CT94. KERANA RINDU ITU….

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Pergerakan sepanjang 13 jam lalu membuat mata saya semakin mengantuk akibat keletihan. Kepala saya mulai berdenyut, pening. Kaki dan lutut sakitnya semakin terasa perit.  Batuk mulai berdendang lagi. Saya menarik nafas panjang dan berdoa agar kembali segar setelah bangun tidur nanti. “Ya Allah, aku redha dengan apa yang ku alami ini. Semoga aku cepat sembuh,” doa saya dengan harapan tinggi. Tanpa sebarang masalah, saya terus lena di atas katil kedua sebelah tingkap dalam kedinginan “aircond” di bilik 0909, tingkat 09, Hotel Moltaqa al-Alam, Madinah.

Jam menunjukkan pukul 10.35 malam. Saya tertidur bersama doa dan zikir yang dibaca dalam hati. Tiada sebarang bunyi atau gerakan yang mengusik segala deria panca indera saya. Semuanya sepi, senyap dan hening walau ketika itu Kak Senah, Kak Kasma dan Mastika sedang berbual dengan meriahnya. Saya benar-benar keluar dari dunia nyata dan dibenam dalam “kematian sementara.”

Tiba-tiba, saya dibangunkan oleh suara Kak Senah yang memaklumkan bahawa SPH mahu bertemu saya dan sedang berada di luar bilik. Saya melihat jam sudah menunjukkan 11.10 malam. Itu bermaksud saya sudah tidur selama 45 minit. Dalam keadaan yang masih mengantuk, saya bingkas dengan lemahnya dari pembaringan sambil mengemas diri sebelum bertemu SPH.  Sebuah senyum menyapa setelah salam berbalas. SPH mengajak saya ke masjid Nabawi. Mata saya tiba-tiba segar dari mengantuk apabila mendengar ajakan SPH. Seperti tidak percaya apa yang didengar.

Pintu utama masuk ke Hotel Moltaqa al-Alam, Madinah

“Mahu ke Masjid Nabi tak ? tanya SPH. “Tak penatkah. Bukankah abang baru pulang dari sana.” tanya saya untuk kepastian. “Penat juga, tapi abang nak bawa mah pula, abang tahu mah ingin ke Masjid Nabi malam ini. Tadi abang pergi untuk solat dan “survey” kedudukan dulu. Kalau mahu pergi, abang temankan.” pelawa SPH dengan bersungguh-sungguh.

“Tapi kaki dan lutut mah, masih sakit ni. Tidak dapat berjalan cepat. Jauh ke Masjid Nabawi tu. ” jelas saya. “Masjid tidak jauh, dalam 7 atau 8 minit sudah sampai. Tidak apa, kita jalan perlahan-lahan. Orang pun tak ramai malam ni. Abang tunggu, kalau sudah siap, beritahu abang.”, maklum SPH kepada saya. “Baiklah, mah ambil wuduk dan pakai telekung dulu. Terima kasih sayang.” ucap saya dengan ceria sambil menyalami tangan SPH sebelum masuk ke bilik semula untuk berkemas.

Riang hati tidak terkira kerana dapat menjejak kaki ke masjid Nabawi malam ini. Saya memaklumkan kepada Kak Senah dan Kak Kasma. Rupanya mereka juga diajak oleh suami mereka untuk ke Masjid Nabawi. Riuh rendah suara kegembiraan kami kerana dapat menghadir diri di masjid Nabawi. Kami mengambil kata sepakat untuk pergi bersama-sama dalam satu rombongan agar memudahkan kami untuk saling bantu membantu jika berlaku sebarang kesulitan. Jam menunjukkan pukul 11.20 malam, ketika kami keluar dari Hotel Moltaqa al-Alam.

Saya mengucap syukur dan berzikir sepanjang perjalanan ke Masjid Nabawi ( juga disebut al-Haram). Saya berbisik dalam kerinduan yang tidak dapat ditahan, jiwa ini rasa gementar. Rinduku mengembang segala rasa.

“Ya Rasulullah, aku datang kepadamu dengan penuh kegembiraan. Semoga kehadiranku di sini, diraikan olehmu. Aku datang hanya dengan hati dan iman yang menyakini bahawa Engkau adalah Utusan Allah yang terakhir. Aku rindu, aku cinta dan ingin bertemu denganmu, Ya Rasulullah.”

