CT65. TULISLAH KOMENTAR DENGAN PANJANG

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Menulis memberi kesan tersendiri dalam menuangkan bunga-bunga idea sehingga menjadi malar segar di hati pembaca. Menulis merupakan satu seni yang harus dipelajari dengan hati yang ada cinta di dalamnya. Seni menulis yang kita miliki adalah satu kuasa yang dialirkan oleh otak yang hebat bagi menghasilkan idea-idea yang hebat juga.  Oleh itu, jangan disia-siakan peluang menulis yang sudah kita miliki dalam apa juga bentuk dan wadah penulisannya.

Blog adalah sebuah buku alam maya yang disajikan secara percuma dengan berjuta-juta manik keilmuan dan rantaian mutiara kata dari pelbagai hidangan bahasa. Hidangan ranum idea-idea yang luar biasa dari sentuhan hebat para pemikir  baik yang profesional mahupun amatur yang mahu berkongsi rasa dan berbagi hikmah melalui variasi perencah yang tentu sekali mengkagumkan.

Perbezaan yang mungkin dikenal pasti dalam penuturan kata bicara adalah melalui gaya tulisan dan cara fikir mereka.  Jelas, pengaruh gaya tulis dan cara fikir seseorang mampu melontar semangat yang luntur menjadi api yang menyemarak kayu keperkasaan jiwa. Oleh itu, menulis memberi kelebihan kepada manusia untuk menjadi pejuang dalam  menyampaikan kalimat kebenaran. Usaha pejuangan itu harus dimulai dengan belajar menulis dan latihan menulis. Salah satu cara melatih menulis dan mengundang kefasihan dalam bicara tulis adalah:

MENULIS KOMENTAR DENGAN PANJANG.


Saya menulis posting tajuk ini kerana saya dalam kategori blogger yang suka menulis komentar dengan panjang sama ada  di blog teman blogger atau membalas komentar di blog sendiri sesuai dengan apa yang dibicarakan. Saya ingin berkongsi rasa mengapa saya suka menulis komentar dengan panjang. Menulis komentar panjang BUKAN menjadi kebanggaan kepada sesiapa yang biasa menulis komentar sebegini. Saya yakin, pasti ada sebab musabab yang mewujudkan lahirnya bicara panjang. Tentu sekali kerana mahu menghadirkan pendapat hasil dari apa yang telah dibaca. Jika ada blogger yang tidak faham, maka dia harus belajar untuk memahaminya.

Tidak ramai blogger yang suka menulis komentar dengan panjang atau membalas komentar panjang yang berjejak di blog mereka. Mereka beralasan tidak cukup waktu untuk berbuat demikian atau mengejar  masa kerana masih banyak blog sahabat yang harus dijejak dalam waktu terbatas. Ada juga yang mengejar ranking bagi jumlah yang akan berkunjung balik ke blog mereka. Lalu menitipkan kata-kata ringkas yang boleh difahami akan maksud tujuannya. Iya… masing-masing punya alasan tersendiri yang tidak perlu dipertikaikan. Tidak ada siapa boleh memaksa berbuat demikian. Tergantung kepada niat dan tujuan masing-masing.

Menurut saya, cara begini  tidak praktik dalam usaha menambahbaik kemahiran dan latihan menulis untuk mengembangkan idea juga bahasa.  Mari kunjungi semula ke ruang  PENGENALAN DIRI di blog kita. Bacalah tujuan  asal kita membangunkan blog. Untuk apa ? Kenapa ? Rata-rata kita menulis dengan maksud untuk belajar menulis, menulis dan menulis.

Selain itu, berkongsi ilmu, bertukar fikiran, suka duka kehidupan dan mengenali ramai sahabat dari seluruh pelusuk bumi yang sampai kepadanya. Hal ini akan berimpak kepada pencarian ilmu dan pencerahan minda. Tetapi sebaliknya yang terjadi. Keinginan awal untuk belajar menulis akhirnya tidak dipraktikkan dengan sebaik-baiknya. Terutama dalam kalangan blogger yang baru untuk belajar mengenal dunia penulisan yang mantap. 

Menurut saya penulis blog telah mempraktik KAEDAH 3 M ketika menulis artikel dan menulis komentar. Kaedah tersebut saya namakan MEMBACA, MEMIKIR DAN MENULIS. Sebelum menulis, seharusnya penulis membaca terlebih dahulu sumber-sumber bacaan yang membantu pengeluaran idea-idea. Sumber -sumber bacaan ini tidak terhad kepada buku semata-mata tetapi melibatkan bacaan hati, mata, telinga, hidung, rasa, sentuh dan sebagainya.

Membaca di sini sangat luas pengertiannya. Semasa membaca, otak menjalankan fungsinya dalam memintal idea yang sedang difikirkan dan dijana dengan mengembangkannya sehingga menjadi kritis dan kreatif. Hasil dari apa yang dibaca, penulis akan mulai menoreh coretan pena atau ketikan di papan maya dengan mutiara-mutiara kata yang dipancar dari ilmu dan hikmah dalam proses pemikiran yang berjalan serentak. Demikianlah hebatnya seorang penulis dalam melaksanakan proses penulisannya.

Menulis komentar panjang bukan hal yang biasa dilakukan oleh para blogger. Saya pasti anda mengakuinya kerana kita memaklumi tentang tulisan komentar kita masing-masing. Tentu bertambah bingung jadinya untuk mengukur banyak mana kalimah yang harus ditulis sebagai syarat kepada komentar panjang.  Hal ini sangat subjektif. Tiada penanda aras kepada penulisan sebegini. Pendapat saya, jika sudah ada perkongsian ilmu hasil pengembangan idea dari tulisan penulis blog yang kita kunjungi, sudah memadai dianggap sebagai MENULIS KOMENTAR PANJANG. 

BAGAIMANA PENDAPAT ANDA ?

Mari kita berfikir sejenak, dalam kunjungan kita ke blog teman dan di sana kita dapati adanya tulisan baru yang diterbitkan untuk dibaca. PERSOALAN SAYA… apakah kita berkeinginan untuk MEMBACA keseluruhan tulisan tersebut sebelum memberi komentar balas ? ATAU kita hanya membaca tajuk dan mencari perkataan pokok kepada tajuk yang disampaikan ? ATAU membaca komen dari beberapa komentator yang lebih dahulu menulis, lalu kita mula mengolah ayat yang hampir sama ? Oleh itu, apakah tujuan sebenar kita menulis komentar di blog yang kita kunjungi ?

Saya TIDAK MEMFOKUSKAN tulisan saya ini kepada komentar yang berunsur khabar berita, berbalas bicara atau yang lebih tepat BUKAN komen yang menyasar dari artikel yang dipaparkan. Biasanya komentar sebegini sangat ringkas, pendek dan santai. TUMPUAN posting bertajuk “TULISLAH KOMENTAR DENGAN PANJANG” adalah kepada memberi komentar terhadap sesuatu tulisan yang hendak dibincangkan dalam blog tersebut.

