Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
*
KEMAAFAN DI HARI MULIA
UNTUKMU dan SEMUA TEMAN PEMBACA LMGS G2…
Ramadhan bakal beransur pergi, Syawal menjelma di Aidil Fitri. Seikhlas hati saya menyusun sepuluh jari, memohon dimaaf kekhilafan diri, jika selama bersilaturahmi di medan penulisan ini:
terdapat kesilapan kata dalam menukil aksara, menguris rasa saat bicara tanpa bersemuka dan meninggalkan cela yang tidak disengaja, saya dengan penuh takzim memohon kemaafan di hari mulia.
Terima kasih kerana teman pembaca LMGS G2 sudi berkunjung selama ini untuk bersama meraikan ilmu yang dikongsi demi manfaat dunia dan akhirat kita. Semoga Allah redha dan mengampuni kita semua. Aamiin.
*
SALAM KEINDAHAN SYAWAL
MAAF ZAHIR DAN BATHIN
*
*
DEDIKASIKU UNTUKMU…
*
*
*
*
***************
22 Jun 2017 (Khamis)/ 27 Ramadhan 1438H/ 1.02 petang/Β Sarikei, Sarawak
*
AKU…. bersyukur atas kegembiraan yang dihadirkan dalam kehidupan ini walau ada rintangan yang ditakdirkan. Kisah hidup kita pasti menjadi kenangan setelah dibaca segalanya di hari kemudian nanti. Semoga banyak kebaikan yang kita baktikan selama menghuni di bumi ini.
*
– SITI FATIMAH AHMAD –
***************
DEDIKASIKU UNTUKMU…. Salam keindahan Syawal diucapkan dari hati terdalam. Maaf zahir dan bathin. Kegembiraanmu selalu ku doakan tanpa lelah agar kebahagiaan di hari mulia menjernihkan hati dan wajah. Senyumlah, walau di mana kau berada, senyummu selalu di sini…. DI HATIKU. Aamiin.Β Wassalaam. π
*
*
Assalamualaikum wr.wb, bunda Fatimah,,
Selamat bersuka cita menyambut Syawal, mohon ma’af untuk semua khilaf dan semoga kita diberi kesempatan bertemu Ramadhan.
Wa’alaikum salaam wr.ab, mbak Ysalma….
Aamiin Allahumma Aamiin.
Mudahan diberi kesempatan lagi oleh Allah untuk bertemu raamdhan tahun hadapan.
Selamat gembira juga menyambut ketibaan 1 Syawal esok, mbak. Yang lebih bahagia apabila bersama keluarga di kampung.
Salam Syawal yang indah dan terima kasih atas kunjungannya.. π
Assalamu’alaikum wr. wb,
Saya mohon maaf lahir untuk semua khilaf ya. Semoga bahagia dan berkah selalu hadir untuk kita π
Wa’alaikum salaam wr.wb, Rainhaniffa….
Aamiin Allahumma Aamiin. Saya juga demikian sama. Mudahan kebaikan selalu melingkungi kehidupan kita di dunia dan akhirat.
Terima kasih sudah berkunjung.
Salam Syawal yang indah. π
Assalamu alaikum wr, wb
akak Siti Fatimah dan keluarga selamat Hari Raya, semoga puasa kita dan amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT, aamiin
Mohon maaf lahir dan batin
Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda….
Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
Semoga semuanya diredhai Allah SWT dan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.
Terima kasih mbak atas kunjungan.
Salam semanis Syawal yang mulia. π
Selamat hari raya di syawal yg indah ini.
Terima kasih saudara Adam dan selamat untuk semua kebaikan yang diamalkan.
Salam sejahtera di bulan Syawal.
Selamat hari raya fitri 1438 H. Mohon maaf lahir dan batin mbak:)
Selamat Hari Raya juga dan bermaafan sesama kita juga, Meilani.
Terima kasih dan salam semanis lebaran. π
Assalamu’alaikum wr wb
selamat merayakan hari raya Idul Fitri
mohon maaf lahir bathin
semiga kita semua selalu mendapatkan keberkahan dan hidayah Allah swt… aamiin
salam buat puan Fatimah sekeluarga
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Bersapedahan….
Aamiin Allahumma Aamiin.
Mudahan banyak kebaikan yang diperolehi sepanjang hidup ini akan mendapat rahmat dari Ilahi.
Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim di Syawal yang indah.
Taqobalallah Minna waminkum
Taqobbal ya Karim
Mohon maaf lahir batin …
Selamat hari raya dan maaf zahir bathin juga.
Terima kasih mas Ilyas atas kunjunga.
Salam Syawal yang mulia.
ASSALAM DIK CT FATIMAH ..SALAM LEBARAN DIK CT N FAMILI MAAF ZHR BTN ..MOGA KEINDAHAN SYAWAL DIRAI DGN KEGEMBIRAAN
Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak dikasihi….
Aamiin Ya Rabb… alhamdulillah, bila bersama keluarga besar dan berkumpul hampir semuanya, itulah kegembiraan yang tidak terhingga di pagi Syawal yang mulia. Sangat seronok kak, walau dua tahun sekali bertemu.
Terima kasih kak atas kunjugan dan salamsihat dan manis selalu. π
Wa’alaikumussala warrakhmatullahi wabarakatuh… Minal aidzin wal faidzin aidzon mba.. Mohon maaf lahir batin mba Γ°ΒΒΒ dan mohon maaf juga baru buka pesan emailnya Γ°ΒΒΒ
2017-06-22 12:40 GMT+07.00, LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2
Alhamdulillah, dan terima kasih sudah berkunjung Rizky.
Salam Syawal yang indah. π