SALAM ‘ALAIKA YA RASULULLAH

Subhanallah, sejarah itu dilakar pada jam 11.30 malam ketika kaki mula berjejak di Dataran Masjid Nabawi. Rombongan kami sedang menuju tepat ke pintu 16, Gate Umar al-Khattab untuk memasuki perkarangan luar Masjid Nabawi. Saya menangis dalam gembira sambil memberi salam kepada Rasulullah yang tercinta. Akhirnya saya berada di sini juga di malam pertama di bumi Madinah.  Saya dapat merasakan bahawa saya dan suami diraikan sebagai TETAMU ALLAH YANG PALING ISTIMEWA. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas perkenan-Mu.

****************

SAAT KAKI INI BERJEJAK…

Memasuki perkarangan (dataran) Masjid Nabawi menuju ke Bab al-Nisa. Perjalanan yang jauh kerana Bab al-Nisa berada di bahagian Barat sebelah kanan masuk pintu 16. Tetapi tidak terasa kerana tersangat gembira.


Pertama kali melihat dua menara yang terpancang indah dari laluan pintu no.16, gate Umar al-Khattab memasuki dataran Masjid Nabawi secara dekat, hati saya berdegup kencang kerana rasa bahagia tidak terhingga. Saya melangkah perlahan bersama SPH sebagai penunjuk jalan di samping Kak Kasma dan Kak Senah yang sudah tidak kelihatan lagi suami mereka iaitu Pak Den dan Pak Bakar. Rupanya Pak Den dan Pak Bakar sudah masuk ke masjid dan membawa haluan masing-masing.

Saya menenangkan mereka agar tidak resah dan mengikut saya sahaja kerana SPH tidak kemana-mana. SPH akan menemani saya sehingga selesai tujuan. Mereka merasa lega tetapi rasa kesal atas tindakan suami masing-masing. Saya dapat menyelami perasaan mereka. Saya menyakini, lautan emosi akan timbul di benak masing-masing jemaah haji  yang pertama kali menjejak kaki ke Masjid Nabi yang selama ini hanya dilirik pandang melalui media cetak atau media elektronik. Tentu sekali luapan rasa tidak terbendung bahagianya sehingga membuak-buak untuk melabuhkan diri di hamparan cinta Rasul. Saya sendiri mengalami perasaan itu. Subhanallah. Indah nian rasa saat itu.

Kepada para suami jemaah haji wanita, saya sarankan agar selalu bersama isteri kemana-mana sahaja berada kecuali di dalam masjid. Buat perjanjian untuk bertemu di mana-mana lokasi. Jangan biarkan isteri anda merasa keseorangan dan rasa diketepikan. Ini sangat penting untuk keselamatan isteri dan kesejahteraannya. Sifat bantu membantu, belas ihsan dan saling memerlukan dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

Pembahagi atau pembatas tempat solat untuk wanita. Di Madinah tempat solat adalah berasingan. Berbeza di Masjidil Haram, dapat bercampur lelaki dan perempuan. tetapi lebih baik dielak solat dalam jemaah campuran kerana dari segi hukum akan mengurangkan pahala solat.

Malam itu, di ruang seperti ini SPH menunggu saya. Ini adalah batasan kepada jemaah lelaki, dilarang masuk ke dalam perkarangan ruang solat wanita. Polis Arab Saudi sentiasa menjaga tempat ini. tetapi ada juga jemaah lelaki yang tidak faham dan sengaja masuk. Selalu terjadi jeritan dari pengawal batasan ini meminta mereka keluar dengan jeritan, “Haram lil rijal, Haraaam.”


SPH membawa kami ke Bab al-Nisa. SPH hanya menunggu di luar. Lelaki dilarang masuk ke halaman Bab al-Nisa. Saya dan SPH berjanji akan bertemu semula di sini. Saya, Kak Kasma dan Kak Senah memasuki Bab al-Nisa dengan penuh riang dan tiada halangan (pemeriksaan). Esoknya baru kami tahu ada POLIS WANITA berpakaian abaya hitam dan berpurdah yang bertugas membuat pemeriksaan ke atas semua jemaah haji wanita yang memasuki masjid. Tetapi malam ini, pintu masjid terbuka luas buat kami memasukinya.

