Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
*
Kali terakhir menulis tentang Cabaran Haji ke 15 adalah pada 24 Mei 2014 (5 bulan) yang lalu. Posting CT253. CABARAN HAJI (15): SUKARNYA MENJAGA ADAB DAN PERGAULAN memberi pengajaran bahawa masih ramai jemaah hujjaj suami isteri tidak menghormati hak-hak sesama muslim dalam pergaulan selama di Tanah Suci.
Saya maklumkan di atas agar para pembaca yang baru mengenali dan pertama kali berkunjung ke LMGS G2 mengetahui penulisan berkaitan haji yang telah lama saya tulis bagi memberi gambaran situasi yang berlaku berdasarkan pengalaman peribadi yang boleh dijadikan panduan agar lebih bersedia untuk mengerjakan haji di masa depan.
*
PENJELASAN MAKSUD
Posting hari ini, saya tulis untuk mengimbau aktiviti harian saya selama tempoh haid ketika di Tanah Suci Makkah. Penggunaan perkataan “haid” saya tulis dengan jelas tanpa berselindung agar lebih difahami dan mencapai maksud yang hendak disampaikan.
Selain perkataan haid, saya juga menggunakan pelbagai istilah seperti uzur syar’ie, tetamu bulanan, tempoh bertenang, cuti rehat dan sebagainya mengikut kesesuaian ayat yang dirangkai. Semuanya bermaksud kedatangan haid.
Kita sedia maklum bahawa masalah haid sering “menghantui” segelintir muslimah yang hendak mengunjungi Tanah Suci bagi menunaikan Umrah atau Haji. Haid merupakan cabaran alamiah dan merupakan “Tetamu Bulanan” yang tidak dapat dihindari oleh para hajjah yang masih subur.
Saya telah menjelaskan tentang permasalahan haid pada posting CT119. CABARAN HAJI (6): HAID untuk panduan dan pengajaran kepada bakal hajjah yang merancang untuk mengambil ubat dan suntikan penahan haid.
Tulisan ini merupakan kesinambungan dari posting tersebut untuk berkongsi pula pengalaman saya dalam merancang pelbagai aktiviti yang bermanfaat sepanjang kedatangan haid (uzur syar’ie) sebanyak dua kali di Tanah Suci Makkah pada bulan Oktober dan November.
Saya yakin kebanyakan hajjah mempunyai aktiviti tersendiri yang sangat menarik namun berbeza dari segi perancangan dan idea. Aktivitinya juga bergantung kepada kewangan, kecergasan, kesihatan dan umur yang mampu dilaksanakan mengikut kadar masing-masing agar tidak merasa jemu sepanjang waktu uzur bersemi.
Maklumlah, apabila berada luar negara pasti kesempatan yang ada untuk meninjau ke mana-mana ceruk bumi Makkah atau Madinah tidak akan dilepaskan. Mungkin ini pemergian pertama dan terakhir yang pasti membawa sejuta kenangan untuk dikenangkan dalam lipatan sejarah. Jangan terperuk di kamar hotel sahaja sambil menjeruk rasa.
*
Khatam kitab terjemahan al-Quran sebanyak dua kali dalam tempoh dua kali haid selama 8 hari di bulan Oktober dan November. Alhamdulillah.
*
LAMBAIAN NAFSU
Sesampai di Madinah al-Munawwarah, saya mula memikirkan aktiviti yang bakal dilakukan sepanjang “cuti rehat” yang kebiasaanya selama 8 hari. Ia tempoh yang panjang dan tentu membuat saya rindu dendam untuk beribadah di Masjidil Haram terutama untuk menatap Kaabah, Baitullah setiap hari.
Saya tidak mahu dalam “tempoh tenang” tersebut menjadi pasif dengan bersantai-santai di bilik hotel sambil baring malas-malas atas tilam, berborak-borak dengan pelbagai kisah, makan-makan sambil menonton rancangan televisyen yang menyajikan banyak chanel pilihan antarabangsa.
Lebih memeranjatkan saya, sinetron (drama) Indonesia juga sampai ke Arab Saudi. Saya mengenali sinetron tersebut kerana sangat popular di Malaysia. Seorang teman sebilik yang sedang haid, menikmati rancangan ini sehingga saya menegurnya, cukuplah melihat drama tersebut di Tanah Air, jangan terbawa-bawa hingga ke Tanah Suci.
