CT146. TRAVELOG HAJJAH 2011… BELUM ADA HENTIAN DAN NOKTAHNYA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

TravelogFatima1Hajjah2011

Alhamdulillah, kembali menulis tentang PENGALAMAN HAJI 2011 yang masih banyak belum saya cerita dan kongsikan di sepanjang perjalanan Suci menuju redha Ilahi. Hal ini mengundang senyum sendiri. Merasa lucu di hati kerana sudah satu tahun menulis TRAVELOG HAJJAH (1) dan (2) tetapi belum lagi kelihatan hentian jejak dan noktah terakhirnya.

Ternyata perjalanan awal sejak persiapan di Tanah Air hingga membumi di Madinah, masih panjang dan jauh – belum tamat – sebelum menganjak diri menuju bumi Makkah untuk ibadah umrah dan kemuncak pelaksanaan manasik haji yang menghimpun umat Islam seluruh dunia di bumi Arafah.

TravelogFatima2KubahHijauMasjidNabawi

Dalam tempoh 365 hari yang lalu, TRAVELOG HAJJAH (1): KEMBARA DAN JIWA dan TRAVELOG HAJJAH (2): MENGINTIP JALAN KE SYURGA hanya sempat diselesaikan, masing-masingnya dalam 18 postingan. Mudahan kehadiran tahun 2013, akan memberi ruang kepada saya dalam kesibukan yang sedia ada untuk meneruskan perkongsian yang diharap dapat memberi banyak manfaat dan pengajaran kepada bakal-bakal haji dan umrah.

Penulisan perjalanan suci ini ibarat diari harian yang tidak akan saya biarkan walau sesaat, terlepas dari ingatan (dengan izin Allah swt) sebagai tanda bahawa saya pernah melalui perjalanan bersejarah ini dalam lingkaran hidup yang diizinkan oleh Yang Maha Berkuasa.

Detik-detik yang dilalui di bumi Haramain (Madinah al-Munawwarah dan Makkah al-Mukarramah) selama 48 hari, dengan segala peristiwa yang ditempuh, tidak dapat ditulis dalam rakaman waktu yang singkat. Setiap saat yang berlalu, masih terbayang liku-liku perjalanan yang padanya mengukir segala ragam peristiwa yang penuh dengan emosi dan olah manusia.

TravelogFatima4JabalRahmahArafah

Foto diambil ketika melakukan Ziarah Makkah di Padang Arafah seminggu sebelum waktu Wukuf  tiba. Jauh sayup di depan sana kelihatan Jabal Rahmah, tempat di mana pertemuan antara Nabi Adam dan Siti Hawa. Ramai yang menjejak ke sana sehingga ada yang cedera atas tujuan sesuatu hajat terutama berdoa untuk bertemu jodoh. 😀 Berdoakan boleh di mana-mana ! Alangkah eloknya berdoa di Masjidl Haram kerana tempat itu lagi mustajab.

*

Pelbagai cerita pahit manis, susah senang, bahagia derita, tawa tangis dan kerinduan yang hebat kepada Yang Maha Esa, juga Rasul-NYA yang tercinta. Semuanya bergabung sebati dalam nukilan hidup yang dilalui. Nafas ini pernah menghela dirinya, menghembus segala cinta kasih sayang yang tiada taranya. Hati jadi sayu dan rindu.

Subhanallah… saya tidak tahu, bilakah hentian dan noktah penulisan ini akan berakhir. Mohon didoakan agar saya sempat menyelesaikan perjalanan rohani yng amat bermakna dalam kehidupan seorang muslim.  Semoga segala usaha menerbitkan pengalaman haji ini diredhai Allah dan bermanfaat buat semua pembaca.

