CT238. PERJALANAN MENUJU MAKKAH (1): NIAT IHRAM HAJI TAMATTUK DI BIR ‘ALI

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

IhramUmrahHajiFatima1NiatIhramUmrahdiBirAli2011

MIQAT MAKANI- MASJID BIR ALI, ZULHULAIFAH, MADINAH  

*

HARI TERAKHIR DI MADINAH

18 OKTOBER 2011 (SELASA). HATI menjadi sayu dan rasa tertinggal. Berat kaki untuk melangkah pergi, menjauh diri dari kesibukan beribadah di Masjid Nabawi yang telah hilang dari pandangan sebaik melangkah melepasi Dataran Masjid melalui Pintu no. 16, Omar al-Khattab. Pintu yang setia menjadi saksi kehadiran kami di Masjid Nabawi.

Hari ini, hari ke sembilan saya dan SPH berada di Kota Madinah. Hari ini juga, hari terakhir sebelum berangkat ke Kota Makkah dengan menaiki bas bersama rombongan haji Sarawak KT 33. Selepas solat Zohor yang mengakhiri ibadah berjemaah 42 waktu di Masjid Nabawi, saya dan SPH pulang ke Hotel Moltaqa al-‘Alam bagi persiapan terakhir.

Sebaik sampai ke bilik hotel, tidak banyak yang perlu saya lakukan lagi kerana beg pakaian besar sudah dikumpul di lobi hotel untuk di punggah ke atas bas yang sudah ditetapkan penumpangnya.  Yang tinggal hanya beg yang dibawa di tangan dan makanan dalam perjalanan selama lebih 8 jam.

Setelah memastikan semua barang yang dibawa sudah siap, baru saya masuk ke bilik air untuk mandi sunat ihram. Jemaah haji disunatkan mandi sunat ihram sebelum memakai pakaian ihram kerana tujuan mandi adalah untuk membersihkan badan.

PERINGATAN: AMALAN SUNAT IHRAM INI DIBAHAGIKAN KEPADA 3 PERKARA IAITU  AMALAN SUNAT SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

Selain mandi sunat ihram terdapat beberapa amalan sunat lain yang perlu dilakukan SEBELUM NIAT IHRAM, seperti berikut:

IhramUmrahHajiFatima7SunatSebelumNiatIhram

Amalan sunat ihram SEBELUM NIAT IHRAM

*

MEMAKAI KAIN/PAKAIAN IHRAM

hukum-ihram-dari-jeddah

Setelah melakukan beberapa AMALAN SUNAT IHRAM di atas, tibalah masanya untuk memakai kain ihram (lelaki) dan pakaian ihram (wanita). Ingin saya jelaskan, Terdapat dua keadaan pemakaian ihram boleh dilakukan oleh para jemaah.

Sama ada terus berpakaian ihram di hotel atau di Miqat, Zulhulaifah (Abyar Ali/Bir Ali). Biasanya menukar pakaian di miqat dilakukan oleh jemaah lelaki (hanya sedikit sahaja). Sedangkan jemaah wanita semuanya siap berpakaian ihram dari hotel setelah mandi sunat ihram.

Merujuk pengalaman yang dialami, para jemaah hanya diberi masa selama setengah jam (30 minit) untuk berhenti di Masjid Bir Ali bagi melakukan SOLAT SUNAT IHRAM dan NIAT IHRAM.

Oleh itu, bagi menggelak keadaan kelam kabut dan lambat berangkat ke Makkah sehingga menimbulkan rasa tidak senang di hati jemaah lain, eloklah memakai kain ihram dari hotel. Ini lebih menjimatkan masa, hati menjadi lapang dan bahagia. 😀

AuratLelakiFatima4PemakaianIhram

AuratLelakiFatima5Pakaian

IhramUmrahHajiFatima10PakaianIhramWanita

*

ILAL LIQA’, YA MADINATUL MUNAWWARAH

Jam 2.30 petang (waktu Madinah), bas yang dipenuhi seramai 45 orang jemaah haji KT 33 Sarawak mula mengepul asap putih bergerak keluar dari Kota Madinah melalui jalan belakang Hotel Moltaqa Al’Alam.

