Tag Archive | ibuku tercinta

CT69. SAHUR YANG GEMPAR

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Angin dinihari,   seakan menggigit kulit tubuhku yang tidak berbungkus selimut. Aku dapat merasai hembusan dinginnya yang lembut mesra menyentuh tubuhku sehingga aku menggigil kesejukan. Aku memerhati sekeliling untuk mencari selimut yang awal malam tadi telah kemas membalut tubuhku. Mataku meliar ke sana sini, tidak ada. Pandangan ku bertumpu kepada Ros (8 tahun) yang berbaring pulas di sebelah Hanim (4 tahun). Kedua-dua adikku sangat nyenyak sekali. Masing-masing dengan selimut sendiri. Selimutku tidak kelihatan di atas katil. Ini bermaksud tiada perebutan antara aku dan adik-adikku. Continue reading