yah ummi..

    miss u ummi

    neni sayang ummi 🙂 🙂 😉

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Neni sayang…

      Hehehe… tentu lho, umi juga kangen sama Neni. Rindu itu kan selalu membuat kita rasa dekat. Maka kalau mahu selalu berdekatan… haruslah merindu selalu. 😀

      Umi yakin, bukan Neni seorang sahaja yang pernah memaksa Tuhan, malah semua orang. Paksaan dalam penuturan yang tidak disadari bentuknya.

      Demikianlah sifat hamba yang selalu mahu mendapat yang diingininya sedangkan semua keinginan itu bukan berada dalam kudrat dan iradat kita. Allah Maha Mengetahui apa yang bagus buat hamba-Nya. Bersyukurlah kalau kita sudah faham konesp berdoa ini.

      Semoga dengan selalu berbagi kita bisa menanggapi bahawa tidak semua yang ingin kita miliki menjadi milik kita. Lalu tidak akan rasa putus asa timbul di dalam hati atau berburuk sangka dengan Allah atas kegagalan kita memilikinya.

      Redha dan sabar adalah kunci kepada jalan mendamaikan hati yang resah dan perasaan kecewa yang bisa membuat manusia hilang pertimbangan diri.

      Alhamdulillah, kiranya Umi juga termasuk dalam insan yang bisa dipercayai untuk membimbing Neni jika tersasar jalan-Nya. Cuma harus sabar dengan teguran dan nasihat umi yang punya sedara dengan harimau dan gajah ini… hahahaha.

      Sama-sama kasih kembali. Sayang dan rindu selalu dari Umi. 😀 😀

  17. Salam Aidilfitri. Karangan yang begitu tersirat untuk difahami. Tidak semua akal dapat melihat seumpama ini. Namun saya dapat memahami dengan jelas nilai yang ingin disampaikan. Berdoa adalah memohon. Apa yang dipohon sebenarnya tidak penting bagi Allah kerana Dia Maha Mengetahui segalanya. Namn bagaimana cara memohon itulah yang menjadi asbab kepada turunnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya.

    • Hai Along…

      Salam aidil fitri, maaf zahir dan bathin jika ada salah dan silap selama ini. Semoga ada kebaikan buat kita dalam menjalani kehidupan di dunia dan akhirat.

      Alhamdulillah, senang mendapat kunjungan Along yang sudah lama tidak menyapa dan disapa. Maafkan akak ya, kini jarang BW ke tempat teman2 sebab sibuk sangat. Hanya beberapa waktu dapat singgah mana yang sempat sahaja selebihnya menyambut di laman sendiri.

      Akak sangat suka kenyataan Along ini :

      “Apa yang dipohon sebenarnya tidak penting bagi Allah kerana Dia Maha Mengetahui segalanya. Namn bagaimana cara memohon itulah yang menjadi asbab kepada turunnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya.”

      Benar Long, yang penring bagi Allah adalah cara kita meminta, mengadu dan berhadapan dengannya. Sebagai hamba, kita harus sedar diri dengan siapa kita berhadapan, dengan siapa kita minta dan untuk apa kita minta.

      Jika dengan manusia kita boleh bersopan santun dan berbudi bahasa serta merendah diri ketika meminta bantuan dari orang lain, sepatutnya dengan Allah kita lebih lagi rasa malunya kerana Dia yang Memiliki segalanya di muka bumi ini.

      Terima kasih Long atas kongsian idea yang mengesankan. Didoakan Allah selalu bahagia, sukses dengan kerjaya dan dimurahkan rezeki.