Tiba-tiba hati saya menjadi sepi dan rindu mulai mendadak hadir. Tidak kedengaran suara para hujaj di dalam bas. Sunyi menjadi teman seketika dengan melayan perasan masing-masing yang tentunya menyimpan seribu nostalgia indah selama 9 hari di Kota Madinah dan Masjid Nabawi.

Dalam memikirkan suasana hening mencengkam, mata saya mencari-cari kelibat menara dan kubah Masjid Nabawi menembusi cermin bas.

Alhamdulillah, saya dan SPH mendapat tempat duduk di sebelah kiri barisan kedua dari hadapan. Kedudukan ini memberi ruang kepada kami untuk dapat melihat dengan bebas pandangan arah hadapan yang menyajikan prasarana Kota Madinah yang membangun pesat.

MadinahMakkahFatima2BasdariMadinahkeMakkah18102011selasa

*

Dalam kesedihan meninggalkan Kota Nabi, perasaan teruja memuncak tinggi mengingatkan Kota Makkah yang menjadi destinasi utama dalam  merealisasikan Rukun Haji. Saya masih belum dapat menggambarkan bentuk Masjidl Haram dan ingin melihat secara relia bangunan Kaabah yang menjadi pusat tumpuan umat Islam sedunia

Semua bayangan tersebut mengisi fikiran sepanjang perjalanan dan tidak sabar-sabar untuk mengunjunginya.  Hari masih siang, perjalanan baru bermula. Tanpa disedari 10 minit berlalu dan bas yang membawa rombongan kami sudah memasuki kawasan MIQAT, MASJID BIR ALI, ZULHULAIFAH yang berjarak hampir 10 km dari Masjid Nabawi.

 Selamat jalan Ya Rasulullah. Semoga bertemu lagi 

*

MASJID BIR ALI, ZULHULAIFAH

IhramUmrahhajiFatima4MiqatMakaniBirAliZulhulaifah

Bas memasuki parkir di Masjid Bir Ali yan sudah penuh dihuni oleh bas-bas para hujaj negara-negara lain yang mendahului. Kami diingatkan perhentian ini hanya selama 30 minit bagi melaksanakan SOLAT SUNAT IHRAM dan BERNIAT IHRAM.

Saya bersama Kak Kasma, Kak Senah dan Kak Bedah menuju arah tempat solat bahagian wanita. Tempatnya harus melalui kawasan mengambil wuduk dan WC. Pokok-pokok renek yang lebat daun digunting bulat bujur menjadikan lanskap sekitar Masjid Bir Ali terlihat kemas dan bertata rapi. Banyak pohon kurma ditanam dan tersusun cantik, meneduhkan sekitar kawasan dari panas terik.

Keadaan di dalam Masjid bahagian wanita tidak begitu ramai kerana tetamu Allah keluar masuk silih berganti hanya bertujuan untuk melakukan solat sunat ihram dan berniat ihram. Saya dan Kak Kasma mengambil tempat di tengah ruang. Kami mendirikan solat sunat Tahiyatul Masjid dan solat sunat Ihram. Setelah berdoa, kami berniat ihram Umrah bagi Haji Tamattuk.

IhramUmrahHajiFatima8SunatSemasaNiatIhram

*

AuratLelakiFatima2Solat

Para hujjaj lelaki melakukan solat sunat ihram dan berniat ihram

*

KEPADA HUJJAJ LELAKI

……. diingatkan agar mengikat kain ihram dengan ketat seperti menggunakan tali pinggang atau seumpamanya. Jangan ambil mudah dalam mengikat kain ihram kerana banyak sekali berlaku kes-kes jemaah haji lelaki yang terjatuh kain, tergelonsor kain atau dipijak orang dan terlondeh sehingga berbogel. Jika tidak mahu menanggung malu, harap kain ihram anda diikat dengan kemas.

