Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
*
22 SEPTEMBER… tarikh keramat diraikan setiap tahun. TAHUN 2014 ini, sambutan hari lahir saya sangat berlainan sekali. Ia dilakukan secara terpisah-pisah sebelum tarikh bersejarah itu tiba.
Saya merancangnya demikian kerana masa tidak berkompromi untuk diraikan bersama-sama keluarga sekaligus. Tidak seperti tahun-tahun yang lepas. Sambutan kali ini ternyata unik dan mengasyikkan kerana lain dari biasa.
*
KRONOLOGI SWEET SEPTEMBER
Sebagai perancang semua sambutan hari lahir keluarga, saya memastikan sambutan hari lahir saya juga meriah. Anak-anak sangat teruja sekali apabila tibanya tarikh lahir saya. Ieesyah kerap kali bertanya tarikh lahir saya dan memaklumkan ada hadiah istimewa buat saya tetapi rahsia. Hmmm...
*
NASI ARAB
……. 15 SEPTEMBER 2014 – Isnin, jam 1.30 petang di Kompleks Islam Sarawak, Bandaraya Kuching
Saya meraikan SPH dan anak-anak makan tengah hari dengan Nasi Arab. Kebetulan bercuti selama 2 hari di sana untuk mengambil anak sulung, Iffah pulang bercuti. Coretan ini sudah saya tampilkan dalam posting CT283. NASI ARAB (ARAB RICE).
*
KEK CHEESE TIRAMISU
……. 20 SEPTEMBER 2014 – Sabtu, jam 9.00 malam di rumah Sarikei.
Saya tidak membenarkan SPH atau anak-anak membeli kek kerana saya tidak yakin pilihan mereka menepati cita rasa saya. Walaupun SPH dan anak-anak tahu saya suka kek cheese tetapi mereka tidak tahu kek cheese yang mana satu saya inginkan. Saya lebih senang memilih dan membelinya sendiri.
Untuk tahun ini, saya teringin merasai kelazatan KEK CHEESE TIRAMISU (foto di bawah). Harganya RM72.00, memang mahal tetapi sesuai dengan keenakan dan kelazatan teksturnya yang mengasyikkan. Alhamdulillah.
Sambutan makan kek dilakukan pada hari Sabtu malam Ahad (20 September 2014). Majlis ini dilakukan awal kerana esoknya (Ahad) saya dan SPH akan menghantar Iffah kembali ke sekolahnya di Bandaraya Kuching.
*
Kek Cheese Tiramisu
*
HADIAH UNTUK MAMA…
*
Hadiah-hadiah dari SPH dan anak-anak tercinta, saya terima dengan hati yang sangat bahagia. Walaupun nilainya tidak mahal tetapi amat menyentuh hati dan mengharukan.
Bukan harga yang dilihat namun hati yang memberinya telah menghamburkan sejuta kasih sayang yang tidak terbilang hebat dari apa yang ada di dunia ini.
Hadiah ini diberi TIDAK pada tarikh 22 September. Anak-anak sudah tidak sabar menghadiahkannya kepada saya dan tidak mahu menunggu tarikh sebenarnya…. kempunan. 😀
*
Dari SPH. Minyak Wangi Silky Girl – aroma SunFlower
*
Dari anak sulung, Iffah. Idea kreatif Buku Skrap My Mother, 14 halaman beserta foto-foto yang menyentuh hati dengan petikan tulisan yang amat mendalam maknanya buat saya.
*
Petikan-petikan ayat yang amat bermakna buat saya dari Buku Skrap yang ditulis Iffah. Alhamdulillah wa syukrulillah.
*
Hasil kerja tangan yang kreatif dari Izzah, anak kedua. Dua gelang tangan getah yang sangat cantik dan berwarna warni.
*
Dari Muhammad, anak ketiga. “Mama, abang sudah puas berfikir apa yang hendak dihadiahkan untuk Mama. Sorry ma, ular inilah yang terlintas dalam fikiran abang semasa membelinya…hehehe.” Saya ketawa geli hati melihat hadiah tersebut. Muhammad memang anak yang lucu dan selalu ingin membuat saya ketawa riang.
