CT360. KEBUN FATIMA (5): BUNGA MATAHARI (2) – BABY MATAHARI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

TunasFatima1BabyMatahari

*

AKHIRNYA…..A…

Sejak hari pertama saya menyemai 100 biji benih bunga matahari di dalam dua tapak semaian seperti yang dicatatkan dalam CT359. KEBUN FATIMA(4): BUNGA MATAHARI (1) – MENYEMAI BENIH, setiap hari saya dan Ieesyah memerhati tanpa rasa jemu untuk melihat perkembangan  biji benih tersebut.

AKHIRNYA…. pada hari keempat, seawal jam 7 pagi….. Ieesyah menjerit di luar halaman. “Mama…mama, anak bunga matahari sudah keluar. Cepat mari lihat.” jeritan Ieesyah kedengaran hingga ke dapur. Saya sedang menyiapkan sarapan pagi buat keluarga.

Alhamdulillah, memang benar “baby” matahari sudah lahir. Saya cepat-cepat mengambil Kamera Canon EOS 650D untuk merakam detik bersejarah tersebut. Saya fikir “baby” matahari sudah menunas sejak malam tadi. Hanya beberapa batang “baby” matahari yang muncul. Manakala yang lain belum menunjukkan perkembangannya.

Dua foto berkembar di bawah, saya rakam pada hari keempat di waktu pagi (8.37 pagi) dan petang (4.49 petang). Tujuannya untuk melihat perbezaan waktu perkembangan yang berlaku dalam tempoh 12 jam. 

Sungguh menakjubkan ciptaan Allah ini, pertumbuhan “baby” matahari sangat pesat. Dalam tempoh 12 jam, “baby” matahari berukuran 1 cm di waktu pagi akan meninggi kepada 2 – 3 cm di waktu petang.

*

TunasFatima2BezaMasaTunas

Setelah berusia 3 atau 4 hari, biji benih matahari mula nampak sedikit dari lubang tapak semaian. Ia nampak jelas seperti ingin “bangun” dari tidur. Ini bermaksud biji benih bunga matahari sudah mula membentuk akar.

*

TunasFatima3sudahlahirtunas

Terdapat lubang tapak semaian yang masih belum muncul “baby” matahari.

*

TunasFatima4SegarPetangHari

Pertumbuhan yang tidak sekata dan sama dalam satu hari mungkin berakibat dari kesuburan biji benih yang ditanam atau pengaliran air yang kurang berkesan sehingga ada biji benih yang “mati”.

*

TunasFatima5Dikelambukan

Oleh kerana banyak burung yang berkunjung ke rumah saya terutama di waktu pagi dan petang,  keselamatan “baby” matahari perlu ditingkatkan supaya tidak dimakan burung. Kalau dulu saya menutupnya dengan daun-daun, tapi kali ini saya memilih menggunakan netting lembut agar dua tapak semaian itu berada di bawahnya.

*

EVOLUSI MATAHARIKU

Beberapa foto berikut adalah yang terpilih untuk menunjukkan pemeringkatan perkembangan biji benih bunga matahari yang mula bertunas.

Allahu Akbar.  Sangat hebat dan mengkagumkan apabila memerhati cara pertumbuhannya yang menunjukkan kekuasaan Allah SWT dalam penciptaan-NYA. Saya sangat bersyukur kerana dapat melihat evolusi ini melalui lensa mataku secara “close-up”.

Nikmati dan ambil iktibar dari setiap kejadian Allah untuk dipelajari bagaimana tumbuhan dihidupkan dengan izin-NYA melalui tanggungjawab kita yang ingin memeliharanya.

*

TunasFatima6Bangun

*

TunasFatima7BerdiriTegak

*

TunasFatima8Merenung

*

TunasFatima9InginBebas

*

DIALOG “BABY” MATAHARI

Selain pilihan terbaik foto di atas, dua foto di bawah sengaja saya tulis dialog. Saya membuat andaian mungkin begini agaknya bicara-bicara yang lahir dari “baby” matahari sebagai tanda syukurnya kepada Allah SWT yang menciptanya.

Tumbuhan itu bukankah juga hidupan ? Yang hidup pasti bernyawa. Yang bernyawa tentu mempunyai bahasanya sendiri dalam berhubungan antara satu dengan yang lain.

