CT453. PENYEDIAAN RESEPI TAKOYAKI YANG MUDAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

HADIAH HARI LAHIR KE 50 TAHUN

Alhamdulillah, akhirnya HADIAH HARI LAHIR KE 50 TAHUN dari SPH sampai juga ke rumah pada 29 September 2017 (Jumaat) yang lalu kira-kira jam 3.35 petang.

Walaupun lewat seminggu ia tidak mengecewakan saya, malah sangat mengujakan apabila mendapat acuan membuat takoyaki ini. Rasa tak sabar hendak memasak takoyaki sendiri.

*

*

TERUJA

HARI INI, 1 Oktober 2017 (Ahad), awal pagi sudah bersedia di dapur untuk memulakan misi dan operasi memasak takoyaki BUATAN SENDIRI. 😀  Ini percubaan pertama, sudah tentu amat mengujakan saya sebagai CHEF 2 untuk merealisasikan impian memasak Takoyaki sendiri.

Yang lucunya, bukan saya seorang yang teruja malah SPH, Ieesyah dan Muhammad turut mendapat tempiasnya….heheheh. SPH rajin membantu saya menyediakan bahan dan memasak takoyaki sambil klik sana klik sini agar foto-foto bersejarah itu dapat dikongsikan dengan anda juga.

Sebelum memulakan misi, beberapa langkah perlu saya ambil untuk penyediaan Resepi Takoyaki iaitu menyediakan bahan adunan, inti dan sos. Masa diambil boleh tahan juga lamanya. Maklumlah belum mahir. Oleh itu, saya perlu bersabar. Begitu juga anda. 🙂

*

PENGHARGAAN

SEBELUM itu, saya hendak memberi penghargaan dan terima kasih kepada saudari NORLIZA OTHMAN kerana semua resepi di bawah ini saya ambil dari blog beliau dalam artikel RESEPI: HOMEMADE TAKOYAKI. Semoga Allah SWT memberi rezeki yang berkat atas perkongsian yang amat bermakna ini. 🙂

*

“MAKLUMAN: terdapat beberapa cara mungkin berbeza dalam saya membuat adunan kerana ia lebih memudahkan saya dan menjimatkan masa. (hahaha…. malas sebenarnya). Selain itu bahan inti adalah mengikut selera masing-masing.”

**

RESEPI TAKOYAKI

Bahan untuk membuat takoyaki sudah saya beli sehari sebelum. Amat memeranjatkan saya, semua bahan buatan Jepun itu dapat saya cari di pasaraya kecil Everwin di bandar Sarikei.

Menakjubkan sampai saya menjerit kesukaan kerana saya ingat hanya pasaraya besar sahaja ada dan sukar untuk mendapat bahan ini di Sarikei. Cuma Bonito Flake (kepingan tuna) yang menjadi taburan wajib pada Takoyaki tidak ada. Tak apalah, saya cari di tempat lain pula.

Terdapat 3 bahan yang perlu disediakan sebelum saya menyempurnakan RESEPI TAKOYAKI. Langkah-langkah tersebut saya titipkan melalui foto agar mudah untuk anda mengikutinya.

*

(1) BAHAN ADUNAN  (32 BIJI)

*

*

*

*

(2)  BAHAN INTI (IKUT SELERA)

*

*

*

*

*

(3)  BAHAN SOS TAKOYAKI @ OKONOMIYAKI

*

*

*

*

MASA UNTUK MEMASAK TAKOYAKI

MAAF… saya masih sibuk. Artikel untuk langkah-langkah memasak takoyaki dari hasil tangan Chef 2 (sayalah tu…) akan dikongsi dalam tulisan akan datang. Tunggu dan sabar. 😀

Saya harap resepi-resepi di atas dapat membantu anda untuk merasai sendiri nikmat memasak takoyaki buatan sendiri. 🙂

SELAMAT MENCUBA

*

Alhamdulillah wa Syukrulillah atas nikmat yang diberikan ini. Nikmat mana lagi hendak kita dustakan apabila apa yang kita ingin dan impikan dimakbul oleh Allah.

Maka, untuk mensyukuri nikmat dan anugerah Allah SWT kepada kita, marilah mentaati perintah dan meninggalkan larangan-NYA.

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima2 Oktober 2017 (Isnin)/ 12 Muharram 1439H/ 12.50 petang,  Bintangor, Sarikei, Sarawak

AKU… dan saat kenangan itu hadir, tidak pernah menyisihkan dirimu yang selalu ada di sini… DI HATIKU.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

*

Advertisements

13 thoughts on “CT453. PENYEDIAAN RESEPI TAKOYAKI YANG MUDAH

    • Terima kasih Liza Fathia atas ucapannya. Aamiin Allahumma Aamiin. Didoakan Liza sekeluarga juga diberkati Allah SWT.

