CT304. TROUBLE IS A FRIEND

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

TroubleFatima1isAFriend

*

Sekitar  jam 8.50 malam aku mendapat panggilan telefon dari seorang teman di Pulau Pinang. Percakapan berlangsung selama 30 minit itu dimulai dengan bicara air mata yang memangnya sudah sedia  berderai sebelum dia  menekan angka-angka telefon bimbitku.

Dengan salamku yang belum bersambut (mungkin di jawab di dalam hati… aku cuba bersangka baik), lantaran tangisan masih berlagu sendu dengan derasnya. Aku memberi semangat kepada temanku agar dia meneruskan tangisannya dan menangis semahunya.. (apakah betul cara kaunseling seperti ini.. hehe)

Kerana kalau disuruh berhenti pun, dia tetap menangis, menangis dan menangis juga… lebih baik disuruh terus menangis. 😀  Kita sedia maklum bahawa tangisan dapat meredakan tekanan. Aku setuju, tetapi jika dalam tangisan disertai dengan menyebut nama Allah, itu lebih mujarab dari melagukan irama sendu yang tidak menentu.

Alhamdulillah, beberapa minit setelah saranan terus menangis itu, secara otomatis, temanku berhenti menangis. Tanpa paksaan temanku dapat berbicara sendiri meluahkan rasa kecewa yang bersarang di hati. Aku menyangka tangisan yang baru dilagukan itu kerana kecewa dalam percintaan, rupanya tekaanku tidak ada kaitan langsung dengan apa yang berlaku. 😀

Katanya, dia menangis hampir sepanjang hari itu kerana mengenang diri yang belum mendapat apa-apa pekerjaan sejak berhenti dari menyambung pelajaran di peringkat Phd di UKM dahulu. Dia belajar hanya separuh jalan. Paling tepat hanya satu tahun dari 4 tahun yang diperuntukkan. Dia merasa kesal kerana mengambil keputusan terburu-buru.

Aku tidak banyak berbicara malam itu, sekadar menjadi pendengar setia kerana sebelum dia mengambil keputusan untuk menghentikan pengajian Phd-nya, akulah tempat meminta pandangan dan nasihat.

Kiranya lenguh mulutku memberi ceramah motivasi untuk menaikkan semangat juangnya. Langsung tidak termotivasi. Menyebalkan hatinya, adalah. Sudah kembang telingaku menadah dengar setiap butir alasan yang berjela-jela dilampirkannya untuk memuaskan hati sendiri agar aku turut bersetuju dengan keputusannya.

Tentu sekali aku tidak bersetuju kerana peluangnya masih luas memandangkan usianya masih muda. Bagiku, sangat rugi menghentikan pengajian yang sudah setahun berlangsung. Apa yang aku faham, dia hanya bosan belajar dan bosan mengadap peralatan makmal sains yang digunakan untuk uji kaji bahan yang menjadi kajiannya.

Malas sudah aku hendak menasihati apa-apa lagi. Bukan aku berputus asa tetapi MALAAAAAS hendak memikirkan masalah yang sudah menjadi keputusannya sendiri. Dia sudah besar dan tahu berfikir baik buruk juga risiko yang bakal ditempuhnya apabila meninggalkan pengajian Phd-nya.

Ketika dia bercakap dalam tangisan yang mula berdendang kembali walau tidak sederas seperti awalnya, aku hanya ketawa lucu tapi hatiku tidak keruan. Aku tidak tahu, mahu berbuat apa lagi kepadanya. Hanya sekadar meminjam bahu untuk disandar dalam khayalan bagi mereda esakan kecil yang dinyanyikan dari jauh.

Budak tidak cukup tinggi ini – (panggilan apabila aku geram dengannya) – memang selalu membuat aku geram dengan sikapnya yang terburu-buru. Akhirnya perbicaraan kami tidak menemui solusi dan langsung tidak berkeputusan. Kami saling mengucapkan selamat malam setelah dia puas melangsaikan tekanan jiwanya.