Saya pernah menulis tentang penjagaan aurat lelaki dan pemakaian kain ihram dalam CT148. CABARAN HAJI (9): AURAT LELAKI. Anda boleh mendapat maklumat daripada posting tersebut agar terjaga dari hal yang dilarang dalam ihram.

*

CARA MENGERJAKAN HAJI

 

Saya dan SPH telah memilih untuk mengerjakan haji dengan cara HAJI TAMATTUK. Oleh itu, perlu difahami bahawa NIAT IHRAM HAJI mempunyai kaitan dengan CARA MENGERJAKAN HAJI.

Berikut dijelaskan tentang lafaz niat bagi pelakasanaan HAJI TAMATTUK yang didahului dengan ibadah UMRAH, kemudian ibadah HAJI. Berikut adalah RUKUN dan WAJIB UMRAH yang perlu dilaksanakan dalam HAJI TAMATTUK.

*IhramUmrahHajiFatima2Rukun.WajibUmrah

*

LAFAZ DAN NIAT DALAM PELAKSANAAN HAJI TAMATTUK

IhramUmrahHajiFatima5LafazNiatIhramHajitamattuk

Lafaz dan niat pelaksanaa HAJI TAMATTUK

*

13 LARANGAN SETELAH NIAT IHRAM

Sebaik lafaz dan NIAT IHRAM dilakukan, secara otomatik 13 LARANGAN DALAM IHRAM terpikul atas setiap jemaah haji (ibadah umrah) untuk dipatuhi sebagaimana yang terkandung di dalam WAJIB UMRAH ke-2. Larangan dalam ihram secara umumnya dibahagikan kepada LIMA kategori seperti berikut:

*

IhramUmrahHajiFatima3LaranganIhram13

*

PesanFatima

KEPADA TETAMU ALLAH

PEKERJAAN HAJI dan UMRAH adalah PEKERJAAN PROFESIONAL. Oleh itu, muatkan dalam kontena minda dan wadah hati segala ilmu yang menjadi penyuluh jalan, petunjuk hidayah dan panduan kesempurnaan agar ibadah Haji dan Umrah dapat dilaksankana dengan berkesan.

Ikhlas dan sucikan hati dan anggota lahir dengan banyak bersedekah, beribadah, berzikir, berakhlak mulia, bersangka baik serta suka membantu tetamu Allah yang lain. Berdoalah agar dipermudahlan segala urusan sepanjang kehidupan di Tanah Suci. Letakkan seluruh pengharapan hanya semata-mata kerana Allah SWT.

Di mana-mana kita berada di pelusuk bumi Allah SWT ini, pasti ujian akan menjadi teman. Ujian untuk mereka yang mengaku beriman dengan Allah SWT pasti lebih banyak sebagai penilaian untuk dianugerahkan HAJI MABRUR dan UMRAH MAKBUL. Redha dan ikhlas kunci dalam MENINTIP JALAN KE SYURGA.

*

FatimaRindu1padamu

JADILAH TETAMU ALLAH YANG PALING ISTIMEWA

*

***************

SalamFatima3SalamFatima5 April 2014 (Sabtu)/ 5 Jamadil Akhir 1435H/ 1102 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU….. mengungkap segala rasa yang bermukim nun jauh dilubuk hati. Ingin bertemu tapi bukan di sini. Ingin bertamu tapi bukan selalu. Ingin berbicara tetapi tidak pernah bersua. Ingin tersenyum tetapi malu terasa. Wahai diri yang harus tahu bicara, berdoalah agar segala rasa yang mengungkap rindu di jiwa akan bersatu dalam kalimah LA ILAHA ILLAH – kalimah iman yang menyandar segala taqwa. Jarak bukan memisahkan kita jika hati bertaut rasa. Lalu rinduku pun jatuh di atasnya. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. Di mana pun dirimu berada, doaku selalu teriring dalam senyum bahagia. Semoga Allah SWT selalu melindungimu. Aamiin.  Wassalaam. 😀