Foto SPH. Ruang solat lelaki. Kelihatan tong-tong air zam-zam disusun rapi dan rak kasut/selipar (gambaran yang sama di Bab al-Nisa)


Kami ketawa gembira dan tidak sabar-sabar untuk menjejak kaki pertama kalinya ke dalam perut Masjid Nabawi yang dirindui. Keadaan kami ketika itu seperti anak-anak yang baru dilepaskan dari kurungan. 😀  Sebaik masuk, kami menyimpan selipar di rak yang disediakan. Berdekatan dengan rak, tersusun barisan tong-tong putih bertulis air zam-zam. Kebanyakan tong air zam-zam berasa dingin (seperti disejukkan). Hanya beberapa tong yang tertulis “NOT COLD”. Saya memilih “NOT COLD”. Apa lagi, tanpa membuang masa, kami bertiga meluru ke arah tong tersebut dan minum sepuasnya dengan gelas plastik yang disediakan.

Saya teringat bahawa air zam-zam mempunyai hikmah tersendiri sebagai penawar penyakit. Saya pun menyinsing seluar panjang saya dan membasuh kedua-dua lutut dan kaki yang sakit. Setelah itu saya mengambil wuduk menggunakan air zam-zam dan membasahkan kepala saya pula. Kedua-dua aktiviti ini saya susuli dengan doa khusus dari hati yang terdalam. KEAJAIBAN AIR ZAM-ZAM (1): MERAWAT SAKIT LUTUT  dan KEAJAIBAN AIR ZAM-ZAM (2) – MERAWAT SAKIT KEPALA (MIGRAIN) akan saya tulis di posting mendatang. Tak lupa juga, berdoa untuk kesembuhan batuk saya yang saya alami sejak di Sarikei . Tapi batuknya tidak kurang juga sehingga kembali semula ke Sarikei. Ada ujian Allah pada batuk saya ini.

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Al-Nafi’ (Yang Maha Pemberi Manfaat)

Foto SPH. Begini bentuk tiang masjid di ruang solat lelaki (sama seperti di Bab al-Nisa). Disekeliling tiang itu dilekap dengan penghawa dingin (aircondition) – berjaring dan rak al-Quran di atasnya.

Selesai berwuduk, kami memasuki ruang solat di bahagian tengah berhampiran tiang besar (sebesar pemeluk) bulat berwarna putih. Setiap tiang itu dikelilingi penghawa dingin dan dilengkapi dengan rak al-Quran. Ruang solat di Bab Nisa sangat luas dan besar berbanding ruang solat wanita yang lain. Disekelilingnya penuh dengan tiang-tiang yang menakjubkan ukiran arkitekturnya. Mata saya merayap ke sana-sini untuk menakluki segala ruang indah yang menimbulkan rasa debaran dan gementar yang sungguh nyaman. Saya senyum puas dalam rasa kesyukuran yang panjang.

Alhamdulillah, ucap saya sambil menekap tapak tangan ke wajah. Air mata bening itu mulai terbit untuk kesekian kalinya. Saya terus mendirikan solat sunat tahiyatul masjid, sunat syukur, sunat hajat dan sunat taubat. Kemudian berniat iktikaf dan berzikir sambil menghilang lelah dan sakit sepanjang perjalanan tadi. Sebelum keluar masjid saya membuat sujud syukur terlebih dahulu sambil berdoa dengan iringan air mata yang berjuraian. Mata saya semalaman ini basah melepaskan segala rindu dendam yang tertahan selama puluhan tahun.

“Subhanallah walhamdulillah wala ilahaillallah wallallahu akbar. Terima kasih kerana membuka ruang untukku hadir di Masjid Nabi ini sebagai kehidupan pertama yang penuh hikmah di bumi Madinah. Ya Rasulullah, aku sudah hadir di sini untuk menemuimu. Semoga kita akan dipertemukan Allah di syurga nanti. Aamiin. Ya Rabbal ’alamiin.”

Beginilah bentuk semua pintu-pintu masuk ke dalam ruang Masjid Nabawi

Semua pintu-pintu di Masjid Nabawi tertera nama MUHAMMAD di bahagian tengah pintu. Dan di bahagian atas pintu di tulis “udhuluhaa bisalaami aaminin” – (Dikatakan kepada mereka): “Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman” ) – surah al-Hijr: 46. Ini adalah seruan Allah kepada ahli syurga. Ayat ini menjadi doa kepada saya setiap kali masuk ke Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Semoga Allah menjadikan saya sebahagian dari ahli syurga. Aamiin.