Bagi anda yang bertaraf NOVIS @ Blogger Pemula dan baru berjinak dengan dunia penulisan, RUANG TERBAIK  untuk anda mengasah bakat dan menyerlahkan potensi menulis adalah membincangkan artikel yang terkandung dalam blog tersebut. JANGAN MALU untuk menulis komentar yang panjang. Tidak dinafikan terdapat juga para komentator yang kurang senang dengan penulisan komentar yang panjang. Saya pernah mengalami kondisi yang tidak disenangi ini.  Kenapa harus merasa demikian ? Bukankah itu kebaikan buat semua orang dalam usaha perkongsian ilmu ?

Bersikap profesional dan rasional dalam menghadapi cabaran demikian. Jangan resah dan bimbang  dengan naluri negatif sebegini. Biarkan mereka yang berfikiran pesimis ini terbuai oleh perasaannya. Perasaan seperti ini melambangkan sifat cemburu, hasad dengki terhadap penulisan orang lain. Sebaliknya, teruskan niat dan usaha untuk menulis komentar dengan panjang sesuai dengan topik penulisan yang menarik perhatian kita setelah membacanya.

Saya yakin dan pasti, pemilik blog yang kita titipkan komentar panjang sebagai respon kepada tulisan mereka, merasa sangat dihargai dan berbangga kerana tulisannya mendapat perhatian para blogger lain dan dibincangkan dengan cara dan gaya tersendiri.

Secara tidak langsung kita telah menyuntik semangat pemilik blog untuk menulis dengan lebih kerap dan perkongsian ilmu melalui pertukaran idea sedang berlaku secara wajarnya. Usaha saling bantu membantu ini tentu akan mengubah persepsi malas menulis dan tiada idea menulis seperti yang selalu kita baca dari rintihan kalbu para blogger yang hilang daya cipta dalam menghasilkan benih-benih kata untuk posting seterusnya.

Selain itu, dengan berkomentar panjang, kita juga mulai mengasah bakat menulis. Jika susah menulis dan sukar mendapat idea dalam penulisan, ruang komentar dalam blog teman blogger menjadi tempat terbaik untuk kita memulai karya penulisan kita. Dari situ, kita mulai nampak fokus penulisan kita sendiri. Lalu berusaha  menghasilkan tulisan yang sama tetapi berbeza cara penyampaian dan bahasa yang digunakan. MEMBACA menjadikan kita kaya dengan perbendaharaan kata. MEMBACA melimpahkan kita dengan idia-idea hebat.

Marilah sahabat, kita menulis komentar dengan panjang sesuai dengan kemampuan dalam membincangkan isu yang ditampilkan agar kemahiran menulis kita semakin meningkat. Upaya otak kita semakin cerdas dalam menghasilkan pendapat sama ada pro dan kontra. Buka ruang minda anda kepada perkara yang mudah dalam menulis. Jangan dipayahkan. Anda akan dapati MENULIS SANGAT MUDAH bagai alur sungai yang mengalir tenang menuju destinasinya tanpa ada sebarang halangan.

Anda akan TERKEJUT mendapati tulisan komentar anda menjalar panjang tanpa disedari betapa otak anda dengan hebatnya telah mengarak idea-idea hebat tersebut. Mari kita mulakan menulis komentar dengan panjang melalui penjanaan idea dan perkongsian bijak. Percayalah anda boleh melakukannya bagi menghasilkan tulisan anda sendiri.

Sebagai pemilik blog, saya tentu sangat menghargai  buah fikiran yang dilontarkan dalam setiap komentar anda. Tulislah mengikut kemampuan yang ada dengan gaya sendiri. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua sahabat blogger yang telah menulis komentar panjang di blog ini. Saya dapati hampir semuanya menulis demikian. Saya suka membaca tulisan dan idea-idea berbobot dari anda. EMPAT JEMPOL untuk semua komentar anda. 😀

****************

4 Julai 2011 (Isnin)/ 3 Syaaban 1432H/ 10.54 malam- SARIKEI, SARAWAK


Aku… dan kesulitan adalah sebuah keakraban yang tidak pernah dielakkan. Apa sahaja kejayaan yang aku temui diilhamkan oleh kegagalan. Gagal bukan bererti aku akan gagal selamanya. Gagal merupakan jalan untuk menempuh kejayaan yang lebih besar dan hebat. Untuk mencapai kejayaan, harus berani menjadi yang pertama dan berbeza dengan yang lain. Untuk menjadi seorang juara, hendaklah bertindak sebagai seorang juara.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

SEBELUM MENULIS BELAJAR BERFIKIR DAHULU

SELAMAT MENULIS

****************

47 thoughts on “CT65. TULISLAH KOMENTAR DENGAN PANJANG

  1. Salam alaikum wr wb, Yaa Ukhti Mbak Siti..
    Wah, sejak membaca judul postingan ini, saya langsung teringan dengan Eyangkung, sahabat blogger terhormat yang selalu total dalam berkomentar.. 😀

    Pada prinsipnya saya sangat setuju dengan yang diutarakan Mbak di sini. Berkomentar bukanlah sekadar bereaksi atas isi postingan, bisa juga berupa sanggahan, tanyaan, atau tanggapan dari komentar lain yang ada.

    Benar kata Mbak, berkomentar justru bisa menjadi ajang melatih diri dalam hal menulis, yaitu menzahirkan apa yang ada di benak, yang aslinya berbentuk maya atau batin. Saya yakin, hasil dari pelatihan diri ini juga akan meningkatkan kemahiran kita dalam berbicara, bahkan berpidato. hehehe..

    Kebetulan blog saya berkaitan dengan agama. Jadi, dalam menulis postingan dan berkomentar, saya usahakan sejelas mungkin. Ini bentuk kehati2an saya karena topiknya adalah topik yang “tidak boleh keliru atau mengelirukan.”

    Saya bahkan sering mengalami hal ini: ada pertanyaan di blog A, saya jawab dengan ulasan “agak” panjang yang pernah saya utarakan di kolom komentar blog B, lalu saya tambahi atau kurangi pada bagian2 yang diperlukan. hehehe.

    Memang ada juga lalu orang yang memandang kita “sok pintar; sok berceramah, atau sok pamer ilmu.” Well, biarkanlah.. Allah yang menilai kita dan kita tahu niat dalam hati masing2 yang tak bisa dibohongi.

    Menurut saya, ini terkait langsung dengan keikhlasan seseorang dalam ber-blogging. Meski kita juga bisa maklum ketika seseorang sedang dalam waktu yang terbatas.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ya akhi Muxlimo…

      Eyangkung pernah meminta saya menerbitkan posting ini dalam satu komentar berhubung pandangan beliau kepada tulisan para komentator di blog saya yang selalu panjang. Lalu saya maklumkan bahawa saya pernah menerbitkan posting ini (tetapi kini telah saya editkan semula) di blog lama yang digodam para hacking maya dulu.

      Alhamdulillah, hari ini saya bisa menerbitkannya sebagai menghormati beliau yang memang sejak saya kenali di ruang maya ini atau teman blog yang lain, selalu sahaja menulis komentar dengan panjang. Saya senang dengan pandangan dan pemikiran beliau yang sentiasa berbobot dalam berkongsi pengalaman hidup juga pesan nasihat yang mencerahkan.