      Boleh, silakan mencubanya sendiri. 🙂
      Tidak sukar membuatnya dan tentu menyenangkan suami dan anak-anak.

      Salam manis selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak….

      Alhamdulillahm kami sihat semuanya. Didoakan akak sekeluarga juga demikian sama.
      Senang membuatnya kak, cuma perlukan acuan khas. Kalau di Sarikei ini, tidak ada acuan tersebut kerana itu saya beli melalui online. Kalau di Semenanjung, ada agaknya. Acuannya stainless steel. Kalau nak rasa, akak boleh beli Takoyaki ni di kedai yang menjual makanan snek Jepun seperti Kaya Ball dan Dorayaki. Cubalah kak, pasti suka.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam manis selalu. 🙂

  1. assalamu alaikum
    barakallah fi umrik, selamat ulang tahun kak..
    hadiah ulang tahun yang manis sekali, dibelikan alat masak yang sedang dibutuhkan, dibantu memasak dan dibantu foto,
    alhamdulillah keluarga yang sangat mendukung

    • Wa’alaikum salaam wrt.wb, mbak Monda….

      Alhamdulillah, hadiah kali ini boleh dibuat masakan. Sebelum ini banyak kepada hadiah jam tangan. Itu tandanya cinta, mbak. Semua dibuat untuk menggembirakan hati. Saat makan Takoyaki ini amat menyeronokkan kerana semua tidak sabar merasai usaha pertama ini. Ternyata enak, lazat dan puas sebab dapat makan banyak.

      Terima kasih mbak Monda atas ucap selamat dan kunjungannya.
      Salam hangat. 🙂

  2. Assalamu’alaikum salam wr.wb.

    Semoga mbak Fatimah dan suami dalam keadaan sehat wal’afiat.
    Rupanya ini masih kelanjutan dari perayaan ulang tahun ya mbak. Lihat resep dan cara memasaknya saya jadi ingin mencoba. Saya catat resepnya untuk dicoba oleh istri saya.

    Salam hormat dari saya di Sukabumi, West Java

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa….

      Alhamdulillah, Aamiin Allahumma Aamiin. Kami sihat semuanya.
      Silakan mencuba resepi ini, pasti akan mengembirakan seisi keluarga kerana makan dari hasil tangan isteri. Selamat menikmati Takoyaki.

      Terima kasih mas Titik kerana sudah berkunjung dan salam hormat kembali.

  3. Assalamualaikum Kak Siti…

    jadi ingat Kak Ros yang pandai memasak di serial Ulin dan Ipin. kalau saya tak pandai masak. biasanya sih masih lah mencoba resep kue atau jajanan. tapi sedang diet jadi agak mengurangi membuat kue hehe
    tapi melihat gambar-gambar di sini menetes air liur. pengen nyoba juga
    tidak sabar menunggu postingan berikutnya
    sehat selalu ya Kak…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Dyah…..

      Alhamdulillah, akak sihat dan didoakan Dyah juga demikian sama dalam rahmat Allah SWT. Iya, kak Ros memang pandai memasak terutama ayam goreng kesukaan Upin dan Ipin. 🙂 Memasak ini harus dipelajari, tidak apa nanti Dyah akan pandai juga. Yang penting suami dan anak-anak menyukai masakan kita walaupun simple.

      Jika mahu mencuba, silakan untuk Takoyaki ini, anak-anak sangat menyukai rasanya. Sedap.

      Oh ya, lanjutan memasak Takoyaki sudah diluncurkan, silalah Dyah membaca dan melihatnya. Terima kasih sudah berkunjung dan salam manis selalu. 🙂

  4. Pingback: CT454. TAKOYAKI BUATAN SENDIRI LEBIH LAZAT, SIHAT DAN PUAS | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  5. Assalamu’alaikum wr.wb. puan Fatimah

    takoyaki di jakarta ngetop juga bahkan banyak banget versinya .. dari yang asli sampai yang modifikasi.
    btw … selamat ulang tahun ..
    semoga selalu sehat dan selalu ada dalam lindungan dan berkah Allah swt … aamiin

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb…

      Inti takoyaki ini boleh dipelbagaikan mengikut selera. Itu akan lebih menambah nikmat dengan banyaknya perisa. Takoyaki kini menjadi trend makanan segera yang disukai ramai terutama anak remaja.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam takzim.

Leave a Reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.