“Dik… kol akak lagi kalau masih belum cukup air mata yang hendak dicurahkan. Akak akan selalu mendengar Icah.” ujarku memujuk hatinya. “Okey, Kak Siti, terima kasih kerana mendengar keluhan hati Icah. Hati Icah sudah lega dan boleh nyenyak tidur malam ini” balas Icah mengakhir katanya dengan salam.

Aku hanya mengangguk dan senyum sendirian. Hmmm… kasihan temanku, Icah. Aku menarik nafas untuk mereda rasa empati yang bersarang di hati. Sesungguhnya Allah menduga dia mengikut kemampuannya. Apakah dia mengetahui tentang itu ?

Ahhh… sudah puas aku menjelaskannya, dia masih begitu juga. Mesti buat-buat tidak tahulah itu. Sengaja cari pasal dengan Allah.

*

LAGU ISTIMEWA

…. Buatmu Yang Menyentuh Hati, 🙂

…. juga Icah dan anda yang selalu merasakan kehidupan ini penuh dengan ujian, cabaran dan masalah, ketahuilah bahawa semua yang didepani dalam kehidupan ini adalah KAWAN YANG MENYENANGKAN.

Oleh itu, bagi yang merasai masalah itu adalah kawannya, saya tinggalkan sebuah lagu yang menarik dan nyaman didengar sebagai mengisi minda untuk memahami bahawa setiap apa yang Allah beri kepada kita adalah satu kurnia yang harus disyukuri.

*

TROUBLE IS A FRIEND – LENKA

*

*

“trouble is a friend of mine “

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima12 Disember 2014 (Jumaat)/ 19 Safar 1436H/ 10.15 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. menyelami hati yang selalu berkeluh kesah dengan kehidupan yang dianggap tidak seperti yang diharapkan. Aku menginsafi diri. Terkadang kita bercita rasa tinggi sedangkan Allah hanya memberi kita sesuatu yang mampu kita capai. Perlukah kita mengeluh dan bersangka buruk kepada Allah sedangkan banyak nikmat yang telah kita perolehi dalam hidup ini. Alangkah tidak malunya kita.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU... Jika jarak selalu dianggap pemisah kala berjauhan, jadikan doa dari hati terdalam untuk merasakan kedekatan yang hampir agar terasa bersama sentiasa. Selalu ada doa untukmu. Aamiin. Wassalam. 🙂

*

MISS9

*

TroubleFatima3LirikTroubleIsAFriend

*

DI HATIKUADA SENYUMMU YANG TIDAK TERLAKAR

*

26 thoughts on “CT304. TROUBLE IS A FRIEND

    • Hanya lagu ini sahaja dari Lenka yang menarik perhatian saya, terutama liriknya yang penuh makna untuk menyedarkan kita bahawa masalah bukan musuh tetapi teman yang perlu didampingi agar kita menjadi lebih matang kala berhadapan dengannya.

      Terima kasih Asep dan salam sukses. 🙂

  1. Semoga Mbak Icah semakin bisa mendekatkan diri kepada Allah Swt., shalat malam, membaca al-Qur’an, dan banyak berdzikir kepada-Nya. Semoga dengan demikian bisa menghadapi persoalan dunia dengan hati yang lapang. Semoga dengan demikian, bahwa persoalan akhirat betapa pentingnya.

  2. Assalamu’alaikum wr wb. Apa kabar Mbak Fatimah? Semoga sehat dan bahagia selalu.
    Betul juga Mbak, pada akhirnya kitapun harus bisa berteman dengan trouble, karena itu bagian hidup kita yang tak terpisahkan.
    Mbak suka juga dengan lagu Lenka? Saya suka lagu itu karena liriknya saja yang bagus…

    Salam dari saya di Sukabumi,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…
      Alhamdulillah, saya dan keluarga sihat wal’afiat. Didoakan mas Titik dan keluarga juga baik dan diberkati Allah SWT hendaknya.