      Benar mas, menulis komentar mengajar kita banyak perkara terutama dalam memahami kandungan tulisan agar kita boleh meluaskan pengetahuan dan berbahas tentangnya sama ada dengan penulis blog itu sendiri atau para komentator lain yang mahu bergabung. Ia ibarat satu forum. Sebaliknya, ramai blogger tidak mengambil peluang ini terutama untuk meningkatkan kemahiran menulis mereka.

      Seperti kata mas, blog bersifat agama tentu mempunyai ciri dan cara tersendiri dalam menyampaikan maksud yang jelas agar tidak keliru ilmu yang hendak disampaikan. Saya setuju, faham dan tahu tentangnya. Kerana itu saya maklum. Komentar panjang bukan bermaksud untuk menunjuk-nunjuk kepintaran seseorang. Tanggapan sebegini menunjukkan dangkalnya pemikiran seseorang tentang dunia ilmu yang kadang kala tidak boleh dibahas dengan pendek tetapi memerlukan penelitian yang lebih mantap.

      Tentu banyak sebab kenapa seseorang itu menulis komentar dengan panjang. Biasanya, saya memberi komentar panjang sebagai pernyataan bahawa saya memerhati tulisan dan membaca seluruh isi kandungan tulisan penulis tersebut lalu tertarik untuk berkongsi pendapat dengannya. Akibatnya hanya sedikit blog yang saya kunjungi. Saya lebih suka membaca dahulu sebelum menulis. Hal ini banyak menambah ilmu saya dalam pelbagai bidang.

      Terima kasih mas untuk kongsian yang berbobot dan kunjungan yang selalu dialu-alukan. Semoga usaha menulis akan selalu dimudahkan Allah swt. Salam mesra dari saya. 😀

      • Silakan mas Ilyas, tiada siapa yang memaksa untuk berkomentar panjang. 😀

        Tulisan ini menyarankan bagi mereka yang mahu belajar menulis dan fasih menulis.

        Terima kasih hadir menyapa.
        Salam hormat.

  2. assalamu alaikum bunda.. kira-kira kapan ya kita bersua langsung? 🙂

    satu lagi bunda, komentar panjang mengartikan si komentator mempunyai perhatian pada tulisan yang sedang dibacanya. dan alangkah senangnya jika si pemilik blog mendapati tulisannya diperhatikan begitu rupa. berarti opininya diperhatikan publik entah responnya por atau kontra. karena yang penting disini adalah pengakuan dan perhatian bunda.

    benar adanya bunda. terkadang saya agak sedih ketika tulisan saya dikomentari ala kadarnya sebab dibaca sekilas lalu tanpa paham apa yang saya maksud. bukan pujian yang ingin didapat tetapi perhatian bahwa sang penulis punya opini. begitu bunda. bagaimana bunda?

    salam sayang dari Jakarta. 😉

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Dhila…

      Insya Allah, jika Allah mengizinkan pasti akan bersua jua. Bunda senang kalau dapat berbicara langsung dengan Dhila. 😀

      Yaps… bunda setuju banget dengan pendapat Dhila di atas. Bunda yakin semua blogger mahu apa yang mereka tulis akan dibaca oleh teman blogger yang hadir ke blog. Mahu kalau ada komen yang bisa menyangkut dengan tulisannya dapat dibahas sebagai memberi nilai kepada apa yang telah difikirkannya. Hal ini tentu memberi kredit bahawa apa yang ditulisnya itu bisa menarik perhatian orang lain.

      Karena itulah pentingnya penulis mengambil kira isi penulisannya agar diliat menarik untuk dibaca. Tajuk posting juga demikian sama. Satu lagi yang bunda perhatikan, budaya menulis komentar yang pendek bukan berbentuk penjanaan minda banyak berlaku di dunia maya baik kepada pemilik blog atau blogger pelayar. Mungkin kerana saling berbalas dengan cara demikian. Entahlah, bunda juga kurang ngerti hal ini. Lagipun sesiapa sahaja boleh menulis apa yang mereka mahu. Tidak ada paksaan.

      Kita mengharapkan budaya sebegini bisa berubah dan menjadikan blog sebagai wadah menulis idea yang berbobor dengan memberi komentar yang panjang. Sabar ya Dhila, hari-hari ke depan, tentu sekali tulisan Dhila akan diperhati dan menerima banyak komentar panjang dari teman blogger yang hadir. Bunda liat, ramai juga blogger yang menulis komentar panjang di blog Dhila. Sukses ya.

      Terima kasih untuk sapaan dan lkongsian ideanya.
      Salam sayang kembali dari bunda. 😀

  3. Assalamu alaikum bunda..

    Wah.. lama sudah saya tak mampir kemari. Kayaknya ada banyaka tulisan bunda yang belum sempat saya baca, apalagi certia tentang donat, kayaknya menarik. Nanti saya baca lagi.. 🙂

    Ohya, Saya cukup setujuh dengan tulisan diatas. Menulis komentar yang panjang agaknya memberikan arti bahwa si penulis komentar memberi perhatian terhadap tulisan yang di bacanya. Memberi tanggapan, kritikan dan sanjungan membuat pemilik blog merasa di hargai dengan tulisannya. Berbeda dengan blogger yang suka komentar pendek dan tak jelas, cuma bilang ” Wah.. Menarik, terima kasih” atau “Selamat pagi, kunjung balik ya”. hihi…

    Oke deh bunda, terima kasih selama ini rajin memberikan komentar yang panjang di blog saya.. 😀

    Salam hangat dari Medan.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Masyhury…

      Alhamdulillah, bersua kembali di laman saya dengan harapan Masyhury bisa meneguk hikmah yang tersaji untuk pencerahan minda dan penjernihan hati. Silakan menikmati hidangan donut yang sudah lama ,menunggu tamu untuk menjamahnya. 😀

      Benar, demikianlah harapan semua penulis yang mahu maklum balas daripada pengunjungnya. Panjang komentar itu tertakluk kepada upaya idea yang dilontarkan. Ini bukan suatu kewajiban, hanya perkongsian yang bisa kita katakan sebagai menghargai pandangan penulis blog setelah kita membaca apa yang ditampilkannya.

      Dengan adanya tanggapan dari pengunjung bermakna kepuasan akan menjelma di hati penulis bahawa idea-ideanya diperhati dan dibincangkan. Ini berbaloi dengan usaha fikir yang dilakukannya selama mencari ide untuk menulis. Bukankah ramai blogger yang merasa susah untuk mencari idea menulis. Lalu bila ada feedback yang baik dari para komentator, usahanya sudah dikatakan berjaya dan pasti sekali dia akan gembira. Bukan begitu ?

      Oleh itu, berusahalan memanjangkan sedikit komentar dari yang biasa dilakukan. Arakkan mendung alasan tidak cukup masa, biarkan ia berlalu dan siramilah dengan hujan kata-kata yang membuat hati empunya blog/tulisan merasa segar dan mekar bunga hatinya. 😀

      Terima kasih Masyhury untuk kongsiannya dan sama-sama kembali untuk ucapannya terhadap tulisan saya di blog Masyhury.
      Salam hangat kembali.

