Tag Archive | Hamba Yang Bersyukur

CT113. SOLAT YANG DIBOLEHKAN DALAM WAKTU LARANGAN

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Setelah memahami penjelasan yang dibincangkan secara ringkas dalam posting CT112. WAKTU LARANGAN SOLAT, saya akan menfokuskan lanjutan tentangnya berhubung dengan solat-solat sunat yang dibolehkan untuk kita melakukannya dalam waktu larangan. Solat-solat yang dibolehkan ini HANYA dilakukan ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU yang telah ditetapkan dalam syariat.

Namun begitu, terdapat perselisihan ulama Mazhab (Syafi’e, Hanbali, Maliki dan Hanafi) berhubung dengannya bersandarkan kepada hujah dan dalil hukum masing-masing. Untuk makluman, semua perbahasan berkaitan masalah Fekah di dalam tulisan-tulisan saya, keseluruhannya adalah merujuk kepada hujah yang dibahaskan dalam Mazhab Imam Syafi’e rhm. Inilah Mazhab yang dipegang oleh kebanyakan umat Islam di Asia Tenggara. Continue reading