Sebaiknya kita menonton siaran TV Makkah Live dan TV Madinah Live untuk mengetahui perkembangan semasa di Tanah Suci. Teguran ini rupanya tidak disenangi sehingga membawa kepada suasana tegang dalam hubungan kami namun dapat ditangani segera dan kami berbaik semula. Alhamdulillah. Mungkin ini bawaan emosi yang sensitif dan kurang stabil ketika haid.
Dalam tempoh 8 hari, saya juga tidak mahu menjadi aktif dengan berlama-lama di luar hotel untuk membeli belah sepanjang masa. Tarikan beli belah ini amat besar. Tempat jualan sangat banyak bagai cendewan tumbuh selepas hujan. Di mana-mana kita melihat orang berjualan dari jualan kaki lima, kedai biasa, supermarket hingga ke mall mewah.
Semuanya tersedia bagai menatang minyak yang penuh kepada para tetamu Allah untuk berurus beli dengan mereka terutama kaum hawa. Walaupun itu bukan tujuan kita datang ke Tanah Suci namun kesempatan tersebut terbuka luas untuk dinikmati dan tentunya sukar untuk dikawal jika hati bagai dipanggil untuk ke sana. Jiwa bagai dilambai sayu untuk mendekati.
Saya tidak terkecuali dalam hal ini, tetapi berhati-hati untuk tidak terpengaruh dan membeli apa yang difikirkan perlu. Saya dan SPH lebih senang melakukan aktiviti “window shopping” sambil menikmati suasana keARABan yang ada di sekeliling selain memerhati budaya pelbagai bangsa dari seluruh dunia.
*
“Window shopping” di kompleks beli belah mewah berhampiran Dataran Masjidil Haram
*
Bahagian dalam kompleks beli belah mewah yang rata-rata barang jualan adalah dari luar negara dan mahal harganya.
*
Membeli belah apa yang patut di kedai-kedai biasa di lorong dan jalan sekitar pekan yang berdekatan dengan harga berpatutan dan dapat ditawar murah.
*
Aktiviti Ziarah Makkah di Padang Arafah
*
PERANCANGAN DAN AKTIVITI
Tidak semua perancangan itu sudah disisip awal di kotak minda (fikiran). Malah tidak pernah terfikir pun semasa di Tanah Air tentang aktiviti yang bakal dilakukan jika saya didatangi haid kerana inilah pertama kali saya menjejakkan kaki ke Tanah Haramain dan tiada sebarang maklumat tentang ini.
Ada juga aktviti yang dilakukan secara spontan dan terus dijalankan. SPH sentiasa memberi kerjasama dan sokongan atas setiap perancangan yang saya inginkan. Yang penting, saya tidak berlama-lama di dalam bilik hotel yang tentunya membuat saya bosan dengan menunggu jam berjalan begitu sahaja.
Semua aktiviti semasa uzur syar’ie akan saya tulis dalam beberapa episod di bawah tajuk TETAMU BULANAN MAKKAH. Perancangan dan aktiviti yang dilakukan telah dimanfaat semaksima mungkin agar tidak sia-sia dan terisi dengan pengajaran yang boleh dikongsikan bersama.
Saya sangat menghargai setiap aktiviti yang saya rancang. Kerjasama SPH yang memahami sikap saya yang suka berjalan-jalan dan sentiasa aktif banyak membantu untuk menjayakan aktiviti “tetamu bulanan” dengan berkesan. Aktiviti tersebut memberi kepuasan tersendiri kerana terisi dengan pengajaran dan ibrah yang bermanfaat.
Di sini, saya dapat belajar mengenal diri dengan sebaiknya, mendidik hati dengan bersabar ketika berhadapan dengan emosi, menjaga akhlak jangan tersasar dalam berkomunikasi dan selalu kembali kepada Allah SWT dengan fitrah yang bersih suci bagi mencapai keredhaan-NYA.
Antara aktivti yang saya tekuni semasa haid ialah membaca kitab Terjemahan Al-Quran, membaca buku, Ziarah Makkah, menghitung jumlah pintu masuk ke Masjidil Haram, membeli belah dan “window shopping”, mengambil air Zam-Zam, menemani SPH solat di Masjidil Haram, bersantai di Dataran Masjidil Haram dan sebagainya.
Semua aktiviti ini mempunyai kisah tersendiri yang menarik untuk dikongsikan. Pengalaman saya tidak bermaksud lebih baik dari orang lain kerana masih banyak kekurangan dan kelemahan yang tidak dapat saya hindari sepanjang melewati tempoh haid tersebut.