  4. Assalamu’alaikum bunda..

    saya spendapat dengan bunda,,, menulis komentar seharusnya bisa dijadikan tanggapan ttg apa yang ditulis oleh penulisnya.

    Di sini seharusnya tidak mengenal istilah guru menggurui, tapi semuanya sedang belajar. Yang menulis bukan berarti lebih paham ttg apa yang ditulis, tapi lebih kepada ingin mencari ilmu lagi dari para pembaca melalui tanggapan-tanggapannya.

    Selain itu komentar juga sebagai bahan interaksi antara penulis dan pembacanya. Kadang ada saja yang hanya sekedar meninggalkan komentar, namun tidak terpikirkan kira2 komentar kita dibalas apa tidak. Baiknya ya sering2lah dikunjungi lagi, barangkali komentar kita mendapat tanggapan.
    begitu bunda dari saya….

    salaam hangat dari Brebes..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Mabruri…

      Menulis adalah aktiviti belajar tanpa guru. Setiap penulis harus belajar sendiri untuk memperolehi ilmu menulis. Untuk mendapat ilmu tersebut hendaklah dengan membaca, berfikir dan menulis. Makanya sambil kita menulis, kita berfikir tentang apa yang telah kita baca. Lalu proses pembelajaran berlaku secara tidak langsung.

      Saya setuju, bahawa para komentatror kembali semula kepada blog yang ditulis komennya untuk mengetahui jawaban balas dari pemilik blog terhadap tanggapan kita terhadap tulisannya. Hal ini memberi ruang tindak balas dalam interaksi seterusnya.

      Terima kasih Mabruri untuk kongsian bersama terhadap posting di atas. senang membaca idea berbobot dari Mabruri.

      Selamat menulis dan berbagi hikmah dengan pelayar2 maya agar ilmu kita sentiasa bertambah dan bercambah..
      Salam hangat kembali dari saya. 😀

        • Aamiin, Ya Rabbal’alamiin.
          Insya Allah, jika niat yang baik dan tulus ikhlas pasti akan mendapat imbalan baik dari Allah swt. Selain itu, harus dilakukan dengan usaha dan keazaman untuk melatih diri menjadi fasih menulis.

          Terima kash Mabruri. Sukses selalu.

    • Pelaut Rabbani…

      Alhamdulillah, mudahan perkongsian di atas akan menambahbaik ilmu menulis kita dari smeasa ke semasa. Saya juga masih belajar untuk menulis dengan baik.

      Terima kasih kembali hadir perdana ke sini.
      Salam kenal.

  5. Assalamu’alaikum wr.wb. mbak Siti Fatimah,

    Membaca artikel postingan terakhir di blog ini betul2 saya plong dan puas!! Kenapa?? Teringat awal2 saya melangkah di dunia maya saya hampir2 segera lari dengan berfikir oh blog ini bukan dunia saya. Memang banyak artikel2 yang bagus menurut saya. Saya ingin berdiskusi lewat box komentar. Tetapi komentar2 yang ada dari pengunjung rata2 SANGAT SINGKAT. semacam format sms. Jawaban yang punya blogpun singkat juga! Kesan saya hanya berbasa-basi! Umumnya komentator hanya menyebutkan wah, ini posting yang bagus, menarik dll. tanpa menyebutkan bagian mana yang membbuat bagus, menarik dll. Saya pikir apakah komentar hanya satu dua kalimat ini bisa memberikan kontribusi positif bagi penulisnya? Atau mungkin memang demikian etika berblogging-ria?

    Lalu saya coba2 ikut komentar tentu lebih panjang dari komentar2 sms yang sudah ada. Dan komentar saya pada waktu itu saya pikir sebagai respon positif atas artikel yang disajikan menarik bagi saya, dan saya ingin mengembangkan dengan komentar dan juga ditanggapi oleh pemilik/penulis artikel. Tetapi celakanya komentar saya blogger pendatang baru pada waktu itu tidak ditanggapi pemilik blog. Saya membaca artikel lain di blog lain artikel tentang SPAMMER. Saya menarik kesimpulan: komentar itu etikanya HARUS format sms atau kalimat telegram! Wah, kalau begitu saya sudah menjadI SPAMMER. Saya segera angkat kaki kembali ke media yang lama: dunia majalah.

    Untung saya segera bertemu mbak Siti dan mas Muxlimo. Ternyata kedua blog itu berbeda sekalipun komentar2 yang masuk masih banyak sms. Tetapi begitu komentar saya ditanggapi mas Mux dan mbak Siti diblognya, saya mendapat fakta ternyata komentar di blog itu tidak ada etika harus pendek. Maka saya mengurungkan mau kembali ke media lama. Saya banyak mengunjungi ke dua blog itu komentar dan setiap komentar saya pasti ditanggapi sesuai yang saya harapkan. Maka dengan ajeg saya kunjuungi kedua blog itu. Dan saya merasa banyak tambahan ilmu dengan membaca, komentar dan komentar balik dari pemilik blog.

    Nah, setelah membaca artikel TULISLAH KOMENTAR DENGAN PANJANG yang ditulis oleh seorang blogger senior yang menurut saya blognya banyak pengunjungnya saya jadi mantap. Saya lewat box komentar di blog ini juga ingin menyampaikan komentar sesuai tajuk artikel ini. Lho, komentar Eyangkung yang sudah panjang ini apakah bukan tentang artikel ini?? Belum ini baru pendahuluan. He,he…. Saya merasa artikel yang bagus ini sayang kalau tidak sampai pada proses kristaliasi. Dan juga sekarang saya membiasakan komentar setelah saya membaca semua komentar yang terdahulu. Artinya saya lebih tepat komentar paling belakang.

    Di sini saya mengajak sahabat saya dan guru saya mas Muxlimo untuk saling berkomentar dan juga menanggapi komentar blogger lain yang terdahulu. Pendapat saya komentar yang dikomentari itu akan lebih cepat proses kristalisasinya. Saya tunggu mas Mux

    Salam blogger
    .

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Eyangkung dihormati…

      Alhamdulillah, senang mengetahui Eyang berpuas hati dengan posting di atas. Ia satu penghargaan buat saya jika penilaian baik diberikan tentangnya. Namun begitu, penulisan tersebut bukan bermaksud untuk menggurui sesesiapa tetapi ingin berkongsi kebaikan dari apa kita baca dan tulis. Mudahan manfaatnya berpanjangan jika diambil pengajaran darinya. tanggapan baik atau sebaliknya tertakluk kepada kefahamn dan penerimaan seseorang.

      Besar sekali perjuangan Eyang dalam membuat pilihan tentang blog sebelum meneruskan niat untuk bergabung dengannya setelah beberapa insiden yang ternyata memiris hati. Alhamdulillah, jika blog saya dan akhi Muxlimo bisa mengubati rasa kecewa Eyang sebagai teman yang bisa menerima penulisan komentar panjang.

      Silakan aja Eyang, amlah saya sangat berbesar hati jika tulisan komentar yang bisa memanjangkan lagi informasi dari tulisan asal yang tentunya tidak memaparkan maklumat secara holistik melainkan adanya sumbangan ide dari teman blogger yang hadir berkongsi pendapat mereeka.