*
Dari Ieesyah, anak bongsu. Keychain anak patung beruang yang comel dan cantik dan tempat simpan alat tulis berwarna pink yang menawan. Ieesyah selalu berusaha menjadi yang pertama dalam pemberian hadiah kepada Mama dan Abahnya. Hadiahnya pula mesti lebih banyak dan lebih cantik berbanding kakak dan abangnya.
*
KEJUTAN
Poskad yang diterima pada hari lahir (22 September- Isnin) dari Jerman, kiriman dari mbak Ely Meyer. Satu posting khas saya tulis di CT285. POSKAD DARI JERMAN.
*
Satu kejutan apabila menerima kunjungan kumpulan Pengajian Bahasa Iban Sem.1 Ambilan Jun 2014 ke pejabat saya jam 10.30 pagi untuk menyanyikan lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOU. Mereka adalah pelajar saya untuk kuliah Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
*
Satu lagi kejutan apabila memasuki kumpulan Pengajian Bahasa Melayu Sem.6 Ambilan Jan 2012 , jam 9.30 pagi (23 September), saya disambut dengan dendangan lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOU. Mereka adalah pelajar saya untuk kuliah Pendidikan Moral Elektif.
*
Alhamdulillah, hadiah dari guru pelatih kumpulan Pengajian Bahasa Melayu 1, Semester 6, Ambilan Januari 2012.
*
Alhamdulillah, semalam (24 September) menerima hadiah Mug Besar berukiran Burung Kenyalang dari Kelab Pensyarah IPGK Rajang
*
Ada lagi kejutan apabila memasuki kumpulan Pengajian Matematik (SJKC ) Sem.1 Ambilan Jun 2014 , jam 11.00 pagi (25 September), saya disambut dengan lagu SELAMAT HARI JADI dan menerima Kad Ucapan Hari Lahir. Mereka adalah pelajar saya (semuanya berbangsa Cina) untuk kuliah Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
*
DIUCAPKAN….
*
SEPTEMBER YANG MANIS
Saya mencari sumber yang boleh menjelaskan karakter mereka yang lahir dalam bulan September. Saya memperolehi informasi menarik tentang karakter tersebut, hasil pemerhatian dan kajian oleh Datuk Dr. Mohd. Fadhilah Kamsah. Saya tersenyum membacanya kerana banyak karakter saya terangkum di dalamnya.
*
Karakter yang dimiliki oleh mereka yang lahir dalam bulan September hasil kajian dari pakar motivasi tersohor di Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Fadhilah Kamsah.
*
UCAPAN YANG MANIS
Semoga dengan umur yang semakin meningkat, saya mengharapkan kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan dalam seluruh kehidupan saya di dunia dan di akhirat. Amal ibadah juga semakin bertambah dengan amal kebajikan yang diharap dapat menjadi bekal di hari kemudian. Ya, Allah redhailah hamba-Mu ini.
Mudahan sepanjang umur yang dilanjutkan, saya dapat memberi banyak manfaat kepada sesiapa yang berada bersama saya di dunia nyata atau dunia maya. Terima kasih selalu mendoakan kesejahteraan hidup saya. Aamiin.