IngatanFatima1Padamu

*

TERIMA KASIH… UNTUK SEMUA YANG PERNAH AKU MILIKI DARIMU

18 thoughts on “CT238. PERJALANAN MENUJU MAKKAH (1): NIAT IHRAM HAJI TAMATTUK DI BIR ‘ALI

  1. assalamualaikum mbak, saya suka membaca tulisan mbak, tp baru kali ini tulis komentar. alhamdulillah saya sdh dipanggil Allah utk menjadi tamunya dan sekaligus mendampingi ibu dan saudara saya yg sdh tua pada th 2012. rasanya kalo dipikir tdk masuk akal cara Allah memangil saya, dr segi kemampuan msh blm ada apa 2nya. Sdh 1.5 th berlalu tp rasanya kejadian2nya msh tergambar jelas didepan mata, membaca tulisan mbak rasa rindu semakin membara, kapan bisa ke tanah haram lagi?. torik, torik …….., salam kenal mbak ,wassalam.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Hafid…

      Alhamdulillah dan terima kasih atas apresiasi dan kunjungan kemari walau baru berkomentar. Mudahan mendapat manfaat dari apa yang disajikan untuk maslahat yang dapat diambil dari pengajarannya.

      Masya Allah, demikianlah Allah SWT menjemput hamba-NYA tanpa kita duga apa yang bakal diberi kepada kita. tidak ada apa-apa yang mampu menghalang urusan manusia jika Allah SWT telah menghendaki ia berlaku. Betapa Allah SWT memberi kasih sayang-NYA kepada Hafid dan keluarga.

      Bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah dikurniakan dengan menjadi hamba yang bertakwa dan selalu mentaati perintah-NYA agar haji yang dibuat mendapat kemabarurannya. Aamiin.

      Jika ingin ke sana lagi, tentulah ada usaha dengan menyimpan wang dan berdoa sentiasa. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar doa hamba yang mencintai-NYA.

      Salam kenal kembali, semoga diberkati Allah SWT. 😀

  2. Assalamualaikum Bunda,
    Membaca cerita bunda ini seperti ikut berkunjung juga ke Makkah,
    mudah-mudahan saya juga bisa berkunjung ke rumah Allah.

  3. Terimakasih doanya mbak , semoga sy bisa menjaga kemabruran haji sy meskipun hanya Allah yg tahu mabrur tidaknya, yg penting berusaha beribadah lebih baik dari sebelum haji. Ibaratnya kita sekolah disana, dan di tanah air baru kita praktekkan. Itu dia yg sulit, kl disana semangat kita tak habis2 rasanya, sedangkan disini banyak sekali godaannya. Spt rasa malas kl lg datang, sy ingat kembali bagaimana saat di madina jam 3 pagi berlari2 ke masjd nabi agar dpt tempat di area masjd lama dan itupun kita lakukan smpai 40 waktu. Terus semangt nulisnya ya mbak, saya kagum dg bakat mbak sampai beberapa tahun mash bisa bisa bercerita dg detail spt baru terjadi kemarin saja, insyallah sy selalu mengikuti. Semoga mbak sekeluarga selalu dalam lindungan Allah, amien.

    • Aamiin Allahuma Aamiin. Mudahan istiqomah dalam ibadah yang dilakukan. Memang benar, kehidupan di Tanah Suci banyak mendisiplin kita tentang ketepatan waktu, berjiwa hamba dan redha dengan segala ujian dalam melaksanakan segala manasik haji di semua masya’irnya.

      Semua kepayahan beribadah dapat dilaksanakan dengan redha dan bersemangat kerana kita tidak memikirkan apa-apa tentang urusan dunia semasa di sana.