Mudahan perkongsian ini dapat menjadi bekal untuk menambah amal yang masih berkurangan. Ya Allah, berikan aku ingatan yang baik dan tunjukkan aku amal yang dapat meningkatkan iman dan takwa di sisi-MU. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

TravelogFatima3BaitullahalHaram

****************

4 Januari 2013 (Jumaat)/ 22 Safar 1434H/ 7.55 pagi- Bintangor, Sarawak

AKU…. dari mata penaku, meluahkan segala rasa dalam warkah biru….. kasih untukmu yang selalu ada, tidak pernah  hilang walau ditelan waktu. Sayang padamu yang selalu mekar, tidak pernah layu walau kemarau menyerbu. Cinta denganmu yang sentiasa abadi di hati, tidak pernah mati walau jasadku terkubur sepi. Maafkan aku, andai dalam menyusun bahasa ungkapan kata, tersimpang makna yang menduka dan membuat luka. Inginku katakan segalanya, setiap detik rasa yang melanda jiwa agar kau mengerti segala yang tersembunyi. Dari mata penaku, dengarkanlah suara hatiku yang merindu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

RinduFatima1Padamu

TERIMA KASIH YA ALLAH…. mengembalikan ketenangan yang hilang, sebelum menghantar lenaku di kilasan mimpi. Ingin sekali ku punggut kasihmu yang  jauh, di deraian embun pagi.

28 thoughts on “CT146. TRAVELOG HAJJAH 2011… BELUM ADA HENTIAN DAN NOKTAHNYA

  1. Assalamu alaikum wr. wb.
    umiku sayangku, cintaku padamu
    waaahh…. apa neni tak salah liat nich atau atau…

    beri jejak secepat kilat biar tak ada yang lomba….

      • Iyaaaaaaaaaaaa.. benar dan sangat benar.
        Jangan tidak percaya pula … atau pura-pura tidak percaya bahawa Neni sudah mengalahkan Umi kali ini.

        Mari sini, Umi cubit kuat-kuat pipi itu biar merah mengepink…hehehe.

        Kenyataan bahawa Umi dapat dikalahkan, inilah yang membuat Umi tidak dapat tidur nanti. 😀

        Lain kali, Umi akan buat rencana lain biar Neni tidak mendahului Umi lagi. Ahhh… Umi sudah dikalahkan di tempat sendiri. Tidaaaaaaaaaak. Tidak akan berlaku lagi. 😉

        Miss Neni. 😀

        • hahaha… capek pula neni tertawa. habis lari kencang, eehh didapt ma ummi kalau neni nyolong komentr pertama 🙂

          adduuhh, sakit lah cubitan umi, lecet sudah tanganku…
          uvviiiiiiiiiiii, tolongin kakak dong, umi lagi garang tuh,, liat matanya memerah, iiikkkhhh takkuuutttt , umi nak masuk annttuu 🙂

          tak boleh curang ummi, harus adil, tak baik main curang2 ma anak sendiri loh 🙂
          neni akan selalu waspada, neni dah tahu jadwal postingan ummi ..hiyaaa.. hiyaa.., neni mahu aktifkan selalu koneksi neni, 😉

          miss to umiku cintaku padamu, makasi yach dah dijadikan yng pertama

          • ahhh, tidaaaaaaaaaaaak
            (sambil baling-baling kulit kacang ke tong sampah…)
            tapi Umi puasa, kenapa harus baling kulit kacang ya…hehehe

            Hmmmm… mahu mengadu sama Uvi ya. mana dia ? Biar Umi cubit sama kalau berani cuba membantu Neni.

            Kalau begitu, Umi akan posting ketika Neni sedang tidur atau sedang kuliah… 😀 Umi rasa lebih selamat, kalau Umi jadi malu-malu gajah. Biar neni tidak tahu di mana Umi.

