CT183. RAMADHANKU DI MASJIDIL HARAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

RamadhanMakkahFatima1MasjidilHaram

Pintu No.1, al-Malik Abdul Aziz – pintu pertama (utama) memasuki Masjidil Haram (bangunan baru) dari arah Menara Jam Makkah.

*.

DATARAN KAABAH

Degup jantungku berdetak dengan debaran yang tidak selari. Aku memegang dadaku dan terasa geraknya yang pantas. Tanganku hangat. Aku meraba wajah dan mencubitnya untuk merasai kebenaran tentang kewujudanku di sini. Walau sudah seminggu, aku seperti tidak percaya bahawa aku telah menjejak kaki lagi ke Bumi Makkah al-Mukarramah.

Selesai melakukan solat sunat Dhuha, aku melangkah menuju sebelah kiri, tepi Dataran Kaabah dari arah Rukun Syami. Aku  melihat dengan jelas Hijr Ismail dan Pancur Emas. Aku tersenyum bahagia kerana pernah diizinkan Allah SWT untuk memasuki bahagian dalam Kaabah itu, memegang dindingnya dan berdoa. Maqam Ibrahim dan Hajarul Aswad tidak kelihatan kerana terletak di sebelah kiri Rukun Iraqi. 

Di hadapanku, bangunan segi empat yang tidak sama ukurannya, sangat dekat di depan mata. Itulah BAITULLAH, KAABAH. Keadaan bangunannya tetap sama, tidak berubah. Pakaian yang membaluti tubuhnya sahaja yang sering bertukar setiap tahun.

Kain hitam bertulis kalimah-kalimah mulia di sekelilingnya membalut dengan kemas. Memancar kilauan kekuningan dari tenunan benang emas bercorak kaligrafi Islam yang sangat indah. Di bahagian pinggang bangunan Kaabah dilapisi kain putih yang menyerlahkan keutuhannya di hadapan manusia.

RamadhanMakkahFatima2RukunSyami

*

DAMAI DI HATI

Memandangnya menghadirkan getaran. Perasaanku kuat mengajak untuk mendekatinya. Tapi harus ku tangguh dulu. Suamiku masih melakukan tawaf umrah sunat untuk kali kedua dan menunggu untuk bersaie pula. Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana mendapat jemputan yang sangat istimewa dari-MU. Umrahku kali ini benar-benar suatu yang amat ku impikan. Umrah di bulan Ramadhan. Ramadhan di Masjidil Haram.

Ku lihat dari jauh di hadapan Dataran Kaabah, betapa damai dan bahagianya pemandangan tersebut. Di sana ribuan manusia berduyun-duyun bertawaf dengan penuh pasrah dan redha mengharap ibadahnya diterima. Lantunan suara bertalbiah saling bergabung dengan bacaan doa-doa yang dibaca oleh kumpulan jemaah umrah. Aku pula berdoa semahu-mahuku sambil menghadap kiblat yang mulia itu. Lama sekali aku tenggelam dalam doa kudusku ke hadrat Ilahi Rabbi.

Dengan linangan air mata yang mulai bertakung di tubir mata, aku bahagia kerana dapat berada di bumi barakah ini bersama suami tercinta untuk melabuhkan tirai kasih di pangkuan sajadah cinta-NYA yang agung. Aku bersyukur masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus cergas bergerak, cerdas berfikir tanpa menyusahkan sesiapa. 

RamadhanMakkahFatima3RukunSyamiYamani

Lingkungan Hijr Ismail kelihatan kosong. Kawasan Hijr Ismail adalah sebahagian dari dalam Kaabah.

*

SIAPAKAH UMI ?

Saat menyapu air mata yang mengalir deras di pipiku, tiba-tiba aku di sapa oleh seorang wanita sebaya usia ibuku. Wajahnya keARABan, sosok tubuhnya tinggi, kulit wajahnya putih bersih tanpa cela dan senyuman manis memekari bibirnya yang ramah. Seluruh tubuhnya disaluti pakaian dan jilbab serba hitam.

Tangannya memegang bahuku dengan lembut dan pandangan matanya benar-benar mendamaikan. Kata-katanya tersusun indah dalam bahasa Arab fuhsah (bahasa al-Quran) saat butiran bicaranya dilontarkan kepadaku yang terkasima dengan sentuhannya. Entah mengapa aku merasa senang di sampingnya. Naluri senang itu seakan menyerbu tanpa dipaksa-paksa. Aku membalas senyumannya. Indah dan memikat hati.