**************

13 Mac 2012 (Selasa)/ 20 Rabi’ul Akhir 1433H/ 10.44 malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. dan RINDU PADAMU. Biarlah tidak semuanya terlihat,  asal jelas wajahmu. Biarlah tidak semuanya terdengar, asal jelas suaramu. Namun aku akur, tidak semuanya aku perolehi di dunia ini. Hanya pertemuan di sana nanti dan harapan menunggu setiap waktu untuk bersamamu, WAHAI KEKASIHKU Aamiin

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

RINDU ITU… MENDEKATKAN AKU PADAMU

YOU CAME TO ME… DEDIKASI UNTUKMU

**************

29 thoughts on “CT94. KERANA RINDU ITU….

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb…

    YOU CAME TO ME nyanyian Sami Yusuf, sebuah lagu yang menyentuh hati dan nubari. Kerana rindu itu, mendekatkan aku padamu. Dedikasiku untukmu.

    Semoga berbahagia mendengarnya.

    Untukmu jua, Ya Rasulullah.

    Wassalaam. 😀

  2. Menapaktilasi momen dan monumen sejarah perjalanan Rasullulah di masa lalu, keliatannya berbeda jauh membandingkannya dengan yang nampak sekarang ini, ya?
    Lihat saja, bangunan yang mentereng, lantai pualam dengan dinding bertatahkan marmer.dan batu mulia. Lantas seperti apa kita bisa menghayati dua kondisi yang berbeda, hanya karena di tempat2 itu pernah terjadi peristiwa yang bersejarah?
    Salam berbagi terus dengan perjalanan spritualnya. 🙂

    • Secara peribadinya, saya sangat tersentuh ketika berada di sana dan di tempat-tempat ziarah di Madinah.

      Di mana sahaja bumi berpijak di persekitaran Masjid Nabawi semuanya punya sejarah tersendiri, seperti rumah Rasulullah, maqam baginda dan sahabatnya, rumah para isteri baginda, rumah para sahabatnya yang mulia.

      Malahan melihat perkuburan Baqi’ sahaja memberi rasa tersendiri. Tubuh-tubuh suci dan hebat dalam perjuangan Islam awal bersemadi di buminya dan seolah dapat dirasai hawa kehebatan mereka jika mengambil iktibar dari kehadiran kita ke sana.

      Walau tidak melihat kelibat baginda Rasul dan mereka yang mencintai Baginda di sana, hati ini sungguh nyaman dan bahagia kerana bisa berpijak nyata dan menikmati momen yang tentunya mempunyai kenangan tersendiri.

      Terima kasih atas kunjungan mas Rahman.
      Salam ukhuwwah. 😀

  3. assalamu alaikum umiku sayang.

    Karena rindu pula aku menyapa umi dan seluruh oorang yang merinduiku..;)
    ma’af yach umi, baru sempat meninggalkan jejak, setelah beberapa hari menghilang dan tak menyapa umi,
    neni merasa rindu pula dengan umi, pengen setiap saat menyapa umi, namun koneksi ditempt kerja tidak baik, jadinya terhalang untuk terus menyapa dan bersama dengan umiku yang cantik ini, semoga senyuman umi tak pudar oleh rasa rindu.. 🙂 🙂

    neni sayng umi
    neni rindu umi
    neni akan selalu mengingat umi, InsyaAllah…

    miss umiiiiiiiiiii 🙂 😉

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni…

      Subhanallah, baru kini menjelma diri. Umi rindu sekali mendengar khabar dari Neni. Alhamdulillah, terubat rindu umi hari ini setelah membaca komentar yang menyejukkan hati.

      Umi doakan Neni sukses dalam kerjaan dan kuliahnya. Harus kuat dan sabar jika mahu mencapai kecemerlangan. Terima kasih masih sudi merindui Umi lagi. Terharu mengetahuinya. Umi juga rindu sama Neni. 😀 😀

      Semoga masih betah mengikuti tulisan Umi untuk kongsian bersama dan mengambil manfaat darinya.

