CT461. MENYOROT PENULISANKU DI TAHUN 2017

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

CERITAKU DI TAHUN 2017

Cuti panjang hujung tahun memang selalu memberi kesan kepada setiap penulisan saya. Banyak aktiviti di luar rumah terutama berkebun (bunga dan sayur) dan cuti-cuti Sarawak membuat kegiatan menulis di blog LMGS G2 kurang aktif sehingga berkunjung ke blog sahabat-sahabat juga jarang dilakukan.

*

Minta maaflah ya para sahabat LMGS G2 sekalian. 🙂 Insya Allah, mudahan di tahun 2018 yang bakal menjelma kita semua saling sering kunjung berkunjung untuk berkongsi cerita, bertukar idea dan mengeratkan silaturahmi yang sudah terjalin sekian lama. Aamiin.

*

Jika menyorot kembali penulisan saya sepanjang tahun 2017, terdapat 42 (termasuk tulisan ini) telah berjaya saya tulis dan kongsikan untuk manfaat minda dan jiwa. Sedang tahun 2016 yang lalu saya berjaya menyiapkan 53 tulisan. Beza hanya 9 sahaja. Alhamdulillah. Banyak juga tu kerana saya tidak pernah menghitung jumlah tulisan saya kecuali hari ini….hehehe.

*

Benar sekali, MENULIS ITU MUDAH tetapi akan menjadi payah apabila kita belum bersedia untuk menghasilkan sebarang rangkaian tulisan yang benar-benar kita anggap bermanfaat buat kita dan pembaca.

*

Selalu kita memberi alasan SUKAR MENCARI IDEA sehingga terbantut segala jalan untuk berfikir bagi mengeluarkan rantaian kata dari aksara yang membentuk ayat yang dikarangkan. Tentu sekali alasan itu tidak tepat.

*

Sebab ? ….. Menurut saya, komitmen kehidupan dunia nyata lebih besar dan perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Di sini, mungkin pandangan kita berbeza dan anda tentu mempunyai pendapat yang lain.

*

Jika diamati rata-rata tulisan saya sekitar 3 penulisan dalam satu bulan. Hanya di bulan Mei yang lebih banyak iaitu 7 tulisan. Setelah diteliti, bulan Mei 2017 adalah bulan yang kurang aktiviti dengan urusan pekerjaan dan menghampiri cuti pertengahan tahun. Saya mempunyai banyak masa untuk menulis.

*

RESEPI MASAKAN

Permulaan tahun 2017 dahulu, tulisan pertama saya bermula dari CT420. RESEPI MUFFIN COKLAT YANG LAZAT bertarikh 10 Januari 2017.  Sebanyak 7 resepi masakan yang saya buat telah dikongsikan. Resepi yang paling banyak mendapat sambutan dan dikunjungi adalah CT433. RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH, RANGUP DI LUAR, LEMBUT DI DALAM

*

Saya sangat gembira apabila ada yang mahu mencuba dan telah mencuba resepi-resepi tersebut. Semua resepi itu saya lampirkan dengan cara membuat agar memudahkan sahabat pembaca melakukannya sendiri dan merasai kelazatannya seperti yang saya rasakan.

*

Sungguh, walau hanya sekadar resepi namun kita dapat merasai kegembiraan dan kebahagiaannya dari jauh. Terima kasih kerana mahu mencuba. Untuk mengenali saya, lihatlah pada masakan saya kerana saya sangat SUKA MEMASAK…. hahaha. hmmmm… tak lawak ! “kata Ieesyah.” 😀

*

PENGALAMAN HAJI

Untuk episod pengalaman HAJI pula, ternyata hanya 6 tulisan yang mampu saya kongsikan bersama anda dalam tahun 2017. Ia bermula dari CT424. CABARAN HAJI (26): MUDAHNYA URUSAN TANDAS DI PADANG ARAFAH dan berakhir dengan CT448. CABARAN HAJI (32): TANDAS MINA (4) – KASIHANI MEREKA YANG TERDESAK.

*

Allahu Akbar. Menulis pengalaman haji, benar-benar mencabar buat saya kerana pengalaman haji yang saya dan SPH tempuhi di akhir tahun 2011 belum lagi selesai ditulis. Hahhaha…. sedangkan buku-buku pengalaman haji orang lain ternyata sudah banyak di pasaran. Pengalaman haji saya dan SPH sehingga hari  ini sudah 6 tahun berlalu masih belum siap-siap lagi.

