CT355. HIJRAH 1437: MENGUBAH MAKNA KEHIDUPAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

HijrahFatima1Maal1437H*

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM 1437 HIJRIYYAH

Alhamdulillah, bermula lagi kehidupan hari ini setelah semalam ditinggalkan penuh dengan sejarah tersendiri. Liku-liku yang dilingkari onak duri menjadi sempadan dan peringatan untuk lebih berhati-hati.

Setiap ranjau yang dijejaki ketika menyelusuri hampir 350 hari yang lalu sudah semestinya menjadi takdir yang tidak mampu diubah lagi. Ia kekal dalam kotak minda untuk nostalgia yang mampu dipadam saat mata sudah terpejam.

*

Mari sahabat sekalian, kita perbaharui azam untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. Menjadi hamba Allah yang ikhlas dalam beragama dan sejahtera dalam berihsan sesama manusia. Mudahan Allah redha dengan kita. Aamiin.

*

RinduFatima9padamu

*

SEMALAM ADALAH KENANGAN

Semalam sudah tidak dapat dijejak langkahnya, usah lagi dikesali. Kini, hari baru, tahun baru perlu ditatapi dengan mata yang bersinar, jiwa yang bernyala dan fikiran yang meluap.

Setiap hari kita melihat pelbagai ragam hidup yang dilalui oleh manusia di sekeliling kita. Bermacam rupa bentuk taraf kehidupan yang terhidang di depan mata. Berjenis tingkah laku yang mengorak langkah kepenatan terpapar dalam bayangan minda. 

Apa yang kita renung melalui lensa mata yang dikurniakan setelah segala rencah kehidupan sudah di depan mata. Seluruh pengajaran yang terpalit dirasai oleh semua deria pancaindera agar kita faham tujuan Allah SWT memaknai kehidupan seorang HAMBA.

*

RinduFatima2Hanyadirimu

*

HIJRAH KEHIDUPAN

Ayuh….. ambillah iktibar agar kedatangan tahun baru 1437 hijriyyah mampu melonjak paradigma yang lebih optimis dan bergerak maju seperti anak panah yang dilepaskan dari busur menuju ke titik fokus yang tepat.

TAHULAH…. untuk berbuat apa yang perlu diperbuatkan dengan kehidupan baru. Bersyukurlah kepada Allah atas setiap kegagalan dan kejayaan yang sudah dikecapi.

Jika mahu lebih dari apa yang dirancang semalam, maka oraklah langkah lebih jauh ke hadapan untuk mengecapi kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Hijrah ini bukan baharu…. kita yang harus memperbaharuinya dengan minda yang jelas dan hati yang puas. Kesimpulannya… MENJADI MANUSIA BUKAN MUDAH.

*

INGATLAH….

ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SELAGI KAUM ITU TIDAK MENGUBAH NASIBNYA SENDIRI

*

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima15 Oktober 2015 (Khamis)/ 2 Muharram 1437H/ 10.49 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. belajar dari kesilapan untuk menilai kebaikan di sebaliknya agar aku faham bagaimana Tuhan melapang dadaku atas setiap yang berlaku. Aku mengemas diri dari kesalahan yang tidak disengaja untukku tekuni bagaimana Tuhan mengajar aku erti makna kebenaran. Aku tidak perlu malu setiap kali langkah yang ku bina tersalah sasaran. Yang pasti Tuhan mendidik aku menjadi lebih baik dari semalam. Terima kasih Wahai Kekasih Abadiku.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Salam Maal Hijrah untukmu, semoga kehadiran tahun baru 1437 ini akan lebih merona indah dengan kejayaan yang dijulang. Pastikan  bendera kegemilanganmu berkibar megah menjadi tanda keabadianmu di bumi ini. Melangkahlah di setiap pelusuk dunia dengan derap langkahmu agar seluruh generasi tahu engkau pernah menjadi penghuninya. Ku seru namamu dalam doa yang tidak pernah padam. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

RinduFatima3a

*

SALAM MAAL HIJRAH 1437/2015

34 thoughts on “CT355. HIJRAH 1437: MENGUBAH MAKNA KEHIDUPAN

  1. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Selamat Tahun Baru 1437 H. ya, Mbak Fatimah. Semoga semangat hijrah Rasulullah Saw. dan para sahabat beliau senantiasa menginspirasi kita untuk selalu bersemangat membangun dan mempertahankan keimanan ini, senang menolong sebagaimana sahabat Anshar bersama sahabat Muhajirin. Allaahumma aamiin…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Insya Allah, mengubah makna hidup diri yang selama ini mungkin dianggap sudah sebati bukan mudah. Ia memerlukan pemikiran yang positif dan optimis. Juga kesungguhan untuk merealisasikannya. Mudahan sikap yang ingin keluar dari kebiasaan akan mampu dicapai dengan ikhlas dan redha.