Perkara ini bukan baru dan telah banyak ditulis oleh para hajjah yang lebih dahulu ke sana dari saya. Hanya cara penyampaian dan gaya tulis sahaja yang berbeza. Mudahan bermanfaat jika ada yang boleh diambil sebagai pengajaran. 🙂
*
Pintu utama bangunan baru Masjidil Haram.
*
Aktiviti menghitung jumlah pintu masuk ke Masjdil Haram yang menghidangkan pelbagai cabaran dan pemandangan tentang kehidupan tetamu Allah di Dataran Masjidil Haram
*
KEPADA KAUM LELAKI
Anda harus memahami kondisi dan situasi ibu, isteri atau saudara perempuan yang sedang dalam haid. Perubahan hormon akan berlaku dan anda harus banyak bersabar menangani sikap mereka dengan banyak memberi nasihat dan peringatan secara berhikmah dan penuh kasih sayang
Selain itu, ujian Allah SWT pasti berlaku di mana-mana bagi menguji kesabaran jiwa dan ketahanan mental ketika sedang berhadapan dengan emosi wanita yang sedang didatangi haid. Banyak perkara yang tidak diduga akan berlaku tanpa kita sedari di Tanah Suci.
Semua ini berpunca dari hati yang kurang dibasahi iman dan tidak disirami ilmu. Jika akal menjadi bual, maka tidak ada bekal taqwa yang mampu mengawal diri dari berbuat perkara yang memalukan sedangkan kita sudah bergelar haji dan hajjah dalam konteks ibadah kemuncak dalam Rukun Islam.
*
Menikmati keindahan Abraj al-Bait Royal Clock Tower di Dataran Masjdil Haram
*
*
***************
5 November 2014 (Selasa)/ 11 Muharram 1436H/ 10.48 malam, Sarikei, Sarawak
AKU….. pasti akan sampai waktunya pada detik yang ditentukan, perpisahan pastikan menjelma tanpa satu saatpun dapat dihindari kedatangannya. Berbekalkan iman dan taqwa, kita harus redha dan bersedia menghadapinya. Jika aku pergi dahulu darimu, jangan ada setitis pun air matamu mengiringi pemergianku. Biarkan ketenangan dan kedamaian bersamaku di sisi Kekasih Abadiku. Aamiin.
– SITI FATIMAH AHMAD –
***************
*
Dedikasiku Untukmu… Hati itu milik Tuhan bukan milik kita, yang mampu membolak balik sesuai dengan apa yang kita inginkan. Hanya Allah yang mampu menguasai hati kita. Oleh itu, mantapkan hati dengan keikhlasan. Doaku untukmu selalu ada di sini… DIHATIKU. Wassalaam. 🙂
*
*
JIKA MATA TAK KUASA MEMANDANG, DI HATI AKAN TENTERAM
*
Subhanallah Info yang sangat berguna ini …
Alhamdulillah, semoga bermanfaat.
Terimakasih kang dan salam sejahtera. 🙂
Sayah ikutan nyimak dan baca post abaran haji ini
Yah Kak Siti.. terima kasih sudah share yang bermanfaat 🙂
Alhamdulillah, silakan Kang Saud.
Mudahan bermanfaat. Terima kasih dan salam sejahtera. 🙂
ketika haid bukan meninggalkan smeua ibadah ya bunda. masih bisa khatam hebat. TErima kasih sudah diingatkan ya bun
Alhamdulillah, tidak ada apa yang menghalang kita untuk berbuat ibadah di Tanah Suci apabila disertai ilmu dan pengetahuan sebelum melakukannya. Tentu lebih menarik hidup di rantau orang dengan banyak melihat dan melaluinya sendiri dengan berjalan-jalan.
Terima kasih kembali mbak Lidya dan salam manis selalu. 🙂
Wah very cool report. Saya baru tau nih kalau banyak sinetron (drama) Indonesia juga sampai ke Arab Saudi. Hmmm Very interesting indeed
Sarawakian? Excellent I have many friends in Kuching and Sarawak. I used to visit Kuching twice. Sarawak is a good place to live on. Malaysia is awesome country for the world to see. Tahniah
iya, memang asli Sarawak. Alhamdulillah, mas Asep sudah berkunjung ke Sarawak. pasti ada yang menarik di Kuching sehingga berkunjung dua kali.
Orang Sarawak juga ramai yang pernah ke Pontianak tetapi saya masih belum sampai ke sana lagi. Hanya sampai ke post sempadan di bahagian Serian sahaja iaitu check point Tebedu. Pasti itu pintu utama mas Asep ke Kuching, ya.
