Tag Archive | Kelebihan membaca al-Quran

CT118.CABARAN HAJI (5): KHATAM AL-QURAN DI MASJIDIL HARAM, MAKKAH

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Ibnu Mas’ud r.a mengatakan, “perbanyakkanlah oleh kamu menziarahi Baitullah sebelum ia diangkat dan sebelum manusia lupa akan tempatnya (Baitullah), dan perbanyakkanlah membaca al-Quran sebelum ia di angkat.” – Al-Fakihy

Mengkhatam al-Quran di Masjidil Haram, Makkah merupakan azam yang banyak terpahat di hati para muslimin di seluruh dunia. Saya meyakini hasrat itu wujud di hati sesiapa sahaja yang mencintai al-Quran. Malah, banyak kisah-kisah tentang para hujjaj yang khatam al-Quran dirakam dan di tulis di media-media massa atau di blog-blog peribadi sebagai satu kenangan indah yang sukar dilupakan sedangkan jika dilihat secara mata kasar, perbuatan mengkhatam al-Quran di mana-mana pun adalah perkara biasa. Continue reading