PANTUNKU PANTUNMU

SalamFatima1Hijrah1435

PANTUN BUNGA HATI. Lama kau ku simpan dalam catatan kecil, kekuningan sudah warna baju yang membaluti tubuhmu kerana kau hanya ku lakar untuk tatapan mataku sahaja tanpa kongsian dengan sesiapa.

Kasihan… sudah sekian lama kau berada dalam dunia terpencilmu sehingga anai-anai itu meratahi setiap inci kulitmu dek manis ranum dan harum aroma bunga-bunga pantun yang ku coret pada dadamu. Sungguh… sejarah puluhan tahun itu menjadi saksi bisu menunjukkan lamanya kau berada dalam zaman persekolahan kanak-kanakku yang lalu.


PARA SAHABAT DAN PEMANTUN SEKALIAN:

Detik bersatunya koleksi pantun dengan laman blog saya ini, sebahagian lagi dari koleksi pantun ini diperolehi lewat kedewasaan dalam mengenal dunia kehidupan yang semakin global maknanya. Koleksi pantun dititip melalui catatan yang dimuatkan dalam majalah, suratkhabar, buku, kad ucapan, kad hari raya, surat, iklan dan laman web atau blog.

Yang lebih membungakan hati serta bermakna bagi saya, terdapat pantun yang saya kutip catatannya dari beberapa muzium yang saya lawati dalam negara dan selitan pantun yang dilantunkan melalui ucapan para pemimpin jua pengacara-pengacara majlis.


DAUN SELASIH DAUN SENDAYU TERIMA KASIH THANK YOU

Buat teman-teman yang sudi menghulurkan pantun atas rasa kasih persahabatan terhadap saya yang sering menadah pendengaran dalam setiap situasi dan kondisi yang membicarakan pantun sebagai catatan peribadi.

Koleksi ini…. buat tatapan, renungan, sempadan dan teladan bagi generasi muda yang sudah mula pudar pengertiannya tentang makna warisan kehidupan lampau yang penuh seni dan indah susunan bicara dalam komunikasi antara manusia.

*SalamFatima3SalamFatima

  15 OGOS 2010 (AHAD)/ 0420 PAGIBANDAR  SRI AMAN, SARAWAK


PANTUN WARISAN BANGSA


Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata SELAMAT DATANG
Awal BISMILLAH pembuka bicara

 
Wan Empuk Wan Malini
Duduk baik di gunung Singgalang
YANG BURUK tinggallah di sini
YANG BAIK bawalah pulang

 
Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat
 

 
Sungai Marasam jauh ke hulu
Tanjungnya berlipat-lipat
Berkirim salam kami dahulu
Berkirim surat tiada sempat

 
Terbang burung dari selatan
Dipuput angin sangga bayu
Bukalah surat dari lipatan
Lihatlah pantun bahasa Melayu



56 Comments

56 thoughts on “PANTUNKU PANTUNMU

  1. Buah Qurma, Buah Zaitun
    Empat Kali Empat Enam Belas
    Walau Saya Tak Pandai Berpantun
    Sempat Tak Sempat, Harap Dibalas.

    • Hai Azzahra…
      Wah tak sangka pantun ini juga mendapat sentuhan pertama dari Azzahra. Terima kasih ya menjadi yang pertama dan kenalan pertama… Seperti pernah menulis di laman ini dulu kayaknya.. 😀 Mudahan begitu.

      Beginilah jawaban saya:

      Walau lapar wajahku tetap berseri
      Buah kurma buah zaitun sebagai penggalas
      Pantunmu kubalas sebagai penyeri
      Ucapan terima kasih sebagai pembalas.

      Salam mesra dari saya. 😀

    • satu dua tiga empat
      lima enam tujuh delapan
      sungguh indah jua bersahabat
      kawan baik takkan terlupakan

    • Hai Masshah…
      Dengan senyum saya membaca pantun anda.
      Memang Massha kurang mahir berpantun. 😀
      Harus belajar lagi nih. Rugi tak pandai berpantun. Ia satu sendi bahasa yang indah.

      Tak pandai tak apa, saya boleh ajar
      yang penting ada usaha untuk mencari
      Terima kasih daun keladi mahu belajar
      Sudi berpantun di laman menulis gaya sendiri.