*

Hal demikian ini berlaku disebabkan saya suka menulis secara detail dan teliti. Bagi saya setiap pengalaman haji atau pengalaman lain yang dianggap hanya sekali berlaku dalam seumur hidup harus ditulis dengan segenap jiwa dan mendalami kondisi yang dilalui tersebut.

**

Pengalaman haji amat berharga buat saya untuk dikongsikan. Biarpun fizikal Masjidil Haram sudah berubah tetapi pelaksanaan haji di setiap masya’irnya masih tetap yang sama. Cuma yang berbeza adalah pengalaman setiap hujjaj. Kerana itu saya tidak tergopoh gapah untuk menghabiskannya dengan segera. Mudahan berguna buat semua bakal jemaah haji yang belum pernah ke Tanah Suci.

*

Insya Allah, saya akan menyambung kembali pengalaman haji saya dan SPH di masya’ir haji seterusnya iaitu di Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina. Jika lengkap penulisan tersebut di tahun 2018, kemungkinan besar tulisan pengalaman haji akan siap pada tahun 2019 dengan kepulangan ke Tanah Air. 

*

Sungguh, menulis pengalaman haji cukup mencabar buat saya kerana semuanya ingin saya ceritakan untuk gambaran mereka yang belum pernah menunaikan haji.  Kepada para haji dan hajjah yang sudah mengambil iktibar dan pengajaran dari tulisan haji saya, mudahan saya dan SPH beroleh ganjaran dan manfaat yang baik untuk akhirat kami kelak. 

*

AKTIVITI BERKEBUN

Hanya 4 penulisan tentang aktiviti berkebun yang sempat saya tulis untuk tahun 2017. Bermula dari CT421. KEBUN FATIMA (13): KRONOLOGI TAMAN MINI FATIMA dan berakhir di CT450. KEBUN FATIMA (16): BUNGA PETUNIA MEKAR SEPANJANG TAHUN.

*

Tidak dinafikan, berkebun ini mempunyai cabaran tersendiri di mana ia bergantung kepada cuaca, kesibukan tugas dan MALAS….hehehe.

*

Amat mengharu dan menyedihkan kerana di penghujung tahun 2017, semua biji benih sayur dan bunga yang saya semai, tidak menjadi seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini mungkin disebabkan biji benih tersebut sudah lama dan kering, maka tidak lagi dapat ditanam dengan baik. Begitu juga dengan cuaca yang sering hujan dan panas tidak menentu. Sebenarnya tahun 2017 lebih banyak hujan.

*

Oleh itu, saya perlu membeli biji benih baru untuk permulaan keceriaan tahun 2018 nanti. Sungguh, saya tidak sabar untuk melihat yunas sayur dan bunga berkembang dengan indahnya dari hasil tanaman sendiri. InsyaAllah, Allah merestui hajat saya. Aamiin. 😀

*

HILANG SEPARUH NYAWA

Tulisan saya di CT430. PERKARA PENTING YANG HARUS DIBUAT APABILA BLOG ANDA HILANG, merupakan pengalaman yang benar-benar dianggap membuat separuh nyawa saya hilang.

*

Blog LMGS G2 saya ini  tidak lagi wujud di dunia maya dan tidak dapat diakses. Saya sangat kecewa dan mahu menangis tetapi tiada air mata kerana saya berusaha menahannya agar tidak tumpas oleh rasa kecewa itu.

*

Alhamdulillah, dengan semangat juang seorang wirawati saya berusaha mendapatkan kembali blog LMGS G2. Semua ini akibat dari kesilapan diri sebagai pengguna percuma WordPress.Com yang tidak memahami prosedur yang ditetapkan.

*

Hasil pengalaman yang menggigit hati tersebut, menjadikan saya berhati-hati dan selalu memastikan setiap tulisan sudah di “back up”. Ini kejadian kedua setelah LMGS hilang pada tahun 2010. Mudahan anda mendapat pengajaran dari pengalaman saya juga.

*

TULISAN SELEBIHNYA

Setiap tulisan mempunyai manfaatnya tersendiri. Oleh itu, tulisan selebihnya merupakan warna warni yang menceriakan kepelbagaian tulisan bersiri dalam penulisan saya.