“Kenapa menangis nak ? Kamu seorang sahajakah.” Entah bagaimana, aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya kefasihan berbahasa Arab aku itu. Sangat lancar sekali jawabanku sehingga aku jadi pelik dengan diri sendiri.

“Tidak Umi, saya menangis kerana sangat terharu dapat menunaikan Umrah di bulan Ramadhan. Dulu saya selalu berdoa agar diberi peluang oleh Allah SWT untuk berRamadhan di Makkah.” Alhamdulillah, Allah SWT mengizinkannya tahun ini.” balasku dalam senyuman yang ramah. Aku menyalami dan mencium tangan yang dihulurkannya.  Ibu tua itu menggenggam erat tanganku dan mengusap lembut kepalaku. Aku senang diperlakukan demikian.

“Alhamdulillah, demikianlah jika Allah telah merencanakan buat kita, pasti akan berlaku apa yang dikehendaki-NYA.” lanjut ibu tua itu. Aku mengangguk menyetujui kata-katanya. “Semoga Allah meredhaimu dan ibadahmu,” doa ibu tua itu. ‘Aamiin Ya Rabbal’alamin.  Semoga Allah memberkati Umi juga.” balasku. Ibu tua itu mengamini doaku untuknya dengan mengangkat tangan ke langit dan mengusap wajahnya.

“Anak datang berumrah dengan siapa ?” tanya ibu tua lagi. “Saya datang dengan suami, Umi ?” jelasku pendek.”Di mana suamimu, nak ? persoalan dilontar ke sekian kali oleh ibu tua. “Suami saya mungkin masih bersaie, sekarang, kalau sempat saya kenalkan dengan umi nanti” tebak saya tanpa mengetahui betapa lamanya saya sudah berada di Dataran Kaabah itu. Mataku pun memandang sekeliling, mana tahu suamiku sudah selesai melakukan semua tuntutan umrah sunatnya.

RamadhanMakkahFatima4RukunIraqiSyamiYamani

Lingkungan Hijr Ismail kelihatan penuh sesak dengan jemaah

*

TERKEJUT

Subhanallah, tidak semena-mena, kelibat suamiku sudah berada di depan mata. Dia datang dengan pakaian ihram putih yang bersih. Walaupun kelihatan letih kerana berpuasa dan aktiviti ibadahnya, wajah suamiku tetap dihiasi senyuman manis saat mata kami bertemu. Hatiku tenang dan lega melihat kedatangannya.

“Assalamu’alaikum, Abang baru selesai bersaie” sapa suamiku sambil menghulur tangan untuk bersalam. “Wa’alaikum salaam. Alhamdulillah, semoga Allah SWT menerima ibadah umrah abang.” sahutku lalu menyambut salam dan mencium hormat tangannya.

Aku berpaling untuk memperkenalkan suamiku kepada ibu tua tadi. Namun hampa kerana ibu tua itu sudah tiada lagi di sisiku. Aku mencari dalam keramaian manusia, tetapi tidak ditemui sosok tubuhnya. “Ke mana perginya Umi tadi ya,” detak hatiku penuh persoalan.

Tiba-tiba, kedengaran suara siren yang kuat, memecah keheningan suasana Dataran Kaabah yang riuh rendah dengan suara talbiah dan doa manusia. Aku jadi panik lantas memeluk suamiku yang kelihatan tenang dan tersenyum memandangku. Aku lihat sekeliling, semuanya tenang seolah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Bunyi apakah itu ? Aku terkejut apabila ada sesuatu yang melanggarku dari belakang sehingga aku tersentak dari lamunan. Masya Allah, aku termangu-mangu sebentar. Kenapa Masjidil Haram jadi gelap dan sejuk dingin ? Bunyi tadi masih bergetar kuat berkumandang. Aku rasa terganggu dan cuba memikirkan sesuatu yang membingungkan.

*

BUNGA TIDUR

Allahu Akbar, bunyi itu rupa-rupanya datang dari alarm jam handset Blackberry-ku. Menandakan pukul 3.30 pagi, waktu untuk bangun solat tahajjud. Rupanya kegelapan itu adalah bilik tidurku yang didinginkan oleh penghawa dingin.