*
*
UMUR HANYA ANGKA YANG MENJADIKAN KITA SEMAKIN TUA
*
***************
22 September 2014 (Isnin)/ 27 Zulkaedah 1435H/ 10.30 pagi. Bintangor, Sarikei, Sarawak
AKU….. bersyukur atas segala kurnia dari Allah SWT dalam setiap catatan kehidupanku yang berwarna warni. Walau payah melangkah, tetap ku kerah demi cinta dan kasih yang diserah. Walau sukar merempuh, tetap ku teguh kukuh demi rindu dan sayang yang ditatang. Ya Allah, berkatilah umur yang hanya tinggal sejengkal ini untuk menuju kredhaan-MU. Aamiin
– SITI FATIMAH AHMAD –
***************
Dedikasiku Untukmu… di mana pun jua ucapanmu, ku pasti ada senyum kasih dan hati yang berbunga sayang. Terima kasih dari hatiku yang terdalam. Wassalaam. 🙂
Assalamualaikum Bunda Fatimah,
Selamat Ulang Tahun Bunda,
Semoga di beri keberkahan dan membawa kebaikan bagi semua yang bersentuhan 🙂
Wa’alaikum wr.wb, mbak Ysalma…
Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Terima kasih atas ucap selamat dan doa yang dilampirkan, Semoga keberkahan dan kebaikannya jua kembali kepada mbak sekeluarga di sana. Aamiin.
Salam manis selalu. 🙂
wah hanya beda 3 hari ya dengan saya, kalau saya tgl 25 september hari lahirnya… semoga panjang umur dan sehat selalu ya
Aamiin Allahumma Aamiin.
Terima kasih Jimmy untuk ucapan dan doanya. Didoakan kebaikan yang sama. Aamiin.
Diucapkan selamat ulang tahun kelahiran pada 25 September ini.
Salam sejahtera. 🙂
sama2 mbak terimakasih kembali
Semoga hari ini memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada Jimmy dengan umur yang barakah dan rezeki yang bertambah serta keluarga sakinan. Aamiin. 🙂
assalamualaikum mbk fatimah, selamat ulang tahun semoga panjang umur , sehat selalu dan barokah hidupnya untuk sesama. amien
Wa’alaikum salaam wr.wb, saudara Hafid…
Aamiin Ya zaljalaaliwal ikraam. Terima kasih atas ucap selamat dan doa yang disertakan. Mudahan keberkahan hidup dengan kesehatan yang baik juga diberi kepada saudara Hafid dan keluarga di sana. Aamiin.
Salam hormat takzim. 🙂
Assalamua’laikum … bu SFA …
dari pinggir kota Jakarta saya ucapkan ‘Selamat Ulang Tahun ya bu … Semoga selalu sukses dan senantiasa dalam lindungan Allah SWT. Amin …
Kalimatmu ini yang paling saya suka : ‘Bukan harga yang dilihat namun hati yang memberinya telah menghamburkan sejuta kasih sayang yang tidak terbilang hebat dari apa yang ada di dunia ini. … Nice … 🙂
Salam taqzim selalu …
Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya….
Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Terima kasih atas ucapan dan doa dari Soeman. Mudahan kita semua dilindungi Allah SWT di mana sahaja berada.
Kasih sayang tidak dapat dijual beli. Ia sesuatu yang mahal pada hati dan sentiasa mengikat jiwa sehingga ke mati. Maka, kita harus menghargai sesiapa sahaja yang telah dianugerahkan Allah SWT dalam hidup kita tanpa diberi syarat apa pun.
Salam sejahtera. 🙂
Alhamdulillah, ya Kak masih sampai pada usia yang kesekian dalam keadaan sehat. Semoga Allah SWT memanjangkan usia Kakak dalam keberkahan dan kebermanfaatan. Saya menebak inikah hari yang spesial di bulan September yang Kakak tunggu-tunggu itu? Sepertinya tebakan saya benar. 😀
Aamiin Allahumma Aamiin. Senang menerima doa dari Sophie. Mudahan kebaikan akan menuruti kita dalam keberkahan dan rahmat Allah SWT.
Benar, inilah September yang manis, pernah kakak jelaskan dahulu. Banyak lagi yang manisnya akan diceritakan. 😀
Salam manis selalu. 🙂
semoga umurnya barakah, sehat dan sukses selalu bunda, jadi mengenal nama anak2 bunda, bener2 so sweet
Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Terima kasih Dina untuk ucapan dan doa buat bunda. Mudahan Dina juga diberkahan yang sama, sihat dan sukses hendaknya.