*

Alhamdulillah wa syukrulillah. Hanya kepada Allah saya memanjatkan rasa syukur yang penuh dengan harapan-haraan besar kerana telah mengizinkan saya meminjam ilmu yang tidak mampu saya luahkan. Allahu Akbar, berbekal akal dan fikiran yang dianugerahkan, saya dapat berkongsi pengalaman dan idea sepanjang tahun 2017.

*

Begitu juga dengan dengan nyawa dikandung badan yang masih dilekatkan pada jasad ini untuk mampu mengetik papan keyboard. Jika terhenti perjalanan saya beberapa hari ini atau di tahun 2018 nanti, saya berharap tulisan-tulisan saya dapat menampung dan menutupi dosa yang dilakukan sepanjang 50 tahun bernyawa di muka bumi ini.

*

Yang lebih penting, semoga ada tulisan-tulisan saya yang dapat menjadi sebab untuk saya memasuki syurga firdausi, tentu dengan rahmat Allah Rabbul Izzati.

*

“Ya Allah, ampuni dosaku andai ada sedetik rasa yang dianggap oleh pembaca  LMGS G2 dari tulisanku ini sehingga menjadikan tumbuhan riyak yang bukan itu maksud tujuan ku saat menulis di LMGS G2. Engkau Maha Mengetahui dan Maha Mengampuni dosa hambaMu yang lemah ini. Aamiin Allahumma Aamiin.”

*

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PEMBACA LMGS G2

Tidak mampu diukirkan dengan kata-kata, apabila ramai sahabat-sahabat pembaca LMGS G2 yang sudah lama saya kenali masih berkunjung menitip khabar dan meninggalkan komentar sebagai tanda persahabatan dan silaturahmi yang tidak ada batasan masa, sempadan dan ruang.

*

Semuanya atas nama kasih sayang sesama insan yang saling tidak mengenali tetapi ditautkan hati untuk nilai kemanusiaan yang mempunyai talian persaudaraan dalam satu perjalanan jauh sehingga kembali ke akar umbinya dari keturunan Nabi Adam a.s dan isteri baginda Siti Hawa aha.s.

*

Kemaafan saya pohon jika ada kesilapan kata saat membalas komentar anda dan juga tulisan komentar saya di blog sahabat yang dikunjungan sepanjang tahun 2017.

*

Semoga setiap tulisan kita mempunyai barakah dan menusuk jiwa yang inginkan perubahan dalam hidup. Mudahan tulisan kita diganjari Allah SWT dengan kebaikan dan dilimpahi dengan rahmat untuk kebaikan hidup kita di dunia dan di akhirat. Aamiin Allahumma Aamiin.

*

TERIMA KASIH KEMBALI dan bertemu di TAHUN…

*

 

*

***************

SalamFatima3SalamFatima25 Disember 2017 (Isnin)/ 6 Rabiulakhir 1439H/ 10.59 malam/ Sarikei, Sarawak

– SITI FATIMAH AHMAD –

 

 

*

*

*

18 thoughts on “CT461. MENYOROT PENULISANKU DI TAHUN 2017

  1. Semanget, Teh. Semoga kedepan apapun doa dan cita-citanya, semoga terwujud satu persatu ya, aamiin..
    Btw, salam kenal ya..
    diarymahasiswa.com

    • Aamiin Allahumma Aamiin.
      Mudahan Allah SWT mengabulkan segala niat dan hasrat yang baik dalam kehidupan kita untuk mencapai cita-ita dan impian.

      Terima kasih Andi Nugraha atas kunjungan perdana dan salam kenal kembali.

  2. Assalamualaikum Bu Hajjah Fatimah. Wah, luar biasa. Sangat teliti dan fokus dalam menulis blog. Kalau saya tak seteliti itu. Cenderung cuek dan ya lebih sering veritable saja. Salut untuk konsistensi bu Hajjah. Salam hangat dari Jakarta 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Frany Fatmaningrum….

      Tidak apa-apa mbak Frany. Setiap individu mempunyai kehendak dan caranya tersendiri.
      Saya tergolong dalam kalangan yang teliti dan suka kepada susunan yang kemas.

      Jika dilihat, semuanya menjadi mudah untuk dihitung kerana saya menetapkan semua tajuk posting di sebelah kanan serta ditandakan dengan nombor bagi setiap tajuk. Dengan itu, senang untuk mengesan semua tulisan yang dihidangkan.