Iya benar sekali. Alhamdulillah
Yang terakhir Nopember 2009 saya trip 2 hari di Kuala Lumpur. Menghadiri Youth Engagement Summit di Putra Jaya Convention Centre. KL is a fine city, and very cool one. I Miss KL always
Alhamdulillah, KL memang menarik untuk di lawati terutama Putrajaya, pusat pentabiran kerajaan Malaysia yang dianggap bandar pintar, sangat bersih dan menarik bangunannya dengan susun atur yang kemas. Mudahan akan sampai lagi ke Kuala Lumpur.
Terima kasih dan salam ceria. 🙂
Begitu juga saya saat menonton beberapa minit di dalam bilik hotel di Makkah.
Terima kasih datang berkunjung kemari dan salam kenal mas Asep. 🙂
Assalamualikum Bunda Fatimah,
Senang membaca pengalaman ini, mudahan bisa dijadikan bekal bila masa berkunjung ke Baitullah.
Haid bukan pembenaran untuk berdiam di kamar terus ya.
Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…
Begitulah mbak, jangan pasif semasa dalam haid. Jalanilah kehidupan seperti biasa. Kita cuma tidak dapat memasuki Masjidil Haram sahaja. Rancang aktiviti menarik agar tidak bosan duduk berlama-lama di dalam hotel.
Apa yang saya perhatikan, ramai para hajjah lebih senang bersantai di dalam hotel dan persekitarannya sahaja. Namun dikecualikan kepada hajjah yang kurang baik kesihatan dan uzur fiziknya.
Mudahan bermanfaat mbak. Terima kasih dan salam manis selalu. 🙂
tentu aktivitas pada saat haid menjadi terbatas, terutama untuk melaksanakan sholat dan atau mengaji…tapi tentunya harus tetap semangat dong 🙂
Iya benar untuk batasan itu hanya untuk solat dan membaca al-Quran. Sebenarnya peluang yang lebih banyak dapat dilakukan ketika haid seperti yang saya lakukan di atas mengikut kesukaan kita. para suami harus memahami tentang hal ini. Barulah hidup di rantau orang akan lebih bermakna.
Terima kasih kang dan salam sejahtera. 🙂
Terima kasih telah berbagi, bunda fathimah 🙂
doakan nisa agar kelak bisa ke Tanah Suci juga…
Terima kasih kembali Nisa. Bunda doakan hasrat murni Nisa akan dimakbulkan Allah SWT suatu hari nanti. aamiin.
Salam manis buat Nisa. 🙂
assalamualaikum wr wb
bunda fatimah
kali ini saya menyoroti mall yg berada disana.. megahnya sangat ya bund 🙂
salam
Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr…
Iya memang mewah dan harga barangannya juga mahal sehingga saya fikir seperti peniaganya mengambil kesempatan atas jutaan jemaah haji yang datang dengan berwang.
Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera. 🙂
Waalaikumsalam Bunda Fatimah,
masa Haid ini termasuk tanda keistimewaan seorang perempuan di banding lelaki,
seorang laki-laki harus memahami masa tak stabil hormon itu,
sangat bermanfaat Bund. Salam 🙂
Iya benar Dizaz, lelaki harus belajar memahami kondisi wanita dalam haid agar tidak ada salah faham tentang perubahan tingkah laku mereka.
Semoga bermanfaat dan terima kasih.
Salam ceria. 🙂
Assalamuaikum kak Fatimah
Alhamdulillah dapat pencerahan lagi disini, memang hal itu sudah merupakan fitrah yang harus kita syukuri ya kak. Haid bukan berarti menjadi halangan untuk melakukan sesuatu, namun memang ada rukun yg tak wajib harus dilakukan.
terima kasih ya kak sudah berbagi pengalamannya kekita kita 🙂
Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi…
Alhamdulillah, mudahan bermanfaat dan semuanya harus dilakukan dengan ilmu agar tetap berada dalam kehendak syariat. Banyak terjadi hal yang di luar jangkaan apabila emosi menemani sehingga akal jadi berantakan tidak keruan. Sebaiknya mengawal emosi semasa haid memerlukan kesabaran yang tinggi terutama di Tanah Suci.
Terima kasih mbak Sussi dan salam manis selalu. 🙂
salut denganmu Siti yang bisa membagi waktu
Alhamdulillah, banyak manfaatnya jika tahu apa yang hendak dibuat dalam waktu uzur selama di sana. Mudahan Winny juga mendapat kesempatan yang sama di kemudian hari. Aamiin.
