Archive | August 2011

CT72. SALAM HARI RAYA SALAM MERDEKA SALAM SEMUA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh



Sepotong doa mengiringi ucapan Salam Keraian buat semua sahabat dan teman pembaca LMGS G2 yang menunaikan hak dan tanggungjawab sebagai hamba Allah yang beriman agar hidup kita penuh berkat, rahmat dan diiringi kasih sayang dari Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Ramadhan kian menginjak pergi dari sisi kita. Continue reading

CT71. ENGKAU AKAN BERSAMA ORANG YANG ENGKAU CINTAI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Setelah beberapa hari sibuk dengan rutin harian di pejabat (office), saya memikirkan untuk rehat sebentar. Saya membuka ruang email dan mengetik pada kolum “updates” kerana di sana, saya suka membaca kongsian tulisan dari Neni. Saya tersenyum membaca catatan pada 7  Ogos 2011 (Ahad), jam 10.55  pm yang ditulis  -“sunyi dunia maya tanpa Ummi Fatimah.”-  Continue reading

CT70. LMGS G2 – ULANG TAHUN PERTAMA 2011 & DIRGAHAYU INDONESIA KE 66

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

15 OGOS 2010 (AHAD) bersamaan 5 RAMADHAN 1431 H yang lalu, menyaksikan penyempurnaan sebuah blog baru setelah berkelana 3 tahun di dunia maya sejak tahun 2008. Jejak ketiga ditempuh dengan semangat juang setelah rebah ditimpa musibah untuk bangkit semula tanpa mengenal lelah dan tidak merasa kalah. Blog LMGS G2 versi baru dimulai dengan posting pertamanya CT1. PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI…

Continue reading

CT69. SAHUR YANG GEMPAR

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Angin dinihari,   seakan menggigit kulit tubuhku yang tidak berbungkus selimut. Aku dapat merasai hembusan dinginnya yang lembut mesra menyentuh tubuhku sehingga aku menggigil kesejukan. Aku memerhati sekeliling untuk mencari selimut yang awal malam tadi telah kemas membalut tubuhku. Mataku meliar ke sana sini, tidak ada. Pandangan ku bertumpu kepada Ros (8 tahun) yang berbaring pulas di sebelah Hanim (4 tahun). Kedua-dua adikku sangat nyenyak sekali. Masing-masing dengan selimut sendiri. Selimutku tidak kelihatan di atas katil. Ini bermaksud tiada perebutan antara aku dan adik-adikku. Continue reading