      SPAMMER…. saya juga kecewa jika tulisan saya dimasukkan ke spam hanya kerana komentar yang panjang. lalu tulisan itu tidak dikeluarkan oleh pemilik blog. Kekecewaan itu dirasai kerana saya telah berusaha untuk membaca tulisannya dan memberi tanggapan atas curahan otaknya sebagai satu penghargaan dari saya kerana telah menyediakan ilmu yang bermanfaat, tetapi sayang sekali tidak dihargai.

      Untuk masukan spam, biasanya saya akan mengeluarkan komentar yang jelas bermanfaat atau yang sudah saya kenal penulisnya. Jika belum, saya akan menyiasat dahulu dari mana datangnya komentar tersebut. Kalau komen yang berunsur porno akan saya tinggal lama di spam bimbang ia kembali semula. Saya tidak akan membiarkan komentar berlama di spam. Saya juga tidak tahu kenapa ada yang masuk spam sedangkan saya tidak pernah memberi syarak kepada aksimet untuk berbuat demikian.

      Silakan aja Eyang dan akhi Muxlimo atau sesiapa sahaja untuk melakukan kristalilasi kepada posting berhubung komentar panjang ini. Tentu sangat menarik jika dibincang secara pro dan kontra bagi mereka yang mahu berbahas tentangnya.

      Hehehe… membaca pengalaman Eyang mengingatkan saya pertama kali menjadi blogger pemula yang harus berusaha keras untuk diterima baik sebagai blogger. Ternyata nasib saya tidak baik di dunia blogger Malaysia tetapi sangat disambut meriah oleh sabahat blogger di Indonesia. Saya tidak tahu kenapa sehingga ada yang bilang saya ini adalah blogger Indonesia.

      Teman dan saudara saya di Malaysia sangat hairan kerana blog saya seperti menerawang di dunia maya Indonesia. Alhamdulillah, impaknya saya bisa sedikit menguasai bahasa Indonesia dan bisa membaca dengan baik dan faham apa yang ditulis oleh blogger Indonesia. Bahkan bahasa gaul Indonesia juga dapat saya fahami. TERIMA KASIH buat semua sahabat blogger Indonesia yang selalu baik dengan saya. Saya sangat menghargai kalian semua. 😀

      Semoga sihat dan ceria selalu Eyang.
      Salam takzim dari jauh.

  6. Assalammualaikum wr wb.

    Melihat setiap pembahasan yang Bunda lakukan di blog ini, membuat para sahabat blogger lebih menggali ilmu tentang bagaimana kita lebih menguasai materi dari setiap pembahasan yang disajikan.

    Panjang atau pun pendeknya suatu komentar tidaklah mencerminkan sesuatu kemampuan dari si pemberi komentar. Asalkan si pemberi komentar lebih memperhatikan topik yang sedang dibahas.

    Hanya, kita akan menjadi lebih saling belajar dalam hal menggali setiap potensi yang dimiliki dalam hal menuangkan ide dalam hal menyikapi suatu kajian dalam bentuk tulisan.

    Semoga dari setiap hal yang di sajian dari pencetusan ide yang sederhana, baik yang disajikan dalam bentuk panjang maupun pendek dapat bermanfaat untuk banyak orang.

    Sukses selalu untuk Bunda sekeluarga.
    Salam
    Ejawantah’s Blog

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra…

      Mudahan banyak kebaikan yang bisa kita kongsikan bersama di dunia maya ini untuk memudahkan kita mencari ilmu dan solusi kepada sebarang permasalahan yang tidak bisa didapati melalui manusia di dunia nyata.

      Perbincangan ilmu secara dua hala walau sekadar melalui komentar juga dapat membantu meluaskan pengetahuan kita. Menanggapi sesuatu tulisan setelah dibaca akan menambah kosa kata dan informasi bagi kita menulis posting seterusnya. idea-idea yang hadir melalui pemikiran orang lain seharusnya kita hargai kerana susah payah mereka berfikir untuk berkongsi dengan kita.

      Aamiin… mudahan manfaatnya sangat banyak kita terima dari menulis komentar panjang dan ia satu usaha yang baik bagi meneruskan aktiviti pelatihan menulis.

      Terima kasih untuk kongsianya mas. selamat menulis dan berbagi hikmah bagi membantu menyelesaikan masalah manusia.

      Salam hormat dari saya. 😀

  7. Assalamu’alaikum bunda..
    untuk sekarang ini saya g bisa nulis dan kometar panjang2 mohon maaf, hanya kagum dengan apresiasi Bunda dalam menulis serta berdo’a semoga Bunda sehat2 selalu sehingga dapat “menelurkan” ide yang gemilang

    salam dari pegunungan Jenggrong

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang Martho…

      Tidak apa kang guru, saya faham akan kesibukan di sekolah yang tentunya tidak bersahabat untuk menoreh panjang. selama ini Kang Martho juga antara blogger yang rajin menulis komentar dengan panjang dengan ide-ide berbobot yang mencerahkan.

      Silakan mas, hadir lagi untuk berkongsi ilmu tentang penulisan dan pengalaman yang dilalui. Peluang menulis komentar harus digunak sebaik mungkin.

      Aamiin… saya sihat dan terima kasih untuk doa dan apresiasinya. Selamat menulis dan berbakli kepada anak bangsa di sana.

      Salam mesra. 😀

  8. Assalamu’alaikum wbt cikgu CT…

    Melihat tajuk kali ini membuat saya agak tersentak.. orang kata `siapa makan cili dia terasa pedas’… hehehe..

    Saya akui saya tak pernah menulis komen dengan panjang. Ini kerana saya tidak ada kemahiran/ilmu menulis dengan baik… sebab tu saya tak punya blog. Komen yang saya tulis pun biasa2 saja.. secara santai. Itupun atas tajuk atau isu yang ringan. Kalau isu yang dibicarakan agak berat dan serius, memang saya tak berani nak komen.. mungkin tak ada idea dan komen tidak berkualiti..

    Pendapat saya.. pengunjung harus diberi kebebasan untuk menulis komen panjang atau pendek. Kalau pendek pun biarlah menepati atau bersangkutan dengan tajuk yang dibicarakan. Harap2 tajuk di atas tidak dijadikan syarat untuk menulis komen di blog cikgu ini.. hehe..

    Apa pun saya cukup kagum dengan cara cikgu. Cikgu begitu menghargai setiap komen tak kira panjang atau pendek. Kadang2 komen yang sekadar mengucap salam atau bertanya khabar.. semuanya cikgu balas mesra. Saya rasa itu salah satu sebab ramai yang suka berkunjung dan memberi komen di blog cikgu (walaupun mungkin tak semua membaca sepenuhnya artikel yang dibicarakan). Yang penting mereka (termasuk saya) rasa `selesa’ atas layanan cikgu yang tidak `memilih bulu’… sangat sesuai dengan slogan `mesra pelanggan’. Bukan hendak mengampu tapi itu adalah kenyataan..