      Manusia tidak lepas dari kesukaran dan kesusahan hidup. Semuanya bertujuan untuk mematang dan medewasakan kita agar tabah dan tahu siapa diri sebenarnya, biar tidak angkuh dan sombong hidup di muka bumi Allah ini.

      Terima kasih mas Titik sudah berkunjung dan lagu di atas memang bagus liriknya. Melodinya juga oldies. Salam sejahtera. 🙂

    • Biasa itu Fier, namanya sudah manusia pasti suka mengikut kata hati sendiri berbanding nasihat orang lain yang sudah berpengalaman. Tapi bagus juga, sekurang menjadi pengajaran dan pengalaman, ya.

      Terima kasih Fier dan salam sejahtera. 🙂

  3. salam mbak Siti..
    tulisan yang singkat namun penuh makna.terimakasih sudah mengingatkan saya akan hal ini.

    Teman Sejati hakikatnya adalah Telinga yang senantiasa mau untuk mendengar..Mata hati yang selalu melihat sekitar..dan kedua Tangan yang selalu siap untuk menolong sesama..

    Benar adanya jika Masalah hendaknya dijadikan Teman.

    Salam dari Cirebon. Jawa barat

    • Terima kasih kembali. Untaian kata mutiara di atas juga sangat bermakna untuk kita memahami erti kerja sama dalam kehidupan ini.

      Mudahan kita tidak mengeluh dengan masalah yang menimpa tetapi melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana mengajar kita untuk menvari penyelesaian kepada masalah tersebut.

      Salam sejahtera dan sukses selalu. :).

    • afwan ummi, nandan baru hadir lg menyapa.. hihi..

      masya Alloh, pilihan dan keputusan selalu ditangan kita, dasari hal tersebut dengan pengetahuan yang baik, meminta petunjuk dan pertolongan dari Alloh, dan segala keputusan yg didasari atas sikal terburu-buru dengn berbagai alasan yang dibuat-buat adalah sumbernya dari syaithon laknatullah, maka bijaklah dalam memutuskan suatu perkara…

      kadang ada hal yang begitu menyusahkan, membosankan dan membutuhkan tenaga yang lebih dalam menjalaninya, namun hal tersebut dpt kita musnahkan hanya dengan dua kata “bersabar” dan “bersyukur”, tiada takdir dari Alloh yang merugikan hambaNya.. hamba saja yang ngk tahu diri.. gimana ummi? dah pinter ke anakmu nih.. hehe

      kangen ummi, peluk dan cium..

      • Alhamdulillah, Umi senang dengan kunjungan dari Neni. Lama sekali tidak bersapa ya. Umi ingat neni sudah lupakan Umi. Ke mana aja selama ini. Mudahan semua urusan berjalan lancar dan diberkati Allah SWT. Umi doakan, Bapak dan Mama semuanya sihat di sana. Aamiin.

        Subhanallah, anak Umi ini memang selalu bijak dan pintar dalam memberi pendapat yang berbobot. Begitulah manusia, selalu berburuk sangka dengan Allah dan tidak pernah mahu menyalahi diri sendiri atas musibah yang menimpanya. Sedangkan ujian dari musibah itu mengajar kita erti sabar dan tabah.

        Terima kasih sudah berkomentar di sini dan membuat Umi gembira. Neni selalu dalam ingatan Umi. Salam sayang dan rindu selalu dari Umi. 🙂

  4. Assalamu’alaikum Wr.Wb.
    Apa khabar mbak, Menarik sekali artikel yang mbak tulis ini. Semoga Icah segera mengetahui bahwa ada rahasia di balik rahasia atas segala kehendak Tuhan. Kuncinya hanya sholat dan bersabar….

    Salam dari Jogja
    Yuni Andriyani.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Yuni…

      Alhamdulillah, saya baik dan sihat. Didoakan mbak Yuni begitu juga di sana. Iya, kita berharap begitu kepada Icah supaya banyak bersabar dan solat selin dapat memahami hikmah di sebalik semua lejadian dalam hidup ini.

      Terima kasih mbak Yuni dan salam mesra selalu. 🙂

Leave a reply to Fier Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.