            Sama-sama kasih (…sambil hentak-hentak kaki), sudah berani mengalahkan Umi ya

            Salam sayang dna cinta dari Umi selalu. 😀

            • haaaaahhhhhhhhh….. tak baik marah2 lagi puasa
              uvi nak nasehat ummi sana, tak baiiikkk marah-marah, tak baikkkkk pula curang ma kita.

              hayooo uvi jago, kuat, tak boleh kalah ummi yach
              aku bantu gelitin umi, biar ngk bisa goyanh dia.. haha, kita lebih tinggi dari ummi,, umi pendek aja tuh.. sambil sapu2 kepala umi 😉

              haaa, umi nak bongkar, waktu tidur dan kuliah, neni kan aktifkan terus YM, baik kala tidur atau lagi kuliah, dikampus kan bisa koneksi dalam ruangan 🙂

              salam love jg buat ummi :), salam sayng buat uvi 🙂

              • Masya Allah… kamu berdua sudah buat apa dengan Umi. Ini konspirasi ya. mentang-mentang Umi selalu nasihat keras maka ambil kesempatan pada Umi.

                Nah… lihat sendiri, balasan Allah kepada Neni. Bilang Umi pikun, lupa ingatan, sudah tua dan macam-macam lagi. Allah segerakan balasannya dengan Neni sendiri jadi pikun, lupa ingatan dan sudaaaah tua sebelum masanya…hehehe,

                Apa sudah ditukar tahun pada tarikh postingnya di sana ?

                kasihan ya, Umi pergi dulu dengan senyum senyamnya.

                Ok, kita lihat, siapa yang dulu komentar di blog Umi di masa akan datang. 😉

                Salam sayang dengan Neni dan sama Uvi juga. Pasti Uvi pening kepala nih. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni anak yang baik…

      Ohhhh… tidaaaaaaaaaak
      ada orang yang mengalahkan Umi untuk menjadi yang pertama di komen Umi sendiri.

      bagaimana boleh jadi begini.
      Neniiiiiiiiiiiiiiiiiiii… kenapa mendahuluiiiii Umi. 😉
      Secepat kilat tidak memberi ruang pada Umi kali ini..

      Hmmm… lain kali Umi akan pastikan tidak berlaku lagi.
      Umi sudah kalaaaaaaaaaaaaaaaaah.
      (sambil pukul-pukul komputer…dan bayangkan Neni…hehehe)

      Salam sayang dari Umi. 😀

      • angkat jari lalu katakan kasian dech umi 😉
        yes…yes..yes… horeeeeeeee, berhasil, berhasil, berhasil
        kalahlah, yang muda mahu dilawan, umi dah tua tak kuat lagi larinya 🙂

        aduuhh..aduuhh. aduuhh, kenapa pula umi nich, teriak-teriak, macam neni maling saja, bising lah ummi, tak baik didengr tetangga, ntr neni disangka nak durhaka lagi, padahal ummi yang tak mahu kalah 😉
        awas umi komputernya rusak, neni tak bisa perbaiki apalagi beli yang baru
        (berlalu meniggalkan umi sambil ketawa ketiwi )

        salam umi byeee… muuacchh

        • Siapa bilang Umi tua, (sambil kesat air mata… sedih kerana anak senidiri bilang tua….hehehe) sedangkan dia tahu Uminya masih muda. malah masih kuat dan mampu berlari lagi, Tapi kalau lumba renang, Umi pasti lebih laju dari neni… kerana Neni renangnya macam semut. 😀

          Mestilah Umi bising, kerana Neni tidak dengar nasihat untuk tidak mendahului Umi. Hmmm… bagaimana mahu memberi hukuman ni. Kena rancang dulu, biar Neni tidak tahu. 😉

          Hmmmm… tidak apa, Neni sudah lari dulu sambil ketawa ketiwi
          Nanti Umi tungguuuuuuuu dan Neni akan tahu apa yang akan Umi lakukan.