    Nampaknya agak panjang juga komen saya kali ini.. hehehe… Maaf andai tersilap menyusun kata.

    Ikhlas dan salam mesra..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Tiara….

      Sepanjang membaca komen2 Tiara di blog saya selama ini, Tiara menulis komentar sesuai panjangnya sebagai maklum balas dari posting yang saya paparkan. Ya.. komen kali ini panjang kerana terpengaruh dengan postingnya, barangkali…hehehe…

      Tidak mengapa kalau menulis pendek pun. Tiada syarat-syarat tertentu yang memaksa seorang komentator untuk menulis mengikut kehendak mereka di blog saya. Harapan saya penulisan posting ini tidak menekan sesiapa kerana bukan itu tujuannya. 😀

      Seperti yang saya tulis di atas, ia lebih bertujuan mengajak para blogger newbie atau yang mahu belajar menulis agar langkah menuju pembaikan latihan menulis adalah dimulai dengan menulis komentar yang panjang. Ini satu usaha baik untuk bijak membina ayat mudah setelah membaca artikel yang menarik perhatian. Maka nantinya, makin lama semakin baik dan di situ akan berlaku percambahan fikiran dan penjanaan idea untuk memulai tulisan sendiri.

      kaedah menulis komentar panjang ini masih ramai yang kurang menanggapi manfaatnya. Oleh itu, saya sarankan juga agar sebelum menulis hendaklah berfikir terlebih dahulu apakah yang telah dibaca. Ini akan membantu untuk mencapai idea bernas yang tentu menambah ilmu dan menarik untuk dibicara lanjut dalam blog kita seterusnya.

      Sayang sekali ya, Tiara tidak punya blog sedangkan saya teliti bahawa buah fikir Tiara sangat baik dan sepatutnya boleh dikongsikan sesama kita. Mudahan di kedepan hari, Tiara bisa punya blog sendiri dan saya senang dapat menukilkan bicara di sana.

      Terima kasih atas apresiasi kepada karya-karya tulisan saya. Juga kunjungan yang selalu dialu-alukan dari Tiara. Hal ini memberi semangat untuk terus menulis dan berkongsi rasa dengan semua sahabat maya yang sudi membaca bicara sederhana dari saya. Saya juga masih belajar menulis dengan baik. 😀

      Salam mesra dan semoga gembira bersama keluarga di penghujung minggu ini.

  9. Assalamu alaikum wr. wb.
    umiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii………………………(panjang kan?..hehe).

    afwan umi, neni baru sempat menghampiri umiku yang kusayang ini, kangen rasanya bersua dengan umiku yang cantik jelita ini…hoho….

    komen panjang…..?????mmmhhhhh……
    kalw neni, tergantung dari tulisan seseorang dan pertanyaan dari orang lain, apakah perlu banyak coment atau tidak, .

    neni senang kalau umi datang memberi coment yang panjang, neni suka membacanya…hehe…

    neni suka melepas kangen dengan membaca comen umiku yang cantik..ting..ting…

    miss u umi,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni….

      Iya… sangat panjang sekali panggilannya. Umi faham apakah erti kepanjangan itu. 😀 Anak ini selalu membuat Umi serba salah dengan kerinduannya yang tak menentu… hehehe.

      Umi tidak hilang lho, Umi masih ada di muka bumi ini. Insya Allah, kalau Umi tidak sibuk, Umi akan sapa Neni. Sabar-sabar ya, Neni… Apa ada yang mahu dicurhat sama Umi. ?

      Hmm…. Senang sekali Umi mengetahui kalau Neni rindu sama Umi lalu melepaskan rindunya pada tulisan Umi… cukup gitu aja dech sebagai pengobat rindunya. 😀

      Terima kasih ya Neni atas apresiasi kepada tulisan Umi juga kunjungan yang selalu membuat hati Umi bahagia. Umi rasa dihargai dan terharu. Malah pipi ini rasanya panas dan terawang seperti “Marmut Merah Jambu” aja…hehehe.

      Salam sayang dan rindu kembali dari Umi buat anak Umi yang cantik macam Umi ini… ting…ting. 😀

      • iya umi, setiap membaca balasan comen umi, rasanya umi begitu sangat dekat dengan ananda, kalimat umi begitu hangat, membuat hati neni merasa nyaman dan tentram saat bersua dengn umi, meski hanya lewat chat saja…

        misss u
        uuuummmmmmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

        neni lupa,
        umi dapat salam dari uvi, beberapa hari yang lalu uvi ada masalah katanya, sehingga dia tak sempat tuk OL….

        • Hai Neni…

          Terharu sekali Umi dengan tanggapan baik Neni terhadap Umi. Semoga Neni selalu dirahmati Allah swt. Mudahan silaturahmi antara kita akan selalu diberkahi Allah hendaknya.

          Umi juga kangen benget sama Neni. Mudahan kesibukan Umi akan surut dalam beberapa hari ke depan. 😀

          Salam Uvi sudah Umi sambut dan sampaikan salam Umi kembali kepadanya. Bilang sih, Umi kangen lho.

          Subhanallah, Uvi ada masalah ya. tentu dia ingin curhat sama Umi tapi Umi tidak ada masa untuk OL lagi. Bilang sama Uvi, kalau dia mahu hubungi Umi, email duluan ya, nanti Umi OL kemudiannya.

          Ok, Neni.. jumpa lagi. Terima kasih selalu betah menyapa Umi. Salam sayang selalu untuk neni yang disayangi. 😀

  10. Kunjungan balik bunda 🙂 , kangen baca2 tulisan Bunda, yang sedikit banyak memberi inspirasi dan ilmu.
    Benar2 salut ama Bunda, setiap kalo komentar, bener2 All out, memberi masukan, dan mengapresiasi tulisan si empunya blog.

    Kalo dina, jujur jarang berkomentar banyak, seperti Bunda, tapi setidaknya apa yg dikomentari nyambung dengan tulisan si empunya blog 🙂

    • Hai Dina…
      Senang menerima kunjungan yang sudah lama tidak saling bersapa. Maafi bunda juga ya. 😀

      Terima kasih Dina untuk apresiasi yang dihulurkan kepada tulisan bunda yang sederhana sebagai perkongsian bijak bersama.

      Alhamdulillah, jika apa yang disajikan bisa menjadi inspirasi dalam menambah ilmu. Tulisan Dina juga banyak memberi inspirasi buat bunda di samping informasi yang bermanfaat. Sukses ya.

      Hehehe… jangan ikut seperti komentar bunda ya. Setiap orang punya pendapat dan persepsi tersendiri kepada apa yang dibaca dan tanggap. Silakan Dina dengan gaya tersendiri. Yang penting nyambung dengan tulisan yang dibaca. Bunda setuju. 😀

      Salam mesra selalu dan semoga berbahagia di hujung minggu ini.

