Tag Archive | Rukun Syami

CT183. RAMADHANKU DI MASJIDIL HARAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

RamadhanMakkahFatima1MasjidilHaram

Pintu No.1, al-Malik Abdul Aziz – pintu pertama (utama) memasuki Masjidil Haram (bangunan baru) dari arah Menara Jam Makkah.

*.

DATARAN KAABAH

Degup jantungku berdetak dengan debaran yang tidak selari. Aku memegang dadaku dan terasa geraknya yang pantas. Tanganku hangat. Aku meraba wajah dan mencubitnya untuk merasai kebenaran tentang kewujudanku di sini. Walau sudah seminggu, aku seperti tidak percaya bahawa aku telah menjejak kaki lagi ke Bumi Makkah al-Mukarramah. Continue reading