      Salam ceria selalu. 😀

  2. asalamualaikum bunda siti
    maksud hati ingin berpantun apa daya tak dapat merangkai kata kata ta apalah
    begitu tinggi seni bahasa dalam berpantun mungkin esok hari saya akan belajar bunda siti, dan tetap terjaga silaturahim
    terima kasih
    wassalam

    • Wa’alaikum salaam Yudasta..
      Hmm… tidak mengapa mas, boleh belajar sedikit demi sedikit. Yang penting mahu berusaha melakukannya. Cobalah lain kali. tulis dulu, lama-lama pasti akan menjadi.

      Saya menunggu pantunnya dari mas Yudasta.
      Kok namanya seperti nama orang jepang aja mas, apa asal usulnya dari sana ?

      Terima kasih ya, betah ke mari lagi.
      Salam mesra selalu. 😀

  3. Campur Bahas Melayu, Inggeris + Arab
    _____1______
    In Malaysia, every Makan (place),
    you find Makan (food)
    _____2______
    If you eat Nasi (rice),
    you will become Nasi (forgetful).
    _____3______
    Every 3 Ayyam (days),
    we take Ayyam (chicken).
    _____4______
    Kalankabut (macam Rumah Ankabut)
    Kelam-kabut (like Spider’s work)
    _____5______
    When you enter ‘babi’ (my door),
    I wont serve you ‘babi’ (pork)

    Salam mesra selalu

    • Saudara AzizMostafa….

      Subhanallah… indah sekali rangkap bicara Melayu + Inggeris + Arab di atas.

      Betapa bijaknya insan yang mengarang rangkai kata sedemikian. Hehehee… secara jujurnya saya tidak dapat membuat balasan kepada ungkapan di atas.

      Insya Allah, kalau tidak ada kesibukan nanti, saya akan berusaha mengolah pantun tentangnnya.

      Terima kasih saudara Aziz atas kebijakan dalam mengukir kata yang mengundang pencernaan idea2 yang bernas. Saya sangat menghargai kongsiannya.

      Salam mesra dari Sarikei, Sarawak. 😀

  4. Asam pauh delima pauh
    rama-rama bertali benang
    Mbak Siti jauh saya pun jauh
    Sama-sama kita mengenang

    Asam pauh delima pauh
    rama-rama di daun kelaras
    Mbak siti jauh saya pun jauh
    Sama-sama makan beras…(dimasak dulu dong :D)

    Orang melayu pandai berpantun
    berbudi baik sepanjang masa
    Maksud hati ingin berpantun
    Lidah kelu laksana…apa,ya?

    • Salam hormat mas Wajidi…

      Wah, ada jualan pantun di sini. Telah lama saya tidak membeli pantun. Begini jawaban saya. 😀

      Asam pauh delima batu
      Anak sembilang di tapak tangan
      Sama-sama jauh beribu batu
      Hilang di mata di hati jangan

      Nasi ditanak dalam kuali
      Diberi garam tentulah masin
      Senang di hati dapat mengenali
      Tuan yang jauh di Banjarmasin

      Orang Melayu pandai berpantun
      Berbudi baik sepanjang masa
      Maksud hati ingin berpantun
      Lidah kelu hendak berbahasa.

      Hehehe… harap berkenan dengan jawaban pantun yang dikarang seperti “instant noodle” ini. Bagus pantun dari mas wajidi di atas. Selamat berpantun lagi.

      Sekurang-kurangnya ilmu pantun saya masih mantap dan berkesan. Salam mesra dan senang dapat berpantun semula.
      Terima kasih dari saya. 😀

  5. Wah mirip kali mbak ini sama bu guru saya dlu wkt msh sekolah.

    Ikan kakap daun salam
    gulai buat untuk petang
    tak tau mw cakap apa
    yg jelas mau beri salam
    assalamualaiku mbak.

    • Hai Putra Tapsel…
      Mirip gimana tu Putra. Wajah atau minat ? 😀
      Kok pantunnya luar biasa nih… hahaha. Ini jawabannya.

      Daun salam bunga melati
      Terima kasih sudah beri salam
      Salam diterima dengan senang hati
      Wa’alaikum salaam dan selamat malam

      Hehehe, balasannya juga luar biasa ya.
      Salam kenal dari saya.

