Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
*
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 2016 kepada seluruh teman pembaca LMGS G2. Semoga pengorbanan yang kita lakukan diberkati Allah SWT dan diterima sebagai amal ibadah di sisi-NYA. Aamiin.
*
MEMILIH TARIKH
Memilih tarikh akad nikah bagi pasangan pengantin amat penting kerana ia memberi makna yang dalam kepada keduanya ketika itu dan masa akan datang. Maka, kita dapati pelbagai tarikh yang membawa maksud tersendiri yang tentunya akan menjadi acara wajib untuk diraikan secara besar-besaran atau kecil-kecilan pada setiap tahun.
Saya juga tidak terlepas dari mencari tarikh yang amat bermakna buat pernikahan saya dan SPH baik tarikh pada tahun Masihi atau pada tahun Hijrah. Dalam pemilihan tarikh akad nikah, saya memilih tarikh pada tahun Hijrah. Tarikh tersebut sudah saya rancang lama sejak masih anak dara lagi agar menjadi satu kenyataan apabila saya berkahwin nanti.
Oleh kerana itu, tanggal 10 Zulhijjah dipilih. KENAPA ?… kerana saya ingin seluruh umat Islam sedunia meraikannya walaupun mereka tidak tahu bersama iringan takbir yang membesarkan Allah SWT. Lebih besar lagi cita-cita saya ketika itu adalah untuk meraikannya di bumi Makkah yang suci semasa menunaikan haji di kemudian hari.
*
*
20 TAHUN
SEPTEMBER TAHUN INI, 2016 mengambil giliran menempatkan takbir tanggal 10 Zulhijjah 1437 hijriyyah untuk menjadi saksi ke 20 ulang tahun pernikahan saya dan SPH untuk kesekian kalinya.
Sudah tentu semua ini dengan izin Allah SWT yang masih mengekalkan kasih sayang di hati dalam kesejahteraan di dunia dengan berkat doa yang dihimpunkan. Saya berharap kebersamaan ini akan kekal abadi tidak hanya berpisah di penghujung nyawa tetapi bertemu kembali di syurga firdaus nanti. Aamiin.
*
5 TAHUN YANG LALU
Alhamdulillah, 5 tahun yang lalu pada 10 Zulhijjah 1433H bersamaan 6 November 2011, BUMI MINA, MAKKAH menjadi saksi ulang tahun ke 15 pernikahan saya dan SPH yang sentiasa menjadi ingatan indah dalam hidup ini.
Hasrat menyambut ulang tahun perkahwinan di bumi Makkah, menjadi kenyataan dan ini sangat mengharukan. Terima kasih Ya Allah, semua ini atas izin-MU.
*
Saya bersama rakan satu khemah pada petang hari pertama di Mina
*
Alhamdulillah, inilah juadah yang kami beli untuk meraikan ULTAH ke 15 tahun di Kota Makkah.
*
Catatan 15 TAHUN tersebut, saya coret dalam CT132. 10 ZULHIJJAH: MINA, MAKKAH SAKSI 15 TAHUN. Kami berdoa untuk kembali lagi menyahut seruan Ilahi bagi mencapai redha-NYA dan berharap dapat menyambut ulamngtahun pernikahan yang entah ke berapa ketika itu nanti. Jika masih diizinkan, kesyukuran yang tinggi ke hadrat Ilahi yang mengabul segala doa.
*
*
*
*
10 ZULHIJJAH
Tarikh keramat 10 Zulhijjah di setiap tahun kami sambut dengan iringan gema takbir yang memecah alam sarwa jagat di masjid yang kami kunjungi untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha. Sungguh tempat yang menyuci hati dan menjernihkan jiwa.
Jika tidak balik ke kampung saya dan meraikannya di Masjid Bandar Sri Aman atau pulang ke Mukah dan meraikannya di Masjid Mukah, kampung SPH, kami hanya meraikannya di Masjid Al-Muttaqin, Sarikei.
*
*
*
*
DI MASJID LAIN
Sejak setahun yang lalu (2015) saya dan SPH meraikan ulang tahun pernikahan kami dan merayakan Aidil Adha di tempat yang lain jauh dari Sarkei dan kampung halaman. Anak sulung kami, Iffah (19 tahun) yang berada di Universiti Malaysia Sarawak tidak dapat pulang ke Sarikei kerana tidak ada cuti.
Oleh itu, saya dan SPH mengambil keputusan menyambut Aidil Adha dan meraikan ultah kami dengan menunaikan solat di Masjid Jamek Petra Jaya, Kuching.
*
*
Begitu juga tahun ini, saya dan SPH merancang untuk meraikan ulangtahun ke 20 di Masjid Darul Hana, Kampung Panglima Seman, Petra Jaya, Kuching yang baru sahaja dirasmikan bulan April yang lalu. Ini kerana sekali lagi anak sulung kami tidak dapat bercuti untuk pulang kampung.