  11. Saya setuju bu dengan tulisan diatas bahwa untuk memperlancar seseorang agar fasih menulis salah satu caranya adalah dengan berkomentar panjang. Memang tidak mudah. Kita diharuskan untuk membaca tulisan itu dengan seksama bukan sepintas lalu saja. Disinilah tantangannya terutama kadang kita kurang menguasai topik yang ditulis seseorang tersebut sehingga agak sukar untuk memberikan feedback atau masukan berkenaan dengan tulisan dimaksud. Takutnya komentar yang kita buat malah tidak nyambung dan membikin runyam. Kalau saya pribadi tergantung situasi. Kalau memang tulisan tsb memang harus dikomentarin panjang maka saya akan dengan senang hati mengomentarinya. Tetapi kalau memang tulisan tsb tidak harus dikomentari panjang lebar, ya mungkin cukup 2 atau 3 kalimat saja 🙂

    Salam persahabatan dari DUNIAKU DISINI :mrgreen:

    • Hai Ifan Jayadi…

      Membaca artikel terlebih dahulu sebelum menulis komentar memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi kedapa diri sendiri. Saya bersetuju dengan pendapat Ifan. Tidak mudah bagi mereka yang tidak suka membaca atau tidak punya masa untuk membaca.

      Budaya yang dikenal pasti dalam ngeblog adalah budaya yang sama di luar di mana ramai dalam kalangan kita kurang menerapkan budaya membaca kepada dirinya sendiri. Oleh itu, salah satu aktivitas yang mudah mendukung budsaya membaca ini adalah membaca blog yang penuh dengan lautan ilmu dan dihidang secara percuma tanpa mengeluarkan satu sen wang pun.

      Jika membaca dijadikan amalan dalam dunia blog, maka penulisan komentar menjadi satu wadah kepada apa yang menjadi tanggapan hasil dari bacaan kita tadi. Berkomentarlah dengan ada isi yang boleh dibicarakan. Jangan risau nyambung atau tidak nyambung, yang penting kita menulis dengan idea yang ada ketika itu. Buang sifat malu untuk menulis komentar panjang. Usaha menulis harus dilakukan agar pembaikan dlam penulisan bisa diparaktikkan.

      Terima kasih Ifan untuk kongsian yang berbobot dan selalu mencerahkan. Semoga selalu sukses dengan apa yang dihadapi dalam kehidupan ini.

      Salam mesra dan selamat berhari minggu. 😀

  12. Blog adalah sebuah buku alam maya. Ya, saya setuju sekali dengan pendapat Bunda Siti Fatimah Ahmad ini. Ibarat menulis buku, maka menulis di blog tak berbeda dengan berkarya. Begitu juga dengan berkomentar di postingan yang ada dalam blog. Sungguh, ini juga merupakan hasil dari pikiran atau perasaan seseorang setelah membaca sebuah postingan. Itulah kenapa saya suka membaca posting sebuah tulisan sekaligus beberapa komentar di bawahnya. Dengan demikian, komentar hendaknya senantiasa berkesesuaian dengan postingan yang dikomentari. Begitu, Bunda, pendapat saya, selamat ngeblog dan berbagi dengan sahabat blogger.

    • Salam hormat mas Amazzet…

      Di mana-mana wadah sahaja kita bisa menulis. Asal tahu kenapa kita menulis dan untuk apa kita menulis. Tentu sekali menulis itu untuk kita meluahkan apa yang ada difikiran dan mahu dikongsikan bersama orang lain.

      Karena itulah, menulis membuka ruang untuk kita melatih diri tanpa berguru kepada sesiapa. Hanya menulis menurut kata hati dan meluncur kata menurut kata fikir yang telah dirakam.

      Banyak faedah menulis komentar dengan panjang bagi mereka yang mahu melatih diri dalam fasih menulis. Mudahan tidak ada lagi yang hanya sekedar bicara secara basa basi jika mahu maju dalam penulisan.

      Terima kasih Amazzet atas sarana dan sokongan baik selama menulis di blog dan berbagi hikmah yang bermanfaat.

      Salam mesra selalu dan selamat berhujung minggu. 😀

  13. Asm….
    tulisan yg bagus tapimaaf kmk sik pandei nulis panjang2.

    Hari ya kmk ke Jakarta sorang je. Insyallah mun di izinkan ke India jua sorang. Maksudnya sik ngembak ani tapi berjemaah juak dgn sidak lain.

    Ada hanim madah ada pesta benak. Ktk sempat gi ke? Kmk teringin nak nangar tapi belum ada rejeki.

    Alhamdullilah tadi sekeuarga ke Sg. Besar, Selangor ngantar sahabat bertunang. Nya baru masuk islam last 3 year kat Jogjakarta. Tempat nya studi. Kinek tok masih di hospital teluk intan. Tunangnya Dr. juak studi sama di Indonesia. Alhamdullilah keluarganya dtg juak walau masih beragama Hindu. Maknya nyarong cincin tek.

    Salam buat semua.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Faisal…

      Hehehe… lamak tok sebenarnya kitak nulis nang panjang juak. Panjang pendek tulisan ya bergantung dengan apa yang nak dipadah. Sik boh bingung gilak nak nulis banyak nei. Tulis ajak. Kinik tok pun kitak dah nulis panjang. Kira o.k lah ya.

      Alhamdulillah, rezeki kitak dalam perjuangan dakwah dapat pegi sia sitok. Mudahan selalu selamat dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt.

      Kamek sik balit kampung masa pesta Benak ari ya. Gago dengan kuliah sidak cikgu yang ambik PPG/PJJ (Program Pensiswazahan Guru/ Pendidikan Jarak Jauh). Kelas dari pagi sampei petang. Lelah juak sik ada rehat.

      Syukur dengar kebaikan dalam majlis pertunangan kawan kitak. Demikianlah mun Allah nak berik kebaikan buat sesiapa yang dikehendakinya. Mudahan orang tua kawan kitak ya diberi hidayah oleh Allah swt.

      Terima kasih betah berkunjung agik untuk nyampei berita kitak orang di sinun.Ada pegi nangar rumah baru Piankah ? Nya madah dah siap, cuma belum serah kunci agik.

      Selamat bergembira di penghujung minggu dengan Ani dan anak-anak di Teluk Intan dan dilindungi Allah selalu. 😀

  14. Assalamualaikum wr.wb.Bunda

    Saya mendapat pencerahan dari tulisan bunda ini, dan juga dari komentar2 bunda diblog saya. Memang tidak sedikit orang yang asal komentar saja tanpa mau membaca seluruh isi tulisan yang tulis oleh pemilik blog. Penulis blog akan merasa senang jika mendapat komentar yang panjang selama sesuai dengan topik tulisan.Karena penulis blog juga ingin mendapat respon dan masukan dari tulisan yang tulis. Tidak sedikit tulisan diblog yang bersifat opini yang tentu saja tidak selalu objektif. untuk itulah para pembaca diminta untuk berbagi pengalaman dan masukan sebagai bahan bagi si penulis untuk menambah ilmu.

    Salam dari Jogja

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Aan…

      Alhamdulillah, hanya tulisan ringan yang biasa dilakukan sendiri untuk dikongsikan bersama sahabat semua.

      Bener, saya setuju dan yakin semua pemilik blog mahukan masukan bermakna dari blogger pelayar terhadap apa yang mereka tulis sebagai satu sokongan dalam menghasilkan idea2 lebih mantap.