  6. assalamualaikum cikgu ct..

    buah kuini di luar pagar
    ambil galah tolong jolokkan
    diriku ini baru nak belajar
    minta cikgu tolong tunjukkan

    sebenarnya saya ni `buta it’.. tapi teringin pulak nak jadi seperti orang lain tu… ada foto di samping nama..
    hehe…

    terima kasih cikgu..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Tiara…

      Tiara budak baru belajar
      Minta saya jadi gurunya
      Insya Allah, senang hati untuk mengajar
      Asal rajin dan mahu menerimanya.

      Kenapa fotonya tidak keluar ya.
      Insya Allah, dari buta IT, akan jadi celik IT pula. Yang penting mahu belajar dan belajar terus. 😀

      Terima kasih kembali kepada Tiara untuk kembali menyapa.

    • Terima kasih mas Ilyas…
      Pantunnya kurang rima yang senada
      Walau bagaimana pun mencoba lebih baik dari tidak, kan.

      dua sekawan tiga sahabat
      empat jauh lima dekat
      demikianlah silaturahmi dijabat
      menambah ilmu supaya berkat

      Selamat berpantun dan mudahan mendapat kebaikan darinya.
      Salam sejahtera.

    • Subhanallah… mahu berbalas pantun gimana ni ya kang…
      Saya tidak faham langsung bahasanya kecuali masem aja. itu mesti bermaksud masam, kan. 😀

      Terima kasih udah berpantun di sini.
      Selamat semuanya dalam pantun berbagai bahasa.
      Salam kenal, kang. 😀

  7. Dari mana punai melayang,
    Dari paya turun ke padi;
    Dari mana datangnya sayang,
    Dari mata turun ke hati…je ileeeh

    ada lagi nih…

    burung fifit terbang ke jambu
    kalo di tembak knak dadanya
    kalo adik cinta padaku
    tunggu saja dalam kelambu…he he he…

    • Dari mana datangnya sayang
      Dari mata turun ke hati
      Hidup merana iman melayang
      Tidak dituntun dengan hati-hati.

      Maka, harus hati-hati dalam meletakkan sayang agar terpelihara diri dan iman kita. Ada pelajaran dari pantun di atas, Ujang.

      Masya Allah… bisa aja ada pantun yang membawa maksiat ya. Menggoda jiwa dan membuat hati jadi gundah dengan mudah jika tiada iman yang menjadi landasannya.

      Jika mencinta harus bertempat
      Jangan sembarangan nanti melarat
      Salah mencinta akan merempat
      Buruk padah dunia juga akhirat.

      Pantun juga memberi kita banyak nasihat dalam bahasa mudah yang bersirat makna jika kita faham pengertiannya.

      Terima kasih Ujang telah mengutarakan pantun sempadan untuk kita fikirkan bersama baik dan buruknya. Semoga Allah memberi manfaat atas apa yang ditulis.

      Salam ramadhan yang mulia.

    • 6 7 salam diterima
      Wa’alaikum salaam wr. wb, Irwan
      8 9 terima kasih sudi bersama
      Di ruangan pantun hati tertawan

      Hehehe… bisa berpantun juga Irwan ya.
      Silakan menelaah apa yang bermanfaat.
      Salam ceria. 😀

  8. sya ada pantun 🙂

    dua,tiga kuda berlari,
    sampai ke kedai belok ke kanan,
    terima kasih kepada guru yangku kasihi,
    atas tunjuk ajar yang kamu berikan.

    • Hai Nur Intan (cantik sekali nama pilihan dari Andrea. :D)

      empat lima kancil melompat
      sampai di simpang belok ke kiri
      Sama-sama kasih masih mengingat
      Semoga berjaya di kemudian hari

      Terima kasih atas pantun yang menyejuk hati. 😀
      Salam mesra.

  9. manis-manis merah strawberi
    dipetik jari puteri melati,
    indah sungguh pantun diberi,
    bibir tersenyum bangga pd cik siti.

  10. Manis jangan lekas ditelan
    Pahit jangan lekas dimuntahkan
    Mati semut karena manisan
    Manis itu bahaya makanan.