*

TunasFatima10Syukur

*

TunasFatima11Tersiksa

*

Melihat pertumbuhan biji benih itu, pastinya membuat saya bahagia kerana apa yang diimpikan akan menjelma sedikit masa lagi untuk melihat “baby” matahari membesar menjadi “anak muda” matahari. 

Setelah beberapa hari memerhati biji benih ini, ternyata yang hidup dan tumbuh subur hanya 93 batang sahaja. Insya Allah, posting selepas ini berkaitan “anak muda” matahari.

*

TunasFatima12surahAlFath.29

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima15 November 2015 (Ahad)/ 3 Safar 1437H/ 7.35 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU…. dan kita semua perlu mengurus diri dengan baik. Seseorang yang terlihat tidak terurus dalam penampilannya sudah tentu memperlihatkan apa yang ada di dalam hati dan fikirannya. Pancaran bathin tidak dapat ditipu oleh tingkah fizikal yang menutupi hakikat perlakuannya. Hati-hatilah dengan penampilanmu. Semua mata akan mengesan saat memandangnya.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Mudahan engkau selalu sihat sejahtera dan diberakti Allah SWT. Di mana pun engkau berada, aku sentiasa ingat di sini…. DI HATIKU. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

IngatanFatima2Padamu*

SENYUMMU SEINDAH SURIA

*

20 thoughts on “CT360. KEBUN FATIMA (5): BUNGA MATAHARI (2) – BABY MATAHARI

  1. Hihi…. kakak senyum sendirian bila membaca dialog cambah si bunga matahari itu tau:)
    Pandai CT buat interpretasi kemungkinan cambah itu berdialog.
    Lepas ini bila semua helmet tanggal dah ‘kepak’ mengembang dah bolehlah masuk pasu besar. Kakak ikut teruja sama sebab dah mengikuti dari awal benih diperolehi..

    • Hehehe…. saya yang menulis dialog itu turut ketawa, puas juga memikirkan dialog yang sesuai dengan gaya dan aksi “baby” matahari itu. Terima kasih Kak Zakie sudi menghayatinya. 😀

      Harapan saya bunga matahari akan berkembang cantik, namun musim hujan tetap ada risikonya. Kita lihatlah nanti ya kak.

      Terima kasih dan salam manis selalu. 🙂

  2. Assalamualakum mbak Siti,

    ikut senang dengan munculnya tunas bunga matahari, semoga bunga-bunganya akan tumbuh subur ya mbak, berbunga membuat cantik kebun mbak Siti di sana 🙂

    Wassalam

    Ely

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ely…

      Aamiin… begitu juga harapan saya untuk melihat semua tunas itu berkembang sihat dan menjadi pokok yang besar serta mengeluarkan bunga yang cantik. Kebun mbak Ely turut menyemarak semangat saya untuk berkebun sayur pula. Insya Allah, siap satu-satu dulu ya mbak.

      Terima kasih mbak Ely dan salam mesra selalu. 😀

  3. Assalamu’alaikum wr.wb,

    Alhamdulillaah…, baru menanam biji bunga matahari lalu tumbuh dan muncul di tanah semaian sudah begitu indah Mbak Fatimah menuliskannya, apalagi nanti bila bunga matahari itu tumbuh, berkibar dalam sentuhan angin, lalu berkuntum, dan mekar, betapa indahnya. Saya dulu juga menanam bunga matahari di depan rumah. Sekarang jadi ingin menanam lagi.

    Salam dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Bunga selalu membuat rumah kita berseri-seri. Kita patut melestarikan alam sekitar dengan banyak menanam pokok bunga agar udara segar dapat dihirup nyaman.

      Silakan mas Amazzet untuk menanam lagi. Satu hobi yang menyihatkan tubuh dan membuat tekanan setelah seharian bekerja.

      Terima kasih dan salam takzim.

    • Alhamdulillah… sebenarnya, jika kita suka menyelidiki dan mengamati sesuatu perkara dengan terperinci, kita akan mahir tentangnya dan faham apa yang berlaku walau tidak banyak. Kemudian melalui perhatian itu, kita perlu juga merujuk kepada buku dan pengetahuan lain untuk mendalaminya. Begitulah pendapat saya, mas Agus.

      Terima kasih dan salam sejahtera.

  4. Pingback: CT361. KEBUN FATIMA (6): BUNGA MATAHARI (3): ANAK MATAHARI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a reply to Akhmad Muhaimin Azzet Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.