*
*
INDAHNYA…
Ternyata indahnya memilih tanggal 10 Zulhijjah bagi saya sebagai tarikh pernikahan. Pastinya tanggal tersebut tidak pernah sunyi dari takbir yang membesarkan Allah SWT. Malah dapat diraikan di mana-mana masjid di bumi Allah ini. Saya dapat merasai keberkatan dan rahmat dari-NYA.
Doakan kebahagiaan saya dan SPH di dunia dan akhirat. Aamiin.
*
Foto Hiasan dari Google: Saya dan SPH bersama skuter VESPA Primavera 150 kami, tapi VESPA kami berwarna biru (sekarang sudah ditukar kepada warna merah pula…hehehe. 🙂
*
SALAM DARIKU
*
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
*
*
***************
8 September 2016 (Khamis)/ 6 Zulhijjah 1437H/1200 tengah hari, Bintangor, Sarikei, Sarawak
AKU…. bersyukur kepada-MU ya Allah atas segala kurnia yang baik dalam kehidupan ini. Semoga aku sentiasa dirahmati dan diberkati untuk mentaati-MU selagi nafasku masih berhela di muka bumi ini. Ya Allah, Engkau Tuhan Yang Maha Mengasihani hamba-MU.
– SITI FATIMAH AHMAD –
***************
*
DEDIKASIKU UNTUKMU…. Tika rindu padamu mengembang segala rasa, seluruh alam buana tercetak pelangi yang indah. Wahai sekuntum bunga wangsa… mengertilah, di situ ada HATIKU. Aamiin. Wassalaam. 🙂
*
*
wah bentar lagi dan SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 2016 juga siti
Selamat Menyambut Aidil Adha juga Win. Semoga sihat selalu.
Terima kasih dan salam manis. 🙂
semoga selalu diberkahi Allah subhanahu wa ta’ala, menjadi keluarga bahagia di dunia, dan kelak di syurga akan dipertemukan menjadi satu keluarga lagi
Aamiin Allahumma Aamiin.
Terima kasih Kang Nur untuk doa yang dilampirkan. Didoakan Kang Nur dan keluarga juga demikian sama. Aamiin.
Terima kasih dan salam sejahtera. 🙂
Wahh, happy 20th wedding anniversary, bu haji. Semoga bahagia selalu.
Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
Terima kasih mbak Frany dan didoakan kebahagiaan mbak juga.
Salam manis selalu. 🙂
Selamat Hari ulang tahun pernikahan… semoga sehat selalu dan bahagia selalu… 🙂
Aamiin Allhumma Aamiin.
Terima kasih Fahrizinfa sudah mendoakan kami. Didoakan anda juga sihat dan bahagia di sana.
Salam sejahtera. 🙂
Semoga selalu sakinah mawaddah dan rahmah ya Kak.
Itu yang foto berdua sama suami, di belakangnya ada kontingen Indonesia berbaju batik sedang melintas…
Aamiin Allhumma Aamiin. Terima kasih dik Dyah atas doa yang dihadirkan. Semoga Dyah juga mendapat ketenangan, kasih sayang dan rahmah dari Allah SWT juga. Aamiin.
Iya betul mbak, itu jemaah haji dari Indonesia. Di mana-mana tempat baik di Madinah atau Makkah, jemaah haji Indonesia mudah ditemui kerana jumlah mereka sangat ramai sekali.
Terima kasih sudah berkunjung dan salam mesra selalu. 🙂
Assalamualaikum wr wb, kak Siti.
Syabas, tahniah. Semoga selalu menjadi menjadi keluarga yang saling menyayangi selamanya.
Pemilihan tarikh pernikahan kak Siti dan SPH merupakan tarikh yang bagus, kerana taikh itu umat Islam di seluruh dunia meraikan dengan ucapan takbir dan syukur ke hadirat Allah swt.
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris…..
Aamiin Ya Rabb. Terima kasih atas lampiran doanya dan didoakan juga mas Alris sekeluarga selalu dirahmati Allah dengan kasih sayang-NYA.
Alhamdulillah, tanggal 10 Zulhijjah akan selalu meriah dengan kebesaran Allah SWT dan selalu dilalui selama hayat masih ada. Memang begitu hasrat memilih tarikh 10 Zulhijjah tersebut.
Salam takzim selalu. 🙂
Assalamu’alaikum wr.wb mba Fatimah…
Sungguh sebuah rencana yang matang pada awalnya ya mba Fatimah, betapa tidak, dalam pemilihan tarikh pernikahan yang amat mulia dan suci itu tepat pada 10 Julhijjah, dimana semua umat Islam merayakan Idul Adha dengan iringan suara takbir pada waktu itu, tentu ini merupakan momentum yang turut memberkati kelanggengan pernikahan mba Fatimah. Semoga ini, menjadi pernikahan yang pertama dan terakhir tentunya,amien.
Salam Idul Adha dan juga ultah pernikahan ke 20
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas AR Syamsuddin…..
Iya, sebaiknya rencana hidup masa depan harus dimulai sejak awal agar kita tahu apa yang perlu dilakukan. Hal ini akan memberi erti dalam perjalanan kehidupan yang tidak diketahui hasilnya. Hidup ini harus ditantang dengan cara kita berfikir.
Aamiin Allahumma Aamiin. Terima kasih atas doa yang dilampirkan untuk kesejahteraan kami. Insya Allah jika itu yang ditakdirkan Allah, pasti semuanya berlaku baik di dunia hingga ke akhirat. Didoakan juga mas AR Syamsudin memperolehi kebahagiaan yang sama.
Salam takzim dan maaf zahir batin.:)
Assalamulaikum warahmatullah…semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..
Selamat menyambut Aidil Adha kepada ummi siti fatimah dan keluarga…mudah-mudahan aidil Adha yang diraikan sentiasa membuahkan rasa izzah dan ubudiyyah kepada-Nya..Tidak lupa ucapan selamat ulang tahun pernikahan…semoga bahtera pelayaran ini sentiasa tenang dalam menongkah arus gelombang hidup…
Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan…..
Alhamdulillah, kami semua sihat wal’afiat dan didoakan Abu Ikhwan sekeluarga juga disejahterakan Allah dalam barakah-NYA. Aamiin.
Terima kasih atas doa yang disampaikan untuk kebahagiaan kami. Sudah tentu banyak pancaroba yang ditempoh sepanjang masa tersebut. Mudah-mudahan kebaikan akan menyusul di kemudian hari dalam rahmat dan baakah Allah SWT.
Salam Aidil Adha dan terima kasih sudah berkunjung. 🙂
Selamat ulang tahun pernikahan Kak, semoga jadi ladang amal bagi kalian. 🙂
Aamiin Allahumma Aamiin.
Terima kasih mas Wahyu untuk doa yang dilampirkan.
Mudahan kebaikan selalu melingkungi kehidupan kita di dunia dan di akhirat.
Salam takzim. 🙂
SALAM IDILADHA CT N FAMILI…TAHNIAH BERSERTA MERAIKAN ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 20…SEMOGA KEKAL BHGIA SELAMANYA…SUKA MEMBACA N3 CT N TURUT BERKONGSI KEGEMBIRAAN CT BERSAMA FAMILI TERCINTA.
Salam kembali kak Paridah Ishak….
Aamiin Allahumma Aamiin. Terima kasih kak atas doanya dan semoga akak sekeluarga juga begitu di dalam rahmat Allah SWT.
Salam manis dan senyum untuk akak. 🙂
Keren infonya…
Terima kasih atas apresiasinya.
Salam kenal Kebaya Wisuda. 🙂
Barokallah.. semoga ikatan terus berbahagia hingga ke jannah.
Selamat hari raya qurban juga dari kakak – hari last tasyrik hari ini CT.
Maaflah kakak agak busy sekarang. Maklumlah anak-anak bercuti, kerja pula banyak.:)
Aamiin Allahumma Aamiin….
Terima kasih Kak Zakie Purvit untuk doa yang dihadirkan. Semoga akak sekeluarga juga dalam kebahagiaan di bawah rahmat Ilahi. Aamiin.
Tidak apa kak, cuti seminggu ini harus dimanfaatkan bersama anak-anak yang jauh kerana bersekolah. Saya pula sibuk dengan berkebun. Sedang menggembur tanah di belakang rumah untuk menanam sayur cekur manis, serai dan jagung. Mudahan menjadi dan merasai hasilnya. 🙂
Terima kasih kak dan salam mesra selalu. 🙂
waktu memang tak terasa berjalan dengan cepat .. tak terasa sudah 20 tahun pernikahan …. selamat ulang tahun pernikahan ya puan Fatimah semoga langgeng, berbahagia dan selalu mendapatkan keberkahan Allah swt …. senangnya merayakan ulang tahun di mesjid … ide yang bagus ,,, saya jadi terinspirasi untuk menerapkanya jufa di keluarga saya
Aamiin Allahumma Aamiin. Alhamdulillah, terima kasih sudah mendoakan dan didoakan mas juga bahagia bersama keluarga serta memperolehi rahmat Ilahi.
Merayakan ULTAH pernikahan di masjid sudah dilakukan selama 19 tahun kecuali di Mina yang berlangsung di Khemah Haji Mina. Silakan melakukannya di masjid bersama keluarga, pasti amat mengujakan dan terasa barakahnya.
Mudahan yang baik akan selalu membawa kebaikan dalam kehidupan kita di dunia dan di akhirat.
Terima kasih sudah berkunjung dan Salam takzim. 🙂
Assalamu’alaikum wr.wb.
Alhamdulillaah…, semoga keluarga semakin sakinan ya, Mbak Fatimah. Hari-hari bahagia dalam mawaddah wa rahmah. Seluruh anggota keluarga menjadi insan yang maslahah.
Salam ta’dzim dari Jogja.
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….
Aamiin Allahumma Aamiin. Alhamdulillah wa syurulillah. Terima kasih sudah mendoakan yang baik-baik kepada kami sekeluarga. Didoakan juga mas Amazzet serta keluarga selalu dilindungi Allah dan dikasihi-NYA di dunia dan di akhirat. Aamiin.
Salam hormat dan terima kasih sudah berkunjung. 🙂