      Salam sayang dan rindu juga dari Umi buat Neni yang baik.
      Selamat dalam segala urusan di dunia dan akhirat. 😀 😀

      • subhanallah… selalu ada inspirasi dari setiap ucapan umiku tersayang,
        mengapa neni sulit untuk tidak merindui umi karena umi selalu memberiku motivasi meski itu hanya sekata atau dua kata,

        menatap wajah umi yang penuh dengan senyuman mampu mengobati hati neni yang piluh,
        meski neni hanya mampu tersenyum kecil menatap wajah indah umi,

        umiiiiiiiiiiiiiiii inginku memelukmu dan melepas resah ini meski hanya sekejap…
        termakasih atas do’a yang selalu umi ucapkan buat neni,
        ummmiiiiiiiiiiii aku juga selalu merinduimi

        neni sayang umi :);)

        • Subhanallah, kenapa anak solehah Umi ini selalu resah aja. Ada apa lagi masalah yang melanda. mari dalam pelukan umi biar umi tenangkan. 😀

          Hehehe… wah, kalau menatap wajah umi aja sudah mengobati hati, iya, nga payah lagi dicari obat lainnya…hehehe. Tatapi aja sih wajah Umi yang indah itu. ;D

          Insya Allah, umi akan selalu mendoakan kebaikan dan kejayaan buat Neni. Yang pentingnya harus berusaha dan bertindak untuk meraihnya, barulah usaha itu tangga kejayaan.

          Terima kasih kembali kerana sudah bisa menyapa Umi yang jauh ini. Rindu selalu di hati Umi untuk menerima khabar dari Neni.

          Salam sayang juga dari Umi buat Neni. 😀

  4. Assalamualaikum..meski lama tak berkunjung..sebenarnya kerinduan untuk menyapa mbak fatimah terus ada. Kini ku berkunjung membutiri setiap kata penuh makna. Semoga perjalanan ke tanah suci yang dilandasi ketaqwaan dan kerinduan yang mendalam tetap terpatri dalam perjalanan hidup mbak fatimah. Kami dan kita semua juga merindukan untuk pergi ke sana. Terima kasih kepada mbak yang telah sudi berbagi….

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Wajidi…

      Alhamdulillah, semoga pengalaman yang diselusuri dalam perjalanan menuju masya’ir dan manasik ini dapat memberi sedikit gambaran untuk membantu menghasilkan pengetahuan bagi yang belum berjejak di bumi suci itu.

      Aamiin… saya doakan mas Wajidi dan semuanya akan dipanggil Allah sebagai tetamu-Nya suatu hari yang sudah disuratkan dalam siratan-Nya.

      Terima kasih kembali atas ingatan dan kesudian mas Wajidi menukil kata di sini. Semoga diberkati Allah selalu. Selamat berjuang untuk nusa dan bangsa.

      Salam hormat dari saya. 😀

    • Subhanallah… sungguh rindu itulah yang memaut hati kita ke sana.
      Semuanya hasil berkat dari doa Rasulullah saw dan doa Nabi Ibrahim a.s agar hati-hati umat terkemudian akan merindui untuk menjejak kaki ke Madinah dan Makkah.

      Semoga rindu Kang KC bisa terubat juga.
      Salam hormat selalu. 😀

  5. Pingback: CT95. HADIAH DARI LANGIT … 30 MINIT DI RAUDHAH « LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  6. tak tahan lagi.. rasa ingin menangis.. utamanya waktu melihat foto pintu bertuliskan Muhammad Rasulullah saw itu.. memasuki pintu itu.. sama dengan memasuki rumah Rasulullah di surga.. bertamu pada junjungan kita.. ;_O

    Ya Allah.. Ya Rasul.. aku ingin bertamu… ;_O

    • Subhanallah, mudahan mas Muxlimo akan merasai keindahan menjejak kaki ke bumi Madinah umumnya dan bersolat di Masjid Nabawi khususnya. Aamiin.. semoga bisa menjejak syurga dan berkumpul dengan Rasulullah tercinta.

      Salam hormat.

  7. Pingback: CT220. KEAJAIBAN AIR ZAMZAM (1): MERAWAT SAKIT LUTUT (OSTEOARTHRITIS) | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a reply to MUXLIMO Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.