      Terima kasih dan salam Maal Hijrah.

  2. ASSALAM…SALAM MAAL HIJRAH CT FATIMAH…SEMOGA KITA SENTIASA BERHIJRAH MENINGGALKAN KEMUNGKARAN SEMALAM MENUJU HARI YG PENUH KEBERKATAN HAKIKI KEBAIKAN HINGGA AKHIRNYA INSYA ALLAH.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak…

      Aamiin Allahuma Aamiin. Begitulah harapan kita kak agar selalu berada di jalan yang benar dan diredhai Allah.

      Terima kasih kak dan salam manis di bulan Muharram 1437. 🙂

  3. Semoga tahun 1437H ini memberi segala kebaikan untuk seluruh umat Islam khususnya termausklah kita juga SF. Betapa terlalu banyak sudah Allah berikan nikmat buat kita dan harapnya kita juga sentiasa istiqomah dalam mensyukuri dan mentaati segala perintah dan menjauhi yg dilarang.. amin.

    Mohon ujian yg melanda umat Islam segera berlalu.

    • Aamiin Allahumma Aaamiin. Iya kak Zakie… mudahan umat Islam kembali bersatu dalam penyatuan ummah untuk meninggikan syiar Islam. Bersyukurlah kepada Allah atas apa yang telah dikurniakan-NYA kepada kita selama ini.

      Terima kasih dan salam sejahtera. 🙂

  4. Assalamualaikum Mbak Fatimah. Sudah masuk tahun baru lagi kita. Umur bertambah dan usia berkurang. Selamat tahun baru Mbak. Semoga ditahun-tahun sisa usia kita bisa kita isi dengan hal-hal bermanfaat sebagai bekal akhirat kita. Amin 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Aamiin Allahumma Aamiin. Mudahan pada usia yang kian susut ini, amalan dan ibadah kita semakin bertambah dan diberkati Allah SWT.

      Terima kasih mbak dan salam semanis gula aren. 🙂

  5. Assalamualaikum,
    Selamat tahun baru Hijriah, semoga kita masih tetap bisa bersilaturahmi di tahun hijriah mendatang. Semoga di tahun ini, kita semua bisa memaknai hijriah dengan hijrah yang benar menuju kepada keridhaan Allah. Aamiin. Saya sudah tinggal di Kuala Lumpur, pindah kerja di sini. Kalau ke Serawak jauh ya? Saya belum tahu ke mana mana…:)

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Mechta…

      Aamiin Allahumma Aamiin. Mudahan ya mbak, semua hasrat kebaikan yang ingin kita capai sepanjang tahun 1437H ini akan diberkati dan dikabulkan Allah SWT.

      Salam manis mbak. 🙂

  6. Assalaamu’alaikum wr.wb…Mbak Siti
    .
    Menyenangkan masih dianugrahi nikmat sehat dan nikmat sempat oleh Allah Swt. sehingga masih berkesempatan utk bertemu dengan bulan Muharam 1437 H.Selamat tahun baru hijriyah (meskipun terlambat memberi ucapan ini).:-)
    .
    Dengan nikmat sempat dan sehat itu pula masih bisa berkunjung kemari menikmati sajian tulisan Mbak Siti yang selalu menarik dibaca dan banyak terkandung pembelajaran serta hikmah yang dapt dipungut. Setuju sekali dengan kalimat ini……”. belajar dari kesilapan untuk menilai kebaikan di sebaliknya agar aku faham bagaimana Tuhan melapang dadaku atas setiap yang berlaku. Aku mengemas diri dari kesalahan yang tidak disengaja untukku tekuni bagaimana Tuhan mengajar aku erti makna kebenaran. Aku tidak perlu malu setiap kali langkah yang ku bina tersalah sasaran”…

    Semoga di tahun yang baru tetap istiqomah dalam kebaikan dan menuju arah kebaikan.
    .
    Salam hangat dan salam sukses selalu dari Sintang
    .
    Salam takzim, Bakulrujak.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Zainal….

      Alhamdulillah, ternyata umur yang diberi oleh Allah menjadi satu peluang untuk kita insafi apa yang telah berlaku dan menjadi iktibar di masa hadapan. Mudahan kita menjadi hamba Allah yang mentaati perintah-NYA.

      Selamat tahun baru 1437H. Terima kasih dan salam sejahtera.

Leave a reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.