Salam mesra selalu. 🙂
Aslmkm buat Sahabat yang jauh di mata dekat di hati …
Dikesempatan ini Lea titipkan ucapan SELAMAT HARI LAHIR buatmu yang tersayang …
Do’aku di kejauhan semoga hari ini yang bermula akan bertambah kerahmatan dan keberkatan dariNya dari semalam yang berlalu … Aamiin …
Salam teramat rindu buatmu yang sentiasa lekat di hati ini …
http://liachew.blogspot.com/2013/10/bertambah-usia-kita-maka-semakin.html
Wa’alaikum salaam wr.wb, Lea sayang…
Aamiin Allahumma Aamiin. Mudahan keberkatan dan kerahamtan Allah SWT selalu bersama kita di mana-mana ajak berada, Lea.
Terima kasih atas ucapan yang dilampirkan bersama doa dari jauh. Rindu bena kamek dengan dirik. Siney ajak pegi dirik lamak tok. Macam biskut chipsmore ajak, now you see now you don’t.
Udah kamek ke blog kitak. Penin kamek mbaca font tulisan kitak. langsung sik dapat dibaca. Nyuruh degree mata kamek nait ajak. Kamek baruk jak tukar cermin mata baru sebab degree dah nait agik.
Sigey gik, komentar di blog Lea sik dapat dicarik. Kamek selalu nak nulis komentar tapi sik tauk siney nak nulis. Frust juak ko, maklum dapat juak lepas rindu di sia.
Thanks Lea, semoga dilindungi Allah SWT selalu.
Rindu dan sayang kitak juak. 🙂
Assalamu’alaikum Wrmbth,
Selamat hari lahir pada ibu mu
Memang cantik blog fatimah.
Macam pelangi pula rasanya
Insyaallah akan bertandang lagi
Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Mazni…
Alhamdulillah wa syukrulillah atas ucapan dan penghargaan. Ini hari lahir saya bukan ibu saya…hehehe. Tidak apa kalau tersilap.
Silakan hadir lagi dengan senang hatinya saya alu-alukan sebagai menambah silaturahmi sesama kita.
Semoga berjaya dalam bisnes Kak Mazni di sana.
Salam manis selalu. 🙂
Oh, ibu merujuk kepada Puan Fatimah ya.
🙂 Maafkan saya. Jurang bahasa semenanjung dan Sarawak nampaknya
iya kak, tidak apa. Terkadang dalam satu rumah juga boleh tersilap faham. 😀
Pingback: CT285. POSKAD DARI JERMAN | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2
Assalamualaikum Wr Wb
Wah selamat ulang tahun ya mbak, semoga panjang umur dan sehat selalu 🙂
Wa’alaikum salaam wr.wb, Ditya…
Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Didiakan Ditya juga sihat dan sukses selalu.
Terima kasih juga untuk ucap selamatnya.
Salam sejahtera. 🙂
Assalamu’alaikum wr. wb, mbak Fatimah.
Walau agak telat, izinkan saya mengucapkan selamat berulang tahun. Semogalah selalu berada dalam lindunganNya dan selalu mendapat berkah dari Allah Yang Maha Kuasa.
Salam,
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…
Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Terima kasih atas doa dan ucapannya. Mudahan kebaikan juga melindungi seluruh keluarga mas Titik. Selamat atas wisuda anak sulong yang baru berlangsung. Mudahan dimurahkan rezeki atasnya. Aamiin.
Salam hormat. 🙂
Asss……
Sudah lama tidak mampir, hingga saya lupa memberikan selmat Haru Jadi kepada sahabat lama, semoga selalu berkah dalam kehidupan dunia akhiran bersama keluarga dan orang-orang yang dicintai ya bun.
Salam
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra Kesuma
Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Terima kasih atas doa dan ucap selamat yang dilampirkan. Semoga keberkahan hidup juga diberikan kepada mas Indra dan keluarga serta dirahmati Allah SWT hendaknya.
Salam sejahtera. 🙂
September , ada tanggal merahnya tuh 😀