Tag Archive | Istana Daun Retak

CT76. HADIAH DARI LANGIT (6) GUMAM ASA – SEBUAH KARYA AGUNG MASA DEPAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Apakah yang menarik tentang buku GUMAM ASA ini? “… pasti ada kritik tajam membangun dan akan sangat mencerdaskan – ASA”, pernyataan ASA yang membuat saya berfikir – apakah saya yang awam dalam dunia budaya dan sastera, layak mengkritik karya seorang tokoh sastera yang disegani ini sebagaimana yang diminta oleh ASA ?

Demikian persoalan pada  prasa akhir yang saya nukilkan dalam posting CT74. PENGHARGAAN BUAT PENULIS GUMAM ASA: ALI SYAMSUDIN ARSI  yang lalu.  (Sambil senyum), Saya tidak tahu mengkritik GUMAM saudara Ali kerana saya bukan seorang pengkritik. Seorang pengkritik harus tajam kata-katanya. Sinis penangannya sehingga melukakan hati dan rasa. Tapi bukan saya. Kata-kata saya sangat tumpul dan tidak mampu menghunus tajam kepada kumpulan GUMAM ASA yang punya kesaktian tersendiri dalam membela dirinya. Continue reading

CT74. PENGHARGAAN BUAT PENULIS GUMAM ASA – ALI SYAMSUDIN ARSI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

ALI SYAMSUDIIN ARSI (akronim: ASA) tidak pernah saya kenali sebelum ini. Nama beliau juga tidak pernah saya temui dalam blog-blog sahabat maya dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan seperti Ersis Warmansyah Abbas, HE. Benyamine, Hajriansyah, Randu Alamsyah dan Sandi Firly. Atau kerana tidak kenal maka nama itu hanya berlalu seperti angin jika pun pernah membacanya sepintas lalu. Tidak pernah dipeduli siapakah orang yang bernama ASA ini. ASA juga bukan seorang blogger. Maka tidak akan ditemui blog ASA di dunia maya. ASA adalah manusia yang berada dalam dunia nyata. Continue reading