      Salam mesra di penghujung minggu bersama keluarga. 😀

  18. Ass. Mba trimks penjelasan do`anya, boleh ditambah ttg do`a satu paket dgn iman, fal yasajiibuu lii walyu`minuubii, do`a terkabul jika diimani (diyaqiini),

    sebenarnya pengertian do`a secara umum menurut Allah adalah la’in syakartum la azidannakum, mensyukuri adalah do`a yang paling mustajab, mengapa do`a seseorang belum terkabul ya mudah saja apa yang diberikan Allah belum full disyukuri makanya tertunda,

    mengapa sedikit sekali yang di syukuri, karena kikirnya manusia terhadap kebaikkan Allah antara lain : -kikir fikiran (buruk sangka)- kikir hati (menahan harta tidak diinfakkan) bersifat fasiq dan -kikir dalam ihsan setiap berbuat baik ada tujuan hingga timbul riya ini adalah masalah nafsu dipertuhankan, hingga memusyrikkan Allah,

    mungkinkah do`a cepat terkabul atau dikabulkan, subhanallah sebenarnya semua apa yang kita lakukan dari bangun tidur hingga tidur lagi seluruhnya berisi do`a,

    jangan mencoba berangan-angan melampaui batas ini berati kita sedang berdo`a sama dengan ingin menjadi orang gila, terlalu sering melamun eh tidak disadarinya dikabulkan Allah benar-benar menjadi orang gila (hilang akal) kalau tidak percaya silahkan dicoba,

    ingat hadits Rasul ttg panjang angan-angan diharamkan Allah, jadi bila ingin mudah dikabulkan Allah, syaratnya hobinya hanya berkebajikan kepada Allah, persempit ruang gerak kebathilan, baik fikiran, hati dan perbuatan hingga tumbuh sifat pemaaf, sifat tidak kikir dalam kebaikkan dan selalu dipenuhi kasih sayang sesamanya,

    insya Allah do`a apaun terkabul Aku mau Enkaupun mau ( AlBaqoroh.52 )
    trima kasih ridho Allah selalu mengiringinya
    Wassalam wr.wb

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, saudara Ahmad…

      Sungguh benar makbulnya sebuah doa adalah kerana keimanan yang yakin kepada Allah. Manusia harus banyak bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan, baik besar atau kecil dan redha dengan segala ujian yang diberi kepada kita sebagai menguji iman dan syukur kita. tetapi masih ramai yang kufur nikmat.

      Jika hati masih ragu-ragu lagi dengan apa yang diminta, maka bagaimana doa itu dapat diterima.Jika doa itu terlalu umum pula, menjadikan doa itu seperti hambar tidak diketahui apa yang dimahukannya dengan tepat.

      Oleh kerana itu, banyak hal yang disarankan oleh Rasulullah ketika kita berdoa agar dapat diperkenankan Allah, antaranya tempat mustajab, waktu mustajab, hadirkan diri dengan ikhlas ketika berdoa, harapan yang tinggi hanya kepada Allah yang dipinta. Menyakini bahawa Allah akan memberi perhatian kepada doanya dan sabar dengan apa yang bakal diterima.

      Terima kasih kerana kongsian ilmu saudara banyak memberi ilmu baru kepada saya tentang peri pentingnya kehidupan sehari-hari ini dengan keberkatan doa yang dipohon.

      Itu bermaksud setiap nafas yang dihembus, denyut jantung yang berdetak, ide fikir yang terlintas, gerak amal ibadah yang dilaburkan, semuanya memberi impak besar kepada kehidupan kita sebagai hamba Allah yang telah diberi banyak kurnia di muka bumi ini. Masya Allah.

      Salam ukhuwwah dan senang menerima kunjungan kembali dengan ilmu bermanfaat. Semoga diganjari Allah. Aamiin.

  19. asalamu’alaikum

    semua ulasan nya sangat indah sekali menyentuh hati nurani saya,, sangat bermanfaat sekali khusus nya untuk saya, semoga ulasan ini bermanfaat untuk semua orang yang membaca nya,, salam kenal dan salam sukses selalu,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Pulau Tidung….

      Alhamdulillah, semoga kita dapat mengambil iktibar untuk manfaat kehidupan seharian kita di dunia ini. terima kasih kembali sudah berkunjunan. Salam kenal dan sukses juga. 🙂

Leave a reply to Daiichi Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.