Archive | June 2011

CT64. ENAKNYA… DONUT

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Selamat Petang kepada sahabat sekalian. Bertemu lagi kita di penghujung minggu yang tentunya meriah dengan aktiviti bersama keluarga. Alhamdulillah, kita masih dikurnia Allah rezeki dan nikmat hidup untuk berkongsi cerita bagi menambah ilmu dan pengetahuan. Semoga berbahagia dan ceria selalu. 😀

HUJUNG MINGGU (SABTU DAN AHAD) merupakan hari cuti yang menyenangkan saya. Setelah penat bekerja selama lima hari tentu sahaja hujung minggu menjadi hari yang ditunggu-tunggu untuk bersama keluarga terutama anak-anak yang mempunyai pelbagai menu di otak mereka untuk direalisasikan oleh saya sebagai CHEF TWO di rumah @ Malaysia. 😀 Continue reading

Advertisements

CT63. KELAB TAAT SUAMI: KONTROVERSI DAN REALITI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Cuti tiga minggu IPG seluruh negara memberi ruang kepada saya untuk menikmati kehidupan rumahtangga sepenuhnya.  Cuti itu pula disela-sela dengan jadual memberi kuliah kepada mahasiswa PGSR (Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah) dan   guru KDC (Kursus Dalam Cuti). Iya… penat  tetapi tetap menikmati keseronokan mengajar orang dewasa secara andragogi.

Pada minggu terakhir percutian ini, hari Isnin yang lalu ketika sibuk mengemas ruang tamu bagi menukar bentuk dekorasi dalaman yang selalu tidak memuaskan hati saya, terdengar perbualan dua pengacara Selamat Pagi 1 Malaysia di  TV 1 sedang memaklumkan topik  hangat yang bakal dibincang di slot Kopi Panas yang bertajuk, Continue reading

CT.62 HADIAH DARI LANGIT (5): “BEDAH” RUMAH DEBU – SANDY FIRLY

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Satu penghargaan buat saya apabila seorang novelis muda dan sedang meningkat naik namanya di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia, Sandy Firly hadir menulis di komentar PROFIL dengan maksud untuk menghadiahkan buku novel pertamanya RUMAH DEBU.  Alhamdulillah, tentu sekali saya sangat terharu dan tidak menduga satu lagi HADIAH DARI LANGIT (5) akan menjadi koleksi peribadi saya yang sangat bernilai hasil persahabatan yang terjalin di dunia maya.  Novel kiriman beliau, selamat saya terima pada 16 Mei 2011 (Isnin), jam 10.10 pagi. Continue reading