Archive | August 2010

CT5. MERDEKAMU DIRGAHAYU MALAYSIA KE 53

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

31 OGOS 2010 –  genap 53 tahun MALAYSIAKU MERDEKA. Jejak 31 Ogos 1957 menjadi saksi seluruh alam sorak-sorai suara MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! oleh para pejuang kemerdekaan dan rakyat Tanah Persekutuan. Aku selalu mengharap agar perjuangan pahlawan merdeka yang lalu tidak dipersia-siakan oleh generasi baru masa kini. Continue reading

CT4. DARI ‘ARSY KE BUMI: RAHSIA SEBALIK KEMULIAAN LAILATUL QADR

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


17 Ramadhan hadir lagi bagi tahun hijriyyah 1431 bersamaan 27 Ogos 2010. Penulisan ini telah saya siarkan pada waktu yang bersamaan dalam tahun 2009, namun dilakukan beberapa perubahan untuk disesuaikan sebagai sebuah postingan baharu yang berbentuk review atau ulasan buku. Continue reading

CT3. MENULIS GAYA SENDIRI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


MENULIS SANGAT MUDAH. Begitulah menurut hemat saya. Saya yakin anda juga mengakuinya tanpa ragu. Mengapa saya berkata demikian ? Cuba fikirkan. Bidang penulisan sudah kita ceburi sejak seawal usia dua tahun (4 tahun), memasuki dunia awal sekolah (2 tahun), sekolah rendah atau dasar (6 tahun), sekolah menengah rendah (3 tahun) plus menengah atas (4 tahun), belajar di universiti (paling kurang 3 -5 tahun) hingga sekarang. Continue reading

CT2. 17 OGOS 2010: DIRGAHAYU REPUBLIK INDONESIA KE 65

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Posting saya yang kedua ini, ditulis khusus untukmu…. SAHABATKU DI INDONESIA sebagai menghargai tanda persahabatan antara kita selama ini. Maafi saya kalau ia diposting sudah lewat waktu kerana kesibukan tugas. Semoga sahabat semua berbahagia.

Dalam kesempatan yang ada ini, saya dan keluarga selaku sahabat dari Malaysia dengan besar hati dan merasai kebahagiaan bersama dengan sahabat-sahabat dari Indonesia di ruang maya ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut:

HARI KEMERDEKAAN REPUBLIK INDONESIA KE 65 TAHUN. Continue reading

CT1. PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK

5 RAMADHAN 1431H…. saksi penuh barakah memohon rahmat dari Allah Yang Maha Penyayang, dengan penuh takzim dan rendah hati SITI FATIMAH AHMAD KEMBALI MENYATU DIRI…..

Sahabat mayaku yang dihormati sekalian;

Tentu sahabat tertanya-tanya kemana menghilangnya blog LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI (versi lama) dan pemiliknya, SITI FATIMAH AHMAD dalam tempoh hampir 30 hari yang lalu. Continue reading