Aku duduk  sebentar memikirkan apa yang aku alami dalam tidurku tadi. Aku tersenyum indah dan bahagia. 😀 Aku bersyukur sambil meraup wajah setelah berdoa, “Ya Allah, semoga semuanya menjadi kenyataan di suatu hari nanti. Aamiin.”

Setelah itu, aku bangun dari peraduanku untuk ke bilik air mengambil wuduk.

CintaFatimaku5a

**************

30 Julai 2013 (Selasa)/ 21 Ramadhan 1434H/10.45 malam Sarikei, Sarawak

AKU…. redha jika apa yang pernah dimiliki dalam sekian waktu hidup ini, diambil kembali oleh Yang Berhak. Setiap sesuatu yang kita anggap milik kita, sebenarnya bukan milik kita. Oleh itu, janganlah kita memikirkan hal yang tidak dapat kita punyai atau tidak kita punyai atau tidak akan kita punyai. Tetapi hargailah apa yang pernah kita punyai walau ia datang hanya sekejap waktu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

CintaFatima2hanyapadamu

*

*

DEDIKASI UNTUKMU….. harapan adalah rahmat dari Allah SWT.  Harapan yang kita genggam selalunya akan menjadi kenyataan andai kita menginginkan ia berlaku. Teruslah menumbuhkan benih-benih harapan yang ada di ladang hatimu dengan siraman kasih. Mudahan akan menyuburkan dedaun sayang dan melebatkan bebuah cinta. Di mana kau berada, di situ ada hatiku menunggu. Wassalaam. 😀

*

34 thoughts on “CT183. RAMADHANKU DI MASJIDIL HARAM

  1. Assalamu’alaikum Wr. Wb….

    Alhamdulillah, kali ini bisa berkunjung yang pertama kali. Mudah-mudahan belum ada yang mendahului. Mudah-mudahan pula Mbak Fatimah sekeluarga selalu dalam keadaan sehat wal afiat lahir dan batin, sehingga bisa menjalankan ibadah di bulan Ramadhan ini dengan kekhusyu’an yang lebih.

    Subhanallah… ber-Ramadhan di Masjidil Haram Mbak? Wah, wah, wah…. semoga mendapatkan pahala yang berlipat-lipat dari Allah Swt. Tentunya puasa Ramadhan yang Mbak jalani kali ini memiliki suasana yang spesial, yang lain dari puasa Ramadhan sebagaimana biasanya, ya Mbak?

    Salam hormat penuh takzim selalu…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden….

      Alhamdulillah. Selamat jadi yang pertama. Memang bukan selalu dapat menulis pertama di sini. 😀

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Terima kasih atas doa yang dilampirkan. Didoakan mas Raden juga keluarga mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT sepanjang Ramadhan dan dimudahkan segala urusan kehidupan. aamiin.

      Ramadhanku di Masjidil Haram adalah sebuah mimpi yang dikurniakan beberapa minggu lalu. Mudahan akan menjadi kenyataan. Mungkin kerinduan ingin ke sana di bulan Ramadhan lalu terbawa-bawa ke dalam tidur hingga menjadi bunga mimpi. Semoga dimakbulkan suatu hari nanti. Aamiin.

      Salam Ramadhan al-Mubarak. 😀

      • Iya ya Mbak, setelah saya baca lagi sampai akhir ternyata hanya mimpi. Meski begitu, tak sembarang orang bisa mimpi ber-Ramadhan di Masjidil haram lho Mbak. Tentunya Mbak Fatimah ini pengecualian. Mudah-mudahan mimpi tadi tak hanya bunga tidur, namun pertanda bahwa di suatu saat bisa terlaksana bagi Mbak sekeluarga ber-Ramadhan di Masjidil Haram. Amin ya Robbal ‘alamin…

        Salam Ramadhan menjelang Idhul Fitri…

        • Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
          Terkadang bunga tidur ini amat mengasyikkan.
          Mudahan yang dimimpikan baik, akan membawa kebaikan di dunia nyata kelak.