      Apabila pulang ke Tanah Air, suasananya bertukar dan sangat berbeza dari Tanah Suci. Godaan dunia lebih hebat sehingga ramai para hujjaj sukar untuk istiqamah dalam beribadah dan menutup aurat. Di manakah silapnya ibadah haji dan umrah tersebut ?

      Memang tidak mudah untuk mengekalkan apa yang telah kita lakukan di Tanah Suci. Hanya iman dan takwa yang mampu mendorong cinta Allah SWT dan cinta Rasulullah SAW di hati kita.

      Terima kasih atas kunjungan dan pencerahan ilmu dari Hafid yang bermanfaat, juga apresiasinya. Alhamdulillah, ingatan yang baik semuanya dengan izin Allah SWT selain adanya dokumentasi yang disimpan sepanjang di sana agar mengekalkannya di minda dan di hati. Hal ini memudahkan penulisan walau sudah hampir tiga tahun lamanya.

      Salam hormat selalu. 😀

  4. Salam Takzim
    Kapan yah bisa menuju Makkah, sembari menunaikan rukun islam yang ke-5. Rindu akan panggilan labbaik Allahuma labbaik telah lama jauh saat usiaku 40 namun sayapku belum mampu mengepakkan diri. Lama tak hadir rindu dengan tulisan ibu membuat saya mencoba menjemput ibu kembali hadir di rumah zipoer7
    Salam Takzim Batavusqu

    • Salam takzim kembali Kang Zipoer….

      Alhamdulillah, senang menerima kunjungan dari Kang Zipoer yang sudah lama tidak aktif di sini. Mudahan sihat dalam rahmat Allah SWT.

      Insya Allah, sayap tersebut akan terbang jauh menuju jemputan Tuhan-NYA dalam waktu yang ditentukan dengan izin-NYA.

      Terima kasih Kang Zipoer sudah mencoret komentar kemari. Semoa diberkati Allah SWT. 😀

  5. Pingback: CT239. PERJALANAN MENUJU MAKKAH (2): TIUPAN SEMANGAT TALBIAH | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  6. Pingback: CT280. UMRAH WAJIB (6): TAHALLUL UMRAH | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  7. Sedang berada di masjid madinah tika membaca blog ini. Perasaan yg tidak terkata. Sekejap lagi akan solat dhuha. Tinggal sehari lagi untuk berangkat ke Mekah. Kita jemmah haji KT33 spt yg pernah dilalui Hajjah……pengalaman blog ini akan memberi panduan dan perkongsian ilmu. Semoga Hajjah dirahmati Allah dan saya doakan kitak pegi lagi suatu masa lagik. Amin

    • Alhamdulillah, saya yakin saat saudara Hafizal menulis komentar ini jam Madinah adalah 6.56 pagi. Bermaksud esok akan ke Makkah. Subhanallah, tidak menyangka seorang tetamu Allah sudi melayari blog LMGS G2 dari Tanah Suci Madinah.

      Saya doakan saudara Hafizal dan rombongan KT33 Sarawak akan selamat dalam perjalanan dan sampai di Makkah. Perjalanan rohani ini sangat berharga dan mungkin berlaku sekali dalam seumur hidup untuk musim haji yang sedang dilalui.

      Lakukan semua manasik haji dengan seluruh hati dan jiwa untuk mencapai redha Allah SWT bersama sabar yang tinggi. Mudahan akan dimudahkan Allah segala urusannya. Aamiin.

      Terima kasih sudi mengambil sedikit pengalaman untuk dijadikan panduan dan ibrah dalam menjalani ibadah haji dan umrah. Hanya itu yang mampu disumbang untuk kongsian ilmu ini.

      Semoga saudara Hafizal, keluarga dan jemaah haji KT33 Sarawak beroleh haji mabrur dan sentiasa sihat juga dilindungi Allah SWT.

      Salam hormat dan takzim. 🙂

  8. Pingback: CT411. CABARAN HAJI (23): BELAJAR SABAR DI TANDAS MASJID NABAWI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a reply to Batavusqu Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.