    Buah berangan dari Jawa
    Kain terjemur disampaian
    Jangan diri dapat kecewa
    Lihat contoh kiri dan kanan

    Di tepi kali saya menyinggah
    Menghilang penat menahan jerat
    Orang tua jangan disanggah
    Agar selamat dunia akhirat

    Tumbuh merata pohon tebu
    Pergi ke pasar membeli daging
    Banyak harta miskin ilmu
    Bagai rumah tidak berdinding

    • Salam Muhammad Ruzi Harapap…

      Terima kasih kerana sudi singgah mencatatkan pantun di ruangan ini.
      Sudah lama tidak diberi perhatian.

      Mati semut kerana manisan
      Manis itu bahaya makanan
      Mati manusia berkubur nisan
      Banyakan manis dalam senyuman

      Jangan diri dapat kecewa
      Lihat contoh kiri dan kanan
      Gagal kerana sambil lewa
      Setiap perbuatan dipandang ringan

      Orang tua jangan disanggah
      Agar selamat dunia akhirat
      Hidup jangan selalu bermegah
      Agar selamat mendapat syafaat

      Banyak harta miskin ilmu
      Bagai rumah tidak berdinding
      Banyak usaha jangan jemu
      Hidup ini perlu sebanding

      Mudahan balasan pantun spontan ini dapat mencerahkan.
      Salam sejahtera. 😀

    • Terima kasih Gunt untuk pantun indah bulan Ramadhan.

      Berbuka puasa dengan ceria
      Makan kuih juga nasi
      Bersyukur kita kepada Yang Esa
      Tunai ibadah dengan dedikasi

      Tiga empat kucing menari
      Membuat hati riang ceria
      Lagu indah ciptaan sendiri
      Membuat dunia riang ria

      Salam sejahtera. 😀

  11. Kotak Bukan sembarang Kotak.
    Kotak ini diatas Pasir.
    Botak bukan sembarang Botak.
    Botak ini banyak yang Naksir.

    Makan rambutan di negeri cina
    Rambutan dimakan tinggal biji
    Salam sapa untuk pantun kita
    Salam rindu buat mbak Siti

    • Salam Rial Khans…

      Botak bukan sebarang botak
      Botak penuh dengan ilmu pengetahuan
      Bukan otak sebarang otak
      Otak penuh dengan kalimah Tuhan

      Salam sejahtera jadi ucapan
      Salam kenal jadi huluran
      Semoga sihat tenteram dan aman
      Mudahan silaturahmi menjadi amalan

      Terima kasih sudah menyajikan pantun di ruang ini.
      Mudahan bermanfaat. 🙂

    • Assalaamu’alaikum Halimah…

      Hehehe…. ini pantun dua kerat ya.

      Ketawa sendiri-sendiri
      Sebab suka hati.

      Sebenarnya banyak balasan pantun 4 kerat di atas adalah rekaan saya sendiri. Tidak apalah Ini pula pantun 4 kerat…. khas buat Halimah.

      Bunga dahlia bunga cempaka
      Dipetik dara buat jambangan
      Halimah gembira saya pun suka
      Hadiah pantun sebagai kenangan

      Harap pantun ini boleh memenuhi permintaan Halimah, ya.

      Daun selasih daun sendayu
      terima kasih thank you.

      Salam kenal. 🙂

  12. Salam Ranibook…

    Bunga mawar hiasan laman
    Harum mewangi bunga melati
    Pantun Melayu kekal berzaman
    Tak kan hilang di dalam hati

    Terima kasih sudah berpantun di ruangan ini.
    Salam kenal dan sejahtera selalu.

  13. Asalamualaikum !

    Kacang merah dibuat bubur,
    dibawa masuk di atas talam;
    hati lama sudah terkubur,
    mati di tusuk rindu semalam.

    Cari kapur dapatnya gula,
    pegang tak cermat tabur merata;
    hati terkubur hidup semula,
    mengenang nikmat masa bercinta.

    • Walaikum salaam wr.wb, Lagu Hati..

      Sireh kapur kelat di lidah
      Riang dikunyah hingga ke hati
      Rindu semalam kepalang indah
      Sanggup disimpan hingga ke mati

      Hujan lebat di luar jendela
      Kelopak bunga gugur bertabur
      Nikmat bercinta hidup semula
      Setelah mati hati terkubur

      Terima kasih untuk pantun yang indah.
      Salam kenal dan sejahtera selalu.

Leave a reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.