          Terima kasih atas doanya mas Raden.
          Salam Syawal yang mulia. 😀

  2. Wa’alaikum salam warrohmatullohi wa barokatuh
    Benarkah ini hanya mimpi ?
    Pun demikian, Insya Alloh itu semua sebuah pertanda kebaikan. Kebaikan dalam arti karena hati kita yang selalu merindukan Ka’bah dengan kenikmatan beribadah di dalamnya. Juga, Semoga Alloh Ta’ala suatu saat benar-benar meridhoi Mbak Fatimah dan Suami bisa menjalankan umroh di bulan ramadhan

    Sayapun punya cita-cita yang sama, ingin melakukan umroh di bulan ramadhan sebulan penuh. Betapa ini cita-cita yang didambakan perindu Ka’bah dan Masjidil haram, Insya Alloh akan ada banyak pahala berlipat-lipat yang bisa kita raih si sana

    • Salamu’alaikum wr.wb, Pakies…

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Doa yang baik di bulan yang baik, mudahan akan mendapat kebaikan semuanya. Semoga mimpi itu menjadi kenyataan.

      Insya Allah, saya berdoa agar Pakies akan menunaikan umrah di bulan Ramadhan. Pasti semua muslim mempunyai keinginan yang sama seperti kita. Bila sudah pernah ke sana, sentiasa keinginan untuk ke sana lagi tidak pernah pudar.

      Sesuatu yang diniat baik untuk beribadah kepada Allah SWT, tentu tidak akan pernah di sia-siakan Allah SWT. Yang penting ada wang untuk ke sana. Bukan sekadar berdoa sahaja.

      Terima kasih Pakies, untuk pencerahan dan kongsiannya.
      Salam sejahtera. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Acep Aprilyana…

      Alhamdulillah, ini award kedua dari Acep untuk saya. Terima kasih menghargai silaturahmi ini. Sudah saya simpan di Award Darimu. Nanti akan diluncurkan bagi meneruskan pemberiannya.

      Salam Ramadhan yang mulia. 😀

    • subhanallah, neni terhanyut membaca tulisan ummi,
      dalam hati, neni berpikir, pasti ini adalah sebuah mimpi,
      tak pernah ummi bercerita kepada ananda jika pergi umroh,
      masa sih, ummi pergi umroh ngak pamit2 ke neni dulu 😀

      semoga saja impian ummi, menjadi kenyataan dan
      dan bertemu anakda kelak disana, Amin ya Allah (pasti seru sangat, jika berjumpa ummi disana )
      ya Allah ya Robb, hamba ingin bertamu di rumah_Mu,
      menjadi salah satu tamu istimewa_Mu,

      salam rindu dan cinta buat ummiku sayang 😉

      • maaf kalau Umi tidak maklumi kerana Umi merasa ia bukannya perkara yang penting. Haji dan Umrah itu kan urusan ibadah yang tidak perlu diberitahu kepergiannya. 😀

        Lagipun kalau Umi pergi secara sembunyi dari Neni, tentu akan membuat Neni selalu rindu Umi. Itu barunya “real” – merindui Umi. 😉

        Terima kasih ya atas doanya yang sangat mengharukan. Semoga kita akan dipertemukan Allah SWT di sana nanti. Umi doakan Neni akan sampai ke sana juga dan dirahmati Allah SWT.

        Salam rindu dan sayang kembali buat Neni. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, anak Umi yang baik….

      Tidak apa telatnya itu. Yang penting ingatan kepada Umi sentiasa abadi di hati. Bukankah Umi sudah maklumi, pasti tidur lagi ni. 😉

      Terima kasih sudah membaca. Maaf, kerana Umi lambat membalas. Masih sibuk memikirkan kek dan biskut raya yang mahu dibeli dan dimasak sendiri. 😀

  3. Bu Siti kaya ya? bisa sebentar-sebentar naik haji lalu umroh. Ibu bekerja apa sih kok bisa punya banyak sekali?
    saya jadi pingin bisa umroh kayak Bu Siti.
    Ibu ngeblog di makkah ya? pakai laptop sendiri? ada hotspot-nggak?
    gimana pelayanan di makkah?

    • 😀 Saya hanya kaya senyum aja, Wahyu.
      Alhamdulillah, menyimpan wang sangat penting untuk kita merealisasikan impian dan niat kita. Bukan sekadar angan dan bicara lidah sahaja.

      Kaya atau tidak kaya, itu bukan ukurannya untuk menunaikan haji ata umrah. Apa yang utama adalah kemahuan untuk mencapai apa yang kita inginkan.

      Insya Allah, jika ada kemahuan di situ ada jalan. Jika Wahyu mahu pergi haji atau umrah dalam usia muda, maka menyimpanlah secara sedikit-demi sedikit. pasti akan tercapai walau terpaksa menunggu bertahun-tahun lamanya.