      Mudahan budaya menulis komentar dengan panjang bisa diaplikasi sebanyak mungkin sebagai usaha permulaan dalam fasih menulis.

      Terima kasih Aan untuk pandangan yang mencerahkan minda.
      Salam ceria. 😀

  15. Assalamu’alaikum bunda siti…
    semoga bunda dan keluarga selalu dalam sehat..
    Afwan saya baru bisa berkunjung..banyak kesibukan menjelang kenaikan kelas hingga tahun ajaran baru juga adanya amanah pekerjaan yang lebih banyak membuat saya sulit sekali membagi waktu untuk online..alhamdulillah beberapa hari ini ada sedikit waktu luang shg saya dapat mengobati kerinduan saya didunia blogging dan dpt berkunjung ke shabat blogger.

    Dalam memberikan komen, memang ada yang suka simple namun ada yang suka memberikan komen panjang..saya paling senang jk ada yang komen panjang yg positip dan nyambung diblog saya.

    idealnya komen harus nyambung, postip dan tidak sekedarnya atau asal saja, dengan harapan dapat memberikan masukan, pendapat dan berbagi info sehingga artikel yang ditulis menjadi lebih dikembangkan.

    Nice post bunda…thanks
    salam hangat untuk bunda dan keluarga…

    • Wa’alaikum salaam wr.wn, Ummu Rizka…

      Alhamdulillah, saya sihat dan baik sahaja, mbak. Terima kasih atas doanya dan didoakan kembali mbak demikian sama. Senang rasanya dapat kembali bersilaturahmi setelah sekian lama tidak mendengar khabar atas kesibukan melanda kita. Terubat juga rindu di hati.

      namun begitu, kasih sayang Allah jualah yang masih menautkan persahabatan maya kita ini. Semoga segala urusan mbak dimudahkan Allah walau apa juga kerjaannya. 😀

      Iya mbak, komen nyambung dengan posting pemilik blog bisa menambah kebaikan kepadanya kerana ulasan atau review yang dikongsikan, tentunya bermanfaat untuk disemak kembali. panjang atau pendek komentar seseorang bergantung kepada idea yang dilampirkan ketika itu. Tujuan menulis ini adalah untuk melatih, memahir dan mendidik kita agar cekap dalam berfikir dan menjana idea.

      Selamat kembali ngeblog mbak. menulislah selagi masih berkemampuan untuk melakukannya sebelum masa sibuk melingkari kehidupan kita. Mudahan usaha yang sedikit ini bisa menjadi jariah kita di akhirat kelak. Aamiin.

      Salam hangat kembali dan senang menerima kunjungan mbak di sana. 😀

  16. Assalamu’alaikum .. Bund..

    Aku tersentil Bund.. hehehe aku tidak pandai komentar panjang, takut tidak nyambung dengan postingan,, juga takut yg empunya blog tidak suka, tapi setelah membaca postingan Bunda di atas, sepertinya membuka wawasan ku lebih luas.

    Untuk selanjutnya, aku akan berusaha komentar panjang seperti yang Bunda sarankan, trimakasih Bund udah berbagi ilmu pemikiran, selama ini aku selalu bertanya-tanya, kenapa Bunda selalu komentar panjang, tapi hari ini tanya itu terjawab.. 🙂

    salam sayang selalu dari Jakarta.. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitr4y…

      Hehehe… tidak berniat mahu menyentil Fit, kok. Maaf kalau sudah merasa sentilan itu. 😀

      Kalau dengan blog bunda ini, Fitray nggak usah takut berkomentar panjang. Ahhh.. gapapa kalau nggak nyambung tulisannya ama bunda. Tulis aja yang bisa difahami dan disukai Fitray. Semuanya bisa membuat bunda senang.

      Bunda menulis untuk meraikan tulisan Fitray dan teman blogger yang lain. Hanya dengan berkomentar sedemikian, bunda memberi penghargaan untuk kelahiran idea yang dikongsikan. Bukan mudah untuk memikir banyak perkara yang sesuai untuk dipaparkan kepada khalayak. tentu sekali apa yang terbit adalah yang terbaik yang menjadi milik minda penulisnya.

      Terima kasih Fit, sudah memahami cara fikir bunda. Selamat menulis dan tulisan Fitray juga sangat baik dan selalu memberi inspirasi buat bunda dalam menulis.

      Salam sayang kembali buat Fitray di Jakarta. 😀

  17. wah, saya jarang comment panjang-panjang… soalnya kalo mau panjang, lebih baik menulis tulisan yang baru saja.
    tapi tulisan ini cukup provokatif, membuat pembacanya mencoba untuk menuliskan komentar yang panjang-panjang hehhe….

    misalnya saya, mau nulis komentar yang panjang, tapi bingung apa yang mau ditulis. tapi karena sudah terprovokasi judul tulisan ini, saya jadinya mau nulis komentar yang panjang.

    pada intinya, saya setuju dengan komentar panjang, meski tidak mutlah setiap berkomentar harus panjang.

    saya juga suka kutipan ini:
    kita menulis komentar dengan panjang sesuai dengan kemampuan dalam membincangkan isu yang ditampilkan agar kemahiran menulis kita semakin meningkat. Upaya otak kita semakin cerdas dalam menghasilkan pendapat sama ada pro dan kontra. Buka ruang minda anda kepada perkara yang mudah dalam menulis. Jangan dipayahkan. Anda akan dapati MENULIS SANGAT MUDAH bagai alur sungai yang mengalir tenang menuju destinasinya tanpa ada sebarang halangan.

    • Tidak apa Dhedhi, kalau tidak komen panjang-panjang. Iya, ternyata postingan ini secara tidak langsung punya pengaruh tersendiri kepada para komentator untuk curhat tentang tulisan komen mereka selama ini. Secara tidak langsungnya, sudah ada usaha memahami dan mencoba. 😀

      Hehehe… ternyata Dhedhi juga terkena getah pada tulisan ini sehingga mampu menulis panjang yang selama ini tentu jarang dilakukan. makanya, saya sangat beruntung kerana menulis tentang hal ini. manfaatnya sudah nampak dan memberi kebaikan kepada semua.

      Tidak mengapa kalau tidak berkomentar panjang. Komentar pendek kalau memberi makna dan nyambung pada posting yang mahu dikomenkan sudah memadai bagi mereka yang tidak cukup waktu untuk berlama di posting itu. Terserah kepada komitmen masing-masing. Yang pentingnya sudah berkongsi apa yang ada diminda.

      Terima kasih Dhedhi atas apresiasi kepada tulisan saya, juga kunjungan yang dialu-alukan.

      Salam ceria selalu. 😀

    • Hai Ikakoentjoro….
      Alhamdulillah, jika keinginan sudah ada, hendaklah diteruskan dengan berdikit-dikit rangkai tulisannya. Insya Allah, akan panjanglah ia.

      Yang penting cukup ide untuk menukilkan kata. Fahami apa yang hendak ditulis. Itu sahaja Ika. Selamat mencoba di lain masa ya. 😀

      Salam kenal kembali dan terima kasih sudah bertandang kemari. Semoga beroleh manfaatnya. 😀

Leave a reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.