          Salam juga… mmm.. (pipi sudah pink nih). 😀

          • umi ngaku kemarin kalau dah tua, dah sering salah paham nak neni cakap ma ummi, iyaaakkaann, nah kan umi lupa lagi, itu petanda ummi tua 😉

            iya dech, neni kalah kalau renang, neni tak tahu berenang, neni hanya tahu gaya batu dan gaya ikan mabok 🙂

            mmhh…. kapan yach umi nasehat tuk tidak lomba jd the first (sambil garuk2 kepala), apa umi pikun gl 🙂

            hahaha… umi mahu bals apa yach, neni tunggu, neni akan nantangin uummi, kalau neni mampu kalahkan ummi, apa dong hadiahnya 🙂

            cubit pipi umi biar tambha garang 😉

            • Hmmm.. sepertinya, Neni yang jadi pikun dan tua sebelum masanya. 😀 Kita pernah bicara hal itu, tetapi sebentar aja.

              Hehehe… bagaimana mahu membayang kalau Neni berenang seperti ikan mabok. pasti terhantuk kepalanya pada batu dan tenggelaaaaaaaaaaam. 😉

              Aduuhhh.. sakitlah pipi Umi kena cubit Neni. Merah lagi…sambil tunjuk muka garang dan pejam kelip mata pada foto Neni.) 😀

              Tentang balasan itu, kan Allah baru aja balaskan.
              Jadi Umi tidak perlu susah payah.

              Ya Allah, ampunilah anakku Neni yang baik dan penuh semangat itu. Umi redha Neni. 😀

              Aamiin Ya Allah telah melindungi hamba-MU ini. 😀

              Salam sayang dan kasih dari Umi. 😀

  2. Assalaamu’alaikum wr.wb…

    Ya Allah, jangan kau jauhi diri dariku yang selalu alpa dari mengingati-MU. Aku selalu mengharap ENGKAU selalu bersamaku. Bersama dalam sabarku, dalam bahagiaku, dalam deritaku dan dalam segala yang ku lalui dari kehidupan yang aku tidak tahu bilakah penghujungnya. Aku rindu pada-MU, selalu dan tidak pernah hilang cintaku pada-MU, walau tubuhku diratah kesengsaraan yang mencengkam dari peluru yang tidak bermata dari musuh-musuh-MU dan musuhku. Lindungi aku ya Allah untuk meraih gelar ahli syurga-MU.

    I WISH YOU WERE HERE… SAMI YUSUF

    DEDIKASIKU UNTUKMU…. aku selalu mengharapkan kerinduanmu padaku selalu ada di hatimu, sebagaimana aku merasakannya dalam setiap saat hidupku. Biarkan kenangan sepucat mimpi mengembara dalam kesendiriannya dan aku menekur diri di sini memeluk angin yang basah, Barangkali akan ku temui senyummu di garis pelangi. Ku sebut namamu… namun ada rindu yang lebih dari itu.

    Wassalaam. 😀

  3. semoga semakin banyak yang tergerak hatinya untuk bisa menikmati pengalaman indah berhaji seperti bunda
    berhaji karena cinta pada Allah
    berhaji penuh khusyu

    salam dari Bogor, Indonesia 🙂

    • Aamiin. Ya Rabbal’alamiin.

      Bunda doakan digerakkan hati nanda Achoey untuk ke sana menikmati perjalanan rohani yang sangat hebat dan penuh kecintaan kepada Alah SWT, juga Rasul-NYA al-Aamiin.

      Salam ceria. 😀

  4. salam…kmk telah safar selama 40H di limbang. Pengalaman yg sik dpt diitakan. sungguh manis dan indah sekali. alhamdullilah sempat juak melawat negara brunei darul salam yg terletak hampir sangat ngan limbang. Alhamdullillah kmk akan lapor diri di Ipoh pada 16.1 tok utk mula bertugas di HQ. tgh nunggu ani dpt tukar sekolah siney di Ipoh. Insyallah kami akan bina rumah baru di ipoh kat ngan mak kmak. doa..