      Iya, benar. Pelayanan internet di Makkah dan Madinah sangat bagus dan lancar. Tidak ada masalah. Bolehlah Wahyu membawa laptop ke bumi Haramain dan ngeblog dari sana.

      Tentu akan banyak ide-ide yang meluncur nanti, Cuma jangan lalai dengan ibadahnya.

      Terima kasih dan salam Ramadhan. 😀

      • salam juga. sebentar lagi idul fitri. mumpung Ramadhan belum habis mari perbanyak ibadah. saya puunya target yang harus dikejar nih. dengan waktu yang semakin menipis semoga sempat. Bu Siti juga. kalau ada target di bulan ramadhan alangkah baiknya kita cepat selesaikan.

        • Alhamdulillah, terima kasih Wahyu sudah mengingatkan perkara yang baik. semoga amal ibadah yang menjadi target akan dapat diraih di penghujung Ramadhan yang hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.

          Salam sejahtera. 😀

    • Assalaamu’alaikum Tuan Haji Faisal…

      Baruk muncul agik. lamak sik ndengar berita dari kita sekeluar di Teluk Intan. Alhamdulillah. Kamek semua di sitok, sihat ajak. Didoakan kitak, Ani dan anak-anak di sinun, bait semuanya.

      Subhanallah, Insya Allah, bolehlah kita sekeluarga jalan sama-sama berziarah raya kelak.

      Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga dirahmati Allah SWT. Sampe salam rindu kamek dengan Ani dan anak-anak.

      Salam Ramadhan yang mulia. 😀

  4. asalamualaikaum wr wb.

    sebuah mimpi yang benar benar indah.
    tidak di bulan ramadhan tahun ini, semoga di bulan ramadhan tahun depan mimpinya akan menjadi kenyataan…

    salam persahabatan dari kota hujan.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, KangYan…

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Semoga apa yang kita inginkan dalam suatu kebaikan akan diperkenan oleh Allah SWT.

      Terima kasih KangYan.
      Salam sejahtera. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, DP…

      Terima kasih atas kunjungan perdana. Semoga bermanfaat dan dapat ilmu yang baik untuk dikongsikan. Selamat menjalani ibadah puasa dan dikurniakan barakah dari Allah SWT.

      Salam Ramadhan yang mulia. 😀

    • Alhamdulillahi Rabbal’alamiin.
      Semoga kebahagiaan itu berpanjangan dalam rahmat Allah SWT..
      Didoakan Menone juga mendapat barakah dari Allah SWT.

      Terima kasih sudah berkunjung. Selamat menjalani ibadah puasa.
      Salam Ramadhan. 😀

  5. wah, andai saya bawa laptop dan buka blog ini di hari saya di haramain mungkin kita bisa ketemu. saya dan istri pada tgl 23 juli hingga 1 agustus itu juga tengah di sana. mungkin, dan mudahan, tahun depan kita bisa berjumpa di sana :). salam, hajriansyah banjarmasin. selamat idul fitri, mohon maaf lahir bathin.

    • Alhamdulillah. Semoga Hajri dan isteri mendapat umrah mabrur dan diredhai Allah SWT segala amal ibadahnya. Beramadhan di bumi Haramain sangat indah untuk dinikmati. Mudahan akan ke sana lagi. Aamiin.

      Terima kasih atas kunjungan. Selamat menyambut Syawal dan mohon maaf zahir bathin juga. pasti si kembar itu sudah besar ya. 😀

      Salam hormat takzim selalu.

      • aamiin, semoga begitu juga buat bu fatimah. semoga nanti kita dapat melaksanakan haji tak jauh waktu sesudah ini.
        alhamdulillah, tahun ini si kembar sudah mulai masuk taman kanak-kanak (tadika). senang melihat mereka berdua dengan seragamnya :).
        salam hangat selalu dari banjarmasin

        • Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
          Semoga dimakbulkan Allah SWT.

          Saya doakan si kembar akan berkembang bangun menjadi anak soleh buat membanggakan ibu bapa, agama dan bangsanya. Didiklah mereka dengan agama dan keberanian hidup. Insya Allah pasti Indonesia beruntung punya warga yang berjasa. Aamiin.

          Terima kasih Hajri. Semoga sukses.
          Saklam hangat kembali. 😀

Leave a reply to WARDAH F. Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.