Archive | January 2011

CT39. HE.BENYAMINE: KHABAR DARI BANJARMASIN – “MENGHIDUPKAN PATUNG BEKANTAN”

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Sudah lama tidak menjenguk blog  Borneojarjua 2008’s  Weblog milik sahabat HE.Benyamine dari Banjarmasin.  Beliau yang saya kenali sejak pertengahan tahun 2008 merupakan teman blogger Indonesia terawal dalam pembabitan saya di dunia blog ini.  Beliau terkenal sebagai seorang penulis yang aktif di media Banjarmasin, juga aktivis alam sekitar yang sangat prihatin terhadap kemenjadian alam sekitar di banua Kalimantan secara umum dan khususnya di Banjarmasin. Continue reading

Advertisements

CT38. AKU DAN DUNIA FACEBOOK

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


5 Januari 2011 – Rabu, 0832 pagi di pejabat.

Sedang asyik mengemas kini folder pengajaranku, tiba-tiba sayup kedengaran jauh nada dering “Evening Cool” menjerit-jerit dari dalam tas tangan di belakang kerusi. Aku menarik nafas dalam-dalam dan rasa sangat malas untuk menjawab panggilan dari sesiapa. Kesibukan hari ini membuat aku tidak ingin untuk menerima sebarang panggilan. Namun “Evening Cool” tetap berkumandang memaksa aku mengalah dengan kehendaknya. “Pasti ada hal penting ni.” bisik hatiku. Continue reading

CT37. RAHSIA SEBIJI BAWANG

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Pernah suatu ketika, mata saya berair kepedihan seperti orang menangis. Sudah dikesat dengan hujung lengan baju tetap tidak dapat dicelikkan. Malah air mata tetap laju meluncur di bibir mata  bagai hari di landa hujan.  Pedihnya tidak terkata. Perit sungguh menahan. Mulut ini tidak berhenti-henti menyebut… Ya Allah, Ya Allah sambil menuju ke sinki untuk membasuh muka, namun masih tetap belum hilang. Continue reading

CT36. WANITA BERUMUR… PADAMU ADA PESONA ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh



Terhasilnya tulisan ini atas beberapa sebab yang inginku kongsikan sesuai dengan pengalaman dan beberapa bahan bacaan tentang WANITA BERUMUR, sama ada  anak dara tua (andartu),  isteri orang atau janda yang dianggap PADAMU ADA PESONA oleh LELAKI MUDA yang bujang, sudah berkahwin atau duda. Continue reading

CT35. SENYUMLAH ! SEBAGAIMANA RASULULLAH SAW SENYUM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SENYUM DARIKU UNTUKMU…. SENYUM – RAIHAN


Rasulullah saw adalah manusia biasa yang boleh tertawa kerana sesuatu yang menyebabkan orang lain ketawa. Takjub kerana sesuatu yang juga menyebabkan orang lain takjub. Bahkan Baginda saw juga menangis kerana sesuatu yang menyebabkan orang lain menangis. Continue reading