    • Salam hormat Tuan Haji Faisal…

      Alhamdulillah, kita udah selesai menunaikan tanggungjawab besar menyampai dan mengembangkan apa yang diamanahkan oleh Rasulullah SAW. Semoga beroleh ganjaran yang besar dari Allah SWT.

      Bukan mudah untuk melakukan tugas dakwah jika tidak ada keinginan yang kuat dan cinta yang mendalam. Kesabaran dan iman yang teguh tentu menjadi sandaran untuk menjayakan segala urusan dakwah dengan komitmen yang tinggi.

      Tahniah… kitak dapat pindah ke Ipoh. Dekatlah kitak dengan emak kitak. Kamek doakan Ani akan dapat pindah dengan cepat. Bagus juak mun dapat beli rumah di tempat sendiri.

      Kamek sekeluarga baru pulang dari Kuala Lumpur seminggu lalu. Ngembak anak-anak bercuti di Bangi dan Kuala Lumpur. Jumpa Pian di sinun. Banyak juak tempat dilawati. Dapat juak menghilangkan tekanan setelah sibuk bekerja sepanjang tahun.

      Selamat berpindah kerja dan mudahan semuanya berjalan lancar. Sampeikan salam sayang kamek dengan Ani dan anak-anak.

      Salam takzim dan terima kasih kerana berkunjung agik di sitok dengan berita kitak sekeluarga. 😀

  5. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Subhanallah… pengalaman yang mendalam dari sebuah perjalanan hati tentu saja tidak diketahui kapankah berakhir, tak ada hentian dan tanda titik yang akan mengakhiri penulisan. Apalagi bila yang memperoleh pengalaman itu Mbak Fatimah, tentu akan menjadi tulisan yang panjang dan enak dinikmati. Meski dengan bahasa Melayu, tapi saya enak-enak saja membacanya. Kan satu rumpun.

    Mudah-mudahan doa Mbak agar diberi kesempatan menyelesaikan perjalanan rohani yang amat bermakna dalam kehidupan seorang muslim dapat terkabul. Dengan begitu, banyak pula yang nantinya ikut merasakan manfaat melalui tulisan pengalaman Mbak.

    Salam penuh hormat selalu…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden….

      Alhamdulillah, terima kasih atas apresiasinya untuk karya perjalanan suci yang masih menjalani proses yang panjang. Sampai hari ini, penulisan saya masih berada di Madinah dan belum selesai lagi penceritaannya. Sedang tinggal di Madinah hanya 9 hari sahaja.

      Sebenarnya, banyak pengalaman hidup yang dilalui ingin dikongsikan bersama untuk diambil pengajaran dan manfaatnya buat teman-teman yang belum ke sana.

      Melalui bakat menulis dan ingatan yang baik sebagai kurnia Ilahi, saya ingin menceritakan keindahan dan kehebatan berada di bumi Haramain yang barakah ini. Insya Allah, dengan izin Allah SWT.

      Terima kasih sudah memberi komentar berbobot yang mencerahkan dari sahabat guru yang sangat bagus dalam aktiviti menulisnya di sana.

      Salam hormat kembali. 😀

  6. Andainya seorang perawan itu dijiwai dengan 3 perkara,ia akan ke Syurga dari arah pintu manapun ia suka….drpd junjungan kekasih Allah,Muhmmad SAW……agar kita akan sama-sama ke Jannah…..(mungkin dari travelodge ini ada komentar dalam slot Nyanyi Sunyi….assalamualaikum.

  7. Wa’alaikum salaam wr.wb, saudara Mohammad Hatta…

    Maaf dan mohon, jika boleh dikongsikan hadis ini dengan lebih jelas itu dapat membuka hati sesiapa sahaja anak gadis untuk merebut syurga Allah.

    Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
    Mari kita berdoa dan jangan berputus asa untuk mendapat rahmat Allah SWT.

    Terima kasih. 😀

  8. Pingback: CT401. TRAVELOG HAJJAH 2011 (2): PERJALANAN YANG BELUM SELESAI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a reply to neni Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.