      Terima kasih mbak sudah berkunjung dan salam manis selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah yang dikasihi…..

      Alhamdulillah, kami semua sihat kak. Didoakan akak sekeluarga juga demikian sama dalam rahmat Allah SWT.

      Rajin di penghujung tahun kak. Idea tengah masuk dan fikir apa yang patut ditulis. Akhirnya meneliti penulisan 2017 terus mendapat idea spontan dan luncurkan serta merta. Syukurlah sebab lama juga tak menulis panjang begini. Semoga mendapat manfaatnya kak ya.

      Terima kasih kak Paridah sudah bertandang kemari dan salam manis selalu. 🙂

  3. Alhamdulillaah…, rata-rata sebulan tiga posting itu bagus sekali. Hal terpenting dalam segala sesuatu, termasuk menulis di blog, adalah istiqamah. Semoga dapat istiqamah dan mendapatkan pahala kebaikan yang terus mengalir. Allaahumma aamiin…

  4. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

    Alhamdulillaah…, semoga semakin bisa istiqamah berbagi melalui tulisan ya, Mbak. Ohya, tulisan tentang haji bila nanti sudah lengkap bisa disusun menjadi sebuah buku lho, Mbak. Ditawarkan ke penerbit untuk diterbitkan. Semoga dengan demikian akan semakin banyak masyarakat yang bisa memetik manfaatnya.

    Salam takdzim dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Mudahan tahun 2018 ke depan nanti akan menyemarak lagi dengan tulisan-tulisan yang lebih bermakna. Insya Allah, jika perjalanan haji dapat memberi manfaat akan diusahakan penerbitannya.

      Terima kasih mas Amazzet sudah berkunjung dan salam takzim.

  5. Assalamu’alaikum wr.wb. Mbak Fatimah apa kabar?

    Walaupun ada penurunan dibanding thn lalu, tapi 42 tulisan di thn 2017 tetap bagi saya Mbak produktif menulis. Salut. Ditengah kesibukan, masih tetap ada waktu untuk menulis.
    Saya hitung tulisan saya thn 2017, ada 14 posting. Ada peningkatan dibanding thn lalu yang hanya menulis 5 tulisan saja membuat hampir mati blog saya.

    Selamat menyambut tahun baru Mbak. Semoga segalanya menjadi lebih baik.

    Salam persahabatan dai saya di Sukabumi.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…..

      Alhamdulillah, kami sekeluarga semua sihat. Didoakan mas Titik sekeluarga di sana juga demikian sama dalam rahmat Allah SWT.

      Ternyata saya termasuk yang sangat aktif menulis juga ya. Mudahan mas Titik akan terus bersemangat menulis lagi dengan perkongsian cerita yang lebih santai dan menarik. 14 tulisan itu sudah dianggap banyak. Mungkin boleh ditambah lagi untuk tahun 2018 ini. Selamat menulis.

      Terima kasih mas Titik Asa dan salam hormat.

  6. Assalamualaikum ummi Siti Fatimah, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Selamat menyambut tahun 2018. Ucapan terima kasih dan penghargaan atas tulisan-tulisan yang sangat baik, malah saya turut terkesan dengannya. Harap tahun 2018 ini semakin memberi semangat kepada ummi Siti Fatimah untuk menyemarakkan lagi dunia penulisan alam maya ini…
    “Tulislah apa yang mahu ditulis. Tulislah semahu hati. Tetapi tulislah dengan santun dan lunak bahasa. Biar yang dinukil menyentuh hati. Biar yang menatap melembut sanubari. Demikian, yang baik itulah menjadi kenang-kenangan sehingga ke hujung nyawa..” #sekadar penambah perisa.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan…
      Alhamdulillah, kami semua sihat. Didoakan juga Abu Ikhwan sekeluarga dalam kondisi yang sama dan dirahmati Allah.

      #sekadar penambah perisa itu sangat menyenangkan bunyinya dan tentu sekali jika dunia tulis dan baca sudah sebati dan dicintai oleh kita akan menjadikan kita bersemangat untuk berkongsi kebaikan dengan sesiapa sahaja. Mudahan Allah memudahkan urusan kebaikan yang dicatat melalui tinta tanpa dakwat ini.

      Terima kasih Abu Ikhwan sudah berkunjung di awal tahun 2018. Semoga selalu sukses.
      Salam sejahtera.

Leave a Reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.