Terima kasih sudah berkunjung dan salam manis slealu. 🙂
amin
Assalamuallaikum Kak Siti semoga sehat selalu sekeluarga amin
Subbhanallah info dan moment nya sangat mengesankan sekali
Nuansa di Kota Makkah yang sangat mengagumkan terima kasih
Atas perkongsianya salam santun dan ceria selalu wassalamuallaikum
Wa’alaikum salaam wr.wb, Saud Karrysta…
Alhamdulillah, saya dan keluarga sihat. Didoakan Saud dan keluarga juga sihat wal’afiat di sana. Mudahan dapat memberi manfaat untuk dijadikan teladan juga sempadan.
Salam santun dan cerian kembali. Terima kasih sudah hadir berkunjung. 🙂
Selamat pagi mbak Siti, apa kabar? semoga sehat dan bahagia selalu bersama keluarga, maaf saya baru berkunjung lagi ke blog mbak Siti
Terima kasih sudah disharing pengalamannya mbak, menambah info nih 🙂
Selamat pagi juga mbak Ely, semoga sentiasa dalam sejahtera dan sirahmati Allah SWT. Tidak apa-apa mbak, lambat atau cepat yang pentingnya kita saling ingat dan berkunjungan juga akhirnya.
Semoga perkongsian ini beroleh manfaat untuk panduan mbak akan datang jika berkesempatan ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah atau haji.
Terima kasih mbak sudah hadir menyapa kemari.
Salam manis selalu. 🙂
Assalamualaikum Mbak Fatimah. Salut atas kegigihannya dalam berbagi ilmu tentang haji. Selamat berakhir pekan.
Salam manis semanis gula aren dari Serpong 🙂
Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…
Alhamdulillah, hanya sedikit bekal ilmu dan pengalaman untuk dikongsikan bersama, mudahan bermanfaat buat mbak Evi dan teman lainnya sebelum berangkat ke Makkah.
Terima kasih mbak atas kunjungan dan semoga diberkati Allah SWT.
Salam semanis kurma untuk penghujung pekan yang hujan dan panas. 🙂
Assalamualaikum … bu siti …
Membaca post mu selalu dapat menambah ilmu dan wawasan baru … tulisanmu selalu bernas … terimakasih
salam dari Jakarta Timur
Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya…
Alhamdulillah, semoga beroleh manfaat
Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera. 🙂
Terima kasih atas tulisannya. Bermanfaat untuk saya.
Seringnya ketika haid memang terasa berlalai diri padahal banyak hal yang bisa dilakukan termasuk berhaji
Alhamdulillah, saya juga tidak terfikir aktiviti yang dapat dilakukan apabila didatangi uzur di Tanah Haramaian ketika di Tanah Air. Idea aktiviti itu hadir semasa di sana.
Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera. 🙂
Assalamu’alaikum wr.wb.
Alhamdulillaah, jumpa kembali di blog Mbak Fatimah dan mendapati postingan yang sangat bagus. Sehingga, kita semua memahami, terutama wanita, bahwa meskipun haid, namun tetap dapat melakukan aktivitas yang bermanfaat sebagaimana Mbak Fatimah jabarkan. Makasih banyak ya, Mbak. Salam dari Jogja, Indonesia.
Wa’alaikum salaam wr.wb mas Amazzet…
Sebenarnya, tidak ada yang menghalang kaum wanita melakukan aktiviti menarik semasa haid ketika di Tanah Suci, tetapi ramai yang memilih pasif, duduk di dalam hotel sepanjang masa. Bagi saya, hal begini membosankan kerana tidak ada pergerakan dan pengalaman sedangkan kita sudah jauh-jauh dari Tanah Air. Ambil segala peluang untuk berziarah.
Salam hormat selalu dan terima kasih atas kunjungan. 🙂
Assalamualaikum Hajah. Sewaktu saya menunaikan haji pada tahun 1432, masih ada pintu yg terus ke kws saie dan tidak melalui masjid. Jadi antara aktiviti saya sewaktu haid adalah duduk dan berdoa di kws saie
Wa’alaikum salaam wr.wb Aiharun….
Alhamdulillah, tahun yang sama (2011), kita menunaikan haji ya.
Sekarang pintu luar untuk ke tempat Saie itu sudah ditutupkan kerana pembinaan yang baru. Dikatakan oleh sahabat saya bahawa pintu yang ada sekarang hanya dibuka bermula dari pintu nombor 63 hingga pintu 93. Yang lainnya ditutup.
Terima kasih sudah berkunjung dan salam kenal